Friday, July 17, 2009

NOTA KULIAH untuk peringkat universiti

Azureen (12) dan juga pelajar-pelajar lain di dalam kelas HMT223:

Adalah amat menyedihkan apabila pelajar di peringkat universiti, khususnya Universiti Sains Malaysi, masih meminta edaran atau nota kuliah walaupun telah berada di Tahun 2 untuk memahami sesuatu perkara dalam sesebuah kursus. Ini kerana pelajar mempunyai akses kepada bahan rujukan di perpustakaan yang begitu besar dan agak sempurna, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 dan 2. Selain dari itu, pelajar mempunyai akses kepada perpustakaan maya yang jauh lebih besar daripada perpustakaan di USM. Tidak cukup dengan itu, pelajar juga boleh menggunakan bahan dari universiti-universiti lain dengan membuat pinjaman antara universiti. Malah, saya sendiri telah meletakkan beberapa buku yang khusus tentang morfologi di 'redspot', rak khas di tingkat 2.

Cari dahulu bahan yang berkaitan di perpustakaan, seperti Haspelmath dan Bauer yang disenaraikan dalam rangka kursus. Baca bahan tersebut. Jika masih tidak faham, tanya saya melalui emel [hmt223dot0910digmaildotcom], yahoo messenger [odyusoffdiyahoodotcom], dan kotak jerit serta bahagian komen di blog ini. Dan jika tidak mencukupi dengan perantaraan cara ini, jumpa saya selepas kelas. TETAPI perlu saya ingatkan anda mesti melakukan pembacaan dan latihan terlebih dahulu kerana saya akan melihat bahagian mana yang anda tidak faham atau melalukan kesilapan. Saya tidak akan melayani pertanyaan atau kemusykilan yang tidak disertai dengan kerja-kerja latar.

Adalah penting untuk pelajar berusaha sendiri menggunakan pelbagai sumber yang ada terlebih dahulu. Inilah satu ciri utama yang membezakan pelajar universiti dengan pelajar di sekolah.

Namun begitu, saya carikan juga beberapa bahan di internet yang boleh membantu pelajar HMT223. Tetapi anda perlu melakukan penilaian tentang kandungan bahan yang saya senaraikan di sini, iaitu sama ada ia tepat dan sesuai dengan apa yang terdapat dalam bahan yang dipelajari di kelas dan yang terdapat di perpustakaan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Morphology_(linguistics) [gerak kursor ke bawah atau ke kanan untuk penjelasan khusus tentang sesuatu perkara dengan mengklik di label tertentu]

http://bulba.sdsu.edu/cl/Members/rmalouf/courses/ling-523-morphology-spring-2008 [ muat turun slaid dan nota]

http://www2.hawaii.edu/~bender/process.html [cara pembentukan kata]

http://www.alphadictionary.com/articles/ling005.html

http://www.compserv.sabah.gov.my/nota%20kursus/nota%20kursus%20BM/MORFOLOGI.ppt

http://www.compserv.sabah.gov.my/nota%20kursus/nota%20kursus%20BM/MORFOLOGI.ppt

http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc




PETIKAN DARI KOMEN

Salam ... Saya, Noor Azureen Binti Hamid @ Ahmed, no. rujukan 12, pelajar kursus HMT223 sidang akademik 2009/2010 sudah membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam paparan di blog ini. Saya belajar banyak perkara daripada Puan. Walaupun pada mulanya saya agak terkial-kial menggunakan aplikasi internet ini namun saya akan berusaha untuk belajar agar lebih cekap dalam penggunaan internet. Selain itu, saya berharap agar Puan dapat membantu kami dengan memberikan nota dalam bentuk 'hand out' agar kami lebih mudah untuk memahami kursus ini. Sekian, terima kasih.

3 comments:

Azureen [12]_hmt223 09/10 said...

Hehehe ... Terima kasih banyak Dr. Radiah kerana memberi alamat yang sepatutnya saya rujuk. Terus terang saya katakan yang saya agak pening untuk mencari bahan yang sepatutnya. Apa-apa pun, terima kasih sekali lagi kerana membantu saya dan kawan-kawan yang lain. Sekian, terima kasih. :-)

Radiah Yusoff said...

Azureen, dalam rangka kursus kelas kita, saya telah sediakan satu senarai yang panjang untuk bahan rujukan. Harap kamu gunakan senarai tersebut untuk mencari bahan menggunakan krisalis atau enjin carian.

Radiah Yusoff
Pengajar HMT233

sharifah Shadhatul Nadrah said...

cayoo doc..kami yg senior ni pon tak berani mtk nota..takut..hehehe...rindu betul kat doc..saya harap doc sent sihat and hepi2 gitu..miss u