Monday, October 20, 2008

when there's a wheel...

Pemandu teksi terima sarjana


SYABAS... ISHAK Ismail menunjukkan isyarat bagus selepas menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat pada Konvokesyen Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Iltizam untuk menjadi idola kepada lima anaknya membakar semangat seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, untuk meneruskan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana.

Hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan apabila beliau menerima ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-32 di sini.

Semangat Ishak untuk menimba ilmu terus menyala dan selama 13 tahun memandu teksi di sekitar Shah Alam, beliau sentiasa berfikir untuk mengisi setiap masa terluang dengan perkara yang berfaedah.

‘‘Saya sedar peringkat usia saya agak tua berbanding mahasiswa lain tetapi berbekalkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), saya nekad sambung belajar peringkat ijazah pada tahun 2002,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen itu di sini hari ini.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian ijazah dalam bidang komunikasi dua tahun lepas, datuk kepada tiga orang cucu ini meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Komunikasi Korporat.

Kejayaan hari ini, katanya, adalah berkat doa dan sokongan moral yang diberikan oleh isteri dan keluarga.

Justeru, jelasnya, pengorbanan keluarganya itu tidak akan dipersia-siakan kerana selepas ini, beliau tidak lagi akan menjadi pemandu teksi.

‘‘Cukuplah selama 13 tahun saya jadi pemandu teksi. Saya mahu mengubah kehidupan kami sekeluarga.

‘‘Cuma kenangan manis sepanjang menjadi pemandu teksi tidak akan dilupakan kerana sewaktu menunggu penumpang, itulah masanya saya mentelaah,’’ katanya yang belajar selama dua jam setiap hari.

Beliau berkata, tiga daripada lima orang anaknya kini berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Menurutnya, berbekalkan ijazah sarjana yang ada di tangannya itu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Utusan Online 20Oct2008 Rabu/Wednesday

http://www.comcol.umass.edu/dbc/pdfs/Reece_LitReview.pdf

Have a look at this page and see how an essay is written.

http://www.comcol.umass.edu/dbc/pdfs/Reece_LitReview.pdf

Friday, October 17, 2008

ini ada gambaq ghaya lagi.. sumber rahsia, tp u kno hu u r;)











diz iz wat apen wen d blogr iz in d wel - kopi n pes

gud 2 c al uv u ad fun 4 d raya do... op al wil b fine 4 d exam, n nt b in d wel like me... now deepavalli tak daq ke, bharati, punita, vani amcm????











sumber: http://lovingkuroneko.blogspot.com/

Wednesday, October 8, 2008

Untuk Pelajar yang Berminat Sambung ke Program MA

Salam sejahtera,

Sukacita dimohon maklumat ini dihebahkan kepada semua pelajar tahun akhir untuk menghadiri satu sesi taklimat program
Headstart bagi mendapat maklumat seperti:-

a) Program Ijazah Tinggi di PPIK
M.A dan Ph.D (mod campuran dan mod penyelidikan)

b) Bantuan kewangan yang boleh dipohon


Sesi taklimat ini akan diadakan pada:-

Tarikh : 24 Oktober 2008 (Jumaat)
Jam : 3:00 - 5:00 petang
Tempat : Dewan Mesyuarat, PPIK

Penceramah: Prof. Madya Sohaimi Abdul Aziz, dan
Wakil dari Institut Pengajian Siswazah

Saya mohon agar maklumat berkenaan taklimat ini dihebahkan kepada semua pelajar tahun akhir ijazah pertama.

Sekian, terima kasih.



b/p Prof Madya Sohaimi Abdul Aziz
Timbalan Dekan
Pengajian Siswazah & Penyelidikan