Wednesday, January 14, 2009

HMT504 & 329: Aspek Tersirat;)

  1. Nyatakan ketersiratan artikel ini di alamat http://myhmt329.blogspot.com/2009/01/sleeping-well-what-you-need-to-know.html
  2. Letakkan pernyataan anda di bahagian komen paparan saya, bukan di bahagian komen lokasi asal artikel tersebut.
  3. Anda diberikan sehingga Khamis, 12 Januari 2009, 7.00 pagi (hari, tarikh, dan waktu Malaysia) untuk menghantar komen ini.

23 comments:

sharifah Shadhatul Nadrah said...

Aspek ketersiratan dalam artikel ini ialah saya selaku pelajar HMT329 menghadapi masalah kekurangan tidur. Hal ini kerana saya terpaksa berjaga sehingga lewat malam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Dr.Radiah. Natijahnya dapat dilihat apabila kuliah saya bermula awal pagi terutamanya pada pukul 8 pagi. Keadaan saya di dalam kelas tersebut amat menyedihkan. Apabila seseorang tidak tidur dengan secukupnya, badannya akan lesu. Saya juga tidak akan begitu fokus dalam kelas kerana hanya memikirkan untuk tidur sahaja. Selain itu, mood saya juga akan terjejas dan mudah marah. Sistem imun saya juga terjejas. Pada masa kini saya sering selesema dan sakit kepala kerana tidur yang tidak mencukupi. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan yang saya petik dari artikel tersebut :
When you continuously don’t get the amount of sleep you need, you begin to pay for it in daytime drowsiness, trouble concentrating, irritability, increased risk of falls and accidents, and lower productivity. Pada masa kini, jumlah tidur saya hanya sekitar tiga sehingga lima jam sahaja jikalau kelas saya bermula pada 8 pagi iaitu kelas HMT329. Saya hanya akan tersedar jika jam loceng telefon bimbit saya berbunyi. Seharusnya, seseorang yang dewasa memerlukan jumlah tidur sekitar 7-8 jam sehari. Berdasarkan data yang saya berikan di atas, analisis kontrastif dapat dilakukan. Hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

Ciri-ciri tidur yang mencukupi :
1)Badan dan mood akan lebih baik.
2)Dapat meningkatkan tumpuan.
3)Dapat meningkatkan sistem imun.
4)Jumlah tidur sekitar 7-8 jam sehari.

Ciri-ciri tidur yang tidak mencukupi.
1)Badan lesu dan mood tidak stabil.
2)Kurang memberi tumpuan ketika di dalam kelas.
3)Daya tahan badan terhadap penyakit lemah.
4)Jumlah tidur sekitar 3-5 jam sehari.

Perbandingan yang dapat dibuat di antara dua data di atas ialah seperti di bawah :

5)Badan dan mood akan terjejas jikalau jumlah tidur tidak mencukupi.(Bandingkan data bernombor 1 ) 6)Seseorang yang tidak mempunyai jumlah tidur yang mencukupi akan mudah mendapat penyakit.( Data 2 dan 4)
7)Jika seseorang itu ingin berasa segar dan dapat memberi tumpuan sepanjang hari mestilah tidur dengan mencukupi.(Data 3dan 4 )

Berdasarkan data 5 di atas, hal ini dapat dibuktikan seperti petikan di bawah :
"Sleep deprivation affects your entire body and mind."(http://myhmt329.blogspot.com/2009/01/sleeping-well-what-you-need-to-know.html)

Untuk membuktikan data 6,hal ini dapat dilihat seperti data di bawah :
"Without adequate sleep, the immune system becomes weak, and the body becomes more vulnerable to infection and disease."(http://myhmt329.blogspot.com/2009/01/sleeping-well-what-you-need-to-know.html)

Seterusnya bagi membuktikan data 7 hal ini dapat dilihat seperti di bawah :

When you continuously don’t get the amount of sleep you need, you begin to pay for it in daytime drowsiness, trouble concentrating, irritability, increased risk of falls and accidents, and lower productivity.(http://myhmt329.blogspot.com/2009/01/sleeping-well-what-you-need-to-know.html)

Sharifah Shadhatul Nadrah,22

Wui Haur said...

