Sharifah:
1. Kome tau dak nak g Kuale Kangso cemane?
Adakah awak mengetahui bagaimana cara untuk pergi ke Kuala Kangsar?
2. Sorang Perdane Menteri mati kene bunoh kat ghumahnye
Seorang Perdana Menteri mati dibunuh di kediamannya.
3. Akak saye kawin bulan 12 tahon depan kat
Kakak saya akan berkahwin pada bulan 12 tahun hadapan di
4. Mane kome nak g ujung minggu nie?
Ke manakah awak ingin pergi pada hujung minggu ini?
5. Aku maleh beno nak g kelas sok.
Saya berasa malas sangat ingin pergi ke kelas esok.
6. Pekse akhir tu susah beno pastu keliru pulak.
Peperiksaan akhir itu rumit sangat dan mengelirukan.
7. Ida belanje kami makan malam ni.
Ida akan membelanja kami makan pada malam ini.
8. Bile kome nak g mandi air terojon?
Bilakah awak ingin pergi bermandi di air terjun?
9. Deme g main boling kat Bukit Jambol sok.
Mereka akan pergi bermain boling di Bukit Jambul esok.
10. Die balik Pahang ngan bas.
Dia pulang ke Pahang dengan menaiki bas.
sumber: http://sharifah-kehidupanpelajarbm.blogspot.com/
Nurhanizah:
1. me or ammi ne ipu nu jana
saya dan ibu hendak pergi ke
2. abah da operation palke hona
pemedahan abah akan dilakukan esok
3. algle hafte asi langkawi jana
minggu depan kami akan pergi ke langkawi
4. nora da wiya algele sal tehogiya
perkahwinan nora telah ditetapkan pada tahun hadapan
5. mere kemmereda fekka kherafe hogiya
kipas di bilik saya telah rosak
6. saiful ne a sal SPM lena
saiful akan menduduki SPM pada tahun ini
7. meri palke 8.00 weke class heji
esok saya ada kelas pada pukul 8.00 pagi
8. meri abah di kedi weji lori nal
kereta ayah saya telah dilanggar oleh lori
9. boy caca ne sanu KfC khane lekke jana
pakcik boy hendak belanja kami makan KfC
10. Syazlin ittene sal menggero fir
syazlin pulang ke
sumber: http://norniza86.blogspot.com/
Ijoy:
(1) Tadi cek jumpa Mak Long kat pekan.
Sebentar tadi, saya berjumpa Mak Long di pekan
(2) Amat jom teman aku pi Batu Hampaq?
Amat sudikah menemani saya pergi air terjun?
(3) Kucin tu makan burung.
Kucing itu makan burung.
(4) Hampa nak makan tang mana?
Kamu semua hendak makan di mana?
(5) Amboi maghin pi tengok bola tak ajak aku noh.
Amboi kelmarin pergi tengok bola tidak mempelawa saya.
(6) Kari kambin tu dah basi.
Kari kambing itu sudah basi.
(7) Depa kata pesta tak bes taun ni
Mereka memberitahu pesta kurang menarik tahun ini.
(8) Kasut Bob tecabut tapak masa men bola.
Kasut Bob tercabut tapak ketika bermain bola.
(9) Cantik hang ari ni noh.
Cantik awak hari ini.
(10) Akim merindui Dr Radiah hingga mamai dalam tidoq.
Akim merindui Dr Radiah hingga mengigau ketika tidur.
sumber: http://puterajunjong86.blogspot.com/2009/01/dialek-utara-bahasa-melayu-standard.html?showComment=1231303200000#c5963712822152025898
Epul:
1. Wei, hang nak pi kedai makan ka?
Kamu hendak pergi ke kedai makan?
2. Bila hang nak balik kampung hang. Kita
Bilakah kamu hendak balik kampung? Kita akan bercuti seminggu.
3. Malam tadi game bola pasukan mana yang main.
Pasukan manakah beraksi dalam perlawanan bola sepak malam tadi?
4. Komputer aku rosak sebab kena virus.
Komputer aku telah rosak disebabkan dijangkiti virus.
5.
Saya tidak menyiapkan kerja semantik kerana tidak faham soalannya.
