Friday, January 9, 2009

Tagline USM

Dengan hormatnya dimaklumkan, Naib Canselor meminta supaya seluruh warga Universiti menggunakan tagline berikut untuk menggantikan Bersaing Di Peringkat Dunia: Komitmen Kita yang digunakan sejak Sambutan Ulang Tahun Ke-25 dahulu.

Kata-kata yang perlu digunakan termasuk dalam surat menyurat rasmi ialah untuk Bahasa Malaysia:

Memastikan Kelestarian Hari Esok

Manakala untuk Bahasa Inggeris ialah:

Ensuring a Sustainable Tomorrow

Jika digunakan dalam surat menyurat bolehlah digunakan seperti berikut:

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
"Memastikan Kelestarian Hari Esok"


Terjemahan yang boleh digunakan untuk Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow ialah "Transformasi Pengajian Tinggi untuk Kelestarian hari Esok".

Sekian terima kasih.

(MOHAMAD ABDULLAH)
Universiti Sains Malaysia
T: 04.653 2193/3105
F: 04.658 8444

No comments: