Saturday, August 16, 2008
HIROSHIMA - a form of translation
Dengan segala hormatnya, anak2 sekalian yang tak balik kampung dijemput hadir menonton Teater Hiroshima sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008, peringkat Wilayah Utara.
Tetamu Kehormat pada 17 Ogos 2008 ialah TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang. MASUK ADALAH PERCUMA.
AND... Dr. Samat - one of the nation's prolific actors - is in the play....
Tarikh: 17 dan 18 Ogos 2008 (abaikan tarikh pd poster di atas)
Tempat: Auditorium Dewan Budaya, USM
Masa : 8.30 malam
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat am dewan budaya di ext 2307 @ 4126.
************************************************************************************************************************************
Jemputlah beramai-ramai menyaksikan teater yang julung kalinya dipentaskan di Malaysia..."Hiroshima"...
Kisah benar, pengalaman sendiri YBhg. Dato' Abdul Razak (ayahanda kepada Naib Canselor USM) yang terlibat dengan tragedi bom atom di Hiroshima. Diolah dan diangkat ke pentas oleh Senibayan. Program anjuran bersama DBPWU dan USM.
di pentas Hiroshima yang sirna wajahnya
dalam debu dan radiasi yang tertumpah
kau adalah Melayu yang gagah menafsirkan makna dan menterjemah
keperitan serta sumbang lagu perang
sedang masih banyak irama
yang boleh digubah menjadi lunak kasih, merdu rindu,
damai syahdu yang dapat dikunyah
ditelan lazat mengalir dalam isi dan dara
Senibayan ......
-Pengarah Teater "Hiroshima
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment