DATA: Dalam pertempuran awal pagi itu, sembilan askar Yahudi terbunuh dan Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
Perbincangan:
1) Anda perlu mengetahui di manakah sempadan sesuatu frasa itu? Perkataan apakah yang digunakan untuk membuka sesuatu frasa, dan perkataan apakah yang digunakan untuk menutup sesuatu frasa?
2) Sekarang, tugas anda ialah mencari berapa besarkah saiz frasa kerja dalam bahagian Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel.
3) Agaknya bolehkah ayat ini mempunyai unsur-unsur tersirat, iaitu unsur yang tidak dinyatakan dalam bentuk cetakan, dalam bahagian merah dalam (2)?
4) Bolehkah ayat tersebut dijadikan ayat tunggal, seperti tiga ayat di bawah?
- Hamas mendakwa sesuatu.
- Hamas berjaya.
- Hamas menawan dua askar Israel.
Sharifah, soalan Siti Nurhuda juga membantu menjawab soalan anda dalam kotak jerit saya di LingLangLong.
Pelajar HMT504 juga boleh mendapat manfaat dari soalan ini.
3 comments:
Assalamualaikum Dr. Saya tidak begitu memahami saiz frasa kerja.Adakah terdapat ujian yang boleh membuktikankannya. Pada pendapat saya, saya beranggapan untuk ayat Hamas mendakwa berjaya menawan dua askar Israel terdapat dua ayat lain yang mempunyai dua frasa kerja iaitu mendakwa menawan dan berjaya menawan. Jika dilihat dari segi semantik, kedua-dua frasa tersebut membawa makna yang sama.
Saya harap Dr. dapat mengesahkan pandangan saya ini. Saya ingin mengetahui sama ada jawapan saya ini benar atau tidak. Terima kasih
Salam Dr. Saya ingin bertanya tentang ketertandaan. Adakah kami perlu mengkaji setiap kata yang terdapat dalam artikel atau pun dari segi bentuk pola ayat? Contohnya, Israel gempur Gaza. Berdasarkan intuisi kami, perkataan gempur merupakan bentuk bertanda. Adakah benar jawapan kami?
Sharifah,
1) Sila semak nota sintaksis tentang konstituen. Sepatutnya ada ujian untuk menentukan berapa besar sesuatu frasa itu. Anda perlu tengok Radford juga untuk ini.
Jika masih tidak ingat, ingatkan saya pada hari Isnin supaya kita boleh bincang satu kelas.
2) Ingat perkara ketiga tentang keneutrala. Tajuk akhbar - neutral atau tidak???
Kalau tak boleh juga, pada hari Isnin kita akan bincang.
DRY
Post a Comment