Tuesday, July 21, 2009

KATA NAMA: Data Bahasa Tak Formal 2

Cepat Masa Berlalu!



Salam! Hai semua, pejam celik dah dekat bulan saya tak blog. Sori lah, memang boring masuk blog saya yang jarang update ni. Tapi takpe, saya akan berblog sedikit sebanyak apa yang dah kami lakukan sepanjang mei, jun, julai ni.




Vee tengah meletup dengan cerita Ali Din yang sedang ditayangkan di TV3 dan TV9 sekarang ni.
Kelakar tengok Vee melakonkan watak penyanyi dangdut yang oppurtunis dan menggedik! Kami mendapat banyak respons dari kalangan peminat yang menonton, biasalah, ada yang memuji dan tak kurang juga yang tak berapa nak suka watak Vee tu. Di sini saya nak bagitahu, Vee realitinya bukanlah sebegitu, hehe, jangan tertipu dengan lakonannya yang berkesan tu! Watak gedik adalah kehendak skrip dan juga permintaan pengarah, Raja Ahmad. Tapi best kan kita dapat melihat perbezaan lakonan Vee! Saya sendiri enjoy menonton Ali Din! Saya harap anda semua pun sama!











Di majlis pelancaran Ali Din, dari kiri, Hans, Azlina, Vee, Umie, Raja Ahmad dan Harun.


Berbalik cerita saya pula, saya tengah sibuk denngan bisnes saya. Mungkin ada antara anda yang pernah melihat iklan saya di surat khabar. Whizz Portal, portal DIY yang mesra pengguna. Saya dah siapkan portal rasmi saya http://www.rashidiishak.com/. Berkunjunglah kalau nak tengok betapa gempaknya portal yang saya buat sendiri! Buat sendiri! yep, saya hanya mengambil masa 6 jam sahaja siapkan portal saya tu. Jadi, sekarang tengah seronok promosi portal diy tu lah.. sekarang road tour malaysia, baru selesai buat kat JB minggu lepas. This weekend saya akan berada di Ipoh (20hb Julai). Jadi siapa yang dah sign up hi-tea tersebut, c u there!

Oh yes, sebelum saya mengakhiri celoteh saya ni, Vee baru menerima satu tawaran untuk bergandingan dengan satu produksi yang bakal diterajui oleh pelakon Bollywood dan Hollywood. InsyaAllah, jika diizinkanNya, dapatlah Vee melebarkan sayap ke luar! Sememangnya kita semua tahu betapa berbakatnya Vee, cuma masa sahaja yang menjadi penentuan untuk kita melihat berapa jauh Vee boleh menggilapkan lagi kerjayanya yang semakin bersinar!


Terima kasih semua, love n peace!
Rashidi Ishak.

sumber:

3 comments:

Mastura Syamsudin ( 9 ) hmt223 said...

mastura binti syamsudin ( 9 )hmt223
Untuk menjadi seorang pelakon yang dicontohi dan diminati oleh ramai peminat agak sukar.Pelakon yang baik adalah pelakon yang mempunyai nilai-nilai pekerti yang mulia.Tidak kurang juga pelakon terbaik di Malaysia iaitu Vanidah Imran yang merupakan salah seorang ikon terbaik dalam kalangan artis Malaysia yang dapat dicontohi.

Maliati Bt Mohamad said...

Maliati Binti Mohamad (7)hmt223,
Bagi saya, untuk menjadi seorang pelakon yang berkualiti dan diminati ramai, seorang pelakon tersebut seharusnya mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Contohnya pelakon yang semakin popular iaitu Vanida Imran. Vanida Imran sememangnya seorang pelakon yang berbakat dalam melakonkan pelbagai watak dan Vanida juga mempunyai perwatakan yang baik. Walaupun dunia hiburan sekarang semakin panas dengan pelbagai gosip, namun Vanida cekap dalam mengatasi masalah tersebut dan hal ini dapat dibuktikan apabila Vanida bebas daripada gosip-gosip panas.

Norliza Abdul Kadir:26:HMT223 said...

Data yang dipaparkan dipetik daripada blog Rashidi Ishak yang menulis tentang aktiviti lakonannya dan isteri, Vanida Imran. Bahasa yang digunakan kelihatan tidak formal kerana pemilihan kata yang dilakukan agak sewenang-wenang kerana terdapat bahasa lisan, singkatan, ejaan yang tidak tepat, alih kod serta bahasa pasar/ bahasa rojak. Mencampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Contoh 1:
Sori lah, memang boring masuk blog saya yang jarang update ni.

Contoh 2:
This weekend saya akan berada di Ipoh (20hb Julai). Jadi siapa yang dah sign up hi-tea tersebut, c u there!

Contoh 3:
Oh yes

Bahasa yang digunakan kebanyakannya bahasa tidak formal, cenderung kepada bahasa lisan berdasarkan ontoh-contoh yang diberikan.