Wednesday, January 14, 2009

HMT504: Beberapa Cara Penentuan Kelas Kata

  1. Takrifan, contohnya "Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat, benda, atau konsep" (Nik Safiah Karim et al, 2008: 95; Tallerman, 1998: 30).
  2. Ujian Morfologi dengan melihat corak-corak ulangan dalam pembentukan perkataan, khususnya dalam penggunaan imbuhan / afiksasi, contohnya ke-...-an kerana "Apitan ke-...-an bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kta nama yang bersifat abstrak" (Nik Safiah Karim et al, 2008: 130 ) dalam (i) Menjadi Sukarelawan Satu Kepuasan? (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=383535), (ii) "Tuanku Muhriz Hadiri Tahlil Sempena Hari Keputeraan" (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=383509) dan (iii) "Kerajaan Diminta Semak Semula Akta Perlindungan Hidupan Liar" (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=383515). (Tallerman, 1998: 29-30).
  3. Ujian Peranan / Fungsian dengan melihat peranan atau fungsi sintaksis sesuatu kata dalam sesebuah binaan, contohnya sebagai subjek dalam ayat (i) "Tuanku Muhriz Hadiri Tahlil Sempena Hari Keputeraan" (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=383509) dan (ii) "Kerajaan Diminta Semak Semula Akta Perlindungan Hidupan Liar" (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=383515). (Tallerman, 1998: 29-30).
  4. Ujian Penggantian dengan memperlihatkan bahawa suatu kata hanya boleh digantikan dengan suatu kata dari kelas yang sama, contohnya "Mendiang Heath Ledger berjaya memenangi Anugerah Golden Globe, sementara Kate Winslet berjaya mendapat dua anugerah lain" (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_06.htm)
  5. Ujian Penyebaran dengan melihat kewujudan sesuatu kata dengan unsur lain dalam sesebuah binaan, contohnya kata nama wujud sebelum kata penentu / determiner 'Tabung itu dilancarkan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Datuk Ikhwan Salim Sujak bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu sebelum diserahkan kepada Aman Malaysia yang akan menghantar pasukannya ke Gaza." (http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php?id=383510) dan tidak "*Menabung itu dilancarkan Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Datuk Ikhwan Salim Sujak bagi mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu sebelum diserahkan kepada Aman Malaysia yang akan menghantar pasukannya ke Gaza."
Tugasan:
1) Menggunakan konkordans, cari ujian penyebaran lain untuk kata nama selain dari apa yang dinyatakan di sini.
2) Menggunakan konkordans dan maklumat tentang imbuhan, cari imbuhan lain yang digunakan untuk membentuk kata nama.

Sumber:

  1. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Tallerman, Maggie (1998) Understanding Syntax. London: Arnold.

No comments: