Friday, July 3, 2009

catakserukin

sumber: http://www.facebook.com/home.php?

Soalan: (i) Jelaskan bagaimana perkataan 'catakserukin' dibentuk. (ii) Bincang kewajaran penggunaan perkataan ini dari perspektif morfologi deskriptif dan morfologi preskriptif.

1 comment:

Azureen_12 said...

NOOR AZUREEN BINTI HAMID @ AHMED,
NO. 12, HMT 223 09/10

(i) Perkataan ‘catakserukin’ merupakan kata akronim yang merupakan kata tunggal yang dibentuk dengan menggabungkan suku kata daripada kata-kata unsur.(Halimah Abdul Rahman, 2005, hal. 170) ‘Catakserukin’ terbentuk daripada frasa ‘cakap tak serupa bikin’, iaitu akronim yang terbentuk daripada cantuman awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan lain. Hal ini melibatkan huruf suku kata pertama dengan bahagian-bahagian bukan awal perkataan-perkataan yang lain. Huruf yang condong merupakan cantuman suku kata yang membentuk akronim ‘catakserukin’.

(ii) Dari perspektif morfologi deskriptif, penggunaan perkataan ‘catakserukin’ tidak wajar digunakan. Hal ini demikian kerana akronim ‘catakserukin’ tidak mempunyai makna yang jelas, sekaligus menyukarkan pembaca memahami maksud singkatan tersebut. Penggunaan akronim secara berleluasa menyebabkan pencemaran bahasa serta merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di Malaysia. Selain itu, penggunaan akronim juga menyebabkan pelbagai tafsiran dalam kalangan pembaca yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap makna asal akronim tersebut.
Dari perspektif morfologi preskriptif pula, akronim ‘catakserukin’ juga adalah tidak wajar digunakan, lebih-lebih lagi dalam bentuk formal. Penggunaan ‘catakserukin’ atau mana-mana kata akronim lain secara meluas boleh menjejaskan keaslian kata asal perkataan tersebut. Malahan, penggunaan akronim dalam bahan-bahan ilmiah juga boleh menjejaskan kredibiliti bahasa Melayu sebagai salah sebuah bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia. Lazimnya, kata akronim itu terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar, tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.