Read on and write your views on this 'issue' in the comment area. Do not use pseudonyms. Write your reference number too.
Baca dan tulis pandangan anda terhadap 'isu' in di bahagian komen. Jangan guna nama samaran. Tulis juga nombor rujukan anda.
MENGAJAR SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Posted by Dr. Mahathir Mohamad at August 10, 2008 7:52 PM
1. Saya mengaku bertanggungjawab berkenaan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kerana itu ramai yang menuduh saya tidak bersemangat kebangsaan Melayu, tidak utamakan bahasa saya.
2. Izinkan saya membuat sedikit penjelasan sebelum saya dihukum.
3. Pendapat saya ialah mereka yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak harus utamakan hanya penguasaan bahasa ibunda sahaja tetapi juga melihat bangsanya bediri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia. Hanya dengan fasih bertutur kata dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akan menjadi bangsa kita mulia dan mampu bersaing dengan jayanya dengan bangsa-bangsa maju dan dianggap setaraf dengan mereka.
4. Kita diberitahu Nabi bersabda "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China". Apakah dapat orang Arab tuntut ilmu orang Cina tanpa mempelajari bahasa Cina, lisan dan tulisan, terlebih dahulu?
5. Kita juga tahu orang Arab telah menguasai ilmu Sains, Matematik dan falsafah yang diterokai oleh orang Yunani (Greek) dan menterjemahkan ilmu-ilmu ini ke dalam bahasa Arab sebelum kaji selidik dilakukan untuk memperluaskan ilmu-ilmu ini.
6. Semasa bangsa-bangsa yang beragama Islam iaitu Arab, Turki, Uzbek dan lain-lain berjaya bangunkan tamadun Islam yang gemilang, bangsa-bangsa Eropah berada "di zaman gelap", zaman mereka tidak berilmu dan percaya kepada kuasa-kuasa ghaib terhadap segala kejadian alam.
7. Pada abad ke-15 Masehi, orang Eropah yang berkurun-kurun kagum dengan tamadun orang Islam mula sedar akan ilmu pengetahuan dalam bidang sains, perubatan, matematik, astronomi yang dimiliki orang yang berbahasa Arab serta sumbangan ilmu-ilmu ini kepada tamadun gemilang Islam. Paderi-paderi Kristian Eropah belajar bahasa Arab untuk mendapat akses kepada ilmu-ilmu yang berada dalam kutub-khanah milik Arab dan orang Islam lain.
8. Mereka mempelajari semua ilmu-ilmu ini dalam bahasa Arab dan menterjemahkan kedalam bahasa Latin, dan kemudian kepada bahasa-bahasa Eropah. Kemudian mereka pula membuat kajian dan memperluaskan semua ilmu-ilmu ini. Maka terdirilah tamadun Eropah yang terus maju hingga ke zaman sekarang.
9. Yang jelas daripada sejarah ialah penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula dengan penguasaan bahasa bangsa-bangsa ini.
10. Apakah kita tidak mungkin mengadakan segelintir daripada orang Melayu mempelajari bahasa ilmu di zaman ini, iaitu bahasa Inggeris supaya mereka dapat menterjemahkan ilmu-ilmu ini kepada bahasa Melayu. Dengan itu orang Melayu lain boleh kuasai ilmu-ilmu ini dalam bahasa Melayu, tanpa mempelajari bahasa Inggeris.
11. Malangnya keadaan sekarang tidak seperti abad ke-15 dan sebelumnya. Ilmu di zaman dahulu terhad, dan tidak bertambah dengan pesat.
12. Di zaman ini ilmu Sains dan Matematik yang amat penting untuk membangun dan memajukan masyarakat manusia, kembang dan bertambah dengan pesatnya. Tiap hari, tiap bulan dan tiap tahun ilmu baru yang diperbaharui sepanjang masa, diperkenalkan oleh para saintis dan pengkajiselidik kepada masyarakat dunia. Ilmu matematik terutama algorizmi dan perhitungan yang kompleks digunakan untuk mengetahui apa hasil jangka panjang daripada sesuatu teori dan untuk menentukan gerakan bintang di langit supaya kapal angkasa dapat menemui sasaran setelah berjalan berbulan-bulan.
13. Dimasa yang sama banyak ilmu baru diperkenalkan yang berasas kepada kuasa elektrik, gerakan atom, sains halus atau nano science, asas-asas fisiologi kehidupan tumbuh-tumbuhan dan makhluk Allah dan berbagai-bagai lagi.
14. Hakikatnya ialah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangannya tidak dapat dikejar oleh penterjemah Melayu yang sedikit yang ada. Harus diingat untuk menterjemah tiap ilmu khusus dalam bidang Sains memerlukan bukan sahaja kefasihan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi juga kepakaran dalam ilmu berkenaan. Kita tidak punyai dengan mencukupi orang yang berkebolehan seperti ini. Jika ada beberapa kerat orang seperti ini mereka tidak mungkin sanggup bekerja sebagai penterjemah seumur hidup mereka.
15. Sebaliknya jika kita belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsung sendiri semua ilmu yang diterokai dan dibukukan dalam bahasa Inggeris tanpa menunggu pengalih bahasa kita. Tiap-tiap tajuk yang terkini dan yang lama terbuka untuk kita menguasainya. Dengan itu kita tidak akan ketinggalan daripada segi ilmu pengetahuan berbanding dengan bangsa yang maju.
16. Sesungguhnya agama kita menuntut supaya kita kuasai ilmu-ilmu ini. Sebagai orang Islam kita perlu bersedia untuk mempertahankan umat Islam. Di zaman dahulu kuda perang, pemanah, pedang dan tombak memadai untuk pertahanan.
17. Di zaman ini kita perlu kereta perisai, meriam dan roket, pesawat pejuang dan pengebom, kapal perang dan kapal selam. Kita tak mungkin cipta dan bina semua ini tanpa ilmu sains dan matematik. Kita boleh beli daripada orang lain tetapi ini bermakna kita letak diri kita di bawah cengkaman mereka.
18. Jika kita ingin amal ajaran Al-Quran berkenaan dengan keperluan pertahanan bagi umat Islam maka penguasaan ilmu sains dan matematik perlu menjadi sebahagian daripada fardhu kifayah bagi kita. Ia bukan ilmu sekular seperti diperkata sesetengah orang. Ia adalah sesuatu yang diwajib keatas diri kita.
19. Jika kita abaikan ilmu ini semata-mata kerana kita lebih utamakan bahasa kita, dan dengan itu kita jadi bangsa yang kolot dan lemah, dan dihina oleh orang, kita tidak boleh dakwa yang kita adalah pejuang bangsa dan agama. Orang yang rela bangsanya dihina tidak faham akan makna nasionalisme yang sebenar atau tanggungjawab orang Islam terhadap agama mereka.
20. Bagi saya pejuang bangsa yang betul-betul bersemangat perlu bermatlamat untuk menjadikan bangsanya bermaruah, dihormati oleh semua bangsa lain dan berkebolehan bersaing dalam apa juga bidang dengan kemungkinan berjaya.
21. Pemimpin dan pejuang yang hanya ingin disukai ramai dan kerana itu sanggup membiar bangsanya menjadi kolot dan hina, bukanlah pemimpin yang sayang bangsanya. Mereka hanyalah oportunis yang sanggup gadai bangsa sendiri asalkan mereka dapat kekalkan kedudukan mereka. Mereka ini bukan nasionalis dalam erti kata sebenar.
22. Bahasa jiwa bangsa. Tetapi ilmu menentukan keselamatan dan maruah bangsa.
http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengajar-sains-dan-matematik-d.html#more
Thursday, August 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
59 comments:
Assalamualaikum,Dr.
Bagi pendapat saya,sekiranya kita masih mempertikaikan bahasa apa yang wajib digunakan semasa menuntut ilmu,Malaysia akan terus mundur.Kenapa nak pertikaikan bahasa apa yang digunakan dan lebih baik kita pertikaikan sejauh mana bahasa itu membawa negara kita?Seseorang yang bersemangat kebangsaan Melayu tidak perlu menunjukkan dia ada aura itu, cukup lah jika dia masih gigih memajukan negara jangan pulak dia berpaling tadah dan melobi negara lain kononnya untuk kepentingan negara seperti yg dilakukan oleh A****.Sabda dan sunnah memang seafdalnya direnung dan dikaji tapi jangan sesekali mempertikaikannya kerana kita boleh jadi terpesong dgn ilmu yang kita nak cari(Syaitan kan musuh utama umat Islam). Sekarang ni ssh nak kata, kalau kita buat lebih ada pula menghalangnya,kemajuan negara sekarang rasanya terkongkong dengan politik dunia lebih-lebih lagi negara kelas pertama sudah tentu xnak Malaysia atau negara dari kelas sederhana 'naik tangga'.semoga Malaysia tetap maju dalam kemakmuran.(^_^)
walaikummmusalam & aslm wrt, madziah:
tq 4 d komen. mos im4ten now iz 2 lern s many lang s poss, esp lang det wil help yr future... n not jez lern, but b able 2 uz it well 2...
DRY
TEH MING CHOO 54
Salam sejahtera Dr.,
Pada pendapat saya, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berpatutan kerana banyak bahan rujukan sama ada yang bercetak ataupun yang digital adalah dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris memudahkan pelajar semasa membuat rujukan. Selain itu, pengajaran dan pembelajaran di institut pengajian swasta dan kebanyakan institut pengajian awam adalah dalam bahasa Inggeris. Jadi, pelajar tidak akan keliru ataupun ketinggalan sekiranya mereka mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Hal ini disokong dengan pengalaman saya sendiri dan rakan-rakan yang terpaksa menggunakan buku istilah dwibahasa kerana pengajaran di Tingkatan Enam menggunakan bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu masih digunakan semasa kamu belajar di peringkat sekolah rendah dan menengah. Martabat bahasa Melayu juga tidak mungkin terjejas hanya disebabkan oleh pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Ramai daripada generasi yang mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris tidak lupa jati diri mereka, malah banyak pemimpin Malaysia yang berkaliber mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, saya menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penyeragaman amat penting. Janganlah asyik menukar penggunaan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran kerana hal ini bukan sahaja mengelirukan pelajar dan pengajar tetapi melahirkan generasi yang berbeza-beza penguasaan bahasa mereka. Oleh itu, memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran kini menggunakan bahasa Inggeris, janganlah tukar lagi.
Assalamualaikum, Dr.
Hari tu dah bace half way and got distracted politically ><;;
Saya dah lihat betapa hebatnya negara yang hanya bertutur dalam bahasa mereka sahaja. Negara -negara seperti Jepun, Saudi Arabia, Perancis dan negara-negara lain ialah negara yang kekal maju tanpa mempraktikkan bahasa Inggeris dalam pembelajaran tahap rendah atau seharian. Jepun sebagai contoh, kisah-kisah yang mereka memang susah mereka nak bertutur dalam bahasa Inggeris memang benar, dan mereka lebih selesa jika anda bertutur dalam bahasa mereka. Bagi saya, bukan bahasa Malaysia tak setanding dengan bahasa Inggeris atau bahasa Jepun, tetapi jika terdapat dua jenis golongan orang yang pendapat mereka bercanggah, akhirnya bahasa Malaysia tidak ke mana. Saya mempunyai rakan-rakan yang menyokong bahasa Malaysia dan tidak berpendapat bahasa Inggeris akan membantu negara. Yang lain pula memperlekehkan bahasa Malaysia, ego pula, bangga dengan bahasa Inggeris semata-mata. Jika seseorang berada di Eropah atau negara Asia yang lain, mereka akan mendapati bahawa bukan semua orang di dunia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, dan pastinya mereka tidak memahami bahasa Malaysia. Jika kita ingin maju, kita harus bangga dengan bahasa kita sendiri. Bahasa Malaysia ialah bahasa bangsa, bukti budaya dan jati diri negara, kenapa kita memperlekehkan bahasa yang membesarkan kita? Tetapi sebagai rakyat yang ingin maju, kita harus berfikiran terbuka dan menerima bahasa Inggeris dalam ko-kurikulum pengajaran- sebagai bahasa ilmu. Jika nak harapkan penterjemah, memanglah bertahun, jadi belajarlah dan jagalah kedua-dua bahasa ini kerana ilmu memajukan diri tetapi asal-usul jangan dilupakan.
oh panjangnya...muhuhuhu
Assalamualaikum, adakah sudah terlambat untuk memberikan pendapat di sini? atau masih ada peluang lagi? tidak mengapa, saya akan hulurkan juga pendapat saya. Pada pandangan saya,Chedet ini (benarkan saya merujuk Dr. Mahatihir dengan nama timangannya sejak kecil) merupakan seorang yang berpandangan jauh dan sebab itu semasa beliau menjadi PM kita dahulu beliau telah menetapkan satu wawasan iaitu wawasan 2020 kepada semua rakyat Malaysia. Pernah juga saya terfikir, kenapa 2020? mengapa tidak 2019 atau 2090? Seorang cikgu saya ketika di matrikulasi menyatakan bahawa Chedet ini merupakan seorang doktor perubatan dan disebabkan pandangan mata manusia yang baik adalah 20 sebelah kanan dan 20 sebelah kiri maka, beliau menetapkan wawasan 2020 agar rakyat Malaysia mempunyai pandangan yang jauh dan maju. Chedet mahukan bangsanya maju dan dihormati dunia, salahkah jika seorang pemimpin negara mempunyai impian sedemikian? Tidak salah bukan? tetapi biarlah kena pada tempatnya. Menurut blog tersebut, Chedet ada menyatakan salah satu sebab mengapa kita tidak boleh bergantung kepada penterjemah untuk menterjemah ilmu-ilmu baru kerana penterjemah tidak mungkin dapat mengejar kepantasan pengembangan ilmu dunia untuk diterjemah dan diberikan kepada anak bangsa yang tidak faham akan bahasa dunia yang lain. Menurut Chedet, bilangan penterjemah yang bagus dan dapat memahami ilmu ini amat sedikit dan tidak tertanggung mereka akan kerja yang berat ini. Saya melihat perkara ini dari sudut seorang pelajar BATI yang sedang berusaha belajar cara-cara untuk menjadi seorang penterjemah kelak. Sebenarnya perkara ini ada kaitan yang besar dengan kita pelajar BATI. Siapa kata kerja sebagai penterjemah ini tidak langsung dipandang orang? lihatlah sendiri, tanggungjawab sebagai seorang penterjemah ini amat penting dan sangat berkait rapat dengan nasib anak bangsa sendiri. Ingat, negara tidak akan maju tanpa penterjemah :D.
Bahasa apa yang kita gunakan dalam pembelajaran subjek ini sebenarnya bukanlah perkara yang perlu diresahgelisahkan kerana saya berpendapat tidak ada gunanya kita mempertikaikan bahasa Inggeris lebih baik daripada bahasa Malaysia atau sebaliknya kerana yang penting pelajar yang belajar itu faham akan perkara yang dipelajarinya. Apa gunanya jika kita belajar dalam bahasa Inggeris tetapi sepatah haram pun tidak difahami oleh pelajar? atau belajar dalam bahasa Malaysia tapi tidak juga melekat dalam otak pelajar? Dalam bahasa mana yang lebih mudah difahami dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang perlu dipraktikkan. Orang Jepun sendiri tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi mereka boleh menjadi sebuah negara dan bangsa yang berteknologi tinggi dan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia, mengapa tidak kita? Dahulu ketika di sekolah saya belajar dalam bahsa Malaysia tetapi di matrikulasi dalam bahasa Inggeris, bagi saya tidaklah begitu sukar cuma "renyah" dan agak pelik. Ada pensyarah yang mengajar dalam BM dan kemudian memberikan nota dalam BI, ketika peperiksaan jawab dalam BI. Penerangan dalam BM supaya kami faham konsep-konsep yang ada, nota dan peperiksaan dalam BI sebab kerajaan suruh dalam BI. Saya rasa sebenarnya tidak ada masalah jika kita gunakan semuanya dalam BM, cuma pemimpin negara ini seperti "tak ada modal cari modal". Namun, disebabkan sekarang ini sudah menggunakan dalam BI kita teruskan sahaja dlaam BI. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepanggkal lengan, "There's no turning back".
Kesimpulannya,
Majulah BATI untuk negara! **\(^^)/**
Chen Chai Fun No 3
Selamat sejahtera Dr,
Walaupun banyak pertikaian yang wujud apabila subjek Sains dan Matematik telah diajar dalam bahasa Inggeris,tetapi adakah tindakan yang dilakukan ini salah sedangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang diagung-agungkan oleh seluruh dunia? Sekiranya kita mengkaji dari perspektif ahli bahasa, tindakan ini dianggap tindakan yang melulu dan hal ini akan membazirkan banyak usaha pembentukan istilah yang dilakukan oleh MABBIM selama-lama ini. MABBIM berusaha menyelaraskan istilah-istilah agar bahasa kebangsaan kita dapat menerap ke dalam bahasa ilmu dan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu di pentas dunia. Bagi ahli-ahli bahasa di negara kita,mimpi ini telah hancur dan usaha yang dilakukan oleh mereka selama ini untuk memperjuangkan bahasa Malaysia telah dibazirkan.Lama-kelamaan, bahasa Malaysia akan lenyap atau dianggap sebagai satu bahasa yang berstandard tinggi dan hanya digunakan sebagai bahasa harian atau digunakan dalam urusan harian kerajaan.
Bagi perspektif ahli sains atau pelajar yang memperlajari sains dan matematik pula, mereka akan dimanfaatkan dengan mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Ini kerana, terdapat banyak buku rujukan diterbit dalam bahasa Inggeris dan mereka memerlukan ilmu tambahan daripada buku rujukan ini agar mereka memajukan diri lagi. Tambahan pula,penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik juga dapat memanfaatkan mereka sekiranya mereka menghadiri seminar atau perbincangan yang berbincang tentang ilmu Sains dan matematik dengan pakar-pakar dari seluruh dunia.
Jadi, kebaikan dan keburukan pengajaran Sains dan Matematik ini bergantung pada diri anda untuk menilainya.
c.foongyam (6)
selamat petang Dr. Radiah:)
Berkenaan pengajaran subjek sains dan matematik dlm bahasa Inggeris telah lama dipertikaikan oleh semua pihak dan sehingga kini, masih ada pihak yg masih lagi mempertikaikannya. Sebenarnya tiada pihak yg harus dipersalahkan, tindakan menggunakan bah. inggeris dalam pengajaran subjek sains dan matematik sebenarnya dapat meningkatkan penguasaan bah.inggeris dan memang tidak salah juga kaum yg berlainan mempertahankan bahasa ibunda mereka dalam pengajaran kedua-dua subjek ini. Setiap manusia mempunyai sudut pandangan yg berbeza,budaya dan cara hidup berbeza, maka pemikiran pasti juga berbeza bagi setiap manusia. Tindakan mengajar subjek sains dan matematik dalam bah.inggeris adalah tindakan yg ideal untuk meningkatkan penguasaan bah.inggeris, tetapi sekiranya hendak menjayakan rancangan ini, sila pastikan pengajar dapat menguasai bah.inggeris dengan sempurna dahulu.Sekiranya pengajar tidak dapat menguasai bah.asing ini dengan baik, bagaimana mereka hendak menyampaikan maklumat kepada pelajar. Makan semangkuk nasi adalah perkara yg senang, tetapi apa akan berlaku sekiranya anda dipaksa makan 50 ataupun 100 mangkuk nasi secara tiba-tiba??? sekiranya ingin menjayakan sesuatu, biarlah sesuai dengan keadaan dan situasi...
NORHASLINDA ABD RAZAK,36
Seperti yang kita sedia maklum, idea pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ni dicetuskan oleh Dr.M. Kononnya nak membentuk palajar yang mahir berbahasa Inggeris n laris di pasaran kerja antarabangsa, tapi nampaknya sebaliknya yang berlaku. Masa mula-mula diperkenalkan ada yang membantah tapi tak "sekencang" sekarang sbb sekarang kita semua dah boleh tengok "hasilnya". Memang wajar sangat pengajaran kedua-dua subjek ni ditukar semula ke bahasa Melayu. Kenapa kita tak yakin dengan bahasa sendiri? Sebelum idea ni dilaksanakan pun dah ramai plajar-pelajar kita yang mampu mengorak langkah jauh ke persada antarabangsa. Kenapa kita tak boleh jadi macam Jepun? Mereka tetap maju wlaupun tak mahir berbahasa Inggeris, mereka bangga dengan bhasa ibunda mereka. Idea ni mungkin juga ada baiknya, tapi jika dilihat daripada aspek yang pelbagai, ia sebenarnya tidak begitu membantu terutamanya bagi mereka yang terdiri daripada golongan miskin. Bukan semua pelajar anak orang kaya-kaya yang di rumahnya kecik-kecik dah "speaking" dgn mak ayah. Cuba kita fikir nasib anak-anak kampung yang mak ayahnya hanya penoreh getah yang tidak berpelajaran. Sedangkan belajar sains dalam bahasa Melayu pun dah terkial-kial, inikan pulak nak belajar dalam bahasa asing. Kesian jugak kat cikgu-cikgu, makin terbeban, manakan lagi nak jaga disiplin budak-budak yang makin hari makin nakal. Kalau anak orang kaya bolehla maka ayah hantar tuisyen, apa-apa yang tak faham boleh balik tanya maka ayah yang mahir berbahasa Inggeris, tapi anak-anak orang susah di kampung dan pedalaman, kalau tak faham nak buat kerja sekolah di rumah nak tanya siapa? Dan kena fikir juga nasib plajar-plajar orang asli yang tinggal di pedalaman, dahla hidup pun dah susah (walaupun ada yang dah guna astro kat rumah), nak dapatkan buku rujukan n sumber dari internet lagi, kenapa semua ni tak diambil kira? Pendek kata kalau nak laksanakan sesuatu idea baru biarlah memanfaatkan semua pihak...Murid-murid tak patut jadi mangsa bahan eksperimen sejauh mana keberkesanan pelaksanaan idea ini. Mungkin hasil positifnya kita tak nampak lagi, mungkin 20-30 tahun lagi. Kita tunggu dan lihat je...
Sharifah Khalirah 46
Assalamualaikum Dr, berkenaan topik yang dibincangkan ini, pada pendapat saya, saya bersetuju jika subjek matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris.Hal ini kerana, dapat kita lihat hari ini,golongan anak muda besar bilangannya yang tidak mahir menggunakan bahasa Inggeris semuanya kerana tidak diaplikasikan dan dilatih sejak muda lagi.Perkara ini telah menyebabkan bidang pekerjaan khususnya sukar dipenuhi hanya kerana kekurangan pelajar yang menguasai penggunaan bahasa Inggeris dengan baik. Saya juga bersetuju dengan langkah kerajaan yang telah menetapkan pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana jika dilihat bagi masa depan, tiada salahnya jika menguasai lebih daripada satu bahasa. seperti yang kita semua telah biasa, pengetahuan dan penggunaan bahasa Malaysia sememangnya telah meluas maka jika belajar satu lagi bahasa apa salahnya?bukan sahaja memberi kebaikan kepada diri pelajar itu sendiri malah boleh menjadi satu kebanggaan negara kerana kitalah di antara negara yang mempunyai rakyat yang bilingual. Pada masa yang sama, bahasa Malaysia sememangnya subjek wajib di sekolah, maka apa yang perlu ditakutkan dengan bahasa lain cuba mengambil alih bahasa kita?Oleh itu, sekali lagi ingin saya tekankan di sini bahawa langkah yang telah diambil bukan sahaja akan menguntungkan kita sekarang malah baik untuk masa hadapan.
NUR YIHADA BALQIS,39
ASSALAMUALAIKUM..
cadangan tun dr. mahathir tu memang la sangat bernas..tp hanya individu yang mempunyai ahli keluarga yang harus menjadi mangsa kajiannya tahu bagaimanakah peritnya pelajar2 tersebut mengharungi masa2 yang payah untuk belajar dalam bahasa keduaa yg mereka sendiri baru cuba untuk menguasainya. bagi saya kalau kita dilahirkan di luar negara mungkin english tu dah menjadi bahasa bualan seharian tp cuba fikir dari sudut pelajar yg baru nak mempelajari bahasa inggeris. orang melayu sendiri pon belajar bahasa melayu bertahun2 tp masih sukar untuk skor markah tertinggi dalam peperiksaan inikan pula bahasa yang baru nak dikuasai. memang la tujuannya nak memajukan Malaysia itu sangat la murni..tp cuba kita lihat negara Jepun yang tak pandai pun berbahasa inggeris tp still boleh maju..
selamat petang semua,
pada pendapat saya,bahasa memainkan peranan penting dalam apa jua bidang yang memerlukan sesuatu maklumat itu disampaikan. Dalam isu ini, pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris mengundang pelbagai perdebatan sama ada pihak tersebut bersetuju atau tidak dengan cadangan penggunaan bahasa Inggeris ini.
Saya terlupa pada tahun berapa apabila keputusan upsr atau pmr diumumkan, kementerian telah menyatakan bahawa peratusan kecemerlangan dalam sains dan matematik meningkat.Dan pihak kementerian sangat berbangga dengan pencapaian tersebut.
Walau bagaimanapun, semasa saya mengikuti syarahan Prof.Abdullah Hassan, saya teringat kata-kata beliau bahawa peratusan yang meningkat itu disebabkan oleh pelajar di Shah Alam,Petaling Jaya {sebenarnya merujuk pada sekolah di bandar], tetapi kerajaan tidak melihat peratusan tersebut meningkat di sekolah luar bandar atau pun tidak.
Jadi yang ingin saya simpulkan, jika ada pun pelajar luar bandar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tetapi kita kena melihat bolehkah semua pelajar sama ada di luar bandar mahupun di bandar dapat menerima perubahan penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik secara mendadak?
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Inggeris mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.
Bagi diri saya pula yang telah mengikuti pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semasa di peringkat matrikulasi, saya mendapati bahawa sedikit sebanyak penguasaan kosa kata saya dalam bahasa Inggeris bertambah. Dan apabila saya mendapat tugasan untuk menterjemahkan teks, ada di antara kosa kata yang terdapat dalam teks sumber tersebut merupakan perkataan yang pernah saya jumpa semasa belajar dahulu.
Oleh yang demikian, penggunaan bahasa inggeris ini sbeenarnya bersifat subjektif.Ada orang yang boleh menerima dan ada juga yang bersikap dingin terhadapnya.Jadi, semuanya terpulang pada diri sendiri.
Jika anda sudah mampu untuk berbahasa ibunda dengan fasih, mengapa tidak kita cuba untuk menguasai bahasa asing yang lain [memetik kata-kata Dr Leelany]
atau pun...
bahasa Inggeris bukanlah bahasa utama di dunia tetapi terpulang pada anda sama ada untuk menguasainya atau tidak [memetik kata-kata Tuan Hj Zainuddin].
sekian..
NUR AIN ABU JAMIL, 37
Loo Shi Yao No 23
Selamat sejahtera Dr Radiah,
Loo Shi Yao No 23
Selamat sejahtera Dr Radiah,
Pada pendapat saya, adalah satu kaedah yang baik mengajar subjek sains dan matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. TIdak hanya dapat menpelajari bahasa Inggeris malah dapat mendapat ilmu yang leibh sempurna. Tetapi persoalan yang wujud adalah, adakah guru-guru yang mengajar itu juga mempunyai ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk mengajar pelajar? Sekiranya para guru sendiri pun tidak mahir dalam bahasa tersebut bagaimana pelajar boleh menguasai? Seandainya para guru yang mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris hanya setakat untuk mendapat elaun tambahan atau penggunana komputer riba yang percuma jadi tak paya lah..membazir duit dan sumber Negara. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir, mungkin beliau bukan seorang yang pemimpin yang cukup baik, tetapi tidak boleh dinafikan beliau memang berpandang jauh dan berniat untuk membangunkan bangsa-bangsa Malaysia.
Walaupun banyak pihak yang mempertikaikan mengapa perlu mengajar kedua-dua subjek dalam bahasa Inggeris, tetapi adakah saudari-saudari memikirkan kebanyakan buku rujukan dan sember dalam kedalam kedua-dua bidang tersebut adalah dalam bahasa Inggeris. Sebab bidang penterjemahan di Negara kita masih perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Selain itu, kedudukan bahasa tersebut di arena antarabangsa memang tidak bloeh dipertikaikan. Bukan kita hendak mengikut trend secara membuta tuli, akan tetapi mengapa kita tidak mencuba untuk menyerapkan ilmu dan budaya daripada Negara dan bahasa lain dan menjadikan sebagai satu bahan unutk membangunakan bangsa kita? Kita hanya boleh maju dan bangun sekiranya kita mempunyai hati dan berfikiran secara terbuka. Kita harus bersifat positif. Fikiran kita terlalu sempit dan memntingkan kebaikan diri sendiri. Mementingkan bahasa lain tidak bermakna anda perlu melupakan bangsa anda sendiri, malah cara dan bagaimana kita meletakkan bangsa kita sendiri dan sikap kita yang akan menentunya. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ perlu diingati sentiasa.
Sekira tak silap saya alatan muzik guitar adalah diciptakan oleh orang Arab semasa tamadun Islam, tetapi sekarang telah disebarkan orang orang Eropah bagaikan ciptaan mereka sendiri. Dulu kita boleh, mengapa sekarang kita tidak boleh? Adakah disebabkan semangat yang semakin rendah ataupun kita semakin tidak mempedulikan masa depan Negara dan bangsa kita? Orang yang bersifat nasionalism akan memajukan bangsa sendiri disamping menerapkan ilmu daripada sudut dan sumber yang berbeza. Jika kita hendak lebih maju,kita mesti lebih cemerlang daripada orang lain. Bangsa dan Negara lain mesti mempunyai kebolehan dan kemahiran yang kita lemah dalamnya.. Kalau tidak mengapakah PM kita menggunakan berbilion-bilion untuk menghantar rakyat kita menaik ke angasa lepas dengan menumpang kapal angkasa orang Rusia? Fikirkan apa yang terbaik untuk Negara dan bangsa kita.
Sekian terima kasih.
Seow Siew Leng
No. Matrik 92083
Monday, August 25, 2008
Mengajar Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris
Saya memang bersetuju dengan isu ini. Malangnya, saya tidak berpeluang untuk mempelajari kedua-dua subjek ini yang diajar dalam bahasa Inggeris. Dalam ingatan saya, pengajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris bermula pada tahun 2003, dan kumpulan pelajar yang terlibat ialah pelajar Tingkatan 4 & 5. Saya merupakan pelajar Tingkatan 4 pada tahun 2001, pada ketika itu, mata pelajaran Sains & Matematik masih diajar dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, pada tahun 2003, walaupun saya masih berada di bangku sekolah, saya masih tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam perkara tersebut. Hal ini adalah kerana saya tidak mengikuti kedua-dua mata pelajaran Sains & Matematik pada tahun 2003 semasa saya berada dalam Tingkatan 6 bawah.
Mengajar Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris dapat memanfaatkan pelajar-pelajar supaya menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik. Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa antarabangsa, maka, penguasaan dalam bahasa ini membolehkan mereka berkomunikasi dengan dunia luar. Komunikasi adalah suatu perkara yang amat penting bagi setiap manusia yang hidup di dunia ini untuk berkenalan dengan rakyat dari negara lain sebagai suatu cara untuk mengeratkan hubungan sesama manusia.
Selain itu, mempelajari Sains & Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris dapat melatihkan pelajar supaya membiasakan diri dengan bahasa yang dianggap susah ini. Mereka yang tamat pelajaran dari sekolah menengah nanti akan meneruskan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi, maka kebanyakan pelajaran yang dijalankan di IPT akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dengan adanya asas yang kukuh dalam bahasa Inggeris, pelajar tidak akan mempunyai tekanan yang berat seperti mereka yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris.
pada pendapat saya, mengajar kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris merupakan suatu perkara yang mempunyai kebaikan yang banyak. Namun, masih terdapat segolongan manusia yang membantah terhadap pelaksanaan perkara ini. Hal ini menjadikan saya berasa amat mengesal kerana masih wujudnya sekumpulan manusia yang tidak berapa faham tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita.
Posted by seowsiewleng at 6:51 AM 0 comments
AHMAD SYAKIR BIN ABDUL MAJID, 1
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan buat Dr,
Pada pandangan saya penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah mempunyai pro dan kontranya sendiri. Dari segi pembangunan ilmu pengetahuan amatlah elok da wajar kerna menggunakan bahasa antarabangsa sebagai bahasa pengajaran di sekolah. Para pelajar dengan automatiknya terpaksa belajar memahami bahasa inggeris, dengan cara ini pelajar akan dapat menggunakan bahasa inggeris dengan lebih betul dan baik.
