Sunday, August 31, 2008

ANDA-ing love

DATA SEBENAR: asalamualaikum..dr yang dikasihi, kena hantar sebelum bila ya???kerjasama anda amat dihargai!!

Saya dengan berat hati terpaksa menegur hal ini. Mohon berbanyak-banyak maaf terlebih dahulu jika ada yang terasa nanti apabila membaca ini.

Apabila kita berhubung dengan orang yang lebih tua, janganlah kita meng-ANDA-ANDA-kan orang ini. Sewajarnya bentuk yang paling sesuai ialah PUAN untuk WANITA dan TUAN untuk LELAKI. Jangan persoal status perkahwinan mereka atau status socioekonomi mereka. Begitu juga dengan penggunaan KAMU dan AWAK untuk orang yang lebih dewasa dari kita.

Mungkin ANDA boleh meng-ANDA-ANDA-kan orang yang lebih tua apabila ANDA telah menjadi perdana menteri atau menteri dalam kabinet. Itupun kena fikir dua tiga kali. Ini kerana ANDA, AWAK, KAMU dan YOU tidak sama sepenuhnya. Saya yakin dan percaya YAB PM kita tidak akan meng-ANDA-ANDA-kan, meng-AWAK-AWAK-kan, dan meng-KAMU-KAMU-kan guru beliau apabila berkomunikasi dengan guru beliau.

Selain dari itu, adakah DIA dan BELIAU sama dengan SHE dan HE, dan NYA sama dengan HER dan HIS? Bincangkan. Sertakan dengan contoh dari data sebenar dari internet.
Semua pelajar DIWAJIBKAN memberi jawapan kepada soalan ini dalam bahagian "comment' untuk pos ini selewat-lewatnya pada hari Khamis 4 September 2008 pukul 12.00 tgh waktu Malaysia. Letakkan nama sebenar anda di akhir jawapan anda.

Markah:

Betul: A
Salah: D
Tak Jawab: 0 (sifar)

65 comments:

linda86 said...

Assalamualaikum...Dr. Radiah.

Pada pendapat saya, 'dia' dan 'beliau',mempunyai fungsi yang hampir sama.
She/he memang membawa maksud dia(bagi lelaki dan perempuan).
Namun, penggunaan 'beliau' bergantung kepada taraf, tingkat umur dan pengalaman orang yang dirujuk.

Contohnya :
BAGAN DATOH: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perak melancarkan projek ladang kontrak tanaman pisang abu seluas 121 hektar di mukim Rungkup yang disertai 25 pekebun kecil kelapa bagi memenuhi permintaan buah berkenaan yang semakin meningkat.

Pengarahnya, Basri Jasmo, berkata pisang jenis itu dari mukim Rungkup menerima permintaan tinggi di pasaran tempatan kerana dikatakan berkualiti tinggi.

Katanya, sehingga kini pihaknya banyak menerima permintaan terutama dari Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor yang ingin mendapatkan pisang abu dari mukim berkenaan dalam bilangan banyak untuk dijual di negeri berkenaan.
"Bagaimanapun, oleh kerana pengeluaran hasilnya yang kurang, Fama hanya mampu memenuhi permintaan itu dengan bekalan terhad.

"Pisang abu dapat hidup subur di mukim ini mungkin kerana keadaan tanahnya yang `berlumpur masam' sehingga tanaman itu boleh mengeluarkan hasil yang banyak selepas 12 bulan ditanam," katanya kepada Berita Harian selepas menemui 20 pengusaha produk kampung di sini, semalam.

Basri berkata, setakat ini seramai 600 pekebun kecil terbabit menanam pisang abu di kawasan kebun kelapa milik mereka seluas 3,000 hektar.
Beliau berkata, purata pekebun kecil memperoleh pendapatan tambahan RM1,000 sebulan sehektar hasil jualan pisang abu dengan harga jualan runcit, 75 sen sekilogram.

Katanya, kebanyakan pisang abu dijual secara mentah dan diproses menjadi kerepek yang permintaannya semakin bertambah terutama menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

Justeru, katanya, menerusi ladang kontrak yang diwujudkan itu, pihaknya berharap dapat membantu petani untuk menambah pendapatan kerana pasarannya yang terjamin.

"Pekebun kecil tidak perlu bimbang kerana Fama sedia membantu mereka bagi mendapatkan pasaran berikutan dengan permintaan pisang abu yang menggalakkan di seluruh negara.
"Fama akan memperluas projek ladang kontrak ini dari semasa ke semasa dan pada masa sama berusaha memenuhi permintaan pemborong yang membuat tempahan awal, " katanya.

-Berdasarkan artikel tersebut, penggunaan 'beliau'merujuk kepada Pengarah FAMA.
-Jika yang dirujuk adalah orang biasa dan setaraf dengan penutur (dari segi umur, taraf dan pengalaman) maka 'beliau' boleh digantikan dengan 'dia'atau 'anda'.
-'Dia' merujuk kepada orang yang tiada pada masa pertuturan berlaku.
'Anda' pula menandakan orang yang dituju cakap dan ada di tempat tersebut. Orang ini biasanya orang yang setaraf(dari segi umur dan pengalaman)dan juga orang yang baru dikenali.
-Oleh itu, seharusnya 'anda' ditukarkan dengan 'pangkat' seperti doktor (Dr-bagi pensyarah) jika berinteraksi dengan golongan profesional.
Sekian, terima kasih.

(Nor Haslinda Ibrahim)
(No:35)
(HBT213)

linda86 said...
This comment has been removed by the author.
linda86 said...

Salam sejahtera, Dr Radiah.
- Bagi penggunaan '-nya' biasanya merujuk kepada pelaku atau subjek yang telah disebut pada ayat terdahulu.
-'Her' dan 'his' mempunyai padanan dalam bahasa melayu iaitu '-nya'.
-Dalam bahasa Inggeris,terdapat pengkhususan bagi jantina lelaki dan perempuan.
'Her' merujuk kepada kepunyaan perempuan.Manakala 'his' merujuk kepada kepunyaan lelaki.
Dalam bahasa melayu, '-nya' mewakili kedua-dua jantina tersebut.
Contohnya :
Ahmad memberikan buku itu kepada saudaranya.
'-nya' yang terdapat dalam ayat ini merujuk kepada Ahmad,kerana orang itu adalah saudaranya.
Fatimah enggan melepaskan haknya terhadap harta keluarganya.

Sekian,terima kasih.
*Ini pandangan saya, jika salah tolong betulkan saya.

(Nor Haslinda Ibrahim)
(No:35)
(HBT213

=DeNIsE= said...

In Malay, "dia" and "beliau" show the different status of a third party, but in English, it doesn't have any pronoun to show the politeness as equivalent to "beliau". Anyway we have other alternative such as using 'Sir, Madame, or Miss XXX" to show the formality and higher status of the particular someone.

"Nya" bring the meaning of possession, so does HIS and HER. But "Nya" can never begin a sentence in Malay. Unlike the status gap between "dia" and " beliau". "Nya" is neutral to me, and another alternative for "Nya" in English can be the "'s".
I will try to find some example.

Liew Cheng Yan
No.19
HBT213

Radiah Yusoff said...

1) Apabila soalan diberikan dalam bahasa Melayu, sila jawab dalam bahasa tersebut. Jika soalan diberikan dalam bahasa Inggeris, maka barulah jawab dalam bahasa Inggeris. Dan jika soalan diberikan dalam kedua-dua bahasa, maka jawablah dalam kedua-dua bahasa. Yang penting, jawapan mesti dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang sempurna. Kesilapan bahasa juga akan menyebabkan anda mendapat D.

2) Baca soalan betul-betul. Data sokongan mesti dari internet. Maka perlu perlihatkan sumbernya. Paling kurang ialah dengan memperlihatkan alamat httpnya.

3) Anda hanya perlu meletakkan data sokongan yang berkaitan dengan apa yang hendak anda perkatakan sahaja. Yang tidak relevan tidak perlu dimasukkan.

4) Haslinda (Ibrahim) dan Cheng Yan - cuba sekali lagi jawab soalan ini dengan lebih kemas. Tidak perlu padam jawapan awal anda. Jawapan awal anda akan menjadi bukti bahawa anda mencuba, dan saya telah membacanya, dan mendapati ia perlu dibaiki, jika anda ingin mendapat A untuk soalan ini. Walau apapun, terima kasih kerana menjadi dua pelajar pertama menjawab soalan ini;)

5) Saya cadangkan anda tulis deraf jawapan dalam .doc dahulu. Kemudian 'salin dan lekat'kan di bahagian komen ini. Sebenarnya jawapannya tidak perlu panjang. Ia seharusnya padat dan ringkas. Tidak perlu, dengan izin: 'beat around the bush. Aim straight for bull's eye.' Cubaan menjawab soalan ini merupakan satu kaedah untuk anda berlatih menjawab soalan peperiksaan dan ujian secara ringkas tetapi padat. Masa yang diperuntukkan untuk satu-satu soalan dalam ujian dan peperiksaan tidak banyak.

Radiah Yusoff said...
This comment has been removed by the author.
chaifun said...
This comment has been removed by the author.
gankaijun said...

Selamat sejahtera Dr.,
Dalam bahasa Melayu, perbezaan penggunaan ‘dia’ dan ‘beliau boleh dilihat dalam keadaan merujuk kepada pihak ketiga. “beliau” lazimnya digunakan untuk orang yang lebih bertaraf tinggi atau mempunyai pangkat tertentu tetapi ‘dia’ digunakan untuk masyarakat umum sahaja.Walaubagaimanapun, tiada perbezaan jantina bagi kedua-dua penggunaan ini dalam bahasa Melayu.
Contoh:1. Wan Junaidi juga berkata, beliau berpegang pada persetujuan Menteri Dalam Negeri untuk menangguhkan perbahasan rang undang-undang tersebut selepas pembentangan Bajet 2009 selesai pada bulan Oktober ini. Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
2. Namun, beberapa minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan, berita yang diterima agak mengejutkan apabila konsertnya itu akan dibatalkan dengan pelbagai alasan yang diterima.
Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub
Utusan Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
Dalam bahasa Inggeris, penggunaan ‘she’ dan ‘he’ tidak dibezakan mengikut taraf seseorang tetapi dibezakan mengikut jantina pihak yang dirujuk. ‘She’ digunakan untuk wanita manakala ‘he’ digunakan untuk lelaki.
Contoh: She was the First Lady of Arkansas from 1979 to 1981 and 1983 to 1992 and was active in a number of organizations concerned with child welfare, as well as sitting on the boards of Wal-Mart and several other corporations.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_Clinton

Dalam bahasa Melayu, ‘-Nya’ menandakan ‘kepunyaan’ seseorang, contohnya: Baju itu baju Siti.Bajunya berwarna biru. ‘-Nya’ di sini bermaksud baju itu kepunyaan Siti. Walaubagaimanpu, penggunaan ‘-Nya’ boleh digunakan oleh semua orang tanpa mengambil kira jantina.
Contoh: LURUAN pelari Kenya, Samuel Kamau Wanjiru pada beberapa kilometer terakhir marathon semalam membolehkan namanya terukir dalam sejarah negaranya sebagai warga Kenya pertama yang berjaya menguasai marathon Olimpik Beijing.
sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=olimpik_beijing&y=2008&dt=0825&pub=olimpik_beijing&sec=Berita&pg=ol_05.htm

Perkataan “his” dan “her” sama maksud dengan ‘kepunyaan’ tetapi ‘her’ adalah bagi wanita manakala ‘his’ bagi lelaki.
Contoh: As First Lady of the United States, her major initiative, the Clinton health care plan, failed to gain approval from the U.S. Congress in 1994.
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_Clinton

Nama: Gan Kai Jun
No. Rujukan: 10
Kursus: HBT213

凤音 said...
This comment has been removed by the author.
凤音 said...

