Wednesday, January 14, 2009

HMT504: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) - Perkataan & Kata Nama

  1. Dalam buku ini, perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan sintaksis, iaitu frasa, klausa, dan ayat. (81)
  2. ...[P]erkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa, dan frasa.
  3. Kata Nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep. (95)
  4. Golongan kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan, iaitu (i) kata nama khas, (ii) kata nama am, dan (iii) kata ganti nama. (96)

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

No comments: