Wednesday, January 14, 2009

HMT329&504: Pesanan yang dikitar semula dan diubahsuai dari Kumpulan Kitar Semula USM,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Menjelang Tahun Baru China yang bakal menjelma ini, menjadi amalan sesama kita
untuk menghantar kad ucapan kepada rakan-rakan taulan serta saudara mara.

Oleh yang demikian, saya yang menyahut seruan kumpulan kitar semula untuk Aidil Fitri tahun lepas ingin menyarankan untuk anda memulakan amalan menghantar kad ucapan maya 'e-card' sebagai alternatif yang lebih mesra alam daripada kad ucapan 'hard copy' seiring dengan saranan universiti kita ke arah kelestarian.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Qong Xi Fa Cai kepada semua pelajar, khususnya yang berketurunan Cina atau tiba-tiba terkesan keturunan Cinanya dalam salasilah mereka apabila Tahun Baru Cina menjelang. Berhati-hati dalam segala kerja, dan jangan lupa kepada mereka yang tidak seuntung kita di sini.

- Mesej yang dikitar semula dan diubahsuai dari Kumpulan Kitar semula USM (USM Household Recycling Team)

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"Memastikan Kelestarian Hari Esok"
"Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian hari Esok".



Radiah Yusoff
Pengajar HMT329 & HMT504

sumber: http://hbt2130809syntax.blogspot.com/2008/09/pesanan-dari-kumpulan-kitar-semula-usm.html

64 comments:

she_tea ^_^ said...

Hui Ying mengail si anak ikan,
sambil mengail, makan papaya,
selamat Tahun Baru Cina diucapkan,
dapat angpau kongsi la dengan saya ya.

23, Siti Fatimah noor binti Isnin

Anonymous said...

gula manis gula melaka,
di bawa berjalan di kaki lima,
selamat tahun baru cina kepada Huda, semoga dapat angpau banyak-banyak ya.

25. Siti Nursuhana binti Jamil

sue said...

gula manis gula melaka,
di bawa berjalan di kaki lima,
selamat tahun baru cina kepada Huda,
semoga dapat angpau banyak-banyak ya.

25. Siti Nursuhana binti Jamil

Putera Junjong said...

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama dengan saiful bahri,
ucapan Qong xi fa cai nak diberi,
dapat angpau jangan lupa diri.

11. Mohd Hazrul bin Abu Bakar

niza said...
This comment has been removed by the author.
niza said...

tinggi sungguh terbang rajawali,
bintang dilangit yang dicari, selamat tahun baru cina kepada siti,
semoga hidup akan diberkati.

18.Nurhanizah Asraf Ali

Wui Haur said...
This comment has been removed by the author.
Wui Haur said...

Nama beliau nama Khusari,
Salah satu kawan saya,
Pantun ini untuk kawan sejati,
Selamat Tahun Baru Cina.

27. Toh Wui Haur

skin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Membeli-belah di pasar raya
Pakai cantik-cantik masa Tahun Baru Cina
ucapkan Gong Xi Fa Cai kepada Siti Nursuhana
harap-harap gembira menyambut Tahun Baru Cina

2, Chan Yan Yi

Anonymous said...

satu dua tiga empat,
cepat cepat dapatkan angpau,
siapa cepat dia dapat,
tak dapat rugilah beliau.

15. ILAH

Anonymous said...

satu dua tiga empat,
cepatlah Ilah dapatkan angpau,
siapa cepat dia dapat,
tak dapat rugilah beliau.

3. Choo Hooi Lean

Anonymous said...

Angpau warnanya merah,
Kalau tak dapat janganlah marah
Limau manis rasanya
Kalau Azri nak rasa saya akan bawakannya

20,OOI YUN KEAN

maisarah binti Abd Karim said...

sinar mentari di pagi cerah
cahayanya terang di bumi indah
Yun Kean cantik berbaju merah
menyambut raya dengan meriah

10.Maisarah Abd Karim

Si3t Li said...

Cuaca hari ini indah sekali,
Azrul dan rakan berkelah di taman,
Siet li ucapkan Gong Xi Fa Cai,
Buat Azrul dan rakan.

Wong Siet Li, 29

Siew Suan said...
This comment has been removed by the author.
Siew Suan said...

satu, dua, tiga, empat, lima,
saya sudah lihat jam lama,
pagi itu, saya bangun awal,
kerana hari itu sangat meriah;

angpao bukan tiap-tiap hari ada,
tunggu kawanku datang ke rumah,
nama kawanku Wan Nurhana,
harapkan beliau dapat angpao dengan gembira,
bersamamu menyambut Tahun Baru Cina.

no.9 Lim Siew Suan

sharifah Shadhatul Nadrah said...

Indah kemboja disinar mentari,
Menarik kumbang, berseri-seri,
Hanizah Asraf Ali empunya diri,
Semoga Tahun Baru Cina membawa erti

22.Sharifah Shadhatul Nadrah

Anonymous said...

Pergi ke pasar membeli kangkung,
Kangkung dibeli bersama ikan,
Kepada sahabatku Liew Siew Foong,
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan.


05. Husna Binti Hasan

Anonymous said...

halus sungguh kulit si bayi,
sehalus sutera buatan China.
khas buat Chan Yan Yi,
selamat tahun baru cina.


17, Nur Najwa Hanim binti A.Rani

kAka dE QuE said...

hooi lean gembira rai Gong Xi Fa Cai,
pakai chongsam menawan sekali,
angpau dikongsi bersama kucai,
belanja makan burger prosperiti.

12- khusairi.

26. Siti Zaliha said...

seekor katak sedang menyanyi
di atas sofa sambil menari
chinese new year datang lagi
gong xi fa cai siew kin! hihihi

26. Siti zaliha binti Mangit

Anonymous said...

Nyonya brjalan pakai terompah,
Jari sakit tercabut kuku,
Selamat Tahun Baru cina untuk Sharifah,
Jangan lupa berikan angpau kepadaku.

15, Norfadilah Bt. Abd Rahman

Minwana said...

Hari-hari makan durian,
Durian diambil dikebun Pak Manan,
Gong Xi Fa Chai saya ucapkan,
Kepada Siew Suan dan rakan-rakan.

28. Wan Norhana Bt Ismail

Minwana said...

Terima kasih kepada Siew Suan,
Penantian anda sungguh mengharukan,
Harap maaf tak dapat merayakan, Banyak tugasan perlu disiapkan.

Jawapan Balas Pantun Suan
28.Wan Norhana

skin said...
This comment has been removed by the author.
Chan Yan Yi said...

Tahun Baru Cina dinanti-nanti
baju cantik dicari-cari
apa Wawa tunggu lagi
balik rumah bercuti-cuti

Chan Yan Yi, 2

sharifah Shadhatul Nadrah said...
This comment has been removed by the author.
sharifah Shadhatul Nadrah said...

Terompah di jual di Pekan Rabu,
Berkelip-kelip berbatu-batu,
Wahai Ilah sahabatku,
Nak angpau datanglah umahku.

22.Sharifah Shadhatul Nadrah

skin said...

Tahun "Lembu" sudah tiba,
Tahun baru mesti gembira,
Kehidupan kita lebih bahagia,
Selamat Tahun Baru Cina kepada Siti Zaliha.

7, Koh Siew Kin

si`ew-fo*o*ng ( ", ) said...

Pantun dikirim Husna amat saya sukai,
Saya kan ingati setiap hari,
Ingin saya balas di sini,
Selamat bercuti dan Gong Xi Gong Xi.

Liew Siew Foong,8

Balas Pantun Husna

si`ew-fo*o*ng ( ", ) said...

Ada lori ada bas,
Ada hari ada balas,
Ada Siet Li ada manggis,
Gong Xi Fa Cai's.

Liew Siew Foong, 8

Si3t Li said...

Ada padi adalah beras,
Bertanak nasi periuk tembaga,
Pantun Siew Foong saya balas,
Selamat Tahun Baru Cina.

Wong Siet Li, 29

Balas Pantun buat Siew Foong

Anonymous said...

aidilfitri semua mengaku melayu...
deepavali semua mengaku india..
tahun baru cina semua angkat kaki lik kg...Hua Wai selamat hari raya...hahaha..aku pun tidak faham pantun apakah ini

skin said...

Mohd. Hazrul (II Joy) gembira Tahun Baru Cina,
satu, dua, tiga, empat,
angpau banyak yang didapat,
tahun ini mesti kaya.

7, Koh Siew Kin

::liyana:: said...

Merah menyala warna tema,
Cheongsam pula pilihan si dara,
Sekadar meraikan perayaan bersama,
Selamat Tahun Baru Cina untuk Nurul Hana.

16-Nur Liyana Bt Kamarudin

Anonymous said...

SN Prof Muhammad Hj salleh mesti terkejut dengan pantun anda semua. Beliau pasti tertanya-tanya - di manakah bakat-bakat terpendam ini berada selama ini, dan berharap agar bakat-bakat ini akan terus terpendam, khususnya Hakim. Saya pun tak tahu apa anda telah cipta. Inilah yang dikatakan "tak dengo kate". "La ni p cipta pantun betol, Hakim!!!!!"


000 RY

kAka dE QuE said...

seorang raya semua pun raya,
raya tak kenal siapa bangsa,
pantun hakim ayat bahaya,
jangan sampai buta bahasa.

yun kean said...

Pakai baju warna merah,
Tunggu maisarah di depan rumah,
Selamat Tahun Baru Cina diucapkan,
Pelbagai jenis makanan akan disediakan.

balas pantun maisarah.
20, ooi yun kean

Anonymous said...

kacak bergaya si anak perawan,
membuatkan hati rindu kepayang,
Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan,
buatmu Najwa sahabat tersayang,

19. Nurul Hana Abu Talib

niza said...

Anak Gajah anak Zirafah,
Berdiri di laman terpinga-pinga,
Wahai saudariku Sharifah,
Selamat Tahun Baru Cina

balas pantun Sharifah

18 NurHanizah Binti Asraf Ali

Siew Suan said...

Durian diberi oleh Wan Nurhana,
saya makan dengan gembira,
walaupun kamu tidak bersama,
saya akan menunggu sehingga kamu ada masa.

balas Wan Nurhada

9. Lim Siew Suan

azriey slayers said...

Tahun baru cina bakal menjelma,
Liyana tersenyum di tepi jendela,
Hajat di hati akan terlaksana,
Pulang ke kampung menjenguk keluarga.

14, Norazri bin Ismail

siti nurhuda said...

Rantai Husna sedang ditempa,
Buat hiasan tahun baru cina,
Kuliah hmt329 jangan dilupa;
Satu bakul kfc dikongsi bersama,

24, Siti Nurhuda binti Saari

siti nurhuda said...

Tepung segenggam dibuat cucur,
Cucur kucai berintikan ikan
Ampun maaf jika ada yang terlanjur
Gong Xi Fa Cai saya ucapkan.

balas pantun suhana
24,Siti Nurhuda binti Saari

sue said...

hari-hari makan daun keladi,
daun keladi dimasak kari,
terima kasih kepada Yan Yi,
semoga naik cuti berjumpa lagi.

25.Siti Nursuhana binti Jamil

Anonymous said...

Hooilean suka makan kuih pau,
Lepas makan menggosok gigi,
Memang rugi tak dapat angpau,
Tapi tak mengapa raya tahun depan ada lagi.


*balas pantun Hooilean
Norfadilah Bt. Abd Rahman (15)

Putera Junjong said...

orananya kecil senyum sentiasa,
Koh Siew Kin diberi nama,
terima kasih diucap kepadanya,
semoga akan selalu gembira.

Anonymous said...

nurul hana nama diberi,
berkulit putih, cantik berseri,
ucapan gong xi fa cai saya beri,
dapat angpau kita kongsi.

17. Nur najwa hanim

Wui Haur said...

Terima kasih saya ucapkan,
Salam rakan amat dihargai,
Kepada rakan HMT329 sekalian,
Saya ucapkan gong xi gong xi.


Kepada pelajar HMT329 dan rakan yang mendapat nama saya.

27. Toh Wui Haur

Anonymous said...

Hari Hujan dingin sedap kalau terlena...
Hampir tiba Tahun Baru Cina...
Wui Haur ada ternakan...
Selamat tahun baru cina diucapkan...

Anonymous said...

Pergi mengail si ikan tenggiri,
Di dalam belukar penuh berduri,
Ucapan selamat tahun baru cina kuberi,
Buat Siti NurHuda yang manis berseri.

balas pantun Siti Nurhuda binti Saari

--miZa-- said...

Sudah bertahun ku tanam nona,
Namun berbuah sebiji dua;
Selamat Tahun Baru Cina,
Kepada semua kaum TiongHua.

Cikgu Sabariah ke Bukit Jana,
Bawa capati bersama kari;
Sempena Tahun Baru Cina,
SMKA cuti berapa hari?

Kecil molek empunya diri,
Dari Bertam Azliyana ke mari;
Limau emas jadi penyeri,
Beli ke atau anak murid beri.

Kaum TiongHua menyambut Tahun Baru Cina,
Yang lain pula tumpang bercuti;
Pn. Norliza bakal menyambut iparnya,
Tiada aral saya sampailah nanti.

..:-)..

kAka dE QuE said...

pergi ke hutan mencari aur,
bawa bersama sebilah parang ,
gong xi fa cai buat wui haur,
semoga selamat pulang ke seberang.

pantun balas buat wui haur.
12 khusairi

Anonymous said...

Sungguh bahagia dihari mulia,
maaf bermaafan insan berkasih,
Gong xi Fa Cai padamu jua,
kepadamu Liyana tak kan ku sisih



19. Nurul Hana Abu Talib

eliz said...

Pisang nangka dimasak pengat,
Kait-kait banyak durinya;
Kak Miza sentiasa kuingat-ingat,
Gong Xi Fa Cai kuucap buat dirinya.

Tanam kucai di tepi perigi,
Kucai ditanam oleh Azliana;
Gong Xi Fa Cai ucapan diberi,
Kepada semua yang meraikannya.

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik cabai;
Dari jauh Sabajyah datang,
Untuk mengucapkan Gong Xi Fa Cai.

Norliza Abdul Kadir
PHM0125/08

--miZa-- said...

Angpau merah dalam pelengat,
Bawa tuah dan memberi semangat;
Terima kasih kerana diriku Liza teringat,
Moga ukhuwah mendapat rahmat.

-pantun balasan buat eliz;PHM 0125/o8-

..O_O..

::liyana:: said...

Tercapai sudah hajat di hati,
Pulang ke Johor menjenguk keluarga,
Tak perlulah azri iri hati,
Kerja di Dave Deli’s waktu raya cina pun seronok juga.
hehehe

balas: norazri b ismail

Anonymous said...

Pak Abu memetik nona,
Untuk diberi kepada raja,
Sempena tahun baru cina,
Kak Liza kemana bersama keluarga?

Kak Sabariah orangnya cepat terlupa,
Rajin belajar dan juga bersukan,
Pergi bercuti janganlah alpa,
Keja yang ada mesti disiapkan.

Dari Pantai Remis datang kemari,
Tinggal anak dan juga suami,
Wahai kak miza yang baik hati,
Dah siap keja emel la kat kami.

Azliana bt Abu Hasan

--miZa-- said...

Pakai Cheongsam di pagi raya,
Sambil tersenyum memuji diri;
Wahai Azliyana cantik bergaya,
Hehe beres<:-) bukalah blog setiap hari.


--pantun balasan buat Azliyana--

Radiah Yusoff said...

Terima kasih banyak-banyak kerana menceriakan Tahun Baru Cina ini, walaupun masih berlaku hal-hal menyayat hati di beberapa tempat.

Kucai<>Kushairi, saya tergelak besar baca komen balas untuk Hakim.

Miza, Azliana, Liza: Walaupun kerja boleh dikongsi bersama, tetapi pastikan juga anda boleh lakukan kerja-kerja yang diberi secara individu. Ini kerana, semasa membuat tesis, tugasan, dan menjawab soalan, anda perlu berdikari. Tiada sesiapa akan menolong anda.

Sabariah, di mana anda?

Masih ada yang tidak berpantun di sini. HAKIM: tulis pantun anda di sini. Tengok laman SN Muhammad Hj Salleh!!!

000, Radiah Yusoff

eliz said...

Tahun baru cina berlalu sudah,
Makan limau kenyang terasa;
Terima kasih k.miza datang ke Kedah;
Budimu akan kukenang sentiasa.

Pohon nyiur si pohon beringin,
Dituip angin menderu-deru;
Liayana mesti dah makan angin,
K.Liza pula menerima ipar baru.

Balasan untuk K.Miza dan Liayana.
Maaf lambat balas, kat kampung tak ada internet.

PAPADOM said...

Lesung besi,
lesung batu,
engkau takde nanti,
kuih bakul gua sapu

10 Maisarah Abd Karim

maisarah binti Abd Karim said...

pak Ali pergi mencangkul
pergi mencangkul di gunung daik
epul makan kuih bakul
hati-hati jangan tercekik...