Saturday, August 30, 2008

WAJIB SERAH FASA 1: Tukar BENTUK & Lukis RP untuk PERKATAAN & AYAT dan HUBUNG dgn blog rakan

1) Tukarkan lirik lagu '31 Ogos' ke dalam bentuk ayat-ayat sempurna.

2) Lukis rajah pohon untuk setiap perkataan dalam lagu '31 Ogos' dan ayat yang terdapat dalam hasil tukaran (1) anda menggunakan ironcreek.

3) Paparkan hasil tukaran dan imej rajah pohon untuk setiap perkataan dan ayat dengan disertai kurungan berlabelnya di blog anda.

4) Serahkan versi cetakan dalam bentuk .doc kepada saya pada 3 September 2008 sebelum kuliah dimulakan dan versi digital ke emel hbt2130809syntax@gmail.com dan hbt2130809syntax@yahoo.com selewat-lewatnya pada pukul 5.00 pagi 3 September 2008.

5) Untuk yang belum menghubungkan blognya dengan blog kelas dan blog rakan sekuliah, pastikan anda hubungkan sekarang.

Tarikh akhir : 3 September 2008 pukul 5.00 pagi;) waktu MALAYSIA (untuk bentuk digital) dan 8.00 pagi (untuk bentuk cetakan)

Markah:

1 kesalahan - A
2 kesalahan - B
3 kesalahan - C
4 kesalahan - D
5 atau lebih kesalahan - F
Selepas 3 Sept 2008 5.00 pagi waktu Malaysia - 0 (sifar) untuk digital
Selepas 3 Sept 2008 8.00 pagi waktu Malaysia - 0 (sifar) untuk cetakan

Sebarang soalan tentang ARAHAN (sahaja), letakkan di bahagian 'comment' untuk pos ini. Maklum balas saya juga ada di bahagian 'comment'.

11 comments:

Unknown said...

adakah kita perlu tambah perkataan pada lirik lagu merdeka itu utk jadikannya ayat sempurna?
macam mana nak buat rajah pohon perkataan seperti 'pada' krn 'pada' tu satu perkataan je???
tak faham la...

HL.LINIE said...

Dr.,
link blog dgn semua kwn dlm kelas atau kwn setutorial sahaja?

Radiah Yusoff said...

1) yap..anda perlu memasukkan unsur-unsur tertentu agar ayat sempurna dapat dibentuk.

2) link dengan rakan sekuliah, bukan dengan rakan setutorial sahaja

Radiah Yusoff said...

RP perkataan = RP morfologi
RP ayat = RP sintaksis

Maaf, siapa yang guna offline yahoo mess: tak sempat jawab, the program hang and tak leh pakai...so here are the maklumat la ye...

akmar afifah said...

maksudnya, sempurnakan ayat2 kt lirik 2 kemudian wat rajah pohon untuk setiap perkataan yang ada dlm lagu 2? dan buat rajah pohon untuk setiap ayat yg dah sempurna 2? am i right dr?

Ayaq said...

Saya blur... Kalu perkataan tu takde imbuhan ke hape camno nak buek rajah morfologi?

Odi aka Radiah Yusoff said...

untuk RP perkataan tak payah sempurnakan ayat...

untuk perkataan yang tak ada imbuhan ni kene pikiaq - deskriptif atau preskriptif;) cube test sat kat penutur ibunda/natif/kandung melayu - lagu mana depat cakap... kmudian p tngk tatabahasa dewan, nahu melayu mutakhir, pelita bahasa (za'ba), malay morhology (abdullah hassan), penerbitan kata (darwis harahap) - apa lak depa kata??


untuk buat RP ayat, barulah tukar jadi ayat sempurna - yang ini tak daq pilihan - kena ikut preskriptif...

heliana said...

Assalamualaikum Dr.

Untuk lagu tu, lirik kena ubah jadi ayat kan? Jadi kita boleh tambah perkataan dan gugurkan perkataan ke? Especially for expressions like 'merdeka!' can we just drop it out of the sentences?

Radiah Yusoff said...

heliana: jika anda gugurkan ungkapan spt 'merdeka! merdeka'- hilanglah esen lagu ini. maka tak boleh gugur. fikirkan bagaimana hendak tukar lagu ini tanpa menggugurkan sebarang unsur dalam lagu ini;) ingat ciri bahasa manusia - kreatif. ini mesti tak baca bab 1 teks kita:(

Radiah Yusoff said...

Yen Yeng telah meletakkan bahagian menyempurnakan ayat di blog beliau. Terima kasih, Yen Yeng.

Ada bahagian yang boleh dibaiki lagi. Sila perhatikan betul-betul hasil sempurnaan anda.

Nizam Abdul Rahim said...

Uu..Uuu...maafkan saya menyibuk di sini! =P kepeh kepeh kepeh