Thursday, July 16, 2009

Sudirman: Salam Terakhir

Untuk menjawab soalan-soalan di bawah, rujuk lirik lagu 'Salam Terakhir' oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Pastikan jawapan anda boleh disokong oleh bukti dari penulisan dan kajian terdahulu.

1) Senaraikan perkataan yang mempunyai morfem terikat.

2) Bentuk formula untuk setiap perkataan dalam (1).

3) Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.

4) Di senarai manakah anda meletakkan 'ku', 'mu', dan 'nya'.

5) Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu, bincangkan kedudukan 'ku', 'mu, dan 'nya' sebagai morfem bebas ATAU morfem terikat.

6) Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.

DATA

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( ulang korus1, korus2 )

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

sumber: http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Sudirman_Salam.html

sumber: http://www.youtube.com/watch?v=zytjU7ypSls

14 comments:

Norliza Abdul Kadir:26:HMT223 said...

Norliza Abdul KAdir:26:HMt223
Soalan 1.
Sampaikan, terakhir,teristimewa,,kepada, tersayang, pemergian, dirancang, bertanya mengapa, mengucap, berputaran,berkesempatan, melahirkan, kerinduan, terhadap , sebuah, kenyataan, menyakitkan, berdaya , berserah ,kepada, memohon , keampunan, melalui, kemaafan, mengulangi , semula, bersama, abadikan, ingatan.
Soalan 2.
sampaikan : sampai + -kan
terakhir : teR- + akhir
teristimewa : teR- + istimewa
kepada : ke- + pada
tersayang : teR- + sayang
pemergian : peN-…-an + pergi
dirancang : di- + rancang
bertanya : beR- + tanya
mengapa : meN- + apa
mengucap : meN- + ucap
berputaran : beR-…-an + putar
berkesempatan : beR- + [ke-…-an + sempat]
melahirkan :meN- + [lahir + -kan]
kerinduan : ke-…-an + rindu
terhadap : teR- +hadap
sebuah : se- + buah
kenyataan : ke-…-an + nyata
menyakitkan : meN-..-kan + sakit
berdaya : beR- + daya
berserah : beR- + serah
kepada : ke- + pada
memohon : meN- + pohon
keampunan : ke-…-an + ampu
melalui : meN-…-I + lalu
kemaafan : ke-…-an + maaf
mengulangi : meN-…-I + ulang
semula : se- + mula
bersama : beR- + sama
abadikan : abadi + -kan
ingatan : ingat + -an
Soalan 3.
1. salam
2. buat
3. kau
4. yang
5. pada
6. teman
7. ku
8. kenang
9. ini
10. tak
11. usah
12. aku
13. mu
14. Kerna
15. waktu
16. bimbang
17. demi
18. yang
19. amat
20.tidak
21. hanya
22. pada
23. -Nya
24. akhir
25. beri
26. punya
27. waktu
28 masih
29. ingin
30. saat
31. indah
32. saying
33. saja
Soalan 4. Morfem bebas kerana ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ adalah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. (Lihat nota di bawah : No.5)
Soalan 5.Kata ganti nama diri ‘ku’ adalah kata ganti nama diri pertama dan ‘mu’ adalah kata ganti nama diri kedua dalam bentuk ringkas iaitu ‘ku bagi ‘aku’ dan ‘mu’ bagi ‘kamu’. (Nik Safiah et.al.(2008;492). Lihat Za’ba (2000:122, 123).
Nik Safiah Karim et.al (2008: xxxvii & 104) menyatakan bahawa kata ganti nama orang ketiga –nya yang menandakan kepunyaan boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.(Nik Safiah Karim et.al. (2008:295)
Soalan 6.
Lagu ‘Salam Terakhir’ membantu pelajar HMT223 mengenalpasti morfem bebas dan morfem terikat serta kewujudan ‘ku’, ‘mu’ dan ‘-nya’. Lagu ini juga amat sebati dalam jiwa rakyat Malaysia dan hamper semua orang tahu akan lagu dan liriknya.

LYEA IDORA said...

DALLYAWATI BINTI MD DAHAR
NO RUJ. : 03
PELAJAR HMT 223/0910

Berdasarkan buku rujukan Longman Bahasa Melayu oleh Goay teck Chong, Choo Say tee dan Zainuddin Ahmad.

3) Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.

1. buat
2. salam
3. teman
4. usah
5. waktu
6. bimbang
7. demi
8. amat
9. hanya
10. akhir
11. beri
12. punya
13. masih
14. ingin
15. saat
16. indah
17. saja

4) Di senarai manakah anda meletakkan ’ku’, ’mu’ dan ’nya’.

Bentuk klitik ku boleh hadir di hadapan atau di belakang sesuatu kata. Sebaliknya, bentuk klitik mu dan nya hanya boleh hadir di belakang sesuatu kata.

Berdasarkan senarai morfen bebas di atas ku, mu dan nya boleh di letakkan samada di hadapan atau belakang.

i) ku (hadapan kata)kubuat, kusalam, kuteman, kubimbang, kuhanya, kuberi, kupunya, kumasih, kuingin, kusaja.

ku (belakang kata)buatku, salamku, temanku, usahku, waktuku, demiku, amatku, hanyaku, beriku, masihku, inginku, saatku.

ii) mu(belakang)buatmu, salammu, temanmu, usahmu, waktumu, demimu, hanyamu, berimu, masihmu, inginmu, saatmu.

iii) nya(belakang)buatnya, salamnya, temannya, usahnya, waktunya, bimbangya, deminya, akhirnya, berinya, inginnya, saatnya, indahnya.

5) Bincangkan kedudukan ’ku’, ’mu’ dan ’nya’ sebagai morfem bebas atau morfem terikat?
Dalam bahasa Melayu ’ku’, ’mu’ dan ’nya’ di sebut juga sebagai klitik (-nya juga dianggap sebagai kata pasca kata). Klitik ialah bentuk morfen yang terikat kerana tidak dianggap senagai kata. Oleh sebab tidak dianggap sebagai kata, maka bentuk klitik ditulis serangkai dengan kata yang terdapat dalam bahasa Melayu.

6) lagu allahyarham Sudirman iaitu 'Salam Terakhir' banak meninggalakan sumbangan kepada kita bukan sahaja dalam dunia hiburan bahkan kita sebagai pelajar HMT223 turut melakukan kajian pada setiap perkataan yang disampaikan oleh beliau sebagai bahan rujukan. oleh itu tidak dapat dinafikan kebolehan beliau yang berkebolahan dalam bidang penulisan ini.
sekian komen yang saya berikan, setiap kesalahan saya memohon maaf...

Noorshahanizhmt223 said...

NOORSHAHANIZ HUSSAIN
NO.14
HMT223

Salam, buat, semua, kau, yang, Pada, teman, kenang, ini, tak, Usah, aku, kerna,bimbang, demi, tidak, hanya, punya, waktu, masih, ingin, saat, indah, sayang, saja.

4) Di senarai manakah anda meletakkan 'ku', 'mu', dan 'nya'.
Morfem terikat

5) Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu, bincangkan kedudukan 'ku', 'mu, dan 'nya' sebagai morfem bebas ATAU morfem terikat.
Perkataan ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ merupakan kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Ketiga- tiga kata ganti diri tersebut adalah morfem terikat. Walaupun unsur- unsur ini tidak mempunyai makna tetapi setiap unsur ini mempunyai fungsi tatabahasa apabila digunakan. Selain itu, ‘ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ juga dipanggil perkataan atau serpihan. Istilah partikel ini dipinjam daripada bahasa Inggeris. Makna partikel ialah ‘serpihan’. Perkataan –perkataan ini dipanggil ‘serpihan’ kerana semuanya merupakan tinggalan apabila perkataan major diasingkan. Perkataan major dikenali sebagai morfem bebas, manakala perkataan minor dikenali sebagai morfem terikat. (http://books.google.com.my/books?id=zhCfFUQgJMIC&pg=PA120&lpg=PA120&dq=morfem+bebas&source=bl&ots=NloZD04F19&sig=oIFui0XcumxS6Cb8rw93qDAZ0mc&hl=en&ei=OC5lSpqoEIzq6APIvsAe&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=9).
Kata ganti nama ‘ku’, ‘mu’ dan, ‘nya’ juga dipanggil bentuk lemah kerana disingkatkan daripada ‘aku’, ‘kamu’ dan ‘dia’. Kata ganti nama diri ‘-nya’ merupakan bentuk yang menurunkan ‘dia’ dan ‘ia’ (Nahu Melayu Mutakhir,70). Oleh sebab itu, ‘nya’ berfungsi sebagai penekan dan pembenda, sebagai contonya, sesungguhnya (penekan), lantangnya (pembenda) (Tatabahasa Dewan,274). Kata ganti nama diri juga berfungsi pada subjek, objek, penyambut dan sebagai bahagian dalam adverba, misalnya adverba penyertaan (denganya) dan adverba agentif (olehnya) (Nahu Melayu Mutakhir, 67).

6. Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.
Lagu ‘Salam Terakhir’ dapat menyumbangkan kepada kursus hmt223 kerana melalui petikan lagu tersebut, membantu pelajar memahami, mengenalpasti dan dapat mengkategorikan setiap perkataan dalam lirik lagu tersebut, seperti perkataan, morfem terikat dan morfem bebas. Cara ini mugkin menarik minat pelajar untuk mempelajarinya kerana semua orang amat menggemari dan meminati lagu ini.

Kenangan Manis said...

Azrah Azman (21)
Kamaliah Razali(23)
Woo Jin Jie ( 24 )

3) morfem bebas yang terdapat pada lagu tersebut ialah : buat, semua, salam, kau, yang, kenang, ini, usah, aku, waktu, bimbang, demi, amat, tidak, hanya, akhir beri, masih, ingin, saat, indah.
4) Di bahagian belakang kata sendi nama atau di bahagian hadapan kata kerja.
5) Perkataan tersebut ialah morfem bebas. Menurut buku linguistic pengenalan oleh Radiah Yusoff dan Nor’ Aini Ismail, morfem bebas ialah satu perkataan boleh menjadi suatu kata apabila wujud bersendirian. Selain itu, perkataan tersebut juga merupakan unit paling kecik dalam bahasa dan mempunyai makna.
6) Lirik lagu ini merangkumi beberapa konsep yang penting dalam pengajaraan morfologi. Lirik ini telah merangkumi banyak morfem bebas dan morfem terikat, maka kita dapat membahagikan semua perkataan tersebut kepada katogori yang tertentu supaya dapat lebih memahami konsep tersebut.

mastura syamsudin ( 9 ) hmt223 said...

mastura syamsudin ( 9 ) hmt223
4.Di senarai manakah anda meletakkan ‘ ku ’, ‘mu ’, dan ‘nya ’?
Kedudukan ‘ku’,’mu’ dan ‘nya’ diletakkan dalam morfem terikat.Hal ini demikian kerana sifatnya yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan sesuatu pendukung untuk membolehkannya dapat berdiri sendiri.Sebagai contoh ‘ku’- aku ‘mu’- dirimu, dan ‘nya’- dirinya.

5.Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu bincangkan kedudukan ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ sebagai morfem bebas atau morfem terikat.
Berdasarkan penulisan terdahulu melalui contoh yang terdapat di dalam Misa Melayu didapati ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ merupakan morfem bebas.Sebagai contoh perkataan ‘hari-nya’.Hal ini didapati sebelum ‘-nya’ ada tanda sempang ( - ).Jika dibandingkan pada masa sekarang ‘ -nya’ akan disambungkan terus dengan perkataan yang mendahuluinya.Hal ini demikian kerana ‘ -nya’ merupakan morfem terikat kerana ia tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa ada penyokong.Oleh sebab itu perkataan ‘ harinya’ dirapatkan tanpa menggunakan tanda sempang.

6.Nyatakan sumbangan lagu ‘Salam Terakhir’ dan Allahyarham Dato’Sudirman Hj.Arsyad kepada kursus Hmt 223.
Sumbangan lagu ‘Salam Terakhir’ kepada kursus HMT 223 ialah setiap baris ayat yang dicipta mengandungi makna yang tertentu dan dapat membantu dalam pengkajian bidang morfologi Bahasa Melayu.Selain itu, berdasarkan setiap perkataan itu, kami dapat mengenal pasti beberapa bentuk morfem, leksem, dan sebagainya. Tambahan juga, ada beberapa perkataan yang terdiri daripada dua morfem dan ada juga satu morfem. Sebagai contoh, bagi perkataan ‘sampaikan’ yang terdiri daripada dua morfem iaitu morfem bebas ( sampai ) dan morfem terikat ( -kan ). Sumbangan Dato’Sudirman Hj.Arshad pula beliau dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar HMT 223 kerana sikap beliau yang luhur dan mulia.

maliati mohamad ( 7 ) hmt223 said...

maliati mohamad ( 7 )hmt223
4.Di senarai manakah anda meletakkan ‘ ku ’, ‘mu ’, dan ‘nya ’?
Kedudukan ‘ku’,’mu’ dan ‘nya’ diletakkan dalam morfem terikat.Hal ini demikian kerana sifatnya yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan sesuatu pendukung untuk membolehkannya dapat berdiri sendiri.Sebagai contoh ‘ku’- aku ‘mu’- dirimu, dan ‘nya’- dirinya.

5.Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu bincangkan kedudukan ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ sebagai morfem bebas atau morfem terikat.
Berdasarkan penulisan terdahulu melalui contoh yang terdapat di dalam Misa Melayu didapati ‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ merupakan morfem bebas.Sebagai contoh perkataan ‘hari-nya’.Hal ini didapati sebelum ‘-nya’ ada tanda sempang ( - ).Jika dibandingkan pada masa sekarang ‘ -nya’ akan disambungkan terus dengan perkataan yang mendahuluinya.Hal ini demikian kerana ‘ -nya’ merupakan morfem terikat kerana ia tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa ada penyokong.Oleh sebab itu perkataan ‘ harinya’ dirapatkan tanpa menggunakan tanda sempang.

6.Nyatakan sumbangan lagu ‘Salam Terakhir’ dan Allahyarham
Dato’Sudirman Hj.Arsyad kepada kursus Hmt 223.
Sumbangan lagu ‘Salam Terakhir’ kepada kursus HMT 223 ialah setiap baris ayat yang dicipta mengandungi makna yang tertentu dan dapat membantu dalam pengkajian bidang morfologi Bahasa Melayu.Selain itu, berdasarkan setiap perkataan itu, kami dapat mengenal pasti beberapa bentuk morfem, leksem, dan sebagainya. Tambahan juga, ada beberapa perkataan yang terdiri daripada dua morfem dan ada juga satu morfem. Sebagai contoh, bagi perkataan ‘sampaikan’ yang terdiri daripada dua morfem iaitu morfem bebas ( sampai ) dan morfem terikat ( -kan ). Sumbangan Dato’Sudirman Hj.Arshad pula beliau dapat menjadi contoh terbaik kepada pelajar-pelajar HMT 223 kerana sikap beliau yang luhur dan mulia.

Anonymous said...

Pembahagian morfem ikut siapa????

Rujukan tiada.

RY 23/7/09

yee thing said...

THEY YEE THING
NO.19
HMT223

SOALAN 3:
Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.
-1.salam
2.semua
3.teman
4.waktu
5.bimbang
6.demi
7.akhir
8.beri
9.saat
10.indah
11.usah
12.sayang

SOALAN 4:
Di senarai manakah anda meletakkan ’ku’, ’mu’ dan ’nya’.
-'ku','mu','nya' merupakan kata ganti nama diri pertama,kedua dan ketiga.

SOALAN 5:
Bincangkan kedudukan ’ku’, ’mu’ dan ’nya’ sebagai morfem bebas atau morfem terikat?
-kedudukan 'ku','mu' dan 'nya' dianggap sebagai morfem bebas kerana ia boleh berdiri sendiri seperti dalam ayat pasif. Menurut Nik Safiah Karim,-nya juga berperanan sebagai penekan dan pembenda.

soalan 6:
Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.
-Sumbangan lagu 'salam terakhir' dan Allahyarham Dato'Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT 223 ialah membolehkan para pelajar kursus HMT223 membuat kajian mengenai morfem bebas dan juga morfem terikat. Selain itu,ia juga mengandungi unsur-unsur harapan,pengorbanan yang diluahkan oleh penyanyi dan juga pendengarnya.

nurulakmalhmt223_17 said...

Nama: Nurul Akmal bt. Abdul Rahman
No. Rujukan: 17
HMT 223

3) Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.

 salam
 buat
 semua
 kau
 yang
 pada
 teman
 kenang
 ini
 tak
 usah
 aku
 kerna
 demi
 tidak
 hanya
 punya
 waktu
 masih
 ingat
 saat
 bimbang
 indah
 saying
 saja

4) Di senarai manakah anda meletakkan 'ku', 'mu', dan 'nya'.

‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ merupakan morfem terikat dan bukan imbuhan. Hal ini kerana ‘ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ dianggap sebagai kata ganti yang menyatakan kepunyaan yang digabungkan dengan kata dasar dan tidak mengubah erti kata dasar. Misalnya, kata “bukuku” = buku saya, “bukumu” = buku anda, “bukunya” = buku dia atau buku mereka (Sumber: http://tunggara.wordpress.com/tag/jadian/).

5) Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu, bincangkan kedudukan 'ku', 'mu’, dan 'nya' sebagai morfem bebas ATAU morfem terikat.

‘ku’, ‘mu’, dan ‘nya’ merupakan morfem terikat kerana ketiga-tiga morfem tersebut tidak dapat berlaku tanpa morfem lain. Unsur-unsur ini juga tidak bermakna, tetapi sebaliknya setiap unsur ini mempunyai fungsi tatabahasa apabila digunakan. Tambahan pula, morfem terikat boleh terdiri daripada imbuhan dan partikel atau kata-kata serpihan. Di samping itu, terdapat unsur-unsur lain dalam bahasa Melayu seperti
-kah, -nya, -pun, ber-, pe-, dan -an (Sumber: http://books.google.com.my/books?id=zhCfFUQgJMIC&pg=PA120&lpg=PA120&dq=morfem+bebas&source=bl&ots=NloZD04F19&sig=oIFui0XcumxS6Cb8rw93qDAZ0mc&hl=en&ei=OC5lSpqoEIzq6APIvsAe&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=9).

6) Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.

Sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223 ialah pelajar dapat mengenali morfem bebas dan morfem terikat dengan lebih terperinci melalui latihan yang telah diberikan oleh pensyarah. Hal ini kerana terdapat banyak morfem bebas dan morfem terikat yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Oleh itu, para pelajar dapat membezakan antara morfem bebas dengan morfem terikat dengan lebih mudah.

masni said...

MASNI BINTI ISMAIL
NO.8
HMT 223
3) Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.

1. salam
2. buat
3. semua
4. kau
5. yang
6. pada
7. teman
8. kenang
9. ini
10. tak
11. usah
12. aku
13. kerna
14. demi
15. tidak
16. hanya
17. punya
18. waktu
19. masih
20..ingat
21. saat
22. bimbang
23. indah
24. sayang
25. saja

4) Di senarai manakah anda meletakkan ’ku’, ’mu’ dan ’nya’.
Kedudukan ‘ku’,’mu’ dan ‘nya’ diletakkan dalam morfem terikat.Hal ini demikian kerana sifatnya yang tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan sesuatu pendukung untuk membolehkannya dapat berdiri sendiri.Sebagai contoh ‘ku’- aku ‘mu’- dirimu, dan ‘nya’- dirinya.

5) Bincangkan kedudukan ’ku’, ’mu’ dan ’nya’ sebagai morfem bebas atau morfem terikat?
Kedudukan 'ku','mu' dan 'nya' dianggap sebagai morfem bebas kerana ia boleh berdiri sendiri seperti dalam ayat pasif. Menurut Nik Safiah Karim,-nya juga berperanan sebagai penekan dan pembenda.

6. Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.
Sumbangan lagu 'salam terakhir' dan Allahyarham Dato'Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT 223 ialah membolehkan para pelajar kursus HMT223 membuat kajian mengenai morfem bebas dan juga morfem terikat. Selain itu,ia juga mengandungi unsur-unsur harapan,pengorbanan yang diluahkan oleh penyanyi kepada pendengarnya.

Ein said...