Selamat sejahtera…Dr
HBT 213: c.foongyam (6)
Jolie tampar, tumbuk aktor elak dicium
LOS ANGELES: Pelakon gandingan Angelina Jolie dalam filem Changeling, Jason Butler Harner menerima kejutan apabila beliau ditampar aktres itu, ketika cuba menciumnya…

"Saya berbincang dengan Clint Eastwood dan beliau bersetuju saya melakonkannya secara spontan untuk melihat reaksi Angelina. Beliau juga amat gembira dengan tindak balas ditunjukkannya," katanya.
Harner berkata, beliau mengambil sikap berhati-hati bagi memperbaiki lakonannya.

"Pada pagi sebelum penggambaran, saya memberitahu Angelina kami akan melakonkan adegan hebat dan berlainan sama sekali dengan adegan sebelum ini. Beliau bertanya saya bagaimana ia akan dilakonkan," katanya…

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Dunia/20080901234856/Article/index_html
Angeline Jolie Kicks Co-Stars Ass For Kissing Her
On a cold day last December, an actor playing a part against Angelina Jolie leaned over and kissed her. The only trouble was, it wasn’t in the script.
“I try to be selective with my improvising,” said Jason Butler Harner, who is her co-star in Clint Eastwood’s upcoming “Changeling.” So he checked with the director first. “Clint approved,” he said. “He could see it happening and he said, ‘Do it and we’ll see what happens.’”
That Clint sure is a sneaky one.
Jolie was supposed to be pushing Harner against a wall. It was the movie’s climatic scene, and her character, Christine Collins, was supposed to be confronting his character, Gordon Stewart Northcott, and asking him, “Did you kill my son?” …
“She slapped me and she held me and she hit me and it was great,” Harner said. “She totally went with it. She’s really smart. She’s beautiful, but she’s really smart, and she’s a great actress.”…
http://gone-hollywood.com/tag/jason-butler-harner/

dia, beliau dan –nya sekiranya merujuk kepada tatabahasa melayu, ketiga-tiganya merujuk kepada kata ganti nama diri orang ketiga.
Dalam bahasa Malaysia, penggunaan dia,beliau dan –nya tidak mengambil kira jantina,tetapi tidak dalam bahasa Inggeris, iaitu he ialah kata ganti bagi lelaki dan she ialah kata ganti bagi perempuan. Beliau biasanya digunakan oleh mereka yang dihormati atau berpangkat tinggi dalam konteks bahasa Malaysia, tetapi perkara ini turut tidak wujud dalam bahasa Inggeris.
Cth:
1)"Saya berbincang dengan Clint Eastwood dan beliau bersetuju saya melakonkannya secara spontan untuk melihat reaksi Angelina. Beliau juga amat gembira dengan tindak balas ditunjukkannya," katanya.
2)"Pada pagi sebelum penggambaran, saya memberitahu Angelina kami akan melakonkan adegan hebat dan berlainan sama sekali dengan adegan sebelum ini. Beliau bertanya saya bagaimana ia akan dilakonkan," katanya.
Jelas kelihatan, dalam ayat pertama, beliau merujuk kepada Clint Eastwood, seorang lelaki, tetapi beliau dalam ayat kedua merujuk kepada Angelina, seorang perempuan.
a)“I try to be selective with my improvising,” said Jason Butler Harner, who is her co-star in Clint Eastwood’s upcoming “Changeling.” So he checked with the director first. “Clint approved,” he said. “He could see it happening and he said, ‘Do it and we’ll see what happens.’”
b)“She slapped me and she held me and she hit me and it was great,” Harner said. “She totally went with it. She’s really smart. She’s beautiful, but she’s really smart, and she’s a great actress.”
Dalam ayat (a), he merujuk kepada Jason Butler Harner,iaitu seorang pelakon lelaki, manakala dalam ayat (b),she merujuk kepada Angelina.
Kata ganti nama “-nya” pula merujuk bentuk klisis untuk orang ketiga dan berfungsi pada objek, pemilik dan bahagian adverb tertentu. Dalam bahasa Malaysia, -nya digunakan untuk kedua-dua jantina, manakala dalam bahasa Inggeris pula, her dan his ( dan it juga) merupakan terjemahan dalam bahasa Inggeris. Her diguna pada perempuan, manakala bagi his pula diguna oleh lelaki. Walaupun dalam bahasa Inggeris , her dan his lebih spesifik dalam jantina, tetapi fungsi nya masih sama dengan –nya dalam bahasa Malaysia. Kata ganti nama –nya tidak pernah berfungsi sebagai pelaku.
Cth:
1)On a cold day last December, an actor playing a part against Angelina Jolie leaned over and kissed her.
2)Jolie was supposed to be pushing Harner against a wall. It was the movie’s climatic scene, and her character, Christine Collins, was supposed to be confronting his character, Gordon Stewart Northcott, and asking him, “Did you kill my son?”
3)LOS ANGELES: Pelakon gandingan Angelina Jolie dalam filem Changeling, Jason Butler Harner menerima kejutan apabila beliau ditampar aktres itu, ketika cuba menciumnya.
4) Harner berkata, beliau mengambil sikap berhati-hati bagi memperbaiki lakonannya.

Dalam ketiga-tiga contoh di atas, jelas menunjukkan kegunaan her, his dan –nya. Her dalam (1) merujuk kepada Angelina, his dalam (2) rujuk kepada Harner. Tetapi dalam ayat (3), -nya diguna untuk menjelaskan her seperti dalam ayat (1). Dalam ayat (4), -nya sebenarnya merujuk lakonan Harner. Dalam ayat (3) dan (4) menunjukkan bahawa penggunaan –nya tidak mengambil kira konteks jantina dalam bahasa Malaysia.

chaifun said...

Nama: Chen Chai Fun ( No rujukan 3)

Dalam hukum tatabahasa bahasa Malaysia, perkataan “ia, dia, beliau, mereka dan –nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. Kesemua perkataan ini mempunyai fungsi yang berlainan dan digunakan dalam konteks yang berbeza. Perkataan“ia“ dan“dia’ mempunyai fungsi yang sama dan merujuk kepada parti ketiga dan merujuk kepada seorang sahaja. Perkataan beliau pula, merujuk kepada seorang individu dan juga merujuk kepada parti ketiga. Perkataan“beliau’ ini berbeza dengan perkataan“dia’ atau“ia“ kerana perkataan“beliau’ merujuk kepada parti ketiga yang bertaraf tinggi, dihormati orang dan orang yang terkenal serta orang yang berjasa. Manakala perkataan“dia’ pula, dirujuk kepada parti ketiga yang biasa. Namun, dalam bahasa Inggeris kata ganti nama orang ketiga yang merujuk kepada seorang individu merupakan perkataan“he“ atau“she“ sahaja iaitu“he“ dirujukkan kepada lelaki dan“she’ dirujuk kepada“perempuan’.

• third-person singular human or animate male (he)
• third-person singular human or animate female (she)

Dalam bahasa Malaysia pula, jantina untuk kata ganti nama diri orang ketiga tidak dibezakan. Perkataan yang sama seperti “dia” atau “beliau” digunakan untuk menterjemahkan perkataan “he” atau “she”. Semasa menterjemahkan perkataan “he” atau “she” kepada “dia” dan “beliau” harus diberi perhatian kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai fungsi yang berlainan yang tidak dapat dibezakan dengan melihat kepada perkataan “he” dan “she” kerana dalam bahasa Inggeris tidak terdapat perkataan yang digunakan untuk mengganti orang yang dihormati atau orang yang bertaraf tinggi.
Bagi kata ganti nama “-nya” pula, kata ganti nama ini menunjukkan kepunyaan seseorang bagi pihak ketiga. Kata ganti nama ini juga tiada pengkhususan dalam bahasa Malaysia. Kata ganti nama ini digunakan untuk kedua-dua jantina. Bagi bahasa Inggeris pula, terdapat dua kata ganti nama yang menunjukkan kepunyaan seseorang seperti “her” dan “his”. “Her” digunakan untuk merujuk kepada kepunyaan perempuan itu, manakala bagi “his” pula menunjukkan kepunyaan lelaki itu. Fungsi kata ganti nama ini sama dalam kedua-dua bahasa walaupun bahasa Inggeris menggunakannya dengan lebih spesifik dengan membezakan jantinanya

Contoh kata ganti nama “beliau” yang ditulis sebagai “he” dalam bahasa Inggeris

Dr Boo said such incidents are on the rise in Johor Baru. He hoped the police and Customs would monitor border areas to prevent the robbers from shipping out the vehicles to neighbouring countries.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/2/nation/22220096&sec=nation

Contoh ayat yang mempunyai kata ganti nama “beliau”
TOKYO 1 Sept. – Perdana Menteri Jepun, Yasuo Fukuda mengumumkan meletakkan jawatan serta-merta malam ini, selepas menghadapi jalan buntu berdepan krisis politik dan perbalahan dengan pembangkang.
Calon yang disebut-sebut menggantikan beliau ialah Taro Aso, 67, bekas Menteri Luar Jepun yang disifatkan lebih karismatik dan berpendirian konservatif.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan

Contoh penggunaan “she”
Miranda Cosgrove may be only 15 years old but she has an impressive curriculum vitae as far as Hollywood stars are concerned.
http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2008/9/2/tvnradio/1798312&sec=tvnradio

Contoh Penggunaan “her”
Miranda Cosgrove who has a string of shows to her name is unfazed by the glamour and the attention she gets.
http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2008/9/2/tvnradio/1798312&sec=tvnradio

Contoh penggunaan “nya”
SAAT dikhabarkan bahawa Avril Lavigne akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia, kehadirannya sememangnya cukup dinantikan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm
Contoh penggunaan “dia”
Namun, beberapa minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan, berita yang diterima agak mengejutkan apabila konsertnya itu akan dibatalkan dengan pelbagai alasan yang diterima.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm

nOin anaK jamiL said...
This comment has been removed by the author.
nOin anaK jamiL said...

Pada pendapat saya, padanan bagi dia dan beliau adalah 'she' atau 'he'. Walau bagaimanapun, padanan tersebut bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Perbezaan ini berlaku mungkin disebabkan terdapatnya faktor pangkat, status atau kedudukan sosial. Lihat pada contoh ayat di bawah:

Ayat 1
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju bahawa BN perlukan format baru untuk menarik sokongan generasi muda.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, BN perlu mendengar suara generasi muda dan membuat perubahan untuk terus relevan.
''Ini menuntut semua dalam BN termasuk komponen menerima landskap politik bincang secara ikhlas, jujur, hormat-menghormati pegangan masing-masing,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa format dan pengisian BN perlu diolah semula bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah.

Ayat 2
Arif memberi tentangan sengit kepada Roslin sebelum kalah 2-10, 16-21, 16-21, manakala Liew, yang mengejutkan dua pemain kebangsaan, Yeoh Kay Bin dan K. Yogendran dalam pusingan awal, tumpas 16-21, 14-21 kepada Hafiz.
Menurut Rashid, beliau percaya, penamat Terbuka Pulau Pinang mungkin akan berbeza jika pemain remaja berpotensi ini diberi keistimewaan yang diperoleh pemain senior lebih pendedahan antarabangsa.

Ayat 3
Malah bagi Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah, wanita tersebut masih sama seperti waktu dia mula mengenalinya.
Mengimbas detik-detik pengenalan mereka, jelas Steven sambil tersenyum, dia mula mengenali isterinya ketika wanita tersebut baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang seni.

Berdasarkan ketiga-tiga contoh di atas, didapati jika diterjemahkan 'dia' dan 'beliau' ke dalam bahasa Inggeris, akan memberikan padanan 'she' atau 'he'.
Walau bagaimanapun, penggunaan 'he' atau 'she' berbeza mengikut konteks ayat seperti yang telah dibincangkan.
'Beliau' seperti contoh 1 dan 2 menunjukkan bahawa penutur itu merupakan seseorang yang mempunyai pangkat atau kedudukan sosial yang tinggi dalam masyarakat.
Selain itu, penggunaan 'beliau' selalunya digunakan pada seseorang yang telah menyumbang jasa atau bakti kepada masyarakat dan dihormati oleh orang lain.
Walau bagaimanapun, penggunaan 'dia' bukanlah bermaksud seseorang itu berada pada kedudukan yang rendah di mata masyarakat atau tidak dihormati. Sebaliknya, 'dia' selalunya digunakan dalam situasi yang tidak formal dan merujuk pada seseorang yang dianggap biasa dan pangkat atau kedudukan sosialnya sama dengan masyarakat sekeliling.

Ayat 4
The first part of his research work, which started in 1973 at Monash University Australia, focused on how the body responds to stress and ways to modify the responses as its effects might lead to diseases.
Prof Khalid explained that the second part of his research involved studies on the number of people with diabetes and the reason they suffered the disease.

Ayat 5
Amy berharap akan memasuki sebuah universiti dan mempelajari bidang undang-undang selepas mendapat 5A dalam peperiksaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia akan meneruskan kerjaya model dengan satu kontrak baru di United Kingdom.

Pada pendapat saya, berdasarkan contoh ayat 4 dan 5, 'her' atau 'his' boleh diterjemahkan menjadi nya.
Walau bagaimanapun, seperti contoh 1-3, jika 'his' atau 'her' tidak mahu diterjemahkan menjadi nya maka penterjemah perlu melihat konteks ayat sama ada padanan his atau her merujuk pada 'dia' atau 'beliau'.

NUR AIN ABU JAMIL
HBT 213
[37]

poison ivy said...

Pada pendapat saya, penggunaan kata ganti nama ‘He’ dan ‘She’ dalam tatabahasa bahasa Inggeris tiada kata ganti nama yang tertentu untuk membezakan status seseorang dan hanya membezakan jantina sahaja.
Contohnya:

Fukuda said he made the decision in light of the tense situation in parliament. http://www.nst.com.my/Current_News/NST/AfpNews/080901130128.ubjqvz1l.txt/afp

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa format dan pengisian BN perlu diolah semula bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

penggunaan ‘HIS’ dan ‘HER’ pula kebanyakannya diterjemahkan kepada ‘nya’ kerana lebih sesuai, tetapi kadang-kala ada juga diterjemah menjadi ‘dia’ mengikut konteks ayat.

''Saya bukan ingin memberi pendapat tentang prestasinya tetapi saya juga perlu menyatakan Sebastian Vettel telah menunjukkan aksi mantap dalam tempoh setengah tahun,'' kata pemilik bersama Gerhard Berger dalam laman web rasmi F1 (www.formula1.com). http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_10.htm

"I would not say I already have a clear opinion on him but I also have to say Sebastian Vettel started a couple of races before and he performed very well in the first half year," added the Austrian.

http://www.guardian.co.uk/sport/feedarticle/7763312

NUR YIHADA BALQIS,39

HL.LINIE said...

Kadang-kadang He dan She sama dengan dia dan beliau. Dalam Bahasa Inggeris tidak ada kata ganti diri yang digunakan untuk menunjukkan tahap status seseorang. Dalam sumber dibawah. Manakala her dan him pula sama dengan –nya tetapi juga menurut konteks ayat. Hal ini kerana –nya juga sama dengan he, she, dia dan beliau. Contoh dibawah merupakan contoh petikan yang menggunakan –nya sebagai merujuk kepada beliau. Saya hanya mengambil beberapa perenggan yang menunjukkan kata ganti nama tersebut dan bukan keseluruhan teks.

KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, setakat ini tidak ada bukti menunjukkan ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Terengganu akan menyertai pembangkang seperti didakwa berlaku sebelum 16 September ini.

“Kita memang sudah lama mendengar mengenai khabar ini, dan kita juga telah mengambil tindakan memantau mengenai perkara itu.

“Bagaimanapun, hasil pemerhatian yang dijalankan setakat ini tidak ada bukti kukuh yang dapat mengaitkan ada Ahli Parlimen BN Terengganu yang akan lompat parti,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fariz Musa bahawa lebih daripada seorang Ahli Parlimen di negeri itu akan menyertai PKR.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080902152245/Article/index_html

Samad was the former New Straits Times editorial adviser and columnist.

He was a founding member of the Gerakan Angkatan Muda and the People's Action Party in Singapore as well as the chairman of the Malaysian Press Institute and founding member of the National Association of Writers.

Samad received the country's highest literary award, Pejuang Sastera (Literary Champion), in 1976 for his contributions to the literary and journalism fields, and for his role in promoting Malay as the national language.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2338705/Article/index_html

contoh di atas pula menunjukkan bahawa HE digunakan untuk merujuk kepada Samad yang merupakan former New Straits Times editorial adviser and columnist (tak tau nak translate) dan telah mendapat anugerah Pejuang Sastera. Maklumat ini cukup memberikan gambaran bahawa Samad merupakan salah seorang yang berpengaruh dalam NST dan cukup dikenali dalam masyarakat. Maknanya,beliau berstatus lebih tinggi berbanding orang lain. Oleh yang demikian apabila petikan di atas diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, maka HE akan diterjemahkan kepada BELIAU dan bukannya DIA. Maka dalam konteks ayat seperti ni HE sama dengan BELIAU.

Kesimpulannya, Bahasa Melayu kaya dengan kata ganti nama yang mempunyai tingkat status seperti tuan, puan, dan beliau manakala dalam Bahasa Inggeris pula agak terhad. Tuan atau puan masih boleh diterjemahkan sebagai sir and madam tapi bagaimana pula dengan beliau? Oleh yang demikian, penggunaan kata ganti nama yag sesuai harus digunakan sesuai dengan status seseorang dan juga kesantunan kita sebagai bangsa Malaysia.
Hellini binti Sina (13)

atira eliya said...

salam...

noor atirah eliya mohd nor
92070
no ruj:33

Dalam bahasa melayu dan budaya mesyarakat Melayu,Penggunaan 'dia' dan 'beliu' menunjukkan darjat seseorang, bagi penggunaan kata nama 'dia', contohnya:

DIA mungkin 'dipinggirkan' - di sebalik statusnya selaku ketua jurulatih - ketika Sukan Olimpik di Beijing lalu. Tetapi Yap Kim Hock tidak pernah 'dibenci' Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20080901055658/Article/index_html)

'dia' disini menunjukkan seseorang itu kurang penting atau boleh juga dikatakan sebagai orang kebanyakan.

namun sebaliknya bagi penggunaan 'beliau'. penggunaan 'beliau' dalam sesuatu ayat contohnya, menunjukkan bahawa seseorang itu adalah seorang yang penting dan mempunyai pangkat dan darjat yang lebih tinggi dalam budaya Melayu. contoh ayat:

Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden UMNO.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawi)

dia dan beliau tidak dibezakan jantinanya dalam bahasa Melayu, kedua-dua kata ganti nama ini mungkin mewakili jantina lelaki atau perempuan.

Bagi 'He'dan 'She'. penggunaan kata ganti nama ini jelas merujuk kepada jantina perempuan(she) dan lelaki(he), namun tidak menunjukkan pangkat dan darjat seseorang itu. contohnya:


“She's super-talented. She's an entertainer. I don't even know if it really matters whether she wins or not".

(sumber: http://www.mtv.co.uk/channel/mtvuk/news/443221-pharrell-gives-it-to-britney-spears)


When Barak Obama gave his presidential nomination acceptance speech on Thursday night at the Democratic National Convention in Denver, he faced one of the toughest challenges any politician can face.

If I were a Muslim I would let you know," Barack Obama has said, and I believe him. In fact, he is a practicing Christian, a member of the Trinity United Church of Christ. He is not now a Muslim.

(http://www.danielpipes.org/article/5286)


contoh di atas jelas menunjukkan walaupun Barack Obama adalah seorang yang berpengaruh, namun dalam budaya Inggeris, kata ganti namanya adalah masih sama dengan orang kebanyakan.

Bagi kata nama 'nya' dalam bahasa Melayu, ia merujuk kepada seseorang, namun tidak dapat dipastikan jantinanya.(melainkan pada permulaan ayat dijelaskan sipakah orang tersebut. Penggunaan kata ganti nama ini juga boleh digunakan bagi kedua-dua jantina Contoh:

'nya'

Atan memberikan sebuah basikal miliknya kepada kamal.

Suzi mengambil rantai kepunyaannya daripada Amira.

Bagi penggunaan "his" dan "her",
kedua-dua kata ganti nama ini merujuk jelas kepada jantina lelaki dan perempuan.'his' dan'her' juga mempunyai fungsi yang sama dengan 'nya' iaitu merujuk kepada orang ketiga. contoh ayat:

His

The candidate for president of the United States has delivered two principal statements in reply. His campaign website carries a statement dated Nov. 12 with the headline, "Barack Obama Is Not and Has Never Been a Muslim,"

(http://www.danielpipes.org/article/5286)


Her

One of Hillary Clinton's dazzling political characteristics is her refusal to play by Queensbury Rules

(http://www.independent.co.uk/opinion/commentators/sarah-sands/sarah-sands-hillary-the-wideeyed-shrew-drives-the-pumas-to-mccain-913891.html)

Ayaq said...

Secara kasarnya, ‘dia’ dan ‘beliau’ adalah sama dengan ‘he’ dan ‘she’, kerana kedua-duanya merupakan kata ganti nama untuk orang ketiga. Yang bezanya adalah kebolehan penggunaan ‘dia’ untuk kedua-dua gender dan ‘beliau’ untuk menunjukkan perbezaan taraf yang lebih tinggi. ‘He’ dan ‘she’ tidak menunjukkan perbezaan taraf dan ‘he’ hanya untuk lelaki dan ‘she’ untuk perempuan.

Contoh:
1. Menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) sama ada kerajaan mengetahui satu projek yang dinamakan Projek Mahathir di mana PATI diberi kerakyatan, Nazri menegaskan tuduhan Kit Siang itu adalah tidak adil kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir kerana beliau tidak ada di sini untuk menjawab tuduhan tersebut.
Tegas beliau, kerajaan tidak akan memberikan status kewarganegaraan kepada mana-mana orang yang tidak berhak untuk menjadi warganegara.
[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_03.htm]
2. KEPALA BATAS: Budget 2009 is not about the Government wanting to gain back its popularity but for the Government to fulfil its responsibility to the people, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
He said the Government had a responsibility to the people, adding that the budget was a "caring budget" (bajet prihatin).
[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/30/nation/20080830185929&sec=nation]
3. Nadal, 22, sendiri memiliki masa depan cerah untuk menambah koleksi kejuaraan Grand Slam selepas muncul juara Terbuka Perancis dan Wimbledon tahun ini.
Malah, dia juga masih segar dengan kejayaan muncul juara Olimpik di Beijing bulan lalu dan memburu gelaran pertama di Amerika Syarikat, yang dimenangi musuh tradisi, Roger Federer sejak empat tahun lalu.
[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_08.htm]






Begitu juga halnya dengan kata ganti nama ‘nya’ dengan ‘his’ dan ‘her’. ‘-nya’ boleh digunakan untuk kedua-dua gender tetapi ‘his’ hanya untuk lelaki dan ‘her’ hanya untuk perempuan.

Contoh:
1. NEW YORK - Rafael Nadal melangkah ke suku akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat di Flushing Mewadows, semalam, iaitu kejohanan Grand Slam pertamanya sejak bergelar pemain nombor satu dunia.
[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_08.htm]

2. Ini merupakan kemenangan kelapan berturut-turut buat Nicol sejak memenangi kejohanan Qatar Classic pada November tahun lalu.
Malah, ia juga adalah gelaran profesional ke-30 buat juara dunia dua kali itu sepanjang kariernya.
[http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0803&pub=utusan_malaysia&sec=sukan&pg=su_02.htm&arc=hive]
3. Syed Hamid noted that although court action was being taken against Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin over some of the defamatory articles he published on his website, "instead of sobering it, he went further in his personal attacks."
[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/30/nation/20080830182005&sec=nation]
4. KUALA LUMPUR: World number one Nicol David is on course to gun down her seventh consecutive Women's International Squash Players Association (Wispa) title when she competes in the Dutch Open beginning tomorrow in Amsterdam.
[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/3/sports/22227086&sec=sports]



HANIM HAFIZA BINTI MOHD HANIF (11)
92049

park jay ya said...

Dalam hal ini dapat dirumuskan bahasa dalam bahasa Malaysia tiada unsur gender dalam kata ganti nama diri. Hal ini berbeza dengan bahasa inggeris yang mempunyai unsur gender dalam kata ganti nama diri. Bagi masalah ini, "Dia","beliau" dan "-nya" mempunyai maksud yang sama dalam bahasa Inggeris iaitu padanan untuk kata ganti diri orang ketiga "she","he", "his" dan 'her". Tetapi bagi hal ini dalam bahasa Malaysia mempunyai sedikit kelaian iaitu taraf atau tahap penggunaan perkataan itu. Maksudnya ialah "beliau" biasanya merujuk kepada orang2 yang dihormati atau yang mempunyai pangkat tetapi "dia" dan "-nya" boleh merujuk kepada semua orang. Dalam bahasa Inggeris pula, tiada unsur tahap atau taraf dalam penggunaannya. Selain itu, dalam masalah kewujudan unsur gender bahasa Inggeris pula, "his" dan "he" merujuk kepada lelaki manakala "she" dan "her" pula merujuk kepada wanita. Tetapi dalam bahasa malaysia tidak wujud unsur gender. Kata ganti diri tersebut boleh mewakili lelaki dan juga wanita.

untuk pembuktian sila lihat pada contoh di bawah...


Mohd Nor, yang kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah, mengaku tidak bersalah.

Dia yang diwakili peguam Abdul Halim Lokman, didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Hakim Allaudeen Ismail menetapkan dua hari bermula 28 Januari depan untuk perbicaraan kes itu dan membebaskan Mohd Nor dengan jaminan RM3,500.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080903070905/Article

2. Penggunaan "-nya"

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini berjaya dipilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan atau Apex dengan mengetepikan tiga lagi universiti, termasuk Universiti Malaya (UM).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemilihan USM adalah berdasarkan kepada pelan tranformasi dan kesediaannya untuk berubah seperti yang terkandung dalam kertas cadangnnya, memenuhi kriteria pemilihan yang diperlukan.

“Pemilihan bagi program Apex tidak hanya melihat kepada pencapaian dan kecemerangan lepas tetapi lebih kepada perancangan masa depan serta sama ada universiti itu dapat mencapai status bertaraf dunia dalam tempoh yang diberikan iaitu lima tahun,” katanya semasa mengumumkan pemilihan USM di sini hari ini.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080903175733/Article/index_html

3. penggunaan "Beliau"

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata beliau sedang menimbang dengan serius kemungkinan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti, Disember ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri membayangkan kemungkinan akan bertanding merebut jawatan itu berikutan menerima banyak desakan daripada rakan.

"Jangan ketepikan kemungkinan saya bertanding walaupun sebelum ini saya kata tidak ingin bertanding.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20080903171412/Article/

4. Penggunaan "he"

There have been no reports of Malaysians affected by the clashes between pro- and anti-government protesters here yesterday, but the Malaysian embassy has advised Malaysians to postpone trips to Thailand unless they are urgent.
Deputy Chief of Mission Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman said that despite the state of emergency declared by Prime Minister Samak Sundaravej, there was no curfew or restriction on the movement of people.

He said the clashes were confined to specific areas near the Government House and Rajamdamnoen Road, while most parts of the capital remained calm and business went on as usual, except for schools which have been closed for three days.

"This is an internal problem and not really a security matter. The protesters have not targeted foreigners, though we advise Malaysians to postpone their trips, unless it is urgent," he said.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2339562/Article/index_html

5. Penggunaan "her"

Australia's Rachael displaced sister Natalie from the No 2 spot in the September world rankings to emerge as Nicol's biggest threat, not only in Amsterdam, but also at the World Open next month in Manchester.

Should the seeding hold, Rachael is set to clash with Natalie in the semi-finals and the winner most likely to face Nicol in the final.

Natalie, now playing in Dutch colours, had been second to Nicol in the world rankings for just over two years but her poor performance this year saw her relinquish the position to elder sister Rachael.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Sport/2339727/Article/index_html

6. Penggunaan "his"

All hell broke loose when the cops confronted four of the robbers in a Proton Waja.

One of the robbers fired several rounds, forcing police to return fire.

And when the dust settled, all four robbers from the Proton Waja were dead. But, unknown to the police team, there was a second car, a Proton Perdana, behind the robbers' vehicle. Two men from the second car, also believed to be part of the gang, escaped in the commotion.

The incident happened about 10am at a bus stop in Batu Tiga where the six robbers were believed to have been waiting for their victim, a petrol station owner who was on his way to bank the weekend's collection.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2339702/Article/index_html

7. Penggunaan "she"

PUTRAJAYA: A grandfather has won an appeal against his conviction on a rape charge, 16 years after being charged with the offence.
Court of Appeal judge Datuk James Foong, who sat with Datuk Raus Sharif and Datuk Abu Samah Nordin, in delivering an unanimous decision, said the prosecution had failed to prove a prima facie case.

Foong said the victim was about 15 when the incident occurred and therefore was in a position to know what happened to her.

"There was absence of a complaint that she was raped, until almost six months after the incident, and this was only upon discovery by her father."

Foong said there was also absence of cogent evidence to corroborate that it was the appellant who had raped her.
"The paternity test adduced as evidence, in our opinion, is weak and inconclusive to connect the appellant to the offence."

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2339436/Article/index_html

Yang merah mata wat keje...
Mohd Jaya bin Mohd Johan
no rujukan (30)

Anonymous said...

Mohd Adam bin Ahmad(27)

Pertama sekali saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada doktor dan rakan-rakan kerana menimbulkan kemusykilan dan dukacita Dr Radiah terhadap komen yang telah saya berikan sehingga tugasan ini terpaksa dilaksanakan.
Pada pendapat saya,dia dan beliau mempunyai makna yang sama dengan he dan she. Namun, dalam bahasa Malaysia, dia dan beliau tersebut menggambarkan kedudukan seseorang individu tersebut didalam masyarakat. Namun dalam bahasa inggeris, perzaan tersebut tidak dapat dilihat pada penggunaan perkataan he dan she tersebut dalam ayat. Sebagai contoh, cuba lihat contoh sumber seperti dibawah. Dalam ayat dibawah, perkataan beliau yang digunakan merujuk kepada Dr Badariah Sahamid. Ayat tersebut jika diterjemahkan ke bahasa Inggeris,perkataan beliau akan diterjemahkan sebagai she yang tidak memperlihatkan status individu tersebut. Begitu juga jika individu yang dimaksudkan tersebut adalah seorang lelaki, terjemahanya mungkin adalah sebagai he sahaja. Namun, dalam ayat tersebut, jika tidak terdapat pangkat Dr pada nama Badariah tersebut, beliau itu mungkin akan digantikan dengan dia sahaja dalam bahasa Malaysia.

Majlis Peguam gagal cabar pelantikan Dr. Badariah
03/09/2008 3:10pm
PUTRAJAYA 3 Sept. - Majlis Peguam gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan mahkamah terdahulu yang mengesahkan pelantikan bekas profesor undang-undang Universiti Malaya (UM), Dr. Badariah Sahamid sebagai Pesuruhjaya Kehakiman (JC).
Ia berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang menolak permohonan badan itu agar Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasa menyemak keputusan terdahulu yang memutuskan pelantikan Badariah, 53, sebagai JC adalah sah.
Bidang kuasa semakan itu merujuk kepada Peraturan 137 Peraturan-Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995 yang membolehkan satu panel hakim lain membuka, mendengar dan menilai apa-apa pertikaian yang timbul berikutan keputusan panel terdahulu.
Zaki bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad dan tiga Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusoff dan Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud.
Menurut Zaki, permohonan Majlis Peguam itu wajar ditolak kerana penghujahan yang dikemukakan oleh peguam Robert Lazar tidak mencukupi untuk memenuhi syarat yang ditetapkan bagi membolehkan mahkamah membuka `pintunya' untuk semakan.
Ujar beliau, alasan penuh penghakiman akan diberikan kemudian.
- Utusan


Begitu juga dalam penggunaan perkataan nya. Ia turut membawa maksud yang sama she dan he. Namun ia juga boleh bererti her atau his dalam bahasa Inggeris. Sila lihat ayat contoh dibawah. Dalam contoh yang pertama, perkataan nya lebih sesuai diterjemahkan sebagai his dalam bahasa Inggeris manakala dala ayat yang kedua pula ia perlu diterjemahkan sebagai he sahaja.

Pelajar nyaris kudung akibat mercun buatan sendiri
03/09/2008 3:17pm
KOTA BHARU 3 Sept. — Teruja menyambut kedatangan Ramadan, seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun nyaris kudung selepas terkena letupan mercun buatan sendiri di rumahnya di Kampung Lubok Gong di Rantau Panjang, dua hari lepas.
Kejadian itu merupakan yang pertama dilaporkan berlaku di Kelantan setelah tiga hari umat Islam berpuasa.
Mohd Fikri Harun berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 petang pada hari pertama berpuasa ketika dia dan tiga rakan mahu membakar mercun yang mereka buat sendiri.
“Mercun itu dibuat saya dan rakan-rakan menggunakan batang paip dan diletakkan karbid di dalamnya dan ketika saya membakarnya mercun itu terus meletup,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wad Anggerik Hospital Raja Perempuan Zainab Dua (HRPZII) di sini hari ini.
Letupan itu menyebabkan jari dan tangan kirinya mengalami pendarahan teruk, kata pelajar Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang itu. Bagaimanapun rakannya tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri.
Ketika kejadian ibu dan bapa Mohd Fikri tiada di rumah dan dia dihantar ke Hospital Lati Pasir Mas oleh jirannya sebelum dipindahkan ke HRPZII kira-kira pukul 9 malam berikutan kecederaan parah di tangannya itu.
— BERNAMA

Kuota subsidi diesel bas ekspres naik sehingga 9,000 liter
03/09/2008 5:37pm

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kabinet hari ini bersetuju supaya kuota subsidi diesel untuk bas ekspres sepanjang musim perayaan bermula 15 September ini hingga 15 Oktober depan dinaikkan sehingga 9,000 liter berbanding hanya 2,500 liter sebelum ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, langkah itu diharap mampu menggalakkan pengusaha bas menyediakan lebih banyak bas-bas tambahan bagi menampung permintaan yang meningkat sepanjang musim perayaan tidak lama lagi.
``Kerajaan dijangka mengeluarkan tambahan peruntukan antara RM100 juta hingga RM150 juta bagi menyediakan subsidi diesel untuk bas ekspres sepanjang tempoh sebulan itu,'' katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran saluran berita internet secara langsung Pertubuhan Berita Nasional, Bernama Web TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.- Utusan.

Melati binti Abdul Majid said...

no:26

Assalamualaikum Dr.Radiah...

Sebelum saya memberi pendapat dengan lebih lanjut, saya ingin berkongsi dengan semua maksud kata ganti nama diri orang.

Kata Ganti Nama Diri Orang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga, seperti:

i) kata ganti nama diri orang pertama:saya, aku, beta, patik, kami, dan kita.

ii) kata ganti nama diri org kedua:
anda,engkau,awak, dan kamu

iii)kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, mereka, dan -nya.

Sebenarnya Dr.Radiah,

Kata Ganti Nama Orang ketiga -nya boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya:

Contohnya, Lapisan ozon sesunngunnya semakin menipis.

Berbalik kepada soalan Dr. Dia dan beliau adakah sama dengan she dan he, dan nya sama dengan she dan he

contoh ayat:
MELAKA 3 Sept — UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menyemarak kegiatan membela rakyat di semua peringkat dalam usaha memperkukuh semula parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata antara kegiatan yang perlu dilaksana segera ialah membela rakyat miskin mengikut kandungan Bajet 2009 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat Jumaat lepas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_02.htm 3/9/08

Beliau dalam ayat di atas adalah untuk merujuk kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan jika dalam bahasa Inggerisnya menjadi He. Sememangnya bukan She kerana Datuk Seri Mohd Ali Rustam merupakan seorang lelaki.
Contoh ke2:
Kalaulah dia jadi berumatangga dengan Muhammad Yusuf dulu.
Terjemahannya: If she had set up house with Muhammad Yusuf before.
Rujukan: Lalitha Sinha, The Other Salina A.Samad Said’s Masterpiece in Translation,Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia,2006.
Jelaslah bahawa dia dan beliau boleh digunakan untuk she dan he mengikut kesesuaian konteks ayat yang cuba disampaikan TETAPI tidak terhad kepada penggunaan she, dan he sahaja. Nya boleh membawa maksud ‘the’ dan juga Tuhan.

Begitu juga dengan nya sama dengan she dan he.
Contoh ke 3:
Teks sumber: Tak ingatlah… Yang ingat nama buku-bukunya
Teks sasaran: I can’t remember. But I remember the titles of the books.
Ayat di atas -nya di sini membawa maksud the.
Contoh ke 4
Teks sumber: Dan tiada seorang pun yang menyerupai-Nya
Teks sasaran: And no one can be likened to Him.
-Nya di atas merujuk kepada Him. Namun begitu Him di atas bukan bermaksud lelaki atau jejaka kacak tetapi adalah Tuhan Yang Maha Esa.
Rujukan: Lalitha Sinha, The Other Salina A.Samad Said’s Masterpiece in Translation,Pulau Pinang, Penerbit Universiti Sains Malaysia,2006

Sekian, wabbilah hi taufiq walhidayah wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


MELATI BINTI ABDUL MAJID
NO.RUJUKAN 26
NO.MATRIK 92062

Cool Mama said...

Bahasa Melayu mempunyai lebih daripada satu jenis kata ganti diri untuk merujuk kepada ’you’dalam bahasa Inggeris. Hal ini adakalanya boleh menimbulkan masalah sekiranya tidak digunakan pada tempat yang betul.

Pada pandangan saya, penggunaan kata ganti nama diri ‘awak’, ‘kamu’,’engkau’, ‘anda’ dan sebagainya harus dilihat berdasarkan kesesuaian konteks.’Anda’ merujuk kepada orang yang dituju cakap yang lazim digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat secara formal seperti dalam ucapan, teks dan bentuk komunikasi satu hala seperti dalam iklan, yakni yang tidak memerlukan sebarang jawapan atau tindak balas para pendengar atau pembaca.

Kata ganti diri ’kamu’ pula boleh digunakan dalam bentuk komunikasi dua hala dan satu hala. Contohnya, apabila seorang guru memberi ucapan kepada murid-muridnya. Fungsi ’kamu’ dalam situasi ini adalah sama seperti ’anda’. Bagaimanapun, dalam bentuk komunikasi dua hala seperti dalam perbualan, penggunaan ’kamu’ dilihat lebih formal dan jarang digunakan dalam pertuturan seharian terutama sekali dengan rakan sebaya.

Berbeza halnya dengan kata ganti diri ’awak’ yang dilihat lebih santai dan kurang formal. ’Awak’ dan ’engkau’ biasanya digunakan dalam perbualan dengan pihak yang sama tingkat tarafnya seperti rakan-rakan. Justeru, apabila pelajar menggunakan kata ini dengan gurunya atau golongan yang lebih tua dan lebih dihormati, maka dia boleh dianggap sebagai biadap serta tidak menjaga kesantunan bahasa.

Seterusnya, kata ganti nama diri ’he’ dan ’she’ pula merujuk kepada ’dia’ yang membezakan jantina. Oleh kerana budaya Malaysia amat mementingkan kesantunan bahasa dan setiap golongan memiliki tingkat status tertentu dalam masyarakat, maka lahirlah kepelbagaian dalam penggunaan kata ganti nama diri bagi membezakan tinggi rendahnya sesuatu golongan itu. Perhatikan perbezaan di antara penggunaan ’beliau’ dan ’dia’dalam contoh dibawah:

1. Beliau-
Sebilangan penyokong Hillary kelihatan sedang mengesat air mata ketika beliau membentangkan usul berkenaan, manakala penyokong Obama daripada keturunan Afrika Amerika turut menangis menyaksikan detik bersejarah itu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20080828233309/Article/

2. Dia-
Bukan kerana serik ataupun ada perasaan tidak puas hati tersemat di dalam hati. Sebaliknya, Faizal memberikan alasan yang cukup ringkas iaitu dia ingin memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya nyanyian yang amat dicintainya itu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20080903091254/Article/

Kedua-dua ganti nama diri di atas hanya diterjemahkan sebagai ’she’ dan ’he’ dalam bahasa Inggeris.

Penggunaan ’nya’ pula biasanya merujuk kepada kepunyaan pelaku atau subjek yang telah disebut dalam ayat yang hadir sebelumnya. Justeru, pembaca atau pendengar sedia maklunm bahawa ’nya’ merujuk kepada siapa. Dalam bahasa Inggeris, ’nya’ boleh diterjemahkan sebagai ’her’ atau ’his’ yang bermaksud ’kepunyaannya’ bagi merujuk jantina. Perhatikan contoh dibawah,


(a) BAKAT pengacaraan penyanyi Faizal Tahir terserlah di pentas program realiti Gang Starz. Kebolehannya berkomunikasi dalam dwi bahasa serta kelincahannya dalam mengendalikan acara membuatkan ramai yang mengagumi bakat terpendam bapa kepada dua cahaya mata ini.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20080903091254/Article/

(b) Dia sendiri masih ingat betapa matanya terpaku setelah melihat kelibat seorang wanita yang menuruni tangga ketika menghantar adiknya ke kelas tuisyen pada satu ketika dulu. Dia mengagumi wanita itu dan hari-hari seterusnya menyaksikan dia berusaha mengenali hati budinya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Hip/20080901073824/Article/

Jika diperhatikan kedua-dua contoh di atas, wujud perbezaan dari segi kesan dalam pengguanaan ’nya’. Dalam (a) jelas sekali bahawa ’nya’ merujuk kepada seorang lelaki yang telah disebut sebelumnya, iaitu Faizal Tahir. Dalam keadaan ini, mudah bagi penterjemah untuk menterjemahkannya sebagai ’his’. Bagaimanapun, dalam (b) tidak dinyatakan secara langsung ’nya’ itu merujuk kepada siapa. Pembaca hanya dapat meneka jantina pelaku berdasarkan keseluruhan konteks yang dibawanya.

(Sri Ramona Ahmad)
no ruj:49

cHochoLate fActoRy said...

Assalamualaikum Dr...

Pada pendapat saya, padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu bagi ‘she’ dan ‘he’ sebenarnya bergantung kepada konteks ayat selain status seseorang itu. Kedudukan sosial dan status juga perlu diambil kira. Sama ada mereka orang-orang berpangkat, orang yang lebih muda daripada kita ataupun orang yang lebih tua daripada kita, cara kita menggunakan perkataan apabila berhubung dengan mereka menunjukkan rasa hormat terhadap orang tersebut. Oleh yang demikian adalah wajar untuk kita menggunakan kata ganti nama yang sesuai apabila berhubung dengan orang-orang tertentu. Apa yang membezakan tentang penggunaan ‘dia’ dan ‘beliau’ sebagai padanan bagi ‘she’ dan ‘he’ ialah kedudukan sosial seseorang itu dalam masyarakat. Selain itu, apabila merujuk kepada ‘she’ seharusnya orang itu adalah seorang perempuan begitu juga apabila merujuk kepada ‘he’ yang merujuk kepada seorang lelaki. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan ‘she’ dan ‘he’ kerana ‘dia’ dan ‘beliau’ tidak dapat menunjukkan kedua-dua penanda perbezaan gender ini. Mengikut tatabahasa bahasa Melayu, perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ merupakan kata ganti nama diri ketiga. Manakala ‘she’ dan ‘he’ tidak mempunyai fungsi khusus seperti ‘dia’ dan ‘beliau’.Contoh penggunaanya adalah seperti berikut:

i) ‘SHE’

She was singing in bars at the age of just eight to try to make ends meet, often earning twenty dollars between midnight and two in the morning when the bar had closed but the people remained

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Shania_Twain

ii) ‘HE’

Gilani's spokesman initially said he was in the hit vehicle but later declined to confirm that, amid the confusion surrounding the shooting in Rawalpindi, the garrison town home to Pakistan military headquarters.

Sumber: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/AfpNews/080903145433.lc951kqr.txt/afp

Jika merujuk kepada kedua-dua contoh di atas penggunaan ‘she’ dan ‘he’ hanya memberitahu perbezaan jantian tanpa memberitahu status atau kedudukan sosial seseorang itu. Oleh yang demikian, jika perkataan ‘she’ dalam contoh i) dicarai padanan, maka padanan yang sesuai ialah ‘dia’ kerana dalam konteks ayat tersebut,orang yang diperkatakan itu terdiri daripada kalangan orang biasa. Walau bagaimanapun, bagi contoh ii) padanan yang sesuai adalah ‘beliau’ bukan ‘dia’ kerana orang yang diperkatakan itu adalah orang yang mempunyai kedudukan sosial yang lebih tinggi dalam masyarakat.

iii) ‘DIA’

Antara karya-karya Afdlin yang mendapat perhatian ialah Buli, Buli Balik, Baik Punya Cilok dan Sumolah. Ternyata rezeki pengarah berbakat besar ini terutama dalam pembikinan filem sukar dinafikan.

Bukan sahaja sibuk mengarahkan karya-karya terbarunya malah, dia juga mempunyai rancangan bekerjasama dengan dua lagi pengarah terkenal sebuah filem

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_10.htm

iv) ‘BELIAU’

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata surat yang diedarnya bagi mendapatkan tandatangan Ahli Parlimen dari Sabah bukan untuk membolehkan beliau bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti Disember ini. Beliau berkata, surat itu untuk mengumpul tandatangan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Nasional/20080903080915/Article/index_html

Jika dilihat kepada contoh-contoh di atas, dalam konteks bahasa Inggeris tiada konsep seperti dalam bahasa Melayu yang membataskan penggunaan perkataan apabila berhubung dengan seseorang. Dalam contoh iv),‘beliau’ digunakan kerana ia merujuk kepada orang yang lebih tinggi kedudukan sosialnya dalam masyarakat berbanding dengan contoh iii) yang hanya dirujuk dengan penggunaan kata ‘dia’ kerana kedudukan sosialnya dalam masyarakat adalah orang biasa. Walau bagaimanapun, jika diterjemah ‘dia’ dan ‘beliau’ tersebut ke dalam bahasa Inggeris, padanannya tetap sama-‘he’ yang hanya merujuk kepada jantina tanpa merujuk perbezaan kedudukan sosial atau status dalam masyarakat.

Merujuk kepada ‘her’, ‘him’ dan ‘–nya’, ketiga-tiganya merujuk kepada fungsi “kepunyaan”. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pengunaan kata ‘-nya’ tidak menunjuk perbezaan jantina berbeza dengan ‘her’ dan ‘him’ yang menunjukkan perbezaan jantina. Contohnya,

‘HER’

That led to her first recording contract with entertainment lawyer Richard Frank, whereupon she changed her name to Shania [Sha-nye-uh] an Ojibwa word which means "On my way".

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Shania_Twain
‘HIS’

During the course of 'N Sync's existence Timberlake developed into a major celebrity in his own right, and as a song-writer his reputation also increased, being writer or co-writer of all three singles from Celebrity.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Justin_Timberlake:

‘-NYA’

Beberapa buah bukunya jatuh di atas jalan. Kamarul mengutip semula buku-buku teks perubatannya.

Sumber : http://nizamzakaria.diaryland.com/gi10.html

Nama:Nurizyan Ayuni Harun

No. Rujukan: 40

MatMetZat said...

Assalamualaikum, Dr. Radiah yang dikasihi...

Pada pandangan saya di dalam bahasa Melayu tidak terdapat rujukan kata ganti yang melambangkan lelaki atau perempuan. Biasanya dalam bahasa Melayu hanya menggunakan perkataan 'dia' untuk merujuk kepada sama ada lelaki atau perempuan.

Manakala 'beliau' menurut kamus Dewan adalah:

kata ganti diri ketiga utk orang yg lebih tua atau yg dihormati: Pak cik saya berpangkat besar tetapi beliau tidak sombong.

Pada pendapat saya DIA dan BELIAU sama dengan SHE dan HE tetapi ianya adalah merujuk kepada konteks ayat.Sekiranya ayat itu kita bercakap dengan orang yang lebih tua atau yang dihormati kita akan menggunakan 'beliau' tidak kiralah sama ada perempuan atau lelaki. Dan penggunaan kata 'dia' adalah untuk kawan-kawan dan sebagainya atau orang yang sama tarafnya dengan kita.

Begitu juga dengan perkataan NYA dengan HER dan HIS. Bagi saya ianya adalah sama, kerana dalam bahasa Melayu tiada kata ganti diri yang merujuk kepada lelaki atau perempuan jadi perkataan -NYA digunakan untuk merujuk sama ada lelaki atau perempuan.

Ini hanyalah pendapat saya, kalau salah jangan marah.


(28) MOHD AMIR AIZAT BIN SAINON

fazilah said...

komen....

Sudah tentu agak sukar untuk membezakan dan melakukan persamaan antara kata ganti nama diri Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Dua budaya yang berbeza bagaimana untuk disatukan atau diselaraskan dalam budaya yang lain??. YA.. kadang kala mengikut konteks sosiolinguistik ayat tertentu DIA dan BELIAU padanannya ialah SHE dan HE. Begitu juga dengan NYA yang sama dengan HER dan HIS..

SHE dan HE menunjukkan gender lelaki(HE) dan perempuan(SHE). Dalam konteks ini dalam Bahasa Melayu padanan yang dirasakan sesuai ialah DIA. Tetapi maklumat sebenar gender tidak dapat disampaikan sehingga kita membaca atau memahami keseluruhan konteks ayat tersebut.

Tetapi dalam bahasa melayu DIA dan BELIAU tidak menunjukkan gender seseorang.

Contoh ayat:

Contoh 1 : beliau
Minyak akan turun lagi Sejajar trend penurunan harga global

Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Menurutnya, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak global pada masa ini.
Sumber:www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Contoh 2: -nya
Jennifer Aniston dalam 30 Rock
Sekian lama mendiamkan diri dalam dunia televisyen, Jennifer akan kembali menghiburkan para peminatnya yang mungkin merindui kehadiran dan pesonanya di kaca televisyen.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Contoh 3: dia
Ambil iktibar sejarah silam
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku mengakui dia pasti teringat keperitan perjuangan nenek moyangnya apabila tibanya bulan kemerdekaan.
sumber: http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/CoverStory/20080831083402/Article/index_html

Contoh 4: she,her
Missing Boy's Family Upset Over Seemingly Lack Of Police Action September 03, 2008 21:16 PM

Asmawi's mother, Rosita Mat Hassan, 50, said she was resigned to thinking that the case of her missing son was no longer given any attention by the police.
"Now the police do not even come to enquire from us," she said when met at the family home in Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, here.
sumber: http://web7.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=356997


Merujuk kepada contoh-contoh ayat yang diberikan, boleh dikatakan bahawa perkataan BELIAU digunakan kepada mereka yang mempunyai gelaran kehormat dan bukanlah untuk orang biasa. Manakala perkataan NYA pula boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat tidak kira taraf sosial seseorang.
Mengenai terjemahan HER atau HIS, ya, perkataan NYA dan BELIAU boleh digunakan sebagai padanannya mengikut konteks yang tertentu.
Peringatan!!!
HER dan HIS memang padanan yang sesuai ialah NYA. Tetapi HER dan HIS tidak sentiasa terjemahannya menjadi BELIAU. hmm.. fikir-fikirkan...

Selain itu satu perkara yang dapat saya rasakan ialah kata nama (noun) dan kata ganti nama diri(pronoun) dalam Bahasa Inggeris mempunyai sedikit kelemahan dari segi menunjukkan taraf sosial atau kesantunan berbahasa. Manakala Bahasa Melayu ternyata lebih manis penggunaan kata nama dan kata ganti nama diri. Hal tersebut merupakan satu perkara yang sangat berharga dalam Bahasa Melayu. Bak kata pepatah Bahasa Jiwa Bangsa

peringatan!!!
Tapi ingat dalam konteks tertentu terutamanya –NYA yang merujuk kepada ALLAH S.W.T. bukan bermaksud HIS atau HER… HE @ SHE..

komen lagi..

ANDA ??
Bilakah sebenarnya kata ganti nama diri anda sesuai digunakan? dalam konteks apa? bagaimana anda digunakan dalam sesuatu ayat? dan lain-lain. Ermm…. ???

Alangkah manisnya dan boleh dikatakan sopan jika saudara Adam mengekalkan penggunaan kata nama ‘ Dr. ‘ dan bukannya ‘anda’. Hal ini sebagai penghormatan kepada seseorang yang telah diberikan gelaran kurniaan ikhtisas dalam masa yang sama turut menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Tambahan pula Dr. Radiah juga merupakan seorang tenaga pengajar. Oleh itu perlulah menghormatinya kerana sanggup mengajar dan memberikan ilmu kepada kita. Dalam erti kata yang lain ialah rasa hormat seorang anak murid kepada gurunya.Bukan untuk mengampu Dr. tapi betulkan?? memanglah semua manusia sama dan apa ada pada nama kerana semuanya sama disisi tuhan melainkan amal ibadant dan kebaikan yang kita lakukan. Tapi.. fikirlah sendiri..

Gelaran Kurniaan Ikhtisas???
Gelaran ini diberikan kepada seseorang kerana kejayaannya dalam bidang akademik atau ikhtisas. Gelaran-gelaran ini adalah seperti berikut:
Profesor, professor Di Raja, Profesor Madya, Doktor, dan Cikgu.

DOKTOR RADIAH BINTI YUSOFF .
Doktor??
Gelaran tersebut untuk laki-laki atau perempuan yang bertaulaih dalam ilmu perubatan dan pergigian, dan juga yang mempunyai ijazh kedoktoran dalam bidang apa-apa sahaja. Dengan gelaran Profesor dan Doktor, Tuan atau Puan boleh digunakan dan diletakkan sebelum gelaran itu, tetapi jika tidak digunakan pun tidak akan menjadi hal. Gelaran-gelaran ini boleh digunakan bersama dengan kurniaan kerajaan dan gelaran warisan.
Gelaran-gelaran Profesor dan Doktor ini dalam bentuk tulisan boleh ditulis seperti berikut:
1) Prof. = Profesor
2) Dr. = Doktor

Buat pengetahuan semua dalam memberikan seseorang kata ganti nama diri perlulah melihat dari sudut sosiolinguistik terlebih dahulu barulah memilih gelaran hormat yang sesuai. Konteks sosiolinguistik yang dimaksudkan adalah eliputi taraf sosial para pengguna bahasa yang terlibat dalam peristiwa bahasa, darjah rapat atau tidaknya hubungan antara pihak-pihak berkenaan, suasana persekitaran peristiwa bahasa yang berkenaan dan judul yang dipercakapkan.

Kata ganti nama (pronoun)
Bentuk kata yang yang tugasnya menjadi pengganti pada kata nama. Contohnya: saya, dia dan apa.

Kata ganti nama diri (personal pronoun)
Bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti pada kata nama orang. Contohnya: saya, anda dan mereka

sampai sini sudah la yerk..sekian, terima kasih
Nor Fazilah Binti Ariffin (34)
Sumber: Nahu Melayu Mutakhir
Tatabahasa Dewan edisi Baharu

Bharathi@Shaga said...

Pada pendapat saya, 'dia' dan 'beliau' boleh disamakan dengan 'she' dan 'he' kerana keempat-empat perkataan tersebut merujuk kepada orang ketiga serta membawa konsep yang sama. Walau bagaimanapun, terdapat juga perbezaan dalam konsep perkataan tersebut apabila dibandingkan dari aspek bahasa. Misalnya, dalam perkataan bahasa Inggeris, 'she' merujuk kepada jantina perempuan manakala 'he' pula merujuk kepada jantina lelaki. Di sebaliknya, dalam bahasa Malaysia, konsep 'dia' merujuk kepada orang ketiga secara umum, sama ada lelaki atau perempuan.
Selain itu, konsep 'beliau' dalam bahasa Malaysia pula merujuk kepada orang kehormat atau berpangkat lebih tinggi dalam sesebuah komuniti secara umum sama ada lelaki atau perempuan misalnya Datuk atau Tun. Dalam bahasa Inggeris, tiada perkataan khusus yang digunakan untuk merujuk kepada orang yang ternama atau kehormat. Walau bagaimanapun, padanan 'she/he' dengan 'beliau' memang tepat kerana ketiadaan perkataan lain dalam bahasa Inggeris yang dapat membezakan taraf seseorang dalam masyarakat.
Misalnya, dalam contoh dibawah, 'beliau' merujuk kepada Timbalan Pendaftar USM, iaitu seorang yang memang mempunyai pangkat dalam komuniti USM. Jadi, perkataan 'beliau' adalah lebih sesuai daripada ''dia' dalam konteks ini. Sekiranya 'beliau' diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, padanan yang paling sejadi pula ialah 'he'. Hal ini kerana Timbalan Pendaftar tersebut adalah seorang lelaki dan tiada perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat menunjukkan bahawa orang itu mempunyai pangkat.

CONTOH:

Sementara itu, Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah, dalam kenyataannya berkata pemilihan universiti itu sebagai Universiti Apex akan menjadi pendorong utama untuk memartabatkan pengajian tinggi ke peringkat dunia.

Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari.

Bandingkan dengan contoh dibawah, Barack Obama dan Hillary Clinton merupakan orang berpangkat dan ternama di Amerika Syarikat. Perkataan 'he' dan 'she' masing-masing digunakan untuk merujuk kepada mereka. Namun, padanan yang paling sesuai dalam bahasa Malaysia ialah 'beliau' dan bukannya 'dia'.
He went to the mosque. (he dalam konteks ayat ini merujuk kepada Barack Obama)
She learned that no matter who you are or where you're from, if you worked hard and played by the rules, you could provide a good life for your family. (she dalam konteks ayat ini merujuk kepada Hillary Clinton)
(bagi pengesahan, sila rujuk laman web http://www.discoverthenetworks.org/individualProfile.asp?indid=1511 dan http://www.hillaryclinton.com/about/growingup/
dan
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080903234728/Article/index_html

Bharathi@Shaga said...

Dalam hal perbandingan '–nya' dengan 'her' dan 'his' pula, konsepnya juga sama iaitu merujuk kepada sesuatu kepunyaan orang ketiga yang sedang diperkatakan. 'His' di sini membawa konsep seolah-olah terdapat milikan dan hak terhadap orang ketiga itu. Misalnya, 'his' mother dalam ayat di bawah merujuk kepada ibu Obama dan bukannya ibu orang lain. Konsep yang sama juga diaplikasikan kepada 'her'. Konsep '–nya' pula boleh berfungsi sebagai penekan dan pembenda (Tatabahasa Dewan,2006:104). Sifat penekan lebih kepada milikan manakala pembenda pula merujuk kepada orang ketiga yang diperkatakan buat kali kedua.

CONTOH:

His mother Anna, as Obama describes her in his 1995 memoir Dreams from My Father: A Story of Race and Inheritance, was "a lonely witness for secular humanism, a soldier for New Deal, Peace Corps, position-paper liberalism."

"USM menjadi pusat kepakaran serantau bagi pendidikan lestari dengan adanya Pusat Latihan Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak 2005. Ini adalah pengiktirafan yang besar kepada USM dan ia kejayaan seluruh warga kampus, apalagi dalam sambutan 40 tahun universiti," katanya.

Anonymous said...

Hai, kenapalah ada insan yang keliru dengan penggunaan kata ganti nama ni…
Walau bagaimanapun untuk tugasan kali ini, saya merujuk data daripada buku tatabahasa dewan sahaja. (maafkan saya Dr,malangnya capaian internet di bilik saya terhad dan tahap kesihatan saya pun terhad untuk berjalan keluar).
Perbezaan wujud pada kata ganti nama DIA dan BELIAU itu sendiri kerana lazimnya penggunaan DIA lebih merujuk kepada orang yang terdekat dan taraf sosialnya hampir sama tetapi BELIAU merujuk kepada orang yang lebih dihormati dan darjatnya mungkin lebih tinggi dalam kelompok masyarakat setempat. Dia bila diterjemahkan dalam bahasa Inggeris memang akan menjadi SHE dan HE malah jika diikutkan sistem panggilan masyarakat barat,mereka akan menggunakan SHE dan He juga untuk merujuk BELIAU. Hal ini memang sukar saya jelaskan kerana saya kekurangan data untuk menyokong. Tetapi, jika tidak silap masyarakat barat tiada panggilan sopan untuk merujuk ibu bapa mereka malah daripada tontonan cerita Inggeris misalnya daripada filem MUMMY 3 , apabila pelakon anak memanggil ayahnya(Brendan Fraser) dia menggunakan panggilan nama je bukan merujuk Ayah atau bapa atau DAD dan Father. Dan semasa pelakon anak bercakap dengan emaknya, dia menggunakan kata ganti diri HE untuk merujuk ayahnya. Persoalan yang saya sendiri kurang pasti. Untuk NYA biasanya digunakan untuk penekan dan pembenda contoh yang terdapat dalam buku tatabahasa Dewan seperti : sesungguhnya,nampaknya,lajunya dan sebagainya.
Di sini saya boleh jelaskan NYA tidak boleh merujuk HER dan HIS kerana fungsi NYA berbeza daripada HER dan HIS. HER dan HIS digunakan dalam ayat sekiranya berlaku pengulangan maklumat SHE atau HE pada ayat tersebut.

Bharathi@Shaga said...

