Friday, July 17, 2009

Masih ada yang tidak faham!

1) Saya telah meletakkan contoh seperti ini di komen satu daripada paparan di blog ini.
Radiah said...

Siapakah anonymous ini?

Radiah Yusoff
Pengajar HMT223

2) Saya telah juga menyediakan format ini untuk anda salin dan tempek di komen anda.

Nama Anda:
No. Rujukan:
Kod Kursus:

3) Saya telah menunjukkan caranya di dalam kelas pada hari Khamis 16 Julai 2009. Malangnya masih ada yang tidak faham.

4) Saya telah tegaskan di dalam kelas bahawa anda perlu menggunakan bahasa rasmi semasa menulis di bahagian komen dan di blog anda yang mempunyai label HMT223 nanti.

5) Saya mendapati masih ada pelajar yang tidak memberi maklum balas di bahagian komen paparan 'post' dalam blog ini. Untuk makluman anda, blog ini ada banyak paparan 'post' yang berfungsi seperti bab-bab dalam buku, dan blog ini sendiri berfungsi seperti sebuah buku.

No comments: