Wednesday, January 14, 2009

HMT329 & HMT504: Pesanan dari Timbalan Dekan APP PPIK

Salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan dua perkara berikut:

1. PPIK telah memulakan khidmat Language Clinic bagi pelajar IK (sila rujuk poster yang disertakan). Khidmat tersebut adalah untuk membantu pelajar IK dalam bahasa Inggeris. Para pensyarah boleh merujuk pelajar yang perlukan bantuan ke klinik bahasa tersebut setiap Isnin dan Khamis 9pagi hingga 12 tengahari

2. Persatuan Ilmu Kemanusiaan akan mengadakan Minggu Kemanusiaan bermula 19 Januari ini. Aktiviti yang diadakan termasuk pameran oleh kelab-kelab PPIK di ruang legar C24, pelancaran logo persatuan dan seminar dan bengkel untuk pelajar (21 dan 22 Jan). Sokongan para pensyarah terhadap Persatuan IK menjayakan projek-projek tersebut amat dihargai.

Sekian.

Hajar Abdul Rahim

Timbalan Dekan

Akademik dan Pembangunan Pelajar

No comments: