Wednesday, January 27, 2010

Pandangan anda

Jelaskan pandangan anda tentang ketiga-tiga artikel yang dipetik dari (1) hingga (3) tentang kepentingan penggunaan bahasa ibunda dan bahasa kedua atau asing dalam pemerolehan dan pengajaran bahasa dalam sebuah masyarakat majmuk. Pastikan anda sokongi penjelasan anda dari kajian yang telah pernah diterbitkan di dalam dan luar Malaysia.

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
  2. http://www.lingref.com/isb/4/047ISB4.PDF
  3. http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1018826/1/.html

Pandangan Wan Hashim: Lee Kuan Yew mengaku dasar dwi-bahasanya salah

Lee Kuan Yew mengaku dasar dwi-bahasanya salah

SEMASA dalam perjalanan pulang dari Su-Chou-Shanghai ke Kuala Lumpur awal bulan ini, saya terbaca satu ulasan oleh kolumnis akhbar The Star mengenai perkara di atas. Apabila disemak dalam Internet, saya mendapati bahawa kenyataan Lee Kuan Yew, Menteri Mentor Singapura itu telah disiarkan pada 17 November 2009 melalui Channel NewAsia dilaporkan oleh Hoe Yeen Nie.

Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.

Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja.

Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.

Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.

Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).

Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.

Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.

Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.

Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.

Kita patut berterima kasih dan rasa beruntung kerana tidak membuat kesilapan seperti yang dilakukan oleh Kuan Yew. Hendak berundur ke belakang, Singapura telah terlanjur jauh ke hadapan.

Bagi Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan diberi sokongan yang tidak berbelah bahagi. Ia selaras dengan kebanyakan negara di Eropah (Perancis, Itali, Greece, Turki, Jerman, Belanda, Norway, Sweden, Finland, England dan lain-lain) dan Timur Jauh (China, Korea Selatan, Jepun) yang sudah maju dengan mengutamakan bahasa nasional masing-masing untuk tujuan pendidikan, jati diri serta kemajuan negara.

Penulis ialah Profesor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Pandangan Lee Kuan Yew

Insistence on bilingualism in early years of education policy was wrong: MM Lee
By Hoe Yeen Nie, Channel NewsAsia | Posted: 17 November 2009 2142 hrs


SINGAPORE: Minister Mentor Lee Kuan Yew said his insistence on bilingualism in the early years of education policy was "wrong". Instead it caused generations of students to be put off by the Chinese language.

Speaking first in Mandarin and then in English at the official opening of the Singapore Centre for Chinese Language on Tuesday, Minister Mentor Lee Kuan Yew gave a blunt assessment of Singapore's bilingual policy.

He said: "We started the wrong way. We insisted on ting xie (listening), mo xie (dictation) - madness! We had teachers who were teaching in completely-Chinese schools. And they did not want to use any English to teach English-speaking children Chinese and that turned them off completely."

Mr Lee added: "At first I thought, you can master two languages. Maybe different intelligence, you master it at different levels."

But his conclusions now, after over 40 years of learning Mandarin, cannot be more different.

MM Lee said: "Nobody can master two languages at the same level. If (you think) you can, you're deceiving yourself. My daughter is a neurologist, and late in my life she told me language ability and intelligence are two different things.

"Girls are better at languages because their left side of the brain to learn languages, as a general rule, is better than the boys. Boys have great difficulty, and I had great difficulty.

"Successive generations of students paid a heavy price, because of my ignorance, by my insistence on bilingualism. And I wasn't helped by the ministry officials, because there were two groups - one English speaking, one Chinese teaching."

Mr Lee said educators should first get the child interested in the language by focusing on the way it is heard and spoken. This includes incorporating drama and IT into lessons to make them more engaging.

Mr Lee said: "It doesn't matter what level they reach, they will like the language, it's fun, and later on in life they'll use it."

The need to make the Chinese language more appealing to students has been a focus of the Education Ministry in recent years and one way is to re-examine how the language is taught in schools.

So the new centre set up in February to train Chinese language teachers will soon offer degree programmes that include modules on curriculum design and teaching methods.

The programmes will be offered under four agreements that were formalised on Tuesday. They include a part-time degree for preschool teachers under a partnership with the SEED Institute, a training institute for early childhood educators.

Tan Chee Lay, deputy executive director, Singapore Centre for Chinese Language, said: "For students to learn, the golden age is from three to six. So in this period of time, if we're able to teach them well, they'll learn well and their language foundation will be there."

Other partners are the Media Development Authority (MDA), SIM University (UniSIM), and the University of Hong Kong.

There are over 4,000 Chinese-language teachers here and about a quarter of them have been trained by the centre so far. - CNA/vm

sumber: http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelocalnews/view/1018826/1/.html

BACA JUGA http://www.lingref.com/isb/4/047ISB4.PDF


Selepas merasai kesemua HALWA...

