Bolehkah anda semua pergi mengundi selepas kuliah saya? Terima kasih saya dahulukan jika anda semua boleh.
ATAU
Kita boleh adakan kuliah awal sejam? Pukul 7.00. Tidak ada masalah di pihak saya. Lepas subuh, semua boleh terus pergi ke kelas. Jika tidak larat hendak berjalan ke kelas, kita boleh buat kuliah di stadium. Lebih hampir dengan tempat mengundi anda;)
-----------
Salam hormat,
PENANGGUHAN KULIAH/TUTORIAL SEMASA PEMILIHAN MPP 2008/2009
Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Bagi tujuan untuk memberi fokus kepada pelajar-pelajar untuk mengundi pemilihan MPP
Y. Bhg. Tan Sri Dato' Naib Canselor telah bersetuju untuk memberikan penangguhan
kuliah/tutorial kepada semua pusat pengajian pada hari Khamis, 15 Januari 2009
bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Sekian, harap maklum.
b.p. Dekan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Saya boleh saja pergi mengundi selepas kelas. Selepas kelas Dr.,masih terdapat dua jam sebelum pukul 12. Tetapi saya tidak begitu pasti dengan rakan yang lain.Saya lebih rela pilihan yang ini berbanding dengan pilihan jam 7 pagi itu.:)
Terima kasih Sharifah
lebih baik kita adakan kelas seperti biasa. Waktu mengundi sampai pukul lima(ikut waktu kerja pejabat).
Anakanda-anakanda sekalian:
Tlgla ltak no rujukn & nama, ya. Kaka de que sape yek..????? mulelah nak gune sms ble nak marah x knal idntt...ish...
Nama: Radiah Yusoff
no rujukan: tak daq
Walaupun begitu, terima kasih kerana sudi memberitahu waktu mengundi. Ini kerana, mengikut surat pekeliling, waktu mengundi hanya dari 8-12. Oleh itu bolehlah kita adakan kelas seperti biasa. Ini mesti tidak mahu bangun pagi;)
DRY
kaka dE QuE meminta maaf.
mohd khusairi -12
Terima kasih Khushairi;)
DRY
Saya juga berharap kelas akan dijalankan seperti biasa.
Post a Comment