Namun, bagaimana pula dengan pelajar2 yang lemah dan mempunyai iq yang rendah? Mereka akan merasa tertekan dan bimbang akan hala tuju hidup mereka. hal ini akan mendorong kepada gejala2 baru muncul. Pelajar mungkin bertindak berhenti sekolah kerna mengandaikan tiada gunanya bersekolah kerana tidak dapat memahami pembelajaran itu sendiri. Adakah kita hendak perkara sebegini terjadi? sudah semestinya tidak. Hasrat Kerajaan amatlah dihargai demi kemajuan negara. namun, nasib anak2 yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai cukup akses kepada dunia luar dan kekurangan bahan bacan serta kehidupan yang agak daif mendorong mereka belajar setakat mampu sahaja. Apakah pembelajaran ini hanya untuk golongan di bandar dan yang mempunyai iq tinggi sahaja? kita sama2 fikirkanlan perkara ini.
Disinilah perlunya kewujudan golongan penterjemah (pelajar BATI khususnya) kerana buku2 sains dan matematik boleh diterjemahkan kepada Bahasa Ibunda kita sendiri. Apakah kita lupa bahawa bangsa jepun dapat berdiri dengan megahnya walaupun menggunakan bahasanya sendiri di dalam semua aspek dinegaranya! kenapa contoh dikemukakan disini adalah kerana ia bersangkut paut dengan mantan PM kita Tun Dr Mahathir yang menjalankan DASAR PANDANG KE TIMUR. akan tetapi, kenapa di akhir pemerintahannya seakan2 beliau sudah tidak percaya akan BAHASA MELAYU mampu menjadi satu bahasa yang mengangkat negara ini. Dasar2 ini menjerat para pelajar dan membuat mereka keliru.(sekejap belajar BM sekejap belajar BI). Buku2 rujukan ilmiah sains sebenarnya lebijh banyak dalam bahasa latin dan perancis daripada bahasa inggeris. oleh itu, dapat di sangkal bahawa rujukan byk bahasa inggeris.
Akhir kata Bak kata panglima Melayu
Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia"
Martabatkanlah Penggunaan Bahasa Kita , "BAHASA MENCERMINKAN BANGSA"
AHMAD SYAKIR BIN ABDUL MAJID, 1
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan buat Dr,
Pada pandangan saya penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains di peringkat sekolah mempunyai pro dan kontranya sendiri. Dari segi pembangunan ilmu pengetahuan amatlah elok da wajar kerna menggunakan bahasa antarabangsa sebagai bahasa pengajaran di sekolah. Para pelajar dengan automatiknya terpaksa belajar memahami bahasa inggeris, dengan cara ini pelajar akan dapat menggunakan bahasa inggeris dengan lebih betul dan baik.
Namun, bagaimana pula dengan pelajar2 yang lemah dan mempunyai iq yang rendah? Mereka akan merasa tertekan dan bimbang akan hala tuju hidup mereka. hal ini akan mendorong kepada gejala2 baru muncul. Pelajar mungkin bertindak berhenti sekolah kerna mengandaikan tiada gunanya bersekolah kerana tidak dapat memahami pembelajaran itu sendiri. Adakah kita hendak perkara sebegini terjadi? sudah semestinya tidak. Hasrat Kerajaan amatlah dihargai demi kemajuan negara. namun, nasib anak2 yang tinggal di pedalaman yang tidak mempunyai cukup akses kepada dunia luar dan kekurangan bahan bacan serta kehidupan yang agak daif mendorong mereka belajar setakat mampu sahaja. Apakah pembelajaran ini hanya untuk golongan di bandar dan yang mempunyai iq tinggi sahaja? kita sama2 fikirkanlan perkara ini.
Disinilah perlunya kewujudan golongan penterjemah (pelajar BATI khususnya) kerana buku2 sains dan matematik boleh diterjemahkan kepada Bahasa Ibunda kita sendiri. Apakah kita lupa bahawa bangsa jepun dapat berdiri dengan megahnya walaupun menggunakan bahasanya sendiri di dalam semua aspek dinegaranya! kenapa contoh dikemukakan disini adalah kerana ia bersangkut paut dengan mantan PM kita Tun Dr Mahathir yang menjalankan DASAR PANDANG KE TIMUR. akan tetapi, kenapa di akhir pemerintahannya seakan2 beliau sudah tidak percaya akan BAHASA MELAYU mampu menjadi satu bahasa yang mengangkat negara ini. Dasar2 ini menjerat para pelajar dan membuat mereka keliru.(sekejap belajar BM sekejap belajar BI). Buku2 rujukan ilmiah sains sebenarnya lebijh banyak dalam bahasa latin dan perancis daripada bahasa inggeris. oleh itu, dapat di sangkal bahawa rujukan byk bahasa inggeris.
Akhir kata Bak kata panglima Melayu
Hang Tuah "takkan melayu hilang di dunia"
Martabatkanlah Penggunaan Bahasa Kita , "BAHASA MENCERMINKAN BANGSA"
How Yen Yeng 15
Selamat sejahtera!
Pada pendapat saya, mata pelajaran sains dan matematik tidak sepatutnya diajar dalam bahasa Inggeris. Saya mempunyai dua orang adik yang sedang belajar di sekolah rendah. Mereka mempelajari mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris disebabkan kedua-dua mata pelajaran tersebut perlu diajar dalam bahasa Inggeris. Perkara ini amat membebankan mereka. Mereka cuma pelajar sekolah rendah sahaja tetapi mereka perlu mempelajari begitu banyak subjek! Sekiranya sesuatu bahasa tersebut merupakan syarat kejayaan sesebuah negara, bagaimana pula dengan negara Jepun yang merupakan negara yang amat kuat dari segi ekonomi dan canggih teknologinya? Orang Jepun bercakap dalam bahasa Jepun sahaja, tidak ramai daripada mereka yang fasih berbahasa Inggeris, sudah pasti juga buku pelajaran yang diguna dalam sekolah ditulis dalam bahasa Jepun. Orang China juga tidak ramai yang berbahasa Inggeris. Mereka menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi negara ini kini menjadi semakin maju, kuat dari segi ekonomi sehingga mampu menganjurkan Sukan Olimpik yang meninggalkan kenangan indah yang tidak dapat dilupai oleh seluruh dunia. Jadi, pada pendapat saya, kita seharusnya mencintai bahasa kebangsaan kita, bahasa Malaysia dan menggunakannya dalam apa-apa situasi sahaja agar memartabatkan bahasa kita ini.
assalamualaikum Dr, terlebih dahulu saya meminta maaf atas kelewatan komen ini kerana tugasan yg Dr berikan tidak disedari.
Pada pendapat saya, saya tidak menyokong sama sekali proses pembelajaran sains dan matematik daklam bahasa melayu. Hal ini disebabkan oleh, jika dilihat pada apa yg beliau (Dr mahatir) jelaskan dalam blog beliau, orang arab mempelajari ilmu org yunani daripada buku yunani, kemudian diterjemahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa melayu, ingin saya ajukan soalan, dalam suasana pembelajaran sekarang, adakah ilmu tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa melayu? sudah semestinya tidak kerana polisi atau dasar pendidikan baru telah menyatakan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jadi, pada bahagian manakah sebenarnya pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris dapat membantu perkembangan bahasa melayu dan mengekalkan penguasaan bahasa melayu sedangkan istilah sains dan matematik dalam bahasa melayu sudah pasti akan dilupakan kerana tidak digunakan. Bukan kah itu membunuh sesuatu bahasa sebenarnya?
Kawan saya terpaksa bertungkus lumus untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa jepun demi untuk memenuhi keperluan beliau untuk melanjutkan pelajaran di negara jepun. Mengapa tidak kita lakukan begitu? Kerana cerdik pandai sains dan matematik kita mempelajarinya dalam bahasa Inggeris? Jika begitu mengapa masih ramai cerdik pandai kita yang mempelajari bidang linguistik di luar negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom masih boleh mengajar menggunakan bahasa melayu? Sedangkan para cerdik pandai ini mempelajari bidang yang sememangnya tulen dari bahasa tersebut sedangkan matematik dan sains bukan datang daripada bahasa tersebut.
Abang saya juga terpaksa bertungkus lumus untuk mempelajari dan mendalami bahasa jerman semata-mata untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Saya bertanya kepada dia sama ada pensyarah di sana ada mengajar dalam bahasa Inggeris kepada pelajar asing. Dia kata "tak", malahan dia juga memberitahu terdapat juga pensyarah di sana yang penguasaan bahasa Inggerisnya sangat lemah. Dia turut menyatakan bahasa Inggeris sebenarnya hanya digunakan di United Kingdom, Kanada (separuh-separuh), Amerika Syarikat. Semua negara di Eropah menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Jadi saya terfikir, apakah sebenarnya kebaikan mempelajari bahasa Inggeris pada skop antarabangsa? Adakah sebab takut dimalukan pada peringkat antarabangsa? Mengapa Perdana menteri Jepun, China, Rusia, tidak malu menggunakan khidmat jurubahasa (sedangkan pada pendapat saya mereka sebenarnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik). Adakah kerana mereka kuasa besar? Mengapa pula negara Thai yg bukan negara kuasa besar tambahan keadaan ekonominya yg tidak sehebat malaysia pun bangga menggunakan bahasa thai sendiri.
Tidak bermakna saya tidak menyokong tetapi saya masih tidak dapat melihat relevan untuk mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Cukup lah sekadar mempelajarinya dalam matapelajaran kesusasteraan Inggeris dan bahasa Inggeris sudah memadai. Tambahan pula, sepanjang pengalaman saya belajar di sekolah, tidak semua pelajar yg bijak matematik dan sains pandai bahasa Inggeris dan tidak semua yg arif dalam bahasa Inggeris pandai dalam matematik dan sains. Jadi, jangan disebabkan bahasa Inggeris, ramai pelajar melayu yang sepatutnya boleh lulus cemerlang boleh gagal dalam kertas pengajian kejuruteraan mekanikal, awam atau elektirik. Atau mana-mana mata pelajaran sains yang lain.
Fikir-fikir kan.
Mohd Nor Azren B. Kamarudin
92068
no rujukan pelajar :31
Salam…Dr.
Bagi saya, pengajaran bahasa Inggeris dalam matapelajaran Science & Mathematics sebenarnya tidak boleh dijadikan isu untuk kita memperlekehkan kelemahan pemimpin-pemimpin kita. Semua perancangan semestinya mempunyai alasan tersendiri. Setiap perlaksanaan tentunya ada kekuatan dan kelemahan.
Dalam suasana globalisasi hari ini, bahasa Inggeris telah menjadi satu ‘keperluan’. Kegagalan kita untuk mahir menguasai bahasa Inggeris menyebabkan kita akan terus terpinggir. Walaupun perancangan ini agak rumit untuk mencapai objektif yang sebenar namun pengajaran bahasa Inggeris ini mampu membuka mata anak-anak kecil mengenali bahasa kedua atau ketiga mereka dengan lebih dekat. Perancangan jangkamasa panjang ini sebenarnya berjaya membuahkan hasil. Tanpa disedari, ramai anak-anak kecil memahami banyak istilah-istilah sains dan matematik yang mungkin tidak diketahui oleh orang yang lebih dewasa daripada mereka. Ini menunjukkan mereka sangat bertuah kerana memiliki satu cabang ilmu pengetahuan yang tidak pernah dimiliki oleh murid-murid sekolah 10 tahun, 12 tahun dan 15 tahun yang lepas. Seperti apa yang saya katakan tadi, perancangan ini adalah untuk jangkamasa yang panjang dan mungkin ianya akan berjaya 6 atau 7 tahun lagi!...
Saya merasakaan sekiranya pengajaran ini dapat dikekalkan dalam sekular sekolah di negara ini, saya yakin dapat melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berdaya saing, kreatif dan fasih berbahasa Inggeris hari ini dan hari yang bakal mendatang. Saya rasa tidak terlambat, tidak salah dan tidak bahaya untuk rakyat Malaysia mengaku keperluan bahasa Inggeris dalam ‘survival’ bangsa kita dalam negara kini dan suatu hari nanti.
Saya ingin menarik perhatian tentang komen How Yen Yeng. Memang benar negara Jepun dan China boleh menjadi sebuah negara yang termaju setanding negara lain walaupun mereka tidak mengutamakan bahasa Inggeris secara meluas…..tetapi saya ingin menegaskan bahawa kedua-dua negara tersebut adalah sebuah negara yang mempunyai satu bangsa sahaja berbanding dengan negara kita yang berbilang bangsa dan budaya….kepentingan bahasa pada mereka berbeza dengan kepentingan bahasa dalam negara kita…penggunaan bahasa ibunda mereka bukan atas tujuan politik dan perpaduan tetapi bagi asas pembangunan negara mereka sedangkan kita lebih tertumpu pada tujuan sebaliknya. Langkah tersebut yang telah membawa mereka jauh ke hadapan.
Hoong Xiao Hui (14)
Salam sejahtera Dr,
Pada pendapat saya, soalan yang dikemukaan tersebut merupakan satu soalan yang subjektif. Hal ini kerana sesetengah orang akan berpendapat bahawa pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah lebih manakala ada sesetengah kumpulan pula tidak bersetuju dengan sistem ini. Hal ini kerana masing-masing mempunyai alasannya sendiri. Secara umumnya, kebaikan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik kerana kebanyakan rujukannya dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, bahasa tersebut merupakan bahasa antarabangsa yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan perkembangan terbaru terutamanya perkembang teknologi dari negara barat. Namun demikian, penggunaan sistem juga menpunyai keburukannya. Hal ini kerana pelajar dan guru akan menghadapi kesukaran untuk memahami kandungan terutamanya bagi mereka yang kurang arif dalam penguasaan bahasa Inggeris. Walaupun begitu, hal ini dapat diatasi jika mereka bersikap rajin untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Selain itu, alasan yang lain ialah kerisauan terhadap masyarakat Malaysia akan lupa jati dirinya kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia. Saya percaya bahawa hal ini tidak akan mempengaruhi jati diri masyarakat kita. Pada pandangan saya, hal ini juga bergantung kepada pendirian setiap orang. Jika seseorang beria-ia untuk menukar jati dirinya mungkin kerana orang itu benar-benar tidak suka akan Malaysia sebagai negara asalnya maka saya tidak ada komen untuk orang tersebut. Tambahan pula, sesetengah orang risau akan pengaruh budaya Barat akan diselitkan dalam minda pelajar apabila sistem ini digunakan. Hal ini kerana pelajar akan memikirkan sesuatu soalan ataupun menyuarakan pendapatnya berpandukan pemikiran orang barat dan tidak akan mengambil berat akan cara yang sepatut dan sesuai untuk budaya negara kita. Jika kita mengekalkan sistem lama iaitu pengajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Malaysia, kita menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan kerana negara kita kekurangan penterjemah yang betul-betul arif dalam bidang Sains dan Matematik untuk menterjemahan bahan rujukan dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Pada masa yang sama, kita kurang ahli akedemik yang dapat menerbitkan bahan rujukan dalam bahasa Malaysia. Di samping itu, negara kita kekurangan penterjemah untuk menterjemahkan bahan rujukan ke dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Malaysia. Secara keseluruhannya, kedua-dua sistem ini mempunyai kebaikan dan keburukannya. Oleh itu, semua ini hanya perlu berpandukan bagaimana pelajar masa kini memanfaatkannya kerana pandangan setiap orang tidak ada yang salah atau betul. Setiap orang hanya mempunyai hasrat yang berlainan berharap untuk memajukan negara kita.
Salam sejahtera, Dr.
Pada pendapat saya, pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu langkah wajar dijalankan. Sudah beberapa tahun pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan. Pelbagai maklum balas sama ada negatif atau postif yang diterima.
Apabila bercakap tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran tertentu, hal ini tidak bermakna kita akan meminggirkan juga bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita. Murid-murid sekolah rendah seharusnya mempunyai asas yang teguh dalam bahasa Malaysia kerana mereka belajarnya dari darjah satu lagi. Tetapi mereka mengabaikan pula bahasa Inggeris.Oleh itu ada baiknya jika anak-anak sekarang mula belajarnya dari sekolah rendah lagi. Matapelajaran Sains dan Matematik mula diajar pada darjah empat. Jadi pelaksanaan ini harus dipandang baik dan memberi sokongan terhadapnya. Apabila pelajar-pelajar ini mendapat dedahan awal, maka mereka tidak akan menghadapi masalah besar apabila berada di peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini merupakan salah satu kebaikannya. Namun masih ada yang was-was terhadap pelaksanaannya.
Pada masa kini, bidang teknologi yang canggih dan berkembang pesat, semua kemahiran yang ada datang daripada orang-orang Inggeris. Jika kita mahu mempelajari ilmu mereka, kita harus mengetahui bahasa Inggeris. Kebanyakan ilmu, buku, rujukan semuanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Ya, kita harus akui memang terdapat rujukan, buku-buku dalam bahasa Malaysia tetapi ini masih tidak mencukupi. Jadi kita masih memerlukan bahan dari luar negara dalam bahasa Inggeris. Jika kita mahu menjadi jangan kita mencari alasan untuk tidak mempelajari bahasa Inggeris. Kita harus menguasai bahasa Inggeris kerana ia merupakan satu kemestian pada hari kelak.
Assalamualaikum Dr.
Pada pendapat saya, hal ini tidak perlu diperbesar-besarkan. Kita perlu terima hakikat bahawa kita sudah jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain.Seharusnya kita menyokong perubahan yang cuba dilakukan kerana setiap perubahan pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sekiranya kita menentang perubahan, bangsa kita tidak akan kemana-mana.Pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris perlu difikirkan dari aspek global. Jika inginkan peluang yang sama dengan bangsa-bangsa lain, kita perlulah membuka mata dan bersaing secara sihat dengan mereka. Kita juga perlu sedar bahawa cara ini akan dapat mendedahkan pelajar-pelajar dengan ilmu yang lebih luas dan membina keyakinan diri mereka.Sebagai warganegara Malaysia kita haruslah sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab bagi memastikan usaha ini berhasil.Kesan jangka panjang akan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran seperti ini.Semoga Malaysia akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang.
(Nor Haslinda Ibrahim)
(No:35)
(Hbt 213)
Kalaivani(16)
94544
Selamat sejahtera, DR.
Pada pendapat saya pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah satu lankah yang bijak yang telah diambil oleh pihak kerajaan.Sebagai mana yang kita tahu, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa.Hari ini sekiranya kita tidak fasih berbahasa Inggeris kita akan ketinggalan dalam segala hal.Pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris membolehkan para pelajar sekolah rendah dan menengah dapat menambahkan pengetahuan dan kosa kata dalam kedua-dua matapelajaran ini.Di samping itu, hampir kesemua buku rujukan untuk kedua-dua matapelajaran ini dicetak dalam bahasa Inggeris.Apabila seseorang pelajar untuk menjejakkan kakinya ke menara gading bahasa utama yang digunakan semasa proses pengajaran adalah bahasa Inggeris.Pelajar-pelajar yang mempunyai pengetahuan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek ini dapat memudahkan pelajar-pelajar tersebut semasa mereka melanjutkan pelajaran di peringkat universiti. Mengikut pengalaman saya, setelah saya tamat tingkatan enam dan semasa menunggu keputusan STPM saya telah menjadi guru sandaran di sekolah lama saya.Saya diberi tanggungjawab untuk mengajar matapelajara sains untuk pelajar-pelajar tingkatan satu.Saya mengalami masalah yang besar untuk memahami perkataan saintifik semasa mengajar dan menerangkan sesuatu perkataan kepada pelajar-pelajar saya.Saya terpaksa rujuk buku istilah yang terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini kerana ketika saya di tingkatan satu matapelajaran sains diajar dalam bahasa Inggeris. Saya juga mengalami masalah untuk menyebut sesuatu perkataan saintifik.Oleh itu untuk melahirkan generasi yang bijak dan dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020, saya berpendapat pengajaran matapelajaran sains dan matematik diteruskan pengajarannya dalam bahasa Inggeris.
wow!!!semua komen panjang2 belaka.penat nak scroll bawah.ni adalah kenyataan dari pihak Tun M..Kenyataan dari yang membantah cadangan Tun M ni saya tak pernah baca.mungkin hal ini ada pro dan kontranya...Tun mencadangkan agar Sains dan Mat diajar dalam bahasa Inggeris namun pada masa yang sama Bahasa Melayu dalam usaha untuk dimartabatkan.kalau hanya masalah rujukan dalam bahasa Inggeris bukanlah satu alasan yang kukuh Sains dan Mat diajar dalam BI..apa gunanya penterjemah kalo bukan menterjemah buku2 rujukan BI ke dalam BM?cewah!!atau lebih tepat lagi apa gunanya BATI???walau bagaimanapun, usaha ini sebenarnya memberikan satu kesan yang cukup baik juga.sama seperti semasa kita dijajah.memang perkara itu tidak baik namun kalau kita tidak dijajah bilakah bangsa kita boleh membuat sebatang pensel?kita belajar dahulu membuat sebatang pensel,bila sudah mahir barulah kita tentang..sama dalam hal ini juga.kita belajar ilmu pengetahuan dari luar, perkukuhkan ilmu itu dalam jiwa bangsa kita barulah kita muncul menjadi negara kelas pertama.namun apa yang menjadi persoalan saya ialah...adakah usaha menjadikan negara kita negara kelas pertama merupakan satu niat yang ikhlas atau hanya memenuhi keperluan individu??dan sampai bilakah dasar pendidikan berubah setiap kali pemimpin bertukar?
Gan Kai Jun (10)
Selamat pagi Dr,
Pada pendapat saya, pengajaran sains dalam bahasa Inggeris adalah lebih baik kerana banyak bahan rujukan matapelajaran sains adalah dalam bahasa Inggeris dan ini memudahkan penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar. Walaupun setip orang boleh terus memilih bahasa yang mereka minati tetapi memandangkan bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa , adalah lebih baik belajar sains dalam bahasa Inggeris bagi mengikuti perkembangan maklumat terbaru dan memudahkan proses pembelajaran. Terdapat satu konsep bahasa Mandarin yang menyatakan bahawa 'alat yang digunakan oleh banyak orang, anda tidak boleh membiarkannya sahaja'.Maksudnya adalah seseorang perlu membelajarsesuatu yang ramai pelajari demi manfaat sendiri.Dalam konteks ini, walaupun seseorang mempunyai hak memilih bahasa yang dia minati tetapi jangan lupa pula belajar bahasa yang digunakan ramai, contohnya pengajaran bahasa Inggeris dalam sains ini.
Sekian sahaja pendapat saya. Terima Kasih.
Hanim Hafiza bt Mohd Hanif (11)
92049
Assalamualaikum Dr,
Pada pendapat saya, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah amat sesuai, lagi-lagi dalam zaman yang serba moden ini. Bagi mereka yang membantah cadangan ini, bagi saya mereka ini merupakan golongan yang pendek akalnya dan tidak berfikiran jauh. Jika kita menguasai bahasa kedua, tidak semestinya bahasa ibunda/pertama kita akan luput. Perkara itu hanya akan berlaku jika manusia terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehingga lupa akan keindahan bahasa Melayu itu sendiri.
Pengajaran Sains dan Matematik pada peringkat awal persekolahan akan menyediakan para pelajar untuk menempuhi peringkat pembelajaran yang lebih tinggi, sebagai contoh matrikulasi dan universiti. Masa saya masuk matrikulasi dulu, Matematik, Kimia dan Fizik semuanya diajar dalam bahasa Inggeris. Para pelajar agak susah untuk memahami perkara yang diajar kerana kami semua semasa sekolah menengah mempelajari kesemua mata pelajaran ini dalam bahasa Melayu. Jika diajar dalam bahasa Inggeris lebih awal, sudah tentu masalah tidak akan timbul.
Sekian saje 2 sen saya. :D
Oh lagi satu, para cikgu juga harus menguatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris mereka, sebab kalau berapi-api suruh belajar dalam bahasa Inggeris tapi yang mengajar pun bahasa Inggerisnya tunggang-langgang, tak guna jugak...
tankitying
salam sejahtera Dr,
Pada pendapat saya, pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris merupakan satu langkah yang akan membawa kemajuan. Setiap kali apabila kita membincang topik ini, pasti akan mendapat banyak komen yang berlainan. Ada yang setuju dengan menggunakan bahasa Inggeris dan ada yang sebaliknya.Jika saya tak bersilap, bahasa Inggeris telah digunkan selama 4-5 tahun dalam kedua-dua subjek tersebut. Isu ini dibincang sampai hari ini. Apakah masalah yang timbul di sini? Adakah masalah muncul kerana kita tidak menggunakan bahasa Malaysia atau hasil dengan menggunakan bahasa Inggeris tidak begitu baik? Saya bersetuju dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik tetapi saya rasa mungkin kita belum melakukan persediaan yang baik untuk perubahan ini. Menggunakan bahasa Inggeris merupakan langkah pertama yang baik tetapi bagaiman dengan langkah seterusnya? Maksud saya di sini ialah kita perlu ada tenaga pengajar yang dapat mengajar kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris.Adik saya merupakan pelajar dalam tingkatan empat dan mengambil aliran sains. Di sini saya terdapat satu cantoh daripada adik saya. Semasa mereka membuat eksperimen, guru sainsnya tidak dapat menyebut perkataan 'slaver' dengan betul. Jadi adik saya dan kawan-kawannya tidak faham apa yang dikata oleh guru tersebut. Mereka perlu bertanya-tanya dan merujuk buku,akhirnya mereka mendapati apa yang ingin dikatakan oleh guru sains ialah air liur. Mereka memberitahu guru tersebut sebutan yang betul dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, selain mepunyai bahan rujukan bahasa Inggeris yang banyak dan bermanfaat,kita juga perlu memastikan kita mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti. Jika kita mesih belum bersiap sedia, saya rasa kita lebih baik mengekalkan cara ajaran sebelum ini. jika kita kata kita sudah bersedia, jadi tolong berikan hasilan yang memuaskan. Guna bahasa Inggeris untuk mengajar subjek sains dan matematik adalah baik tetapi masih terdapat banyak kekurangan. kekurangan ini perlu dibaiki oleh semua masyarakat dan bukan hanya kerajaan. Dengan sokongan dan kerjasama semua rakyat, saya percaya suatu hari nanti masalah ini bukan lagi satu masalah dan dengan menggunakan bahasa Inggeris kita boleh berjaya dalam kedua-dua bidang ini.
Daripada: Mohd Adam Ahmad (27)
Assalamualaikum dan selamat petang.
Pada pendapat saya, pengajaran Matematik dalam bidang Sains ada pro dan juga kontranya. Tetapi tidak bermakna apabila seseorang itu menggunakan bahasa yang asing daripada bahasa ibundanya, dia ditakrifkan sebagai hilang jati diri dan semangat patriotiknya. Setiap perkara harus dipertimbangkan sebaik mungkin sebelum diputuskan. Pendapat yang diutarakan oleh Dato' Seri itu ada benarnya. Disini saya ingin menyatakan pendapat saya berkaitan isu ini.
Dari sudut kebaikan.
1. Kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris ini wajar kerana, pada masa kini penguasaan bahasa Inggeris para pelajar terutama yang berasal daripada pendalaman agak mengecewakan. Dengan mempraktikkan kaedah ini diharap penguasaan bahasa Inggeris para pelajar di malaysia akan dapat dipertingkatkan. Lupakan sebentar tentang bahasa Malaysia kerana bahasa kebangsaan ini semakin meluas penggunaannya. Peluang untuk belajar bahasa Malaysia secara tidak langsung amat luas tetapi tidak pada bahasa Inggeris. Ke pasar, ke kedai, ke kelas dan sebagainya khalayak asyik berbicara dalam bahasa Malaysia. Jadi peluang untuk para pelajar yang agak kurang mahir berbahasa Inggeris untuk belajar secara tidak langsung amat terhad.
2. Seperti mana yang kita sedia maklum, amat kurang bahan-bahan rujukan dan ilmiah yang terdapat dalam bahasa Malaysia. Hal ini memang membebankan kerana pelajar yang tidak mahir dalam bahasa Inggeris pasti akan ketinggalan.
dari sudut penterjemahan bahan-bahan ilmiah ini kedalam bahasa Malaysia di Malaysia, kita dapat melihat bahawa negara kita mmasih jauh tertinggal di belakang. Kita tidak ada penterjemah khusus yang mampu untuk menterjemah terma-terma khusus dalam bidang matematik dan sains yang pesat berkembang setiap hari. Sebab itulah juga kebanyakan istilah-istilah baru dalam bidang ini pada masa kini lebih mudah dicedok sahaja tanpa diterjemahkan.
Dari sudut kontranya pula.
1. Bahasa Malaysia tidak akan berkembang, semakin kurang digunakan oleh masyarakat lain daripada kaum Melayu.
2.Bahasa Malaysia juga tidak akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam pembelajaran bidang tersebut. Oleh yang demikian, saya khuatir nasib bahasa melayu pada masa hadapan tidak ubah seperti bahasa Sanskrit, sekadar bahasa yang diagungkan dan dikenali dalam bidang sastera sahaja.
Oleh yang demikian, apa yang saya lihat, pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bukanlah penyelesaian mutlak kepada permasalahan ini. langkah yang lebih pro aktif dan sesuai harus dipertimbangkan.
Mary Wong Mei Lin (25)
92061
Salam sejahtera Dr,
Persoalan ini telah dipersoalkan pada beberapa tahun yang dahulu. Kalau saya tidak silap, pengajaran Sains dan Matematik adalah diajar dalam bahasa Inggeris pada masa dulu semasa penjajahan British. Sejak hari kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, sistem pendidikan negara kita telah banyak berubah. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan negara kita pada masa itu sehingga sekarang. Pendapat saya ialah persoalan tersebut usah dibincangkan lagi kerana masa merupakan bukti yang jelas kepada rakyat Malaysia. Kita boleh lihat kesan- kesan yang telah timbul sejak bahasa Melayu mula digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik sehingga masa sekarang.
Pada pendapat saya, pengajaran Sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris adalah sewajarnya. Mengapa saya nak menyokong pernyataan di atas itu? Sumber-sumber Ilmu pengetahuan sains dan Matematik banyak diambil dari versi bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat banyak istilah yang ada dalam pendidikan Sains dan Matematik merupakan istilah yang digunakan di antarabangsa. Tambahan pula, hasil terjemahan bagi buku-buku yang mengenai bidang tersebut adalah terhad. Pelajar yang ingin mendapatkan pengetahuan yang selanjutnya pun juga perlu merujuk buku-buku rujukan yang lazimnya dicetak dalam bahasa Inggeris.
Namun begitu, adakah guru-guru yang mengajar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu berkelayakan mengajarkannya dalam bahasa Inggeris. Saya berasa perkara tersebut adalah perkara yang penting untuk kita bincangkan. Hal ini kerana kita telah diberikan pendidikan sains dan matematik dalam bahasa Melayu pada masa dulu. Tiba-tiba nak bertukar kepada bahasa Inggeris memerlukan guru-guru yang mahir. Kalau rakyat Malaysia hendak menjejak kaki ke atas pentas antarabangsa, maka bahasa Inggeris amat diperlukan untuk berinteraksi dengan orang-orang di luar negara.
Assalamualaikum Doktor Radiah,
Saya minta maaf sebab terlepas pandang kerja ini. Pada pendapat saya, isu ini dah lama diperkata. Walau bagaimanapun, isu ini masih ada lagi yang mempertikaikan keberkesanannya. Saya kira sudah hampir enam tahun perkara ini dilaksanakan. kita boleh melihat hasil dan kesannya sekarang. Terdapat kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi penambahbaikan segala kekurangan yang terjadi. Itu semua adalah urusan dan keputusan yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan kerana saya percaya semua yang akan dilakukan adalah yang terbaik kepada kita semua.
Walaupun kita lihat ada penurunan dalam keputusan prestasi pelajaran bagi sesi pertama yang mengambil Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris,(biasalah, yang pertama selalunya x sempurna) tetapi berlaku peningkatan sedikit demi sedikit dalam prestasi mereka. Menurut Kementerian Pendidikan, hal ini berkemungkinan kerana pelajar masih lagi belum biasa dengan istilah-istilah yang digunakan.
Menyentuh perihal istilah, terdapat sekelompok kumpulan yang dibayar dan sukarela untuk mencari padanan bagi istilah-istilah yang terdapat dalam bahasa sasaran dan bahasa sumber (kitorg dak2 BATI adalah sebahagian daripada mereka... Ahaks?!?) kita tidak boleh mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada mereka dalam mendidik anak bangsa yang kini merangkak dalam menguasai bahasa Inggeris (dak2 universiti pun ada yang amek lmt 100 3,4 kali... apa kes). Buat pengetahuan kamu semua, bukan semua istilah yang mempunyai padanan yang tepat dalam bahasa sasaran. oleh itu, sekiranya pelajar dapat belajar terus dari bahasa sumber sesuatu ilmu itu adalah lebih bagus . Ini kerana sekirannya kita belajar sesuatu ilmu terus dari bahasa sumber maka pemahaman akan lebih sampai dan ini akan memudahkan kita untuk mengaplikasikan ilmu tersebut dalam bahasa sasaran.( nie semua kitorg belajar dalam kelas terjemahan )
Selain itu, bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dunia. Kini, ilmu juga banyak ditulis dalam bahasa Inggeris. Kita perlu mengambil kesempatan ini sekiranya kita mahu bangsa Malaysia( Bukan bahasa Malaysia ehk) lebih dikenali di mata dunia. Tambahan pula, jika kita dapat menguasai bahasa ilmu maka kita akan lebih bertamadun. Ini yang terjadi pada zaman kegemilangan Islam yang terkenal pada suatu ketika dahulu sebagai gedung ilmu. Jangan kita lupa bahawa bahasa kita suatu ketika masa dahulu merupakan bahasa Lingua Franca. Kita mampu untuk melakukannya tetapi sebelum itu kita perlu mengembalikan ketamadunan dan kegemilangan kita dahulu.Kita perlu membiarkan kita sebagai bangsa Malaysia sebagai bangsa yang dihormati dan disanjungi kerana ilmu yang dimiliki.
Jadi, saya rasa langkah yang diambil oleh bekas Perdana Menteri merupakan langkah kecil kepada permulaan kita ke arah menjadi sesuatu bangsa yang disegani. Jika kita katakan bangsa kita sudah murtad bahasa kerana sanggup menggantikan bahasa ibunda kita kepada bahasa lain dalam pendidikan, cuba kita lihat dari sudut yang berlainan. Adakah kita hanya mahukan bahasa kita dipertuturkan oleh kita sahaja atau kita mahukan bahasa kita menjadi salah satu bahasa yang penting dalam dunia kini? Untuk mencapai perkara sedemikian maka perkara yang perlu kita ada adalah ilmu dan dengan ilmu kita mampu untuk melakukannya. Sebelum kita menguasai ilmu, kita perlu menguasai bahasa ilmu tersebut. oleh itu, janganlah kita mempertikaikan lagi usaha ini kerana bagi saya ini merupakan langkah yang bijak dalam merangka masa depan Malaysia.
Fikir-fikirkan... Renung-renungkan...
Mohd Jaya Bin Mohd Johan
No Rujukan : 30
nur akmar
no.rujukan:38
tak dapat dinafikan memang ada kebaikan dan keburukan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris.
dari satu segi, memang bagus sebab penggunaan bahasa inggeris mampu memperbanyakkan kosa kata bahasa inggeris dalam kalangan pelajar kita. maklumlah rakyat malaysia nih kurang banyak membaca. ikut kajian secara purata tk sampai sebuah buku setahun. sebab tu lah,penulis buku tak dapat jadi kaya macam j.k. rowling. kecuali kalau penulis buku novel cintan cintun yang jenis tangkap leleh punya.
walau bagaimanapun, saya lebih menyokong pengajaran matematik dan sains dalam bahasa malaysia. mengikut abdullah hassan, buku sains dalam bahasa inggeris bukan sahaja mengandungi maklumat sains, bahkan mengandungi kerangka fikiran, kosmologi dan akal budi Inggeris. bangsa yang belajar sains dengan cara membaca buku sains dalam bahasa Inggeris bukan sahaja belajar maklumat sains yang ada di dalamnya, bahkan tanpa disedari belajar berfikir menggunakan kerangka fikiran, akal budi dan kosmologi Inggeris. inilah yang membezakan sains orang India dan sains orang Jepun. kebanyakan penemuan sains dan teknologi terus berlaku di negara Jerman, Perancis,Rusia dan Jepun. keempat-empat negara di atas menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran sains dan terbukti, mereka berjaya mengkaji penemuan sains dan teknologi terkini menggunakan bahasa sendiri tanpa perlu menggunakan bahasa inggeris. perhatikan pula negara bukan inggeris yang menggunakan bahasa inggeris dalam sains seperti india dan singapura. filipina juga(ya ka?). negara tersebut masih tidak mampu mencapai tahap negara maju seperti kempat-empat negara yang menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran sains. maka, utamakan bahasa ibunda. di sinilah fungsi para penterjemah. kebijaksanaan pemerintah Meiji menterjemahkan maklumat sains daripada pelbagai bahasa di Eropah ke dalam bahasa jepun telah memajukan jepun setaraf dengan orang Barat. contohi juga zaman kegemilangn islam , semasa aktiviti penterjemahan giat dijalankan oleh darul hikmah. bahkan semasa zaman kemunduran barat, banyak ilmu daripada bahasa arab diterjemah ke bahasa lain dan akhirnya semasa zaman kejatuhan islam,golongan Barat mewar-warkan pada dunia kononnya merekalah yang mula-mula mengkaji ilmu tersebut. padahal ilmu tersebut telah pun dikaji oleh ilmuwan islam. baiklah, cerita tamat. mata sdh mengantuk.
Cheng Yong Pey, No.4
Selamat sejahtera, Dr.Radiah
Minta maaf kerana begitu lewat untuk meninggalkan pandangan saya terhadap isu mengajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Memang tidak dapat dinafikan, penukaran bahasa penghantar bagi dua subjek ini akan menyusahkan pelajar pada peringkat awal. Hal ini kerana pelajar sekolah menengah mahupun pelajar sekolah rendah terpaksa belajar subjek matematik dan sains dalam dwibahasa. Hal ini secara langsung akan membebankan mereka pada mulanya.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa pelaksaan kerajaan ini akan mendatangkan kebaikan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan keburukan dalam jangka masa panjang.
Sebagaimana kita tahu, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Sebaik sahaja pelajar berjaya menguasai kedua-dua mata pelajaran dalam bahasa Inggeris, maka mereka juga dikatakan membolehkan mereka sendiri berdiri di atas pentas antarabangsa serta mengharumkan nama baik MALAYSIA dan juga meningkatkan imej negara kita di dunia.
Lim Siew Chin, 20.
Selamat Sejahtera Dr.
Pada pendapat saya, pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris memang memanfaatkan.Hal ini kerana, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang boleh digunakan secara luas dalam seluruh dunia.Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris seseorang serta membolehkan seseorang menguasai bahasa baru selain daripada bahasa ibunda dan bahasa Melaysia. Selain itu, hal ini juga dapat membolehkan seseorang berinteraksi dengan orang yang berlain bangsa di seluruh dunia.Sebagai contoh, pakar Malaysia boleh berinteraksi dengan pakar luar negara untuk membincangkan isu atau penemuan baru dalam bidang mereka dengan menggunakan bahasa Inggeris.Hal ini memang memenfaatkan negara kita dan memimpin negara kita ke era yang baru.
Tetapi, pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris ini tidak mendapat sambutan yang baik daripada anggota masyarakat dan wujudnya golongan yang hendak mempertahankan bahasa ibunda mereka dan wujud persoalan tentang isu tersebut. Sebahagian anggota masyarakat berpendapat bahawa negara kita tidak mempunyai sumber yang secukupnya untuk melancarkan usaha tersebut. Hal ini kerana, penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan sumber tenaga yang banyak terutama guru yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik supaya mesej dapat disampaikan kepada pelajar.Selain itu, usaha ini juga melibatkan kos yang besar untuk menerbit semula buku-buku teks dalam bahasa Inggeris melainkan ITP yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran.Di samping itu mereka juga berpendapat bahawa penggunaan bahasa Inggeris akan menjejaskan tahap penerimaan pelajar dan prestasi pelajar dalam peperiksaan.
Pada pendapat saya, semua persoalan yang dikemukan dapat ditangani.Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran memang memanfaatkan dan hal ini dapat dibuktikan dengan prestasi pelajar dalam bidang akademik.
Salam sejahtera,Dr.
Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sememangnya sesuatu yang baik dan usaha ini diambil agar membantu generasi muda kita. Namun,pengajaran subjek-subjek ini dalam bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah rendah seperti meletakkan batu pada bahu mereka. Tidak lama dahulu, Menteri Pelajaran kita menyatakan yang pencapaian UPSR pelajar dalam subjek sains dan matematik ini sangat tinggi walaupun diajar dalam bahasa Inggeris. Namun, pada hakikatnya, sekolah yang mencatatkan banyak peratusan dalam pencapaian tersebut merupakan sekolah yang berada di bandar. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini telah biasa dan terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam persekitaran mereka yang serba moden. Sebaliknya, pelajar-pelajar dari sekolah yang terletak di pendalaman langsung tidak dapat mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam subjek tersebut. Jika pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayupun tidak dapat difahami mereka, inikan pula pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris yang sepatahpun tidak difahami mereka. Justeru itu, kita perlu lebih menumpukan perhatian kepada pelajar-pelajar ini dan memikir semula kewajaran pengajaran subjek-subjek ini dalam bahasa Inggeris. Mungkin terdapat individu tertentu yang memikirkan yang jika pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah dan ditukar kepada bahasa Inggeris semasa sekolah menengah akan mengakibatkan pelajar berasa bingung dan tidak dapat menyesuaikan diri maka kita perlu jelas akan sesuatu perkara iaitu pemahaman pelajar dalam subjek tersebut. Sebaik-baiknya, anak-anak kita diajar subjek-subjek ini dalam bahasa yang lebih difahami mereka. Setelah mereka mahir dan faham akan subjek-subjek ini maka ia tidak akan mendatangkan masalah besar jikalau pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Sememangnya, penguasaan dalam bidang sains dan matematik dapat menjanjikan pulangan yang lumayan bagi sesiapa yang dapat menguasainya. Walaupun begitu, kita tidak boleh tergesa-gesa dalam usaha untuk menjadikan generasi muda kita menguasai bidang tersebut dengan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Hal ini mungkin bukan sahaja tidak dapat dicapai malah membebankan anak-anak kita.
Assalamualaikum Dr..maaf kalau agak terlambat untuk memberikan komen dalam isu yang saya kira pernah menimbulkan kontorversi antara beberapa pihak terutama bagi mereka yang obses dengan bahasa Melayu. Menurut pendapat saya, saya tidak pernah membantah untuk mendalami apa juga bahasa di dunia ini. Seperti yang terkandung dalam blog Dr, mmg islam digalakkan untuk menimba ilmu sampai ke mana sekalipun, Sungguhpun begitu, saya masih memandang tinggi penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia termasuklah bagi kedua-dua subjek tersebut. Saya pernah mendengar pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam satu kenyataan beliau semasa menghadiri International Conference on Education: Skills and Competencies yang menyatakan bahawa, "jika kita ingin menguasai bahasa tamil, kita tidak mengajar matematik dan sains dalam bahasa tamil.." dan saya agak kecewa bila mendengar ada menteri kerajaan yang tidak perlulah saya sebutkan namanya disini, pernah mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi "saya pelik kenapa ada murid yang tak boleh lulus subjek sains dan matematik sebab diajar dalam bahasa Inggeris..Kenapa anak saya boleh??" Menurut saya, mungkin Yang Berbahagia ni tak pernah datang ke kampung-kampung pedalaman atau orang-orang asli, yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik akibat kekangan faktor sosial,apatah lagi nak berbahasa Inggeris..Prof juga pernah bertanya kepada salah seorang ayah orang asli di kampung beliau berhubung mengapa anaknya tak mampu untuk lulus dalam kedua-dua subjek ini..dan ini jawapan ayah tesebut.."macam mana nak lulus..bahasa melayu pun tak lepas..Jadi bagi saya, tidak salah jika kita ingin mengaplikasikan penggunaan bahasa Inggeris dalam P&P terutama bagi subjek2 yang dinyatakan di atas, cuma mungkin masih terlalu awal untuk kita sampai ke tahap itu, biarlah kita cermin kemampuan masyarakat kita dahulu untuk melihat sejauh mana penguasaan kita dalam bahasa kebangsaan @ KEBANGGAAN kita sendiri..Bak kata orang "yang dahulu kita dahulukan..yang kemudian, kita kemudiankan..
Yang kurik itu kendi,
Yang buruk itu judi,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa kita sendiri.
Anak Melayu
-Sri Achanti Tenden-
Salam,
ini semua merupakan pendapat sahaja jadi tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah. Maka, janganlah kita dengan sesuka hati menyatakan bahawa seseorang itu panjang atau pendek akalnya. Siapalah kita ini pelajar BATI? Encik pun tak ada~...
p/s: tak rugi DRY suruh kita semua p syarahan Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan ari tu, selain daripada dapat makan free, dapat jugak belajar sesuatu.
it's me
Teh Jawahir (53)
Selamat petang Dr. Radiah! This is Vijeye Bharathi A/P Jeganathan (ref no.56)
Pada pendapat saya, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah satu masalah. Malah memang benar perkara yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Bangsa Inggeris memiliki semua ilmu dan pengetahuan yang luas dan untuk menimba ilmu tersebut, kita mesti mempelajari bahasa tersebut. Ini tidak bermaksud kita tunduk kepada mereka atau bergantung kepada mereka atau mengagung-agungkan bahasa mereka. Rakyat kita mesti bersifat lebih terbuka. Dengan mempelajari subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, adakah kita sebagai rakyat Malaysia, penutur bahasa Malaysia, akan melupakan bahasa kebangsaan kita/jati diri kita/tanah air kita? Adakah ketaatan kita terhadap negara dan bahasa kita sendiri begitu rendah sehingga boleh hilang jika mempelajari bahasa lain? Pastinya tidak! Bahasa Malaysia merupakan bahasa kita, tidak kira seseorang itu berbangsa cina, india, atau kristian.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Inggeris mempunyai ilmu dan teknologi yang tinggi dan sofistikated. Dan kebanyakkan bahan-bahan rujukan yang diterbitkan adalah dalam bahasa Inggeris. Kita memerlukan rakyat yang boleh berfasih dan memahami bahasa Inggeris untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuna mereka. (Ini bukan bermaksud kita mencuri idea mereka! Hanya mengambilnya sebagai rujukan asas!) Kita memerlukan penterjemah-penterjemah yang boleh menterjemahkan rujukan-rujukan tersebut ke dalam bahasa Malaysia supaya dapat menyumbang kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang membolehkan Malaysia duduk setaraf dengan bangsa Inggeris. Melalui ini juga, kita tidak perlu bergantung kepada orang Inggeris untuk mencipta atau menemu teknologi baru supaya kita dapat membelinya. Hal ini kerana, kita dapat mengakses kepada bahan-bahan rujukan mereka dan memahami sesuatu konsep dan menggunakan konsep-konsep tersebut untuk mencipta hasil kita sendiri.
Malah, itulah yang dilakukan oleh orang Inggeris sendiri pada zaman dahulu! Mereka mendapatkan ilmu-ilmu orang India, Arab, Yunani dan sebagainya dan menjadikan ilmu tersebut sebagai hak mereka. Mereka tidak teragak-agak untuk mempelajari bahasa lain! dan itu adalah salah satu faktor mereka menjadi “world leader” kini. Oleh yang demikian, sebagai seorang rakyat, menjadi tanggung jawab kita untuk memartabatkan dan menaikkan imej negara kita di arena antarabangsa. Kita mesti berusaha dengan apajua cara untuk melaksanakan tanggung jawab kita itu. Dan buat masa ini, kita tidak boleh bertengkar tentang perlaksaan subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya, kita mesti menerima hakikat tersebut dan fikir tentang cara-cara lain untuk memajukan negara kita, di samping mengharumkan nama kita di kaca mata dunia. (Ambil aje ilmu itu, ucapkan terima kasih dan teruskan dengan usaha kita untuk membangunkan bahasa dan bangsa kita!)
Sekian terima kasih!
Anyway, tis is only my opinion on what I feel abt d issue. Hope I didn’t offend anyone! Thank u!
Tee Li Ling 92093 (52)
Salam sejahtera, Dr.
Pada pendapat saya, pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu langkah wajar dijalankan. Sudah beberapa tahun pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan. Pelbagai maklum balas sama ada negatif atau postif yang diterima.
Apabila bercakap tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran matapelajaran tertentu, hal ini tidak bermakna kita akan meminggirkan juga bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan kita. Murid-murid sekolah rendah seharusnya mempunyai asas yang teguh dalam bahasa Malaysia kerana mereka belajarnya dari darjah satu lagi. Tetapi mereka mengabaikan pula bahasa Inggeris.Oleh itu ada baiknya jika anak-anak sekarang mula belajarnya dari sekolah rendah lagi. Matapelajaran Sains dan Matematik mula diajar pada darjah empat. Jadi pelaksanaan ini harus dipandang baik dan memberi sokongan terhadapnya. Apabila pelajar-pelajar ini mendapat dedahan awal, maka mereka tidak akan menghadapi masalah besar apabila berada di peringkat yang lebih tinggi. Perkara ini merupakan salah satu kebaikannya. Namun masih ada yang was-was terhadap pelaksanaannya.
Pada masa kini, bidang teknologi yang canggih dan berkembang pesat, semua kemahiran yang ada datang daripada orang-orang Inggeris. Jika kita mahu mempelajari ilmu mereka, kita harus mengetahui bahasa Inggeris. Kebanyakan ilmu, buku, rujukan semuanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Ya, kita harus akui memang terdapat rujukan, buku-buku dalam bahasa Malaysia tetapi ini masih tidak mencukupi. Jadi kita masih memerlukan bahan dari luar negara dalam bahasa Inggeris. Jika kita mahu menjadi jangan kita mencari alasan untuk tidak mempelajari bahasa Inggeris. Kita harus menguasai bahasa Inggeris kerana ia merupakan satu kemestian pada hari kelak.
terdapat sedikit kesalahan kesilapan dalam komen saya (sronok sangat menulis sampai tersalah tulis) iaitu 'orang arab mempelajari ilmu org yunani daripada buku yunani, kemudian diterjemahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa melayu' sebenarnya ialah 'orang arab mempelajari ilmu org yunani daripada buku yunani, kemudian diterjemahkan ilmu tersebut ke dalam bahasa arab'
menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar boleh dilaksanakan sebenarnya. tetapi bukan buat masa sekarang.
pada pendapat saya, taraf penguasaaan bahasa inggeris para pelajar adalah berbeza. katakan seseorang pelajar itu gagal menguasai bahasa inggeris, sudah tentulah dia tidak mampu menguasai atau memahami ilmu sains atau matematik yang diajar dalam bahasa inggeris.
walaupun pelajar boleh memilih untuk menjawab dalam bahasa atau bahasa inggeris. namun, hal ini lagi merumitkan hal tersebut.
adakah para guru harus mengajar dengan menggunakan bahasa atau bahasa inggeris?
sekiranya seseorang guru itu mengajar dalam bahasa inggeris tetapi seseorang pelajar itu tidak fasih atau tidak baik dalam bahasa inggeris. dalam keadaan ini, adakah pelajar tersebut harus menjawab dalam bahasa inggeris atau bahasa malaysia. jika dia memilih bahasa malaysia, ini bermaksud dia perlu meperlajari subjek yang berkenaan tersebut dalam kedua-dua bahasa?
bukankah hal ini lagi membebankan pelajar?
Selamat sejahtera Dr,
Isu ini merupakan satu isu yang telah lama dipertikaikan. Pada pendapat saya, pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ialah satu langkah yang patut diteruskan.
Sebagai seorang pelajar, asyik menukar bahasa untuk mengajar Sains dan Matematik memang merupakan satu masalah kepada saya dan saya memang berharap bahasa yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dapat ditetapkan dan tidak bertukar lagi. Hal ini kerana semasa saya berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, saya belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia. Namun, dalam bahan rujukan yang kita gunakan sebenarnya terdapat banyak istilah yang bersifat keinggerisan. Kadang-kadang saya sendiri juga tidak tahu sama ada sesuatu perkataan itu ialah bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia kerana terlalu banyak kata pinjaman dalam kedua-dua bidang ini. Selain itu, bagi perkataan yang sebenarnya terdapat padanan dalam bahasa Malaysia, tetapi sesetengah buku juga akan menggunakan perkataan pinjaman kerana apabila menggunakan padanannya dalam bahasa Malaysia, kita tidak faham. Kalau demikian, kenapakah kita bersusah payah menterjemahkan buku-buku tersebut ke dalam bahasa Malaysia? Hanya untuk menunjukkan bahawa kita mencintai bahasa kita?
Apabila saya berada di Tingkatan 6, bahasa yang digunakan untuk mengajar Sains dan Matematik bertukar lagi. Proses pengajaran di sekolah dilakukan dalam bahasa Inggeris. Segala istilah yang telah saya belajar dalam bahasa Malaysia perlu bertukar ke dalam bahasa Inggeris. Maka, saya memang menyokong keputusan yang menyatakan bahawa matapelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris.
Sim Yen Sun
No. Rujukan : 47
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya memohon maaf kerana lambat memberi maklum balas tentang isu yang diketengahkan oleh Dr. Radiah kerana saya harus memikirkan dahulu cara-cara untuk menyampaikan idea saya.
Di sini saya menyatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan pengajaran Matematik dan Sains menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini kerana saya tidak dapat melihat perkaitan antara sesuatu bahasa yang khusus dengan Matematik mahupun Sains. Bidang-bidang ini merupakan bidang yang universal dan bukan hak mutlak untuk bahasa Inggeris sahaja. Matematik dan Sains boleh sahaja disampaikan pengajarannya dalam pelbagai jenis bahasa.
Bersesuaian pula dengan artikel 152 dalam perlembagaan berkenaan dengan bahasa kebangsaan negara Malaysia adalah bahasa Melayu, maka tiada salahnya jika pengajaran segala jenis ilmu yang tiada kaitan dengan pembelajaran ilmu bahasa diajar dalam bahasa Melayu.
Matematik dan Sains merupakan cabang ilmu yang terhasil daripada ilmu yang paling asas iaitu ilmu kebahasaan. Dalam ilmu kebahasaan itu wujud satu bidang ilmu yang dipanggil dalam bahasa Arab sebagai ilmu mantik atau ilmu logik yang menjadi alat asas menyampaikan sesuatu buah fikiran. Matematik dan Sains dipendekkan cerita berasal dari ilmu ini.
Persoalannya, dari mana datangnya ilmu logik ini? Sudah tentulah ia datang dari Yunani (Greece) kerana kita dapat kenal pasti tokoh-tokoh seperti Socrates dan Aristotle yang bukan sahaja disebut dalam ilmu logik tetapi juga disebut dalam subjek Matematik semasa kita belajar Matematik di sekolah dahulu. Orang Yunani sudah lama membina tamadun mereka, namun sebelum membina tamadun, mereka telah menjarah masuk ke benua-benua seperti Mesir dan India. Ilmu-ilmu dari benua-benua inilah yang diambil oleh orang Yunani dan dibentur semula dalam bahasa mereka. Keadaan mereka ini samalah dengan keadaan sekarang. Ilmu Matematik atau Sains yang asas bukan semuanya datang dari budaya bahasa Inggeris. Permulaannya pun, orang Inggeris mendapatkan ilmu dari bahasa Latin Pertengahan. Ilmu-ilmu teknologi Sains dan Matematik juga masuk ke Eropah melalui orang Islam di Sepanyol. Ilmu-ilmu itu berasal dari Yunani hasil dari pertembungan tamadun Yunani dengan tamadun India dan Mesir. Ilmu-ilmu tersebut disesuaikan menurut bahasa setempat namun isinya masih sama.
Contoh artikel di atas yang saya ketengahkan membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah digunakan dalam pengajaran subjek-subjek berkaitan Matematik sekaligus berkaitan juga dengan Sains. Masalahnya sekarang wujud segolongan masyarakat yang dididik dalam sistem pendidikan British yang hanya melihat sesuatu benda itu menurut pandangan semesta British. Jadi mereka menjadi tidak kreatif serta terlalu bergantung kepada bahasa Inggeris yang sebenarnya merupakan satu cerminan budaya orang British dan mungkin juga Amerika kini.
Melayu Sudah Lama Dalam Bidang Matematik Mantik
Oleh Mohammad Alinor Abdul Kadir & Mohd Zaidi Abdullah
Terlebih dahulu terima kasih kepada Mingguan Malaysia (26 Disember) dan Utusan (4 Januari) kerana menyiarkan berita dan reaksi tentang penguasaan ilmu mantik dan matematik dalam tamadun Melayu-Islam. Sekurang-kurang kita semua beroleh manfaat dan sekali gus menambahkan pengetahuan kita tentang tamadun Melayu.
Persoalannya timbul apabila Datuk Khalid Abdullah mengatakan bahawa beliau kurang jelas golongan mana yang menguasai matematik di kalangan orang Melayu. Sebenarnya jelas dapat dibaca yang dimaksudkan oleh Prof. Dr. Mohamed Kamel Arifin dalam Mingguan Malaysia (26 Disember) itu adalah matematik yang dikuasai oleh golongan tok-tok guru pondok yang mendapat didikan di Tanah Suci Mekah dan Madinah serta di Mesir.
Tetapi, biasanya, tempat utama dan pertama dikunjungi adalah Tanah Suci Mekah. Mesir bukan tempat tujuan utama bagi ulama Melayu silam. Namun, perlu diketahui bahawa ilmu ulama Mesir juga dipelajari di Tanah Suci malah dari Benua Kecil India, Maghribi, Turki dan lain-lain terutama ketika mereka berada di Tanah Suci dalam musim haji dan umrah. Di sinilah tempat pertukaran atau perbincangan ilmiah yang cukup bermakna.
Bukti kajian matematik dan penggunaan telah dilakukan oleh Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau (guru dan imam di Masjidil Haram) menerusinya karyanya yang terkenal yang berjudul Raudah al-Hussab (Taman Pakar Hisab).
Sebahagian isi penting karya ini telah disorot oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail menerusi penyelidikan Ph.Dnya yang diterbitkan dengan judul Sejarah Aritmetik Dan Aljabar Islam, hlm. 344-348, tahun 1995, terbitan Penerbit UPM. Mungkin karya ini telah habis terjual.
Oleh itu, berikut kami perturunkan secara ringkas isi kandungan kitab tersebut; Bab 1: Integer, operasi asas aritmetik, modulo (7), dan modulo (8), punca kuasa dua, punca kuasa tiga, punca kuasa empat dan punca kuasa lima; Bab 2: Pecahan, operasi asas melibatkan pecahan dan masalah surd; Bab 3: Pecahan perpuluhan, operasi asas, masalah punca kuasa dua nombor perpuluhan; Bab 4: Masalah harian yang menyentuh agama, pertukaran dan urus niaga mata wang dan seumpamanya; Bab 5: Tentang muamalat yang berkaitan dengan sistem kewangan, riba, upah, zakat, harta campuran dan perkongsian; Bab 6: Aljabar dan mencari nilai pembolehubah dalam persamaan, masalah rasyikat al-Biruni, kaedah penghampiran Newton-Raphson, masalah kuadratik, siri dan masalah Diofantus dan; Bab 7: Geometri dan penyelesaiannya, segitiga, bulatan, segienam, elips, sfera, selinder, bentuk khemah, ketinggian bukit dan objek, janjang aritmetik dan geometri, pilihatur dan gabungan masalah kombinatorik yang lain. Kami turunkan di sini senarai kitab-kitab mantik dan matematik yang dikarang oleh ulama-ulama Melayu-Islam.
Dari segi falsafahnya pula, Syeikh Ahmad Khatib menyatakan, “Asal ilmu hisab iaitu dari akal dengan membersihkan jiwa dengan cara yang telah diketahui oleh ahlinya.”; “Orang yang menghantarkan ilmu ini siapa ia dan iaitu Nabi Idris s.a.w. dan atasnya kata Hasibul Karimuddin anak Nabi Daniel. Dengan berkat doa bapanya Daniel itu dan telah membukakan oleh Allah Taala baginya akan `ain alm hingga diperbuatnya ilmu hisab ini dan ilmu falak, ilmu hai’ah dan ilmu handasah dan ilmu tib.”; “Amal dan ibadat dan makan dan minum dan pakaian dan lain demikian itu segalanya berkehendak kepada hitungan dan telah muafakat segala manusia Islamnya dan kafirnya atas mengasihi ilmu hisab ini dan atas memujinya dan atas bersungguh-sungguh daripada menghasilkannya.”; “Adapun kelebihannya maka iaitu tiada terhingga kerana kebanyakan daripada ilmu berkehendak daripada dia dan kebanyakan ilmu syariah masuk di dalamnya ilmu hisab.”; “Dan berkata Ibnu Hidurrahmatullahtaala bermula ilmu hisab ini satu rukun daripada agama kerana dengan ilmu ini diketahui kiblat dan waktu sembahyang dan puasa dan bilangan bulan dan tahun dan bilangan hari.”; “(Dialah) yang menjadikan akan matahari jadi cahaya dan akan bulan jadi cahaya dan mentakdirkan Ia akan dia pada beberapa tempat perjalanannya kerana hendak mengetahui kamu akan bilangan tahun dan akan hitungan dan tiada menjadikan Allah Taala akan demikian itu melainkan dengan sebenarnya yang menyatakan ia akan tanda adanya bagi kaum yang mengetahui mereka itu maka segala itu dalil bagi kebesaran ilmu hisab.”; “Tatkala ada ilmu hisab tinggi darjat kerana tiada terkahaya daripadanya tiap-tiap manusia pada ketika mukimnya dan tiada pula pada ketika musafirnya kerana segala manusia berkehendak kepada makanan dan minum dan ibadat dan tiap-tiap sesuatu daripada demikian itu masuk di dalamnya hitungan.”
Demikian perkara-perkara yang dibicarakan oleh Syeikh Ahmad al-Khatib yang tersimpan dalam naskhah yang amat sukar diperoleh kini. Dalam pada itu, mantiq dan matematik turut memperkukuhkan perkembangan (paradigma) astronomi sehingga Haji. Awan Din terdorong menulis secara rasional sebuah pengantar astronomi moden berjudul Muqaddimah al-Hai`ah (1389H/1969M). Dengan pemaparan ini, diharap rakyat Malaysia sedar tentang keupayaan ulama Melayu silam yang menempuh pendidikan tradisional dan jelas ia menunjukkan martabat tamadun Melayu-Nusantara.
Mingguan Malaysia (26. Disember) turut tertulis, rekod terawal penulis Melayu dalam bidang mantik adalah bertarikh tahun 1953 bertajuk Ilm Mantiq telah didapati tersilap tulis kerana sebetulnya ialah bertarikh 1002H/1593M. Manuskrip Ilm al-Mantiq ini dimiliki oleh Ustaz Wan Mohd. Shaghir (dari Khazanah Fathaniyah, KL). Ustaz Wan Mohd. Shaghir terlibat dalam penulisan ruangan agama Utusan setiap hari Isnin tentang biografi dan pencapaian ulama Melayu Nusantara. Sebahagian yang bercirikan mantiq-falsafah ialah kitab Tawsiah al-Fikri Pada Bicara Maqulat `Asyara (1379H) oleh Haji. Wan Ali al-Saulati (dari Patani). Kemajuan pengkajian maqulat menilai teknologi moden (spt. teori bunyi) oleh beliau dapat dilihat dalam Mohd. Zaidi, Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi, hlm. 169-170.
Salah satu sebab mengapa masyarakat umum tidak mengenali pengajian hisab (matematik) yang dikuasai oleh ulama pondok kerana kehadiran madrasah yang dipelopori tokoh yang berpendidikan islah dan British. Mereka tidak menggunakan kitab-kitab yang digunakan di pondok-pondok atau pesantren di Indonesia. Ini penyebab utama tidak diketahui tetapi kebelakangan ini kajian yang melibatkan pemikiran alam Melayu yang dipelopori ulama silam Melayu-Nusantara semakin diminati.
Contoh artikel di atas yang saya ketengahkan membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah digunakan dalam pengajaran subjek-subjek berkaitan Matematik sekaligus berkaitan juga dengan Sains. Masalahnya sekarang wujud segolongan masyarakat yang dididik dalam sistem pendidikan British yang hanya melihat sesuatu benda itu menurut pandangan semesta British. Jadi mereka menjadi tidak kreatif serta terlalu bergantung kepada bahasa Inggeris yang sebenarnya merupakan satu cerminan budaya orang British dan mungkin juga Amerika kini.
Selain itu, saya turut tertanya-tanya. Apakah peranan para penterjemah sekiranya Matematik dan Sains diajar dalam bahasa Inggeris, hal ini turut menyentuh perihal budaya kebangsaan. Setiap negara mestilah mempunyai identiti yang berbeza sebagai contoh Thailand. Bahasa Thai masih menjadi medium penyampaian ilmu Sains dan Matematik de nagara itu. Negara Thai bukanlah negara bangsa, sebaliknya negara yang dihuni oleh pelbagai etnik namun mereka semua berbangga dengan bahasa Thai walaupun bahasa Thai merupakan bahasa yang terasing dan tidak mempunyai nilai komersil serta jauh sekali bahasa utama dunia. Ia masih tetap menjadi alat pemersatu rakyat di bawah satu payung negara dan setiap rakyat tidak kira etnik Tai, Melayu, India, Cina, dan etnik-etnik minoriti lain berbangga dengan bahasa Thai. Masalah di Malaysia ini, rakyatnya memandang lekeh kepada bahasa kebangsaan mereka sendiri selain tidak mempunyai minat untuk memartabatkannya. Mentaliti orang yang tidak berjati diri masih menguasai rakyat Malaysia selain tidak mahu berpijak di bumi nyata. Jika hendak seribu daya jika tak hendak seribu dalih.
SADATUL NAZIRAH BT ABD HAMID (43)
Assalamualaikum wbt...
Saya singgah di ruang memberi komen ini bukanlah berniat menunjukkan sokongan yang melulu tetapi saya tertarik dengan pelbagai bukti dan hujah yang telah diperkatakan oleh rakan-rakan saya dan mereka telah memberikan bukti yang amat menarik untuk perhatian semua. Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada pendapat saya memang membebankan para pelajar terutamanya mereka yang tidak fasih dalam bahasa tersebut. Hal ini mampu memberi kesan negatif terhadap pemahaman mereka dalam kedua-dua matapelajaran tersebut dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila penukaran medium pengajaran daripada bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris berlaku semasa pelajar mula memasuki alam sekolah menengah iaitu Tingkatan 1. Para pelajar yang telah mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Malaysia selama 6 tahun mereka di sekolah rendah akan berasa sangat terbeban untuk membuat penukaran istilah sains dan matematik daripada bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris dalam masa yang singkat. Kenapa sebelum ini pengajaran sains dan matematik di SRJK (C) dan (T) tidak dijalankan dalam bahasa Malaysia? Adakah penguasaan bahasa Malaysia para pelajar di sekolah tersebut sudah cukup cemerlang? Sayangnya tidak ramai pihak yang berani tampil untuk memperjuangkan hak bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar ilmu, tetapi sampai sahaja giliran bahasa Inggeris ramai pula pihak yang tampil mnunjukkan sokongan tanpa meneliti dengan sebaik-baiknya nasib para pelajar yang seakan-akan diperjudikan. Saya kagum dengan keinginan Dr.M yang ingin melihat bangsa Malaysia khususnya Melayu maju seiring dengan bangsa lain di dunia. Namun begitu, saya amat berharap Dr.M janganlah lupa bahawa beliau sendiri merupakan pelopor 'Dasar Pandang Ke Timur' dan kita boleh lihat dengan sejelas-jelasnya bahawa negara Asia Timur yang maju seperti Korea dan Jepun hanya menggunakan bahasa kebangsaan mereka sahaja dan pendapat yang mengatakan mereka mampu maju dengan hanya menggunakan bahasa kebangsaan kerana mereka merupakan negara satu bangsa adalah tidak relevan kerana orang asing yang berhijrah ke negara Korea atau Jepun perlu fasih dalam bahasa kebangsaan negara tersebut untuk meneruskan 'kelangsungan hidup' ^_^ di sana. Jangan hanya dasar memakai tanda nama di pejabat dan penggunaan kad perakam masa yang dicedok daripada bangsa Asia Timur tersebut tetapi yang paling penting ialah cara mereka memartabatkan bahasa kebangsaan di sektor kerajaan dan swasta. Saya tertarik dengan syarahan Prof. Abdullah Hassan yang mengatakan tidak salah jika kita ingin menambah ilmu dengan mempelajari satu bahasa tambahan contohnya bahasa Inggeris, tetapi jika tahap bahasa ibunda sendiri pun masih rendah lebih wajar sekiranya kita mengutamakan perkara yang patut didahulukan. Setahu saya jika mahu membina rumah dengan pelbagai rekaan menarik biarlah tapaknya kukuh dahulu. Jika tidak baru sahaja diduduki tak semena-mena roboh pula menimpa penghuni. Andai kata kita sebagai rakyat Malaysia sendiri berlumba-lumba menyokong pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita mengiakan bahawa ilmu sains dan matematik ialah ilmu milik orang Inggeris. Perkara yang paling saya bimbangkan ialah bahasa Inggeris pun tersekat-sekat, sains dan matematik pula tak lepas maka ketinggalan lebih jauhlah anak bangsa kita. Cukup-cukuplah sudah kita mengagung-agungkan bahasa Inggeris dengan memandang tinggi orang yang menuturkannya. Janganlah pula hak bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan masih ingin direbut oleh bahasa Inggeris kerana seperti ditulis dalam sebuah artikel yang saya baca, amat sedih setelah 51 tahun negara Malaysia 'dilahirkan',uri ibu penjajah yang diwakili oleh bahasa Inggeris masih tertinggal di perut bumi negara ini lalu menjadi tempat bergantung rakyatnya...
(28) MOHD AMIR AIZAT BIN SAINON
Assalamualaikum, Dr. Radiah
Saya memohon maaf kerana lambat memberi komen kerana menghadapi masalah internet connection.
Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa saya tidak bersetuju pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Saya tidak bersetuju kerana pelajaran Sains dan Matematik diajar untuk memahami pelajaran tersebut bukan untuk memahami bahasa Inggeris. Kita akui bahawa langkah mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia. Namun setiap perkara yang dibuat pasti akan akan meninggalkan kesan yang positif dan negatif. Saya akan bercakap mengenai kesan negatif.
Kesan negatifnya ialah terdapat pelajar yang cemerlang dalam matapelajaran lain seperti sains dan Matematik tetapi lemah dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri mempunyai ramai rakan-rakan yang mempunyai situasi seperti sedemikian. Ada yang dalam peperiksaan mendapat semua A kecuali matapelajaran bahasa Inggeris.
Bagi pelajar yang lemah dalam bahasa Inggeris, mereka pasti akan dibebani lagi apabila terpaksa belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung akan menambah lagi subjek yang bakal mendapat keputusan yang teruk. Perkara ini memang terjadi kerana saya pernah terbaca ruangan surat dalam akhbar yang mana seorang bapa merintih kerana keputusan anaknya dalam Matematik dan sains semakin merudum kerana terpaksa belajar dalam bahasa Inggeris. Sebelum itu keputusan anaknya dalam Matematik dan sains.
Kita perlu mengubah mentaliti, nak maju tak semestinya hanya menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu pon boleh maju. Negara Filipina dan India menggunakan bahasa Inggeris tetapi adakah ianya menjadi negara yang maju seperti negara Jepun yang tidak menggunakan bahasa Inggeris??
doktor , saya amat tidak tidak bersetuju dengan langkah ini. BIAR LA SAYA DIKATAKAN MUNDUR . Saya merasakan langkah ini sedikit mengabaikan bahasa Melayu dan boleh mengurangakan minat masyarakat dikemudian hari untuk mengamalkan dan mengunakan bahasa melayu . Ya, keadaan tidak nampak seperti itu sekarang , tetapi sejarah telah membuktikan bahawa hilangnya bahasa melayu di capetown dek hilang minat untuk menggunakkannya
tankitying (52)
salam sejahtera Dr,
Pada pendapat saya, pengajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa inggeris merupakan satu langkah yang akan membawa kemajuan. Setiap kali apabila kita membincang topik ini, pasti akan mendapat banyak komen yang berlainan. Ada yang setuju dengan menggunakan bahasa Inggeris dan ada yang sebaliknya.Jika saya tak bersilap, bahasa Inggeris telah digunkan selama 4-5 tahun dalam kedua-dua subjek tersebut. Isu ini dibincang sampai hari ini. Apakah masalah yang timbul di sini? Adakah masalah muncul kerana kita tidak menggunakan bahasa Malaysia atau hasil dengan menggunakan bahasa Inggeris tidak begitu baik? Saya bersetuju dengan menggunakan bahasa Inggeris dalam subjek sains dan matematik tetapi saya rasa mungkin kita belum melakukan persediaan yang baik untuk perubahan ini. Menggunakan bahasa Inggeris merupakan langkah pertama yang baik tetapi bagaiman dengan langkah seterusnya? Maksud saya di sini ialah kita perlu ada tenaga pengajar yang dapat mengajar kedua-dua subjek ini dalam bahasa Inggeris.Adik saya merupakan pelajar dalam tingkatan empat dan mengambil aliran sains. Di sini saya terdapat satu cantoh daripada adik saya. Semasa mereka membuat eksperimen, guru sainsnya tidak dapat menyebut perkataan 'slaver' dengan betul. Jadi adik saya dan kawan-kawannya tidak faham apa yang dikata oleh guru tersebut. Mereka perlu bertanya-tanya dan merujuk buku,akhirnya mereka mendapati apa yang ingin dikatakan oleh guru sains ialah air liur. Mereka memberitahu guru tersebut sebutan yang betul dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, selain mepunyai bahan rujukan bahasa Inggeris yang banyak dan bermanfaat,kita juga perlu memastikan kita mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti. Jika kita mesih belum bersiap sedia, saya rasa kita lebih baik mengekalkan cara ajaran sebelum ini. jika kita kata kita sudah bersedia, jadi tolong berikan hasilan yang memuaskan. Guna bahasa Inggeris untuk mengajar subjek sains dan matematik adalah baik tetapi masih terdapat banyak kekurangan. kekurangan ini perlu dibaiki oleh semua masyarakat dan bukan hanya kerajaan. Dengan sokongan dan kerjasama semua rakyat, saya percaya suatu hari nanti masalah ini bukan lagi satu masalah dan dengan menggunakan bahasa Inggeris kita boleh berjaya dalam kedua-dua bidang ini.
(9) FARHANNAH SHAHFINAZ BT. FEROZ
Assalamualaikum dr,
firstly i'm very, very sorry for the late comment.actually i've read this article in tun dr. m's blog. saya bersetuju dengan proses pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. hal ini kerana, saya perhatikan ramai pelajar walaupun telah menjejakkan kaki ke universiti masih mempunyai kesukaran untuk menguasai bahasa inggeris dengan baik.
memang terdapat subjek bahasa inggeris disekolah. akan tetapi, berdasarkan pengalaman lalu saya berasa subjek bahasa inggeris itu sahaja tidak memadai bagi seorang pelajar untuk menguasai bahasa inggeris. saya juga pernah mengambil tuisyen bagi subjek tersebut. namun masih tidak mencukupi. saya lebih banyak belajar menguasai bahasa inggeris di rumah apabila bercakap dengan ahli keluarga.
sebenarnya menerusi subjek bahasa inggeris, kita belajar tatabahasa yang merupakan asas bagi sesuatu bahasa. sama seperti bahasa malaysia. namun begitu, kita tidak mempraktikkan penggunaan bahasa inggeris seperti kita mempraktikkan bahasa malaysia. mudah-mudahan, melalui proses pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, pelajar-pelajar kita yang menjadi tunggak negara dimasa hadapan mampu menguasai bahasa inggeris dengan baik seiringan dengan kemajuan negara kita dan dunia.
jangan terkejut jika saya katakan, pelajar yang menjalani kursus pendidikan (muet) di universiti sebenarnya tidak mendapat keputusan yang baik ataupun scemerlang dalam ujian muet semasa di sekolah. namun persoalannya disini ialah, bagaimana seseorang yang tidak mempunyai kelayakan yang cuup untuk menjalani kursus pendidikan (muet) di universiti diberikan tawaran tersebut? perkara ini sebenarnya amat membimbangkan bagi kita yang mungkin akan menjadi ibu bapa di masa hadapan. itu sahaja komen saya. terima kasih kerana membaca dr...
In my opinion, learning science and mathematics in english do help us to gain knowledge fast as we don't have to wait for people to translate the knowledge into malay. If we need to wait for people to translate the knowledge everytime we want to learn it, it's not effective way. Because how many good translator are there who have good knowledge in the field of the text and are able to translate a text accurately without left out any important message which is in the source text? Even if there are people who fulfil the requirement, how fast can they translate a book when there're hundreds of books of science and mathematics produce a year worldwide?
it's sounds impossible, at least impossible to catch up to the train of knowledge. But there has country who is able to do tis--teach their citizen konwledge in their own language. Japan, they have patriotic citizen who love their native language so much. Japan are one of the most progressive country in Asia. Before Japan become like nowadays, they were agriculture country. when they realise the important of technology, they started to learn from the foreign country. And see how successful thet bcome. this shows tat one need not to learn foreign language to learn knowledge. am i saying tat Dr. Mahathir suggestion is wrong? nope. he gots his point. but wat ppl concern is true. malay is very important for malaysia for it's the nation language. if science and mathematic are teach in english, it really has the possibility to impact malay. but if the autority able to make malay as important as the science and mathematics in english, mayb teaching in english will work. but the most important thing for now is to educate the local student about the importance of malay. if they juzt know english is the international language and pay more attention to english, even if science and mathematics are teach in malay, malay still will soon b forgotten by the youngster.
name: chan sin yee
no ref: 2
Pengajaran kedua-dua subjek memang harus diajar dengan menggunakan bahasa inggeris kerana teori-teori yang diajar memang asalnya bahasa inggeris. Setahu kita semua, bahasa inggeris merupakan bahasa antarabangsa utama. Jika pelajar diajar dalam bahasa inggeris, maka lebih senang jika suatu hari nanti, dia ingin melanjutkan pelajarannya lagi ke luar negeri. Jika teori-teori ini diajar dalam bahasa kebangsaan, maka dia tidak akan biasa dengan bentuk asal (iaitu yang dalam bahasa inggeris) nanti. Dia akan menghadapi masalah.
Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, perkara yang paling penting dalam proses pengajaran ialah pemahaman pelajar. Dalam hal ini, saya ingin mengulaskan komen saya dengan merujuk kepada dua generasi yang berbeza.
Generasi yang lebih tua (yang dilahir pada awal tahun 1990an) menghadapi masalah tertentu dalam hal ini. Jika tak silap saya, polisi penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran subjek sains dan matematik dimulakan pada tahun 2003/2004. Pada masa itu, mereka berada dalam sekolah menengah, dan polisi ini dilaksanakan. Mereka memang tidak biasa dengan pnegajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa inggeris, dan mereka telah banyak menghadapi masalah dalam pemahaman konsep tertentu kerana sebelum ini, semuanya diajar dalam bahasa Malaysia, termasuk istilah-istilah dan formula penting. Kedua-dua subjek ini amat praktikal dan memerlukan kefahaman sepenuhnya. Jadi, saya rasa adalah lebih baik jika pada permulaan, guru menggunakan dua bahasa dalam pengajaran, dan bukannya tukar menjadi bahasa inggeris sepenuhnya. Selain daripada bahasa inggeris, guru harus menjelaskan konsep-konsep penting kepada pelajar dengan bahasa yang mereka faham. Misalnya dalam sekolah cina, menggunakan bahasa mandarin, dan dalam sekolah kebangsaan, menggunakan bahasa melayu. Selepas penjelasan tersebut, baru guru terus mengajar formula/konsep tersebut dalam bahasa inggeris. Saya rasa dengan cara ini baru akan mencapai kesan yang paling baik.
Sebaliknya, penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran akan menjadi suatu cara yang baik untuk kanak-kanak generasi baru, yang telah diajar dalam bahasa inggeris semenjak mereka dalam tahun1 di sekolah rendah. Hal ini adalah kerana kini, kebanyakan kanak-kanak telah biasa dengan penggunaan bahasa inggeris dalam aktiviti harian mereka (di rumah dengan ibu-bapa, di tadika dengan guru dan kawan misalnya). Oleh itu, tidak menjadi masalah apabila guru mula mengajar subjek matematik dan sains dengan menggunakan bahasa inggeris. Mereka dapat faham dengan mudahnya.
Walau bagaimanapun, ada pihak yang menentang polisi penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran kedua-dua subjek ini kerana dikatakan ini akan mengabaikan kepentingan bahasa kebangsaan kita. Pada pendapat saya, perkara ini adalah tidak benar kerana semua warganegara Malaysia diwajibkan mempelajari bahasa Malaysia semenjak sekolah rendah (dan juga tadika), maka ini menunjukkan kita masih ambil berat dan berhasrat untuk mengekalkan semangat bahasa jiwa bangsa kita.
Kesimpulannya, buat masa sekarang, pengajaran kedua-dua subjek ini tidak harusnya tukar sepenuhnya kepada bahasa inggeris sahaja. Cara yang paling baik ialah seperti yang saya ulaskan, guru memberi penjelasan dalam bahasa yang difahami oleh pelajar, dan pada masa yang sama, konsep-konsep penting dan formula diajar dalam bahasa inggeris. Walau bagaimanapun, pada masa depan, polisi pengajaran subjek sains dan matematik boleh diajar dalam bahasa inggeris dengan sepenuhnya secara beransur-ansur, apabila pelajar telah biasa dengannya.
TEOH KIA LING (55)
Selamat sejahtera, Dr.
Saya mohon maaf kerana tidak meletakkan nombor rujukan saya pada komen yang saya berikan diatas.
Berikut ialah nama penuh dan nombor rujukan saya:
Nama-Lim Siew Fa
nombor rujukan- 21
Terima kasih, Dr.
(18) Leow Chin Yuan
Selamat sejahtera kepada semua yang melayari dan membaca blog ini.
Nampaknya saya sedikit 'ketinggalan' untuk memberi komen(setelah 'diperingatkan').
Namun 'lewat lebih baik daripada tiada'.
Sememangnya isu atau topik ini masih begitu hangat dipertikaikan walaupun negara kita baru-baru ini telah 51 kali menyambut Hari Merdeka.
Salah satu sebab saya berasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia adalah kerana bahasa Malaysia (BM).
Hal ini kerana saya dapat memahami atau fasih satu bahasa lebih daripada sesetengah penduduk di dunia ini.
Meskipun taraf BM di peringkat antarabangsa masih boleh dipertingkatkan dan diperkembangankan.
Pada pandangan saya, adalah perlu bagi rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa asing lain, terutamanya lingua franca seperti bahasa Inggeris (contoh paling umum).
Merujuk balik sejarah-sejarah perkembangan bahasa, kebanyakan sarjana-sarjana dan ahli falsafah awal mempelajari bahasa asing(bahasa selain dari bahasa ibunda)untuk memahami kajian mereka,
seperti dari bahasa Yunani ke bahasa Arab, atau bahasa Arab ke BI.
Situasi ini adalah sama dengan situasi 'pengajaran matematik dan sains dalam BI'.
Matlamat utama mempelajari BI adalah agar anak-anak Malaysia (pemimpin masa depan) dapat menguasai BI dan seterusnya menjalankan kajian atau terjemahan agar memberi manfaat terhadap BM dan negara pada masa depan.
Oleh itu, apa salahnya jika rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa selain dari bahasa ibunda, BM.
Asalkan pendirian kita terhadap BM adalah teguh dan tidak mengabaikan BM. Sememangnya, faedah menguasai BI atau bahasa asing adalah jauh lebih banyak daripada kelemahan.
Salam Sejahtera DR,
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa ibunda/ kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasr yang diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003 sering menjadi isu perdebatan yang hangat. Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.
Pada pendapat saya, pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris merupakan satu dasar yang penting yang diperkenalkan untuk kebaikan masyarakat khususnya pelajar. Seperti yang diketahui, sains dan matematik merupakan bidang penting yang dapat menyalurkan kepada kemajuan sesebuah ekonomi. Rakyat perlu bersaing dalam era globalisasi dan untuk tujuan ini para pelajar perlu disiapkan dari peringkat persekolahan lagi. Selain daripada itu, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan kemahiran berbahasa Inggeris amat penting dalam kehidupan praktikal. Oleh itu, dasr ini merupakan langkah pertama untuk mewujudkan masyarakat yang data bersaing dalam era globalisasi.
Apabila, bahasa Inggeris digunakan dalam pembelajaran sains dan matematik , ini tidak bermakna kita mengabaikan bahasa kebangsaan kita. Ia juga tidak bermakna bahasa Melayu tidak dapat mengungkapkan bidang sains dan matematik. Apa salahnya, jika masyarakat Malaysia mengetahui lebih daripada satu bahasa? Dalam hal ini, masyarakat Malaysia harus bersifat terbuka dan perlu menerima bahasa asing untuk terus maju.
PUNITA KASI
NO RUJUKAN: 43
Hmm…
Pengajaran matematik dan sains dalam bahasa melayu?? adakah wajar atau tidak?? Banyak persoalan dan juga kata-kata yang dilemparkan terhadap hal ini. Diri ini pula lebih tidak menyokong dan peratusan menyokong sangatlah rendah. Kajian dan cara pelaksanaan yang betul perlulah dikaji terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tidak adil bagi mereka yang dari tadika belajar matematik dan sains dalam bahasa melayu.. tiba-tiba pula kena tukar menjadi bahasa Inggeris waktu aliran sains STPM. Susah jugak. Memang la usaha tangga kejayaan, nak berjaya mestilah kena susah-susah dahulu. Agak lebih senang jika mempunyai kumpulan perintis seawal umur kanak-kanak tadika.
Dimanakah tema memperkasakan Bahasa Melayu yang kita boleh ambil dalam hal ini… atau Fenomena Hakisan Bahasa Melayu. tak perlu nak cerita panjang hal ini jelas dibuktikan dengan kejayaan negara-negara yang menggunakan bahasa kebangsaan mereka sendirI dan berjaga berdiri megah di persada antarabangsa seperti jepun,rusia,China dan lain.. Malaysia???
Bahasa Jiwa Bangsa.. mana jatidiri kita sebagai warga Malaysia.. tidak dinafikan kita perlu menguasai bahasa Inggeris. Siapa lagi yang akan memperkasakan Bahasa Melayu jika bukan penutur asalnya dan mereka yang bergelar warganegara Malaysia tidak kira warna apapun kulit kita,apa pun latar belakang budaya dan bangsa kita.. Bahasa mampu menyatupadukan rakyat dan sebagainya… Mereka yang menjadi tenaga pengajar perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekali sebagai pembimbing anak-anak murid yang ingin menempa kejayaan. Janganlah sebab untuk melaksanakannya kita terlepas pandang perkara-perkara yang sebegini (seperti ketam mengajar anaknya berjalan).. walau apa pun hidup perlu diteruskan perjuangan masih belum selesai.. fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah…..
Lihat…..
Ramai guru Sains, Matematik lemah bahasa Inggeris
BESUT 2 Sept. - Guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik diminta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) untuk tujuan itu.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, imbuhan yang mereka terima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa itu.
''Ramai guru Sains dan Matematik dikesan menggunakan wang itu untuk tujuan lain menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan mereka masih di takuk lama,'' katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pengetua dan guru besar serta guru penolong kanan sekolah daerah Besut di sini hari ini.
Razali berkata, sejak Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan, kerajaan telah membayar BISP kepada guru Sains dan Matematik berdasarkan kelulusan iaitu lima peratus tambahan daripada gaji untuk guru berkelulusan ijazah manakala 10 peratus pula untuk mereka yang berkelulusan diploma.
Beliau tidak menafikan PPSMI menghadapi sedikit masalah yang berpunca daripada kelemahan guru dalam menguasai kemahiran bahasa Inggeris untuk mengajar subjek itu.
Razali berkata, setakat ini kerajaan telah membelanjakan hampir RM5 bilion untuk program itu.
- Bernama
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
NOR FAZILAH BINTI ARIFFIN
35
Assalamualaikum dan selamat petang Dr....
Maaf atas kelewatan saya memberikan komen tentang isu ini. Pada pendapat saya setiap perkara yang kita lakukan mempunyai pro dan kontra. Begitu juga dalam isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini. Boleh dikatakan apabila Tun Dr. Mahathir meluahkan idea beliau tentang perkara ini banyak cakap-cakap belakang yang kita dengar. Ada yang memberi respon positif manakala ada juga yang masih tertanya-tanya kewajarannya.
Sebenarnya, pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003 memberi impak yang positif kepada para pelajar yang sememangnya mengunakan bahasa antarabangsa itu dalam kehidupan seharian. Mereka lebih selesa menyebut ‘acceleration’ berbanding ‘pecutan’, mengenali apa itu ‘reduction’ berbanding ‘penurunan’. Bagi pelajar-pelajar yang pada asalnya berbelit lidah untuk menyebut perkataan-perkataan ini malah mungkin tidak memahaminya langsung mungkin langkah pihak kerajaan ketika itu dilihat sebagai satu alat untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka. Selain itu, Apabila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris para pelajar diharapkan dapat mengadaptasi kejayan-kejayaan yang dicapai seperti Singapura yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan mereka. Walau bagaimanapun, semua itu hanya dilihat dari segi luaran sahaja.
Sebenarnya pelaksaan secara tergesa-gesa ini menyebabkan impak yang kita dapati juga tidak begitu memberangsangkan. Satu kajian telah dijalankan oleh Tokoh Pendidik, Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron dan didapati lebih kurang 78% pelajar sekolah rendah yang sebenarnya gagal memahami atau kurang memahami pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan hal-hal ini tertumpu apabila melibatkan ‘penyelesaiaan’ masalah. Selain itu, apabila dijalankan secara tergesa-gesa matlamat dasar ini sebenarnya sudah menyimpang daripada objektif asal. Kekurangan guru yang boleh mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ini menyebabkan para pelajar di kawasan pedalaman terutamaya tersekat peluang mereka untuk mendapatkan peluang pendidikan yang secukupnya. Jikalau adapun makmal komputer yang dibina di sekola-sekolah kawasan pedalaman untuk memudahkan para pelajar mengakses maklumat kadangkala seperti ‘hidup segan mati tak mahu’. Komputer yang dibekalkan terbiar rosak hanya menunggu ‘rebah ke bumi’.
Selain itu, jika dasar ini dibuat biarlah ia dilakukan bermula dengan pelajar-pelajar tahun 1 sahaja. ‘Minda’ mereka masih segar. Boleh menerima sebaik mungkin. Biarlah minda mereka dan kemahiran mereka berbahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik ini ‘minda’dikukuhkan dahulu sejak dari awal. Janganlah ‘mengejutkan’ para pelajar yang minda mereka penuh dengan ilmu yang berakar umbi bahasa Melayu. Hal ini kerana apabila sudah terbiasa belajar dalam bahasa Melayu agak sukar untuk para pelajar memahami pelajaran yang diajar dalam bahasa lain. Hal ini saya alami bersama rakan-rakan semasa di matrikulasi. Kami bukanlah diajar menggunakan bahasa pengantar Inggeris ketika di sekolah menengah. Apabila diajar dalam bahasa Inggeris matapelajaran seperti Fizik, Kimia dan Biologi dalam bahasa Inggeris agak sukar untuk memahaminya pada peringkat awal. Bayangkanlah dengan pelbagai istilah-istilah Sains yang sememangnya boleh terbelit lidah untuk diucapkan menimbulkan sedikit kesukaran. Walau bagaimanapun, para pensyarah mengajar menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. ‘Senang sikit anda semua nak faham’ kata pensyarah. Tetapi saya pernah mengalami situasi di mana pensyarah Fizik semasa berada di semester 1 mengajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Terlopong dan ternganga semua pelajar kuliah saya. Begitu ‘hebat’ istilah-istilah yang dikeluarkan oleh pensyarah Fizik kami itu. Apabila masuk ke kelas tutorial, kami diajar oleh pensyarah lain yang lebih senang menggunakan bahasa Melayu apabila membuat penerangan. Sekali lagi rakan setutorial tercengang, termangu-mangu apabila ditanya soalan oleh pensyarah tersebut dalam bahasa Melayu. Lawak juga rasanya apabila terpaksa menjawab soalan dengan bahasa bercampur-baur. ‘Rojak’ sungguh otak kami ketika itu. Apa yang difikirkan ketika itu, ‘LULUS SUDAH!’.
Salah satu subjek ‘EST’ (English For Science & Technology) diperkenalkan semasa saya berada di tingkatan 4. Subjek ini khusus untuk para pelajar aliran Sains dan saya wajib mengambilnya semasa peperiksaan SPM. Belajar sekejap saja dan ini merupakan subjek baru dan paling penting subjek ini bukanlah elektif tetapi wajib (bagi para pelajar sekolah saya la). Pelaksanannya juga secara tergesa-gesa.Keputusan keseluruhan peperiksaan ini semasa SPM memang mengejutkan. Rata-rata pelajar keputusannya tidak begitu baik (termasuklah saya..hehe..). Ada seorang rakan saya yang mendapat 10A dalam SPM tetapi mendapat D bagi subjek tersebut. Kini subjek tersebut sudah menjadi subjek elektif sahaja bukan lagi pilihan (bagi pelajar sekolah saya). Pada pendapat saya, jika benar-benar ingin melaksanakannya, cara pengajaran dan pembelajaran ‘EST’ ini perlu diperkukuhkan dengan kurikulum yang bersesuaian. Guru-guru yang mengajar subjek ini juga perlulah berpengetahuan dalam kedua-dua bidang,bahasa Inggeris dan teknologi.
Jika kita ingin melihat pelajar-pelajar menguasai bahasa antarabangsa ini, kita bukan boleh melihatnya apabila menetapkan penggunaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Adalah lebih baik jika matapelajaran bahasa Inggeris diperkasakan di peringkat sekolah dan dimasukkan unsur-unsur Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dalam bahan pengajaran bahasa Inggeris tersebut. Mungkin dengan cara ini para pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui pelbagai cabang disiplin.
Apa yang lebih penting ialah memprkasakan penggunaan bahasa kita sendiri, bahasa Melayu. Jika kita lebih memandang kepada bahasa Inggeris, takut lama-kelamaan keistimewaan bahasa Melayu itu sendiri akan pudar lagi-lagi dalam era moden dan globalisasi ini. Tanggungjawab itu sebenarnya terletak di tangan kita. Jika bahasa Melayu tidak digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik maka sampai bila kita mahu menunggu bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu bidang-bidang Sains?
Pada pendapat saya, tidak salah untuk kita belajar bahasa asing lain. Bahasa Mandarin, B.Tamil, B.Arab, B.Sepanyol, B.Perancis dan lain-lain. Bagus untuk masa depan kita. Walau bagaimanapun, janganlah kita menganaktirikan bahasa sendiri. Apa yang tidak begitu dipersetujui ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah.Jika ingin juga melihat anak bangsa sendiri fasih berbahasa Inggeris, pihak berwajib perlu memastikan kuriklum mata pelajaran bahasa Inggeris dimantapkan lagi dengan pengukuhan tentang sastera Inggeris dan dimantapkan lagi dengan pelbagai cabang ilmu, bukan Sains dan Matematik semata-mata.
Janganlah kita lupa perjuangan orang-orang dahulu yang bertungkus-lumus memperjuangkan bahasa kebangsaan kita. Kita boleh berjaya dengan bahasa Melayu kita sendiri sebenarnya. Asalkan kita percaya kita mampu lakukannya dan cita-cita itu dikotakan. Bukan semua negara di dunia menggunakan bahasa Inggeris untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Negara-negara seperti Perancis, Jepun, Jerman, Rusia, Korea juga berjaya dalam pelbagai bidang walaupun menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri.
“Mengatur bahasa beerti mengatur fikiran bangsa,menambah kata-kata bahasa, beerti menumbuhkan fikiran bangsa. Bahasa itu adalah jiwa bangsa.” - Sutan Takdir.
NURIZYAN AYUNI HARUN
NO RUJUKAN (41)
NOOR ATIRAH ELIYA MOHD NOR
92070
NO RUJ: 33
Assalamualaikum,Dr.
Pada pendapat saya, langkah atau cara yang diambil oleh Tun Dr.Mahathir dalam isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Ingeris adalah tindakan seorang yang sayangkan bangsanya.
kata-kata beliau bahawa bilangan penterjemah yang ada di Malaysia belum tentu cukup ramai untuk menterjemah kesemua ilmu sains dan matematik tersebut dan ditambah dengan kepantasan perkembangan ilmu tersebut adalah tepat sekali.
Saya juga berpendapat jika subjek matematik dan sains di ajar kedalam bahasa Inggeris, penggunaan bahasa Melayu tidak akan goyah seperti mana andaian dan bantahan yang di utarakan oleh golongan yang membantah pengajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.
Mereka yang berjaya adalah mereka yang berani membuat anjakan paradigma seperti mana yang tindakan berani yang diambil oleh Tun.
Masalah atau penyakit yang kita hidapi sekarang, kebanyakan dari kita(terutama ibu-bapa) pelajar, akan menentang sekeras-kerasnya sesuatu cadangan baru atau tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak. sehinggalah terbukti tindakan atau cadangan tersebut berjaya dan sehinggalah anak-anak mereka boleh membaca dan bertutur bahasa Inggeris.Kita seharusnya boleh berfikir secara rasional dan seperti saya katakan diatas, berani membuat anjaran paradigma dan 'think out of the box"
***(kalau kita fikir-fikir.. sampai bile nak belajar benda yang dah out of date kan? mat salleh dah belajar sesuatu tu lama dah.. kita baru nak blajar 5 tahun kemudian, so kene pandai bahasa inggeris la baru boleh 'follow' dorang cepat sikit..)***
Post a Comment