1) Dapatkan bahan berikut dari http://www.hf.uio.no/forskningsprosjekter/sprik/docs/pdf/sj/johansson2.pdf

Contrastive Linguistics and Corpora
Stig Johansson
Department of British and American Studies, University of Oslo

Baca. Bincangkan kepentingan sumber ini untuk mengkaji situasi yang diperlihatkan dalam ketiga-tiga Halwa.

2) Gunakan kata carian "bibliography contrastive analysis" di google atau yahoo untuk mencari bahan rujukan di internet dan PHS1 dan 2.

HALWA 3





HALWA 2





HALWA MATA UNTUK HILANGKAN ATAU KURANGKAN KETEGANGAN PADA SEMESTER INI





Bengkel Bahasa Melayu Tinggi

AHAD 31 Januari 2010: Bengkel Bahasa Melayu Tinggi

Puan Ainon Mohd akan mengadakan bengkel Bahasa Melayu Tinggi untuk tuan dan puan yang berminat menjadi penulis PTS.

Tarikh: AHAD 31 Januari 2010.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, di depan GIANT Tmn. Permata, Kuala Lumpur.

Masa: 10 pagi - 5 petang.

Yuran: Gratis




sumber: http://universitipts.com/index.php/site/comments/bengkel_bahasa_melayu_tinggi1/

Tuesday, January 26, 2010

Nahu Bahasa Tamil dari Wikipedia

1. Menggunakan maklumat dari penutur ibunda bahasa Tamil, tentukan sama ada apa yang dinyatakan dalam Wikipedia ini tepat atau tidak.

2. Perlihatkan persamaan dan perbezaan struktur ayat bahasa Tamil dan bahasa Melayu, jika ada. Gunakan maklumat dari Wikipedia ini sebagai pemula bicara.

3. Sertakan rajah pohon yang sesuai dalam huraian anda dan maklumat informan yang lengkap. Seperti biasa, rujukan juga perlu disediakan. Gunakan sistem MLA atau APA.


MAKLUMAT DARI WIKIPEDIA

Except in poetry, the subject precedes the object, and the verb must conclude the sentence. In a standard sentence, therefore, the order is usually Subject Object Verb (SOV) though Object Subject Verb is also not uncommon.

Tamil is a null subject language. Not all Tamil sentences have subjects, verbs and objects. It is possible to construct valid sentences that have only a verb - such as muṭintuviṭṭatu ("It is completed") - or only a subject and object, such as atu eṉ vīṭu ("That is my house"). The elements that are present, however, must follow the SOV order. Tamil does not have an equivalent for the word is and the word is included in the translations only to convey the meaning. The verb to have in the meaning "to possess" is not translated directly either. In order to say "I have a horse" in Tamil a construction equivalent to "There is a horse to me" or "There exists a horse to me" will be used.

Tamil lacks relative pronouns, but their meaning is conveyed by relative participle constructions which are built using agglutination. For example, the English sentence "Call the boy who learnt the lesson" will be said in Tamil roughly as "That-lesson-learnt-boy call".


sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Tamil_grammar

Permakaman Almarhum Sultan Johor dan Allahyarham Tun Ghazali Shafie

Huraikan perbezaan dan persamaan istiadat pengebumian dan permakaman Almarhum Sultan Iskandar dan Allahyarham Tun Ghazali Shafie dari aspek (i) tatacara dan (ii) penggunaan bahasa. Pastikan rujukan lengkap dan bukti nyata disertakan.

Allahyarham Ghazali Shafie - Al-Fatihah

King Ghaz selamat dikebumi di Makam Pahlawan


Jamil Khir Baharom mengimamkan solat jenazah Ghazali Shafie di Masjid Negara, Kuala Lumpur Semalam. - Utusan/HAFIZH KHOSMAT


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Jenazah bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie yang juga dikenali sebagai King Ghaz, selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara di sini, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Cuaca panas di sekitar ibu kota tidak menghalang para pembesar negara serta orang ramai untuk hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara yang kelihatan di pekarangan Masjid Negara ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Kenamaan lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan terdahulu melawat jenazah Allahyarham di rumah adik perempuannya, Datin Yuhani Shafie di Damansara Utama, dekat sini pagi ini.

Jenazah Ghazali dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Mujahideen, Damansara Utama sebelum dibawa ke Masjid Negara pukul 11.30 pagi.

Solat jenazah di Masjid Negara pula diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom sementara bacaan talkin disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Datuk Amin Rafie Othman ketika ditemui berkata, beliau dan seluruh ahli keluarga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri serta kerajaan di atas penghormatan negara yang diberikan kepada Allahyarham.

"Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sultan Pahang serta semua orang ramai yang hadir hari ini,'' jelasnya.

Jenazah Ghazali dikebumikan mengikut istiadat pengkebumian negara.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm