Monday, July 13, 2009

Akronim RY

RY dalam kandungan emel dalam gambar yang dilampirkan ialah satu contoh akronim. Selepas melihat akronim ini di akhir emel, Dr Radiah Yusoff membaca emel dan alamat penghantar beberapa kali untuk memastikan siapakah penghantar dan penerima emel ini. Mengapakah Dr Radiah Yusoff melakukan perbuatan ini berulang kali? Huraikan dari sudut pembentukan kata.

Sila berikan jawapan anda di bahagian komen 'comment' paparan ini.


16 comments:

azue said...

Menurut Nik Safiah dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, dari sudut pembentukan kata, akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal. kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa pekataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan dapat terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contohnya bagi akronim RY yang merujuk kepada nama penulis, Ritah Yahya mempunyai persamaan dari segi huruf pertama bagi setiap nama.

Anonymous said...

akronim RY ialah suatu kata yang terbentuk hasil daripada percantuman huruf-huruf awal kata.Dr radiah memeriksa berulangkali pengantar dan penerima email tersebut adalah kerana terdapat kemusykilan iaitu akronim RY yang boleh mewakili nama beliau Radiah Yusoff atau Ritah Yahya..

Radiah said...

Siapakah anonymous ini?

Radiah Yusoff
Pengajar HMT223

Azureen [12]_hmt223 09/10 said...

RY dalam kandungan e-mail di atas merupakan salah satu bentuk akronim. Akronim ialah kata selapis atau kata tunggal yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata daripada kata-kata unsur. (Halimah Abdul Rahman, 2005, hal. 170) Dengan perkataan lain, proses pengakroniman merupakan proses percantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkai perkataan. Bahagian-bahagian ini boleh merupakan huruf, suku kata atau bahagian suku kata dan perkataan. Menurut Tatabahasa Dewan pula, akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. (Tatabahasa Dewan, 1997, hal. 68). Sebagai contoh, ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), tabika (taman bimbingan kanak-kanak) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat), jentolak (jentera tolak).
Akronim juga diistilahkan sebagai singkatan. Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata yang mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Lazimnya, kata akronim itu terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa akronim tidak mempunyai prinsip yang jelas, iaitu sukar untuk dimengertikan makna disebalik singkatan kata tersebut. Misalnya, akronim MJ. Tiada sesiapa tahu makna disebalik kata MJ melainkan ditulis sebagai MJ (Michael Jackson). Hal yang sama berlaku terhadap Dr. Radiah Yusoff kerana beliau tidak mengetahui pemilik sebenar yang menggunakan singkatan RY seperti dalam e-mail di atas. Oleh itu, beliau terpaksa membaca e-mel dan alamat penghantar tersebut berulang kali untuk memastikan penghantar dan penerima e-mail itu.

Azureen [12]_hmt223 09/10 said...

Alamak, panjangnya komen saya! Tak apa ker Dr Radiah? Saya dah taip kat MSWord dulu baru 'copy and paste' kat komen. Tak sangka plak komen tu panjang sangat.hehehe ... Ker nak cantas lagi komen tu kasi pendek sikit?

LYEA IDORA said...

dallyawati said...

Akronim RY ialah suatu kata yang terbentuk hasil daripada percantuman huruf-huruf awal kata.Dr Radiah memeriksa berulangkali pengantar dan penerima email tersebut adalah kerana terdapat kemusykilan iaitu akronim RY yang boleh mewakili nama beliau Radiah Yusoff atau Ritah Yahya.

Radiah Yusoff said...

Azureen, jika anda perlu menulis dengan panjangnya komen anda, saya tidak ada masalah. Asahkan blogspot benarkan, tulislah seberapa panjang yang boleh. Tetapi pastikan isinya mantap dan bernas.

Radiah Yusoff
Pengajar HMT223

Radiah Yusoff said...

1) Dallyawati, apakah nombor rujukan kamu?

2) Azureen, mengapa pula anda bercerita tentang Michael Jackson? Data ialah RY, bukan MJ. Maka, anda perlu memberi tumpuan kepada perbincangan data. Padanlah panjang komen anda. Tersasar keluar sedikit.;)

Radiah Yusoff
Pengajar HMT223

Azureen said...

Noor Azureen Binti Hamid @ Ahmed,
No. rujukan 12,
Kod kursus HMT223/4 0910
Dr. Radiah, saya bincangkan juga akronim MJ sebagai contoh lain agar saya lebih faham. Saya menulis komen di sini bukan semata-mata kerana Dr. Radiah wajibkan kami menulis komen di sini tetapi sebagai panduan kepada saya agar lebih faham maksud akronim serta penggunaannya. :-)

Norliza Abdul Kadir:26:HMT223 said...

Norliza Abdul kadir: 26:HMT223
Akronim dibentuk daripada huruf awal dua atau lebih perkataan dalam frasa atau gelaran dan disebut sebagai satu perkataan (O’Grady & Guzman, 2000:143 Yule 1996:68 dlm. Radiah Yusof & Nor”Aini Ismail, 2006: 60). Manakala menurut Nik Safiah Karim et.al (2008:48, 583), kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh; kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian kata. Dalam konteks yang diberikan oleh Dr. Radiah, akronim RY berkemungkinan dipetik daripada ‘Ritah Yahya’ yang huruf awalnya ialah ‘R’ dan ‘Y’ melahirkan akronim ‘RY’ melalui proses penggabungan huruf awal dua perkataan tersebut.

abdul halim hmt223 0910 (1) said...

Abdul Halim bin Abu Seman
No Rujukan:1
hmt 223
asalamualaikum dan selamat sejahtera, Mengikut tatabahasa dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Contohnya (Bernama)-Berita Nasional Malaysia. Bagi kes akronim RY mengapa Dr Radiah Yusoff membaca nya berkali-kali, hal ini demikian kerana akronim RY yang digunakan tidak dapat dipastikan digunakan untuk nama Radiah Yusoff atau Ritah Yahaya. Hal ini, telah menimbulkan keraguan. Walaupun kita mengetahui bahawa pembentukan kata akronim ini agak longgar serta tidak berdasarkan prinsip yang jelas kita tidak semestinya meletakanya dengan pengetahuan kita sahaja. Ini akan menyebabkan orang yang tidak mengetahui akronim tersebut tidak dapat mengetahuinya. Hal ini sebaliknya jika semua orang mengetahui maksud akronim tersebut seperti contoh ABIM, tabika, kugiran, Proton, dan sebagainya, ini akan lebih mudah untuk digunakan kerana semua orang sudah mengetahuinya. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa melayu

Radiah said...

Ke manakah menghilangnya pelajar yang lain? Tiada maklum balas. Ada pelajar yang masih menunggu saya tunjukkan paparan ini dalam kelaskah?

Radiah Yusoff
Pengajar HMT223

Unknown said...

Nama:Fazilah Binti Satimen
No Rujukan: 22
Kod Kursus: Hmt223 / 0910
Akronim menurut kamus dewan adalah kependekkan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan( Kamus Dewan edisi ketiga.) Perkataan ini dibina dengan mencantumkan bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan menjadi satu perkataan baru. 2 jenis pembentukan akronim ialah mencantumkan suku kata dan mencantumkan huruf pangkal perkataan. Huruf pangkal sebuah ungkapan panjang digabungkan menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep ,institusi, bangunan dan lain-lain. Contoh lain KAFA(Kursus Asas Fardu Ain). ). Dr Radiah terpaksa berulang kali membaca emel tersebut kerana RY boleh membawa maksud Radiah Yusuf tetapi sebenarnya penghantar emel ini mahu memberitahu namanya Ritah Yahya(RY) menggunakan penggabungan akronim pangkal nama RY. RY yang digunakan merujuk kepada singkatan namanya Ritah Yahya. Istilah akronim ini tidak digalakkan kerana apabila perkataan dibentuk melaui akronim adakalnya kita lupa tentang ungkapan asalnya hingga kita tidak mengeahui maknanya dan boleh menimbulkan kekeliruan..

nadiahmt223 said...

Nama:Noor Nadia Binti Nasir
no rujukan: 13
kod kursus:hmt223
Akronim adalah sebuah singkatan yang menjadi sebuah kata tersendiri.
Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51) secara umumnya akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar, iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal terdiri daripada beberapa bahagian antaranya kata akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir menyerupai kata singkatan. Tetapi berbeza dari segi proses pengujaran dan penulisannya.
Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar. Sungguhpun akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu kata yang utuh dan mantap yang mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Akronim melibatkan percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baru (Tatabahasa Dewan, 1993:52).

Noorshahanizhmt223 said...

NOORSHAHANIZ HUSSAIN
NO.14
HMT223

Menurut Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu:68), menjelaskan bahawa akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis dan dilfazkan sebagai kata yang wajar. Menurut Asmah Hj Omar (Nahu Melayu Mutakhir:22) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Radiah Yusoff pula (Pengantar Linguistik:42) akronim dibentuk daripada huruf awal dua atau lebih perkataan (O’Grady & Guzman,2000:143;yule,1996:68).Berdasarkan kenyataan yang diberikan akronim RY terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan (Tatabahasa Dewan:68). Dr.Radiah membaca berkali- kali singkatan akronim tersebut kerana ingin mengenalpasti sama ada RY itu singkatan ataupun hasil gabungan huruf awal daripada Radiah Yusoff ataupun Ritah Yahya

Anonymous said...

KOREAN - kam sah hamnida MONGOLIAN - bayarlalaa PORTUGUESE obrigado (-a) RUSSIAN - spacibo SPANISH - gracias / muchas gracias SWAHILI - asante / asante sana SWEDISH - tack THAI - kop khun kha - woman speaking, kop khun krap - man speaking

;)RY 23/7/09