Dalam kehidupan seharian kita, tidur adalah sangat penting. Tidur yang mencukupi dapat membolehkan seseorang bersemangat melakukan apa-apa sahaja manakala kekurangan tidur akan menyebabkan seseorang mudah letih dan senang hilang tumpuan melakukan sebarang aktiviti. Hal ini akan menyebabkan seseorang mudah menghadapi kejadian yang tidak diingini. Sebagai contoh, pada semester ini, kebanyakan kelas saya bermula pada pukul 8pagi dan saya terpaksa bangun satu jam lebih awal untuk mengemaskan diri sebelum ke kelas. Oleh sebab terlalu bangun awal, ini menyebabkan saya amat letih pada setiap petang. Tambahan pula, saya mudah berasa sakit dan deman kebelakangan ini kerana terlalu letih dan kurang tidur.

Menurut artikel itu lagi, setiap peringkat umur mempunyai jumlah jam tidur yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu hidup dalam sihat. Sekiranya tidak mematuhi, seseorang itu mungkin mudah menghidapi penyakit.

Jadi, sebagai kesimpulan, aktiviti tidur sangat penting untuk mengurangkan tekanan hidup yang dihadapi setiap hari. Justeru, utamakan cara hidup yang sihat.

author said...

HMT 329: KEPENTINGAN TIDUR

Setiap manusia memerlukan tidur yang mencukupi pada setiap hari. Hal ini kerana tidur adalah untuk merehatkan badan dan minda. Tidur yang cukup adalah penting untuk menjamin kesihatan seseorang. Jika seseorang itu tidak dapat tidur dengan cukup, pelbagai kesan negatif akan timbul, seperti kemurungan, tidak bermaya, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti harian, dan boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan diri. Hal ini juga berlaku kepada saya, apabila saya tidur lewat untuk menyiapkan tugasan, saya akan berasa amat letih pada keesokan harinya, terutamanya ketika kelas bermula seawal 8.00 pagi. Selain itu, emosi saya juga terganggu. Buktinya, saya menjadi seorang yang murung ketika berada di dalam kelas, dan cepat marah.
Tidur yang cukup juga amat penting dalam menjamin sistem imunisasi badan. Jika manusia tidak mendapat tidur yang cukup, sistem imunisasi akan terganggu dan mudah mendapat penyakit, contohnya, apabila saya sering tidur lewat, badan saya akan menjadi lemah, dan mudah mendapat selesema serta demam.
Semasa tidur, sel-sel badan akan berehat dan memperbaiki strukturnya. Oleh itu, manusia perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik. Tidur yang cukup juga mempengaruhi kadar pengeluaran hormon oleh seseorang.
Gangguan tidur terjadi apabila seseorang tidak mendapat tidur yang mencukupi seperti pelajar kolej dan seseorang yang sentiasa terjaga pada waktu malam. Gangguan tidur yang kronik selalu terjadi ke atas individu yang berada dalam bidang kerja yang melibatkan jangka masa yang panjang, tanggungjawab yang pelbagai dan penyakit yang berkaitan dengan tidur. Kesan daripada gangguan tidur akan menyebabkan penyakir merbahaya seperti diabetes, obesity dan penyakit jantung.
Jika seseorang berasa segar dan sihat selepas bangun daripada tidur itu tandanya dia mendapat tidur yang cukup. Masa tidur yang cukup adalah berbeza mengikut peringkat umur.

husna said...

Si3t Li said...

Sejak menjejak kaki ke alam Universiti,saya mengahadapi masalah kekurangan tidur. Lebih-lebih lagi semester ini. Hal ini kerana kuliah saya pada semester ini semuanya pada waktu pagi iaitu pukul 8 pagi atau 9 pagi. Walaupun saya tahu tidur yang mencukupi merupakan perkara yang penting bagi seseorang individu namum saya masih tidak dapat mengamalkan tabiat tidur awal dan bangun awal. Saya sentiasa kekurangan tidur kerana sibuk atau mempunyai tekanan sehinggakan saya tidak dapat tidur dengan nyeyaknya. Kadang-kadang saya akan terjaga beberapa kali dan peda keesokan harinya saya akan berasa tidak bermaya dan mudah berasa letih. Akibat kekurangan tidur, saya selalu berasa mengantuk semasa kuliah dan tambahan pula cuaca kebelakangan ini sangat panas menyebabkan lagi saya tidak bersemangat untuk mengikuti kuliah dan susah untuk menumpukan perhatian semasa kuliah.

Menurut artikel ini tidur yang mencukupi amat penting kepada semua orang. Seseorang seharusnya tidur 7-8jam sehari. Tidur yang tidak mencukupi akan mengganggu aktiviti kehidupan seharian seseorang. Misalnya menurut artikel ini, jika seseorang tidak cukup tidur badan dia kan berasa letih dan tidak bermaya serta perasaan dia juga tidak akan stabil. Selain itu, dia juga akan kurang tumpuan apabila melakukan sesuatu.

Oleh itu, tidur sangat penting kepada kita semua.

si`ew-fo*o*ng ( ", ) said...

Saya jarang-jarang mengalami masalah kekurangan tidur. Tetapi, hal ini telah berlaku pada semester ini. saya telah mengalami masalah kekurangan tidur kerana semester ini saya terpaksa menghadiri kuliah pada awal-awal pagi iaitu pada pukul 8 pagi.
Hal ini telah mengakibatkan saya berasa mengantuk dan tiada semangat di dalam kelas.
Sebenarnya, saya juga menyedari betapa pentingnya mempunyai masa tidur yang mencukupi. Artikel ini juga memaparkan bahawa tidur penting untuk kesihatan badan dan kecergasan minda. Kebanyakan orang berasa bahawa tidur akan membuang masa mereka. tetapi, mereka tidak sedar bahawa sebenarnya waktu tidur yang mencukupi adalah perlu untuk minda dan badan kita. Jika seseorang tidak cukup tidur dan tidak dapat memberi tumpuan pada kerja yang dilakukan, maka dia mudah menghadapi risiko dan mengurangkan produktiviti.
Tidur yang mencukupi adalah penting kepada sistem keimunan dan perkembangan individu.
Kesimpulan, amalkanlah kehidupan yang sihat. Badan yang sihat dan cergas menjamin anda mencapai kesejahteraan hidup.

jong hui ying said...

Aspek ketersiratan dalam artikel ini adalah mengenai kesan kekurangan tidur. Sebagai seorang pelajar Universiti, sejak tahun satu sehinggalah sekarang,saya sememangnya tidak cukup berbanding dengan masa saya belajar di sekolah menengah.Kami bukan sahaja membuat latihan tetapi juga perlu menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah dalam tempoh masa tertentu. Sekiranya unit beban dalam semester tersebut adalah berat maka masa tidur turut bertambah kurang.Oleh itu, saya terpaksa membuat latihan yang diberikan dan pada masa yang sama, saya perlu menyiapkan kerja kursus dan membuat persediaan untuk pembentangan. Untuk menyiapkan semua kerja rumah maka saya terpaksa mengurangkan masa tidur saya iaitu cuma tidur 3 atau 4 jam sehari. Tambahan pula, kebanyakkan kelas saya pada semester ini bermula pada pukul 8 pagi, bertambah kurangnya masa tidur saya kerana tidur lewat dan bangun awal pagi.Pada minggu lepas dan minggu ini, secara puratanya, saya cuma tidur 3 jam kerana membuat persediaan untuk rakaman pada hari Isnin dan pembentangan pada hari Rabu. Secara tidak langsungnya, saya telah mendapati bahawa saya kurang memberi tumpuan semasa waktu kuliah, sentiasa menguap dan mengantuk. Badan saya turut berasa lemah dan kurang bersemangat.Masalah kekurangan tidur sememangnya merupakan masalah yang saya hadapi sekarang. Bagi diri saya, apabila kekurangan tidur maka saya akan "migrain". Migrain telah menyebabkan saya muntah dan sukar memberi penumpuan dalam kelas.
Menurut artikel ini, seseorang yang kurang tidur, individu tersebut akan menghadapi masalah seperti sukar bangun pada awal pagi, persembahan yang kurang memuaskan di sekolah ataupun di tempat kerja, sukar membuat keputusan, mudah tertidur semasa dalam kelas ataupun di tempat kerja, memberi kesan kepada emosi dan mudah dijangkiti penyakit-penyakit tertentu. Apa-apa yang disenaraikan oleh penulis ini, saya setuju. Bagi diri saya, mungkin kesan kurang tidur adalah lebih daripada itu kerana setiap individu akan menerima kesan kurang tidur yang berbeza antara satu sama lain.

maisarah binti Abd Karim said...

Artikel ini membincangkan masalah kekurangan tidur yang berlaku kepada seseorang.
Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-
Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan
Sering mendapat masalah kesihatan seperti obesiti, sakit perut, pening, dan lain-lain.
Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
Takut waktu tidur kerana risau susah hendak tidur.
Mudah tersinggung.
Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
Ketagihan kepada ubat penenang.

Oleh itu, Setiap orang harus mendapatkan tidur yang cukup iaitu kira-kira 7 hingga 8 jam sehari supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna.

Anonymous said...

Setelah membaca artikel ini, saya mendapati bahawa tidur merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Menurut artikel ini, kita sebagai orang dewasa memerlukan jumlah masa tidur sebanyak 8 jam.
Jika seseorang itu tidak cukup masa untuk tidur, dia adalah sukar untuk membangun pagi dan berasa cepat letih seterusnya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran atau pekerjaan. Selain itu, jika seseorang itu tidak mempunyai masa tidur yang mencukupi akan mempunyai badan dan daya ketahanan yang lemah. Mereka akan mudah dijangkiti penyakit. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang tidak cukup tidur kerana imsonia. Mereka tidak dapat tidur lena walaupun berasa sangat letih.
Kesimpulannya, untuk mendapat tubuh badan yang sihat, kita perlu tidur 8 jam sehari. Untuk tidur 8 jam sehari, kita perlu mengurangkan tekanan. Untuk mengurangkan tekanan, kita perlu mengurangkan tugasan. Untuk mencapai hasrat ini, Doktor Radiah tolonglah mempertimbangkan.

Anonymous said...