NOOR AZUREEN BINTI HAMID @ AHMED,
NO. 12, HMT223 09/10

1) Senaraikan perkataan yang mempunyai morfem terikat.
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. (Tatabahasa Dewan, 1997, hal. 43) Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian manakala morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain, iaitu tidak dapat berdiri sendiri. Sebagai contoh, perkataan ‘sekolah’ dan ‘laut’ ialah morfem bebas, tetapi imbuhan beR- dalam ‘bersekolah’ dan –an dalam ‘lautan’ ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit tersebut tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Dalam lirik lagu ‘Salan Terakhir’ dendangan Allahyarham Sudirman, terdapat beberapa perkataan yang mengandungi morfem terikat iaitu sampaikan, terakhir, teristimewa, tersayang, pemergian, dirancang, bertanya, mengapa, mengucap, berputaran, berkesempatan, melahirkan, kerinduan, terhadap, sebuah, kenyataan, menyakitkan, berdaya, berserah, kepada, memohon, keampunan, melalui, kemaafan, mengulangi, semula,bersama, abadikan, dan ingatan.

2) Bentuk formula untuk setiap perkataan dalam (1).
Pembentukan sesuatu perkataan mengandungi formulanya yang tertentu. Terdapat dua formula yang biasa digunakan dalam membentuk sesuatu perkataan iaitu x + y → z dan (x + [y + z] → w). (Kuliah Dr. Radiah Yusoff, 15 Julai 2009)
Sampaikan : sampai + -kan → sampaikan
Terakhir : teR- + akhir → terakhir
Teristimewa : teR- + istimewa → teristimewa
Tersayang : teR- + sayang → tersayang
Pemergian : peN-...-an + pergi → pemergian
Dirancang : di- + rancang → dirancang
Bertanya : beR- + tanya → bertanya
Mengapa: meN- + apa → mengapa
Mengucap: meN- + ucap → mengucap
Berputaran : beR-...-an + putar → berputaran
Berkesempatan : (beR- + [ke-...-an + sempat]) → berkesempatan
Melahirkan : meN-...-kan + lahir → melahirkan
Kerinduan : ke-...-an + rindu → kerinduan
Terhadap : teR- + hadap → terhadap
Sebuah : se- + buah → sebuah
Kenyataan : ke-...-an + nyata → kenyataan
Menyakitkan : meN-...-kan + sakit → menyakitkan
Berdaya : beR- + daya → berdaya
Berserah : beR- + serah → berserah
Kepada : ke- + pada → kepada
Memohon : meN- + pohon → memohon
Keampunan : ke-...-an + ampun → keampunan
Melalui : meN-...-i + lalu → melalui
Kemaafan : ke-...-an + maaf →kemaafan
Mengulangi : meN-...-i + ulang → mengulangi
Semula : se- + mula → semula
Bersama : beR- + sama → bersama
Abadikan : abadi + -kan → abadikan
Ingatan : ingat + -an → ingatan

3) Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.
Morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dalam ayat. (Tatabahasa Dewan, 1997, hal. 44) Morfem bebas mempunyai maknanya secara tersendiri. Misalnya, rumah, sekolah dan ajar.
Terdapat beberapa morfem bebas dalam lirik lagu ‘Salam Terakhir’. Contohnya,
salam
buat
kau
yang
pada
teman
ku
kenang
ini
tak
usah
aku
mu
waktu
bimbang
amat
tidak
hanya
pada
-Nya
akhir
beri
punya
waktu
masih
ingin
saat
indah
sayang
saja

4) Di senarai manakah anda meletakkan 'ku', 'mu', dan 'nya'.
‘Ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ tergolong dalam morfem bebas. ‘Ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ adalah kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. (Nik Safih et.al., 2008, hal. 492) ‘Ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ juga merupakan klitik, iaitu singkatan kata promina yang berfungsi sebagai penanda kata kerja atau kata nama. (Prof. Dr. Mashudi Kader, 2008) Kata singkatan seperti ‘ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ digunakan secara meluas dalam lirik lagu ‘Salam Terakhir’. Misalnya, ‘pemergianku’, ‘kepadamu’ dan ‘padaNya’.

Ein said...

NOOR AZUREEN BINTI HAMID @ AHMED,
NO. 12, HMT 223 09/10

SAMBUNGAN ...

5) Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu, bincangkan kedudukan 'ku', 'mu, dan 'nya' sebagai morfem bebas ATAU morfem terikat.
‘Ku’, ‘mu’ dan ‘nya’ tergolong dalam morfem bebas. Hal ini demikian kerana morfem terikat hanya terdiri daripada awalan (prefiks), sisipan (infiks) dan akhiran (sufiks). Contoh awalan dalam Bahasa Melayu ialah morfem terikat meN- serta variannya; meng-, mem-, men-, meny-, menge- dan sesetengah morfem terikat beR- dan peR-; morfem terikat teR-, di-, peN- dan variannya (pe-, pen-, pem-, peny-, peng-, penge-) seperti dalam kata terbitan mengapa, tersayang, kerinduan dan penghalang. Bahagian yang condong merupakan morfem terikat manakala bahagian yang tidak condong ialah morfem bebas.
Nik Safiah menyatakan bahawa kata ganti nama orang ketiga –nya yang menandakan kepunyaan juga boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Nik Safiah et.al, 2008, hal. xxxvii & 104) Dalam bahasa Melayu, terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah –nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Sebagai contoh, sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya. (Nik Safiah Karim et.al, 2008, hal. 295) Dalam konteks ini, -nya merupakan morfem terikat iaitu hadir di akhir kata sesuatu perkataan.

6) Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.
Sumbangan lagu ‘Salam Terakhir dan Allahyarham Dato’ Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223 ialah membantu pelajar untuk mendalami maksud dan mengenalpasti morfem bebas dan morfem terikat. Hal ini demikian kerana sudah menjadi kelaziman kebanyakan lagu mengandungi unsur-unsur morfem bebas dan morfem terikat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab para pelajar kursus HMT223 untuk mengkaji lagu tersebut dalam aspek morfologi bahasa Melayu agar kesalahan dari aspek morfologi dapat dibetulkan.

abdul halim hmt223 no (1) said...

Abdul Halim bin Abu Seman
HMT 223
No (1)
SOALAN 5
Sudirman: Salam Terakhir
Untuk menjawab soalan-soalan di bawah, rujuk lirik lagu 'Salam Terakhir' oleh Allahyarham Dato' Sudirman Haji Arshad. Pastikan jawapan anda boleh disokong oleh bukti dari penulisan dan kajian terdahulu.
1) Senaraikan perkataan yang terdiri daripada morfem bebas sahaja.

salam, buat, semua, kepada, kau, pada, teman, kenang, tak, usah, waktu, bimbang, demi, sebuah, yang, amat, tidak, hanya , akhir, beri, punya, masih, ingin, semula, saat, indah, sayang.

2) Di senarai manakah anda meletakkan 'ku', 'mu', dan 'nya'.

Diakhir sesuatu perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana, perkataan-perkataan di atas merupakan singkatan daripada perkataan asalnya. Oleh itu ia digunakan atau digabungkan diakhir perkataan contohnya, ‘keretaku’, ‘rumahmu’ dan sebagainya.

3) Menggunakan maklumat dari beberapa penulisan terdahulu, bincangkan kedudukan 'ku', 'mu, dan 'nya' sebagai morfem bebas ATAU morfem terikat.

Kasus tatabahasa jarang sekali dibincangkan dalam pengajian bahasa Melayu, namun wujudnya penggunaan kasus yang mengubah bentuk kata nama dalam bahasa Melayu, misalnya kata ganti nama "aku", "kamu" dan "dia" digabungkan di akhir perkataan "rumah" bertukar menjadi bentuk kasus milik iaitu "-ku", "-mu" dan "-nya", maka membentuk kata terbitan "rumahku", "rumahmu" dan "rumahnya", serupa dengan kasus genetif. Oleh hal demikian, ‘ku’ ‘mu’ dan ‘nya’ merupakan morfem bebas kerana mempunyai maksud tetapi hanyalah disingkatkan daripada kata tersebut. Oleh hal yang demikian, kata-kata tersebut mempunyai maksud yang tersendiri yang merupakan kata ganti diri dalam bahasa melayu.

4) Nyatakan sumbangan lagu 'Salam Terakhir' dan Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arshad kepada kursus HMT223.
Sumbangan lagu ‘Salam Terakhir’ kepada kursus hmt 223 ialah ialah menunjukan tentang kata, morfem terikat, morfem bebas. Dalam lagu tersebut juga mengandungi banyak kata-kata yang boleh dikaji dalam kursus hmt 223. Manakala sumbangan Dato’ Sudirman Hj Arshad kepada kursus hmt 223 ialah telah menyumbangkan tentang perkataan dan kata dalam bahasa melayu itu sendiri.