6. Aku nak pi bercuti kat Pulau Langkawi ngan saudara aku.
Saya hendak pergi bercuti ke Pulau Langkawi dengan saudara.
7. Aku dah beli jam tangan baru untuk ayah aku.
Saya sudah membeli jam tangan baru untuk ayah.
8. Kunci bilik aku duk tang mana?
Kunci bilik aku letak di mana?
9. Hang tak cam ke budak yang sama group ngan kita tu.
Kamu tidak kenal orang yang sama kumpulan dengan kita.
10. Aku malas la nak pi kelas pagi tadi
Saya malas hendak pergi kelas pagi tadi.
sumber: http://alternatif08.blogspot.com/search/label/Tugasan%20HMT329%20Dialek%20Utara%20%20Bahasa%20Melayu%20Standard
Khusairi:
1. hang pi sekolah lalu jalan mana?
jalan manakah yang kamu lalui untuk pergi ke sekolah?
2. Mamat duk makan derian ngan Saleh
Mamat dan Saleh sedang makan buah durian
3. motor Siva mampos tiba-tiba kat tengah jalan raya
Motosikal Siva termati enjin secara tiba-tiba di tengah jalan raya
4. sokrang penyamung kena tembak dengan polis petang semalan
seorang penyamun telah ditembak oleh polis pada petang semalam
5. awat Perak kalah lawan bola ngan selangor semalan?
kenapakah pasukan Perak tewas bertemu Selangor dalam perlawanan bola sepak semalam?
6. hang tau tak cam na nak buat lemang?
tahukah kamu bagaimana cara untuk membuat lemang?
7. susah benor nak jawab soklan semantik tu
susah sungguh hendak menjawab soalan semantik itu.
8. awat hangpa duk lepak lagi malam-malam buta ni?
kenapa kamu semua melepak sampai tengah malam?
9. letih sungguh aku duk mikir ayat nak buat keja ni
saya sungguh letih berfikir untuk membina ayat bagi kerja ini.
10. duk mana duit siling aku ang letak?
di manakah kamu meletakkan duit syiling saya?
sumber: http://diaribahasakhusairi.blogspot.com/2009/01/dialek-melayu-perak-utara-bahasa-melayu.html
1 comment:
1. Rahimah mintak hakim siapkan laporan kajian luar geografi.
Rahimah meminta hakim menyiapkan laporan kajian luar geografi.
2. Kemalangan tu berlaku sebab pemandu bas tak perasan ada lori yang berhenti kat tepi jalan.
Kemalangan itu berlaku disebabkan oleh pemandu bas tersebut tidak perasan terdapat lori yang berhenti di tepi jalan.
3. Laki-laki yang merompak kat Petaling Jaya semalam dah kena tangkap polis.
Lelaki yang melakukan rompakan di Petaling Jaya semalam telah ditangkap oleh pihak polis.
4. Banyak orang datang ke upacara perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa kat Dataran Merdeka malam tadi.
Ramai orang telah menghadiri upacara perasmian Festival Kebudayaan dan Kesenian
Antarabangsa di Dataran Merdeka malam tadi.
5. Orang tua tu dengan keluarga dia dah tinggal lama kat sebelah rumah saya.
Orang tua sekeluarga itu telah tinggal di sebelah rumah saya sejak beberapa tahun lalu.
6. Banyak kuih-muih disediakan untuk tetamu kat majlis tu.
Pelbagai juadah dan hidangan kuih-muih tersedia untuk dinikmati oleh tetamu di majlis tersebut.
7. Perempuan tu beranak kat dalam ambulans masa nak pegi hospital.
Perempuan itu bersalin di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital.
8. Beribu orang tengok konsert Siti Nurhaliza malam tadi.
Beribu-ribu penonton telah menyaksikan konsert Siti Nurhaliza malam tadi.
9. Lagu yang penyanyi baru tu nyanyikan sedap sekali didengar.
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi baru itu sungguh merdu sekali.
10. Adik berborak dengan kawan dia sambil tengok tv kat ruang tamu.
Adik berbual-bual dengan kawannya sambil menonton televisyen di ruang tamu.
10.Maisarah Abd karim
http://cikgumysara.blogspot.com
Post a Comment