Tidur memanglah amat penting tanpa mengira manusiakah atau haiwan. Setiap orang perlukan masa untuk tidur. Terdapat satu ayat dalam bahasa Cina yang mengatakan bahawa “rehat adalah untuk berjalan dengan lebih jauh”. Hal ini mengatakan bahawa rehat adalah sangat penting dalam kehidupan kita dan tidurlah merupakan salah satu cara untuk kita berehat.
Berdasarkan artikel tersebut, kekurangan masa untuk tidur atau ketidakcukupan masa untuk tidur akan membawa keburukan yang pelbagai. Seseorang senang mendapat penyakit jika tidak tidur dengan secukup-cukupnya. Seseorang akan menjadi lesu dan sentiasa nampak letih jika tidak tidur dengan secukup-cukupnya. Seseorang akan kelihatan lebih tua dan sebagainya jika tidak tidur dengan secukup-cukupnya. Memang terdapat banyak keburukan jika tidak tidur dengan secukup-cukupnya.
Saya selaku pelajar sedang menghadapi masalah kekurangan tidur. Hal ini kerana terlalu banyak tugasan diberikan kepada kami. Kami akan disuruh untuk membuat kerja pada bila-bila masa sahaja. Di mana jua adanya Dr. Radiah, di sana ada kerja, di sana juga kena bangun awal. Kami terpaksa membuat kerja yang banyak pada masa yang ditentukan dan terpaksa menghadiri kelas sehingga lapan jam seminggu. Kami juga terpaksa bangun awal untuk menghadiri kelas HMT329. Jadi, saya mengalami masalah tekanan di samping masalah kekurangan tidur. Saya juga tidak dapat fokus dalam kelas kerana mengantuk. Walaupun badan saya berada di kelas, hati saya masih dalam mimpi.
Secara kesimpulannya, tidur amatlah penting bagi kita. Saya berharap saya akan mendapat masa yang mencukupi untuk berehat dan tidur. Kehidupan menjadi tidak bermakna jika kekurangan masa untuk berehat atau tidur.

skin said...

7) KOH SIEW KIN
Selepas membaca artikel ini, saya telah mengetahui setiap orang juga perlu masa tidur yang mencukupi. Perkara ini dapat membantu kita meningkat ingatan, lebih kreativiti, lebih produktiviti, prestasi yang baik dalam perkerjaan atau pengajaran dan sebagainya. Jika seseorang yang tidak tidur dengan mencukupi akan mengganggu aktiviti-aktiviti dijalankan dalam kehidupan. Perkara ini akan menjejaskan perasaan dan kualiti kehidupan seseorang. Oleh itu, kita perlu menjaga kualiti tidur untuk mendapat kelebihan-kelebihan ditulis di atas. Selepas ini, saya telah mengetahui kita perlu tidur 7 hingga 8 jam sehari. Tetapi kepanjangan masa tidur setiap orang mesti mengikut umur, genetik, jenis perkerjaan, kualiti tidur dan sebagainya. Oleh itu, kanak-kanak perlu tidur lebih lama jika berbanding dengan orang dewasa.

Selepas menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia, saya selalu tidur 4 jam hingga 5 jam sehari kerana bebanan kerja saya agak berat. Seterusnya, kesihatan saya semakin terjejas dalam ketiga-tiga tahun. Selepas membaca artikel ini, saya akan lebih mengambil berat tentang kualiti tidur saya untuk kesihatan saya.

Anonymous said...

Artikel ini mengatakan bahawa tidur adalah sangat penting dalam kehidupan kita. Tidur yang mencukupi dapat membolehkan seseorang bersemangat dan berfikiran cerdas dalam kehidupan harian. Sebaliknya, jika seorang kekurangan tidur, maka ini akan menyebabkan seseorang mudah letih dan senang hilang tumpuan dalam kelas atau semasa melakukan sebarang aktiviti.
Apabila seseorang tidak tidur dengan secukupnya, badannya akan mudah letih.Akibatnya, badan akan mudah dijangkiti penyakit. Misalnya, apabila saya tidak tidur dengan cukup maka saya tidak dapat memberi tumpuan dalam kelas kerana kepala saya pening. Contohnya, pada semester ini, terdapat empat hari kelas saya bermula pada pukul 8 pagi dan saya terpaksa bangun satu jam lebih awal untuk bersiap sedia sebelum ke kelas. Oleh sebab terlalu bangun awal, ini menyebabkan saya amat letih pada setiap petang. Hal ini menyebabkan saya langsung tidak dapat memberi tumpuan pada kelas waktu petang. Tambahan pula, saya mudah berasa sakit kepala kebelakangan ini kerana terlalu letih dan kurang tidur.
Setiap peringkat umur mempunyai jumlah jam tidur yang perlu dipatuhi untuk membolehkan seseorang itu hidup dalam sihat. Sekiranya tidak mematuhi, badan seseorang itu akan menjadi lemah dan mungkin mudah menghidapi penyakit.
Kesimpulannya, aktiviti tidur sangat penting untuk mengurangkan tekanan hidup yang dihadapi setiap hari. Justeru, kita perlu mengutamakan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Tidur merupakan perkara yang sangat penting bagi manusia. Gangguan tidur merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan tekanan dan seterusnya mengganggu fungsi jantung.

Siew Suan said...

Selepas membaca artikel ini, saya dapat menyimpulkan bahawa setiap manusia haruslah tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Hal ini kerana jikalau seseorang tidak mencukupi tidur, maka pelbagai masalah akan berlaku. Sebagai contoh, kepala akan berasa sakit, pening, murung, selsema, kemalangan dan sebagainya. Hal ini telah berlaku pada diri saya. Belakangan ini, mungkin saya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk tidur, kepala saya berasa sakit dan pening. Selain itu, saya tidak dapat menghasilkan kerja saya dengan baik kerana selsema. Saya sudah selsema sejak buka sekolah. Kata orang, saya harus tidur dengan secukupnya. Oleh itu, dua hari ini, saya tidur dengan awal dan bangun awal. Oleh itu, badan saya menjadi lebih sihat dan tidak selsema lagi.
Saya juga amat setuju tentang kesan-kesan yang ditulis oleh penulis. Tetapi, pada diri saya, saya berasa terdapat banyak lagi kesan yang akan bertimbul sekiranya tidak mempunyai cukup masa tidur.
Oleh itu, setiap manusia haruslah mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat agar mempunyai tubuh badan yang sihat dan dapat menjalankan kegiatan aktiviti dengan cergas.

siti nurhuda said...

24. SITI NURHUDA BINTI SAARI, HMT 329: Ketersiratan Artikel
Artikel ini menceritakan tentang kepentingan tidur. Walaupun dalam kehidupan seharian yang sangat sibuk, kita masih memerlukan tidur yang mencukupi. Oleh itu, kita perlu pandai membahagi masa supaya dapat memperuntukkan sedikit waktu untuk tidur. Selain itu, artikel ini juga menunjukkan pemilik blog mengalami masalah untuk tidur walaupun terlalu letih. Sungguhpun begitu, beliau tetap mengambil kesempatan ini untuk menasihati rakan-rakannya agar mendapatkan tidur yang cukup walaupun terdapat banyak tugasan yang perlu disiapkan. Beliau telah menyarankan jumlah tidur yang cukup mengikut umur dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan. Selain itu, beliau juga telah mengetengahkan kesan-kesan buruk yang berlaku jika seseorang itu tidak mendapatkan tidur yang mencukupi. Antaranya ialah kurang tumpuan sewaktu belajar, mudah mengantuk, mengganggu tugasan lain dan produktiviti kerja juga akan semakin berkurangan. Hal ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakan-rakannya supaya menjaga kesihatan.

siti nurhuda said...

28. Wan Norhana Bt Ismail
Tidur sememangnya penting dalam kehidupan seharian seseorang. Hal ini kerana tidur yang cukup akan memberi kesihatan diri yang baik. Setiap insan yang bernyawa seharusnya mementingkan kesihatan diri daripada perkara-perkara lain. Tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan kesihatan di samping memberi kesan kepada produktiviti dalam kehidupan seharian. Berdasarkan artikel, pemilik blog ingin menyatakan maksud tersirat iaitu beliau kekurangan tidur kerana dibebani dengan tugasan harian dan tugasan pelajaran yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan yang terlalu banyak dan diberikan pada saat akhir menyebabkan beliau terpaksa berjaga di waktu malam untuk menyiapkan tugasan. Pemilik blog juga ingin menyatakan bahawa apabila beliau tidak mendapat tidur yang mencukupi bagi seseorang remaja iaitu, 9 jam sehari maka ia memberi kesan yang buruk dalam kehidupan beliau seperti hilang tumpuan sewaktu belajar di dalam kelas, cepat merasa letih dan mengantuk, kerja-kerja lain terganggu, tugasan lain tidak dapat disiapkan dan hasil kerjanya tidak memuaskan.Tambahan pula, pada waktu pagi, pemilik blog terpaksa bangun awal untuk pergi ke kelas kerana kebanyakan kelas bermula seawal jam 8 pagi. Pemilik blog jugaingin menyatakan bahawa dirinya mengalami gangguan tidur kerana telah biasa berjaga malam untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Akibatnya, apabila tiada tugasan yang diberikan, pemilik blog mengalami kesukaran untuk tidur walaupun mengantuk.

Minwana said...

15 Januari 2009

--miZa-- said...

http://myhmt329.blogspot.com/2009/01/sleeping-well-what-you-need-to-know.html)

Assalamua’laikum,

Sehari tak tidur tentunya memberi impak yang besar kepada fizikal dan mental. Tidur yang ‘mencukupi’ boleh menjadi bekalan konsentrasi secara motivasi tersirat untuk diri sendiri. Kekurangan tidur boleh menyebabkan sesorang stress.
Berdasarkan artikel tersebut, setiap peringkat umur mempunyai jumlah jam tidur yang perlu dipatuhi untuk membolehkan kita menjaga kesihatan diri. Sekiranya gagal, kita mungkin mudah menghidapi penyakit. Kebiasaanya kita mudah letih dan konsentrasi terganggu. Tambahan pula bagi yang memandu dalam tempoh yang lama.
Walau bagaimanapun, amalan diet yang seimbang dan susun atur kehidupan seharian yang sihat dapat membantu mengurangkan tekanan hidup.
Sesungguhnya tidur merupakan sebuah tanda kekuasaan Allah.
Allah berfrman.:
Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu diwaktu malam dan
siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesung-
guhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang
mendengarkan. (QS. Ar-Ruum: 23).

Allah juga berfrman:
Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat. (QS. An-Naba': 9).

Rasulullah adalah teladan yang paling baik bagi setiap muslim. Tidur nabi merupakan tatacara tidur paling sempurna dan paling bermanfaat bagi tubuh badan. Baginda tidur diawal malam dan bangun diawal sepertiga malam.

Sahabat mulia Ibnu Abbas pernah bertutur:
"Suatu ketika aku pernah bermalam dirumah bibiku Muimunah untuk meli-
hat bagaimana shalatnya Rusulullah, beliau berbincang sejenak bersama
istrinya, kemudian tidur". 1
1 HR. Muslim: 763.

Yang baik itu dari Allah SWT jua.

eliz said...

Setiap makhluk yang hidup memerlukan rehat yang cukup. Bagi manusia, rehat yang sebenarnya adalah ketika tidur. Diodalam artikel ini."(http://myhmt329.blogspot.com/2009/01/sleeping-well-what-you-need-to-know.html)
menyatakan bahawa setiap manusia dewasa memerlukan tidur antara 7 hingga 8 jam setiap hari. Bagi saya sendiri, artikel ini cuba menyatakan kepada kita bahawa tanpa tidur yang cukup mengikut keperluan fizikal seseorang, badan akan mengalami keadaan yang tidak stabil.
Tanpa tidur yang cukup, setiap manusia itu tidak akan bersedia untuk memulakan hari yang baru. Tidur yang berkualiti amat perlu. Ini bagi mengelak kita daripada kesan tidak cukup tidur seperti mengantuk pada waktu siang, gangguan emosi, cepat marah, gangguan semasa memandu, mudah mendapat penyakit seperti stress, migrain, loya dan muntah-muntah. Keadaan ini turut saya alami seandainya saya tidak mendapat tidur yang mencukupi.
Kesimpulannya, kemampuan tubuh badan setiap manusia terhad pada tahap tertentu. Ia bukanlah sebuah mesin atau robot. Dengan mendapatkan tidur dalam jumlah yang sepatutnya, maka kita telah berehat dan badan juga bersedia menjalankan fungsinya dengan sebaik mungkin. Tanggungjawab individu sebagai ibu, isteri, pelajar waima sebagai salah seorang anggota masyarakat akan terlaksana secara yang lebih produktif.
Norliza Abdul Kadir
http://elizkadir74.blogspot.com

Nurul Hana Abu Talib said...

Tidur memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Tidur adalah penting untuk kesihatan. Tidur yang cukup dapat merehatkan minda dan badan kita. Jika seseorang tidak dapat tidur pada jangka masa yang ditentukan pelbagai masalah akan timbul. Contohnya seseorang itu menghadapi kemurungan, keletihan,tidak bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti dan pekerjaan. Sejak menjejaki kaki ke Universiti Sains Malaysia ini saya sering menghadapi masalah kekurangan tidur dan kesukaran untuk tidur pada waktu malam. Ini menyebabkan saya sering tidak cukup tidur dan menyebabkan saya berasa keletihan, kurang bermaya dan sering tidur pada waktu kelas. Di samping itu juga, tugasan yang terlalu banyak juga menyebabkan saya sering tidur lewat kerana perlu menyiapkan terlebih dahulu tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Menurut artikel ini, untuk mendapatkan tidur yang nyenyak kita perlumengurangkan tabiat tidur siang, menyediakan persekitaran tidur yang baik dan mempunyai rutin bagun pada waktu pagi yang sesuai. Pelbagai masalah akan timbul jika tidak mempunyai tidur yang secukupnya. Menurut artikel ini juga, setiap manusia mempunyai tempoh masa tidur yang tertentu mengikut peringkat umur manusia. Oleh itu ini menunjukkan bahawa tidur adalah aktiviti yang sangat penting kepada setiap orang. Tanpa tidur yang mencukupi seseorang itu akan mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

19. Nurul Hana Abu Talib

Anonymous said...

Ke manakah menghilangnya pelajar lain? Ini mesti tidak dengar arahan yang saya berikan semasa dalam kelas.

000 Radiah Yusoff

::liyana:: said...

Tujuan utama saya meletakkan artikel "Sleeping Well: What You Need To Know" tersebut adalah ingin berkongsi pengetahuan bersama rakan-rakan dan pensyarah HMT329 tentang keperluan mendapat tidur yang mencukupi.

Selain itu, sekadar ingin mengingatkan kerja kerja juga, tapi kesihatan diri perlu kita utamakan. Kerana kesihatan diri adalah kunci utama kepada hasil kerja yang akan kita hasilkan nanti.

Anonymous said...

KEPENTINGAN TIDUR

Tidur merupakan salah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan kita. Tidur yang mencukupi akan menjadikan badan kita segar dan bertenaga. Ia dapat memberikan faedah kepada minda dan badan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah mendatangkan kebaikan pada mood, daya ingatan dan tumpuan kita. Tidur juga memberikan faedah pada sistem imunisasi, sistem gementar dan kemajuan. Jika seseorang tidak mendapat tidur yang mencukupi, maka akan berlaku halangan tidur. Kadangkala, halangan tidur berlaku dalam jangka masa pendek seperti di kalangan pelajar kolej manakala halangan tidur yang kronik sering berlaku dalam kalangan pekerja professional, dan menyebabkan perubahan jangka panjang terhadap badan kita dan akan meningkatkan risiko obesiti, diabetes dan serangan jantung. Setiap orang memerlukan waktu tidur yang berbeza mengikut peringkat umur. Peringkat umur ini berbeza sejak daripada bayi hingga dewasa dan termasuklah manita mengandung yang juga memerlukan waktu tidur yang tertentu untuk mendapatkan tidur yang mencukupi.