ARGH! Dr.Radiah...
i terlupa nak masukkan nama penuh dengan no.rujukan pada komen saya! Minta maaf Dr.! Nama saya Vijeye Bharathi A/P Jeganathan (no rujukan:57)

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,maaf terlalu panik sebab baru dapat online,
Madziah Binti Mat Bunut(92060/24)
Kumpulan tutorial Sintaksis Kumpulan 1/Semantik- kumpulan 3
Saya letak sekali lagi jawapan saya ye Dr.
Walau bagaimanapun untuk tugasan kali ini, saya merujuk data daripada buku tatabahasa dewan sahaja. (maafkan saya Dr,malangnya capaian internet di bilik saya terhad dan tahap kesihatan saya pun terhad untuk berjalan keluar).
Perbezaan wujud pada kata ganti nama DIA dan BELIAU itu sendiri kerana lazimnya penggunaan DIA lebih merujuk kepada orang yang terdekat dan taraf sosialnya hampir sama tetapi BELIAU merujuk kepada orang yang lebih dihormati dan darjatnya mungkin lebih tinggi dalam kelompok masyarakat setempat. Dia bila diterjemahkan dalam bahasa Inggeris memang akan menjadi SHE dan HE malah jika diikutkan sistem panggilan masyarakat barat,mereka akan menggunakan SHE dan He juga untuk merujuk BELIAU. Hal ini memang sukar saya jelaskan kerana saya kekurangan data untuk menyokong. Tetapi, jika tidak silap masyarakat barat tiada panggilan sopan untuk merujuk ibu bapa mereka malah daripada tontonan cerita Inggeris misalnya daripada filem MUMMY 3 , apabila pelakon anak memanggil ayahnya(Brendan Fraser) dia menggunakan panggilan nama je bukan merujuk Ayah atau bapa atau DAD dan Father. Dan semasa pelakon anak bercakap dengan emaknya, dia menggunakan kata ganti diri HE untuk merujuk ayahnya. Persoalan yang saya sendiri kurang pasti. Untuk NYA biasanya digunakan untuk penekan dan pembenda contoh yang terdapat dalam buku tatabahasa Dewan seperti : sesungguhnya,nampaknya,lajunya dan sebagainya.
Di sini saya boleh jelaskan NYA tidak boleh merujuk HER dan HIS kerana fungsi NYA berbeza daripada HER dan HIS. HER dan HIS digunakan dalam ayat sekiranya berlaku pengulangan maklumat SHE atau HE pada ayat tersebut.

tee li ling said...

Tee Li Ling (53) 92093

Salam sejahtera, Dr. Radiah

Pada pendapat saya, dalam bahasa Malaysia, perkataan DIA dan BELIAU tidak mempunyai perbezaan besar. Mereka mempunyai fungsi yang agak sama, iaitu merujuk kepada pihak ketiga dan berada dalam golongan kata nama ganti ketiga. DIA selalu digunakan untuk merujuk kepada sesiapa sahaja yang merujuk kepada pihak ketiga. Manakal BELIAU pula merujuk kepada orang yang lebih tua , berjawatan tinggi atau orang yang dihormati. Kedua-dua perkataan ini tidak menunjukkan apa-apa perbezaan jantina untuk menunjukkan seseorang individu.

Contoh1:
STOCKHOLM: Seorang wanita tua yang salah faham mengenai arahan ketika memeriksa masuk di lapangan terbang utama Sweden ditarik masuk menerusi laluan bagasi selepas dia melekatkan tali pinggang kepada dirinya, bukan kepada bagasi seperti diarahkan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/r?bodytext=dia
Contoh 2:
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej hari ini menegaskan bahawa beliau tetap tidak akan meletakkan jawatan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/r?bodytext=beliau

Lain pula dalam bahasa Inggeris, SHE dan HE merupakan perkataan yang merujuk kepada pihak ketiga, namun ia menunjukkan perbezaan yakni SHE merujuk kepada wanita dan HE merujuk kepada lelaki. Berlainan daripada bahasa Malaysia, SHE dan HE tidak merujuk kepada pangkat atau jawatan.

Contoh 1:

Samuel J. Dass isn’t one to sit idle as he juggles the roles of sitar player, teacher and concert organiser.

http://star-ecentral.com/

Contoh 2:

FAMOUS Chinese actress Gong Li has apparently become a Singapore citizen as she was slated to collect a pink IC at a national citizenship ceremony at the republic's Supreme Court, reported Sin Chew Daily.
http://clovetwo.com/pitstop/



Dalam bahasa Malaysia, -NYA bermaksud sesuatu benda yang merupakan kepunyaan seseorang. Di sini juga tidak mempunyai apa-apa makna lain yang merujuk kepada jantina. Tidak kira lelaki atau wanita, apabila hendak memerihalkan kepunyaan seseorang, kita akan menggunakan NYA.

Contoh:
SEMPENA kehadiran Ramadan tahun ini, Cik Normah dengar cerita, ada seorang artis bukan beragama Islam yang mengambil peluang untuk sama-sama berpuasa. Khabarnya, dia kini berlatih menunaikan ibadat itu untuk masa depan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/r?bodytext=dia


Dalam bahasa Inggeris, HIS dan HER bermaksud kepunyaan seseorang. Perbezaannya adalah ia menunjukkan jantina. HIS untuk lelaki dan HER untuk wanita.

Contoh 1:

Liverpool captain Steven Gerrard is on course to be fit for his side’s clash against Premier League rivals Manchester United later this month.

http://football.thestar.com.my/

Contoh 2:

Lindsay Lohan should be ashamed of herself for skipping her grandfather's funeral services over the weekend to go shopping!

http://galaxieblog.com.my/blog/permalink.asp?id=1502

LSY - KDC said...

Selamat sejahtera Dr:


Dalam sistem tatabahAsa bahasa Melayu, perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ merupakan kata ganti ketiga yang digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan dan orang yang diperkatakan itu biasanya tidak ada bersama. Yang membezakan diantara kedua-dua perkataan ini,perkataan ‘beliau’ biasanya digunakan untuk merujuk kepada orang yang diberikan pangkat dan gelaran yang tertentu ataupu bertaraf tinggi. Malah perkataan ‘dia’ lazimnya digunakan unutk merujuk kepada orang biasa ataupun masyarakat awam. Tiada berbezaan jantina dalam perkataan ‘dia’ atau ‘beliau’ kedua-dua perkataan boleh digunakan unutk merujuk kepada kedua-dua jantina mahupun lelaki atau perempuan.

Contoh: Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat … Beliau berkata, rasuah politik perlu dikikis kerana ia akan membinasakan bukan saja MCA, malah mana-mana parti politik sekali pun berikutan ia akan menjejaskan kewibawaan pucuk pimpinan yang dipilih nanti, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080902001818/Article/

Contoh 1 (Perempuan) :Selepas musim yang menyaksikan Li menang gelaran di Gold Coast dan hanya terlepas menaiki podium pingat di Olimpik, dia tidak terlalu terganggu dengan kegagalan menyamai kemunculan suku akhirnya di Wimbledon pada 2006.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20080902072420/Article/

Contoh 2(lelaki): Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini. - Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm




Dalam system bahsa melayu juga, perkataan ‘-Nya’ membawa maksud ‘kepunyaan’ benda ataupun objek lain seseorang ataupun sekumpulan orang. Contohnya ayat: Cincin itu dibelikan oleh Johan kepada Amy. Cincinnya berbentuk hati. Dalam ayat ini walaupun cincin itu dibeli oleh Johan, tetapi selepas dihadiahkan kepada Amy, Amy merupakan tuan baru cincin tersebut. Perkataan ‘-Nya’ boleh digunakan oleh kedua-dua jantina. Dan biasanya merujuk kepada manusia.


Contoh 1 (seseorang): Bercerita mengenai ganjaran, kemenangan pingat perak di Sukan Olimpik Beijing, membolehkan Datuk Lee Choong Wei menerima gelaran Datuk dari kerajaan negeri Pulau Pinang manakala jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek turut menerima gelaran yang sama dari kerajaan negeri Melaka.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20080902072731/Article/index_html


Contoh 2 (kumpulan/pasukan): Luiz Felipe Scolari menepis rasa kecewa selepas Chelsea seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menegaskan bahawa pasukannya sudah dalam prestasi mampu memenangi gelaran.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20080902073040/Article/index_html

Dalam tatabahasa English, perkataan ‘he’ dan ‘she’ masing-masing merujuk kepada lelaki dan perempuan. Walaupun jantina telah diklasifikasikan tetapi kedua-dua perkataan tersebut tidak mempunyai perbezaan taraf dan pangkat. Adalah salah jika merujuk seorang lelaki kepada ‘she’ dan merujuk seorang perempuan kepada ‘he’ Adalah tidak dibenarkan dalam hukum bahasa English.

Contoh 1 (he): We will be asking Russia to ensure the full and scrupulous respect of the (cease-fire) plan," he said. "The EU would welcome a real partnership with Russia that is in the interests of all, but it takes two to tango.

http://edition.cnn.com/2008/WORLD/europe/09/01/russia.georgia.summit.sanctions/index.html?iref=mpstoryview

Contoh 2 (she): John McCain's running mate, Sarah Palin, dealt with two startling disclosures Monday. She announced that her 17-year-old unmarried daughter is pregnant and plans to keep the baby.
http://edition.cnn.com/2008/POLITICS/09/01/palin.daughter/index.html



Perkataan ‘his’ atau ‘her’ merujuk kepada ‘kepunyaan’ lelaki atau perempuan. Perkataan ‘her’ adalah merujuk kepada perempuan manakala perkataan ‘his’ merujuk kepada ‘lelaki’. Kedua-dua perkataan ini juga tidak membezakan taraf dan pangkat seseorang.

Contoh 1 (His):Authorities allege Anthony French hired Woods, a longtime resident of the Daleville area who more recently lived in northern California, to kill his wife, who was pursuing a divorce.

http://www.thestarpress.com/apps/pbcs.dll/article?AID=/20080902/NEWS01/809020326/-1/NEWSFRONT2

Contoh 2 (her): A New Castle woman might add to her already lengthy criminal record after striking two parked vehicles while allegedly driving drunk, then leading police on a 10-block chase.

http://www.thestarpress.com/apps/pbcs.dll/article?AID=/20080902/NEWS01/809020327/1002/rss

Loo Shi Yao
No. 23
HBT 213

kit ying said...

tan kit ying (52)
salam sejahtera Dr Radiah,
Pada pendapat saya, kata ganti diri ketiga 'dia' dan 'beliau' membawa maksud yang sama tetapi perlu digunakan mengikut situasi. 'dia' biasanya digunakan dalam pertuturan untuk menjelaskan pihak ketiga yang mempunyai taraf yang sama atau lebih rendah daripada kita. Dalam kamus Dewan edisi keempat, 'beliau' merupakan kata ganti diri ketiga dan biasanya digunakan untuk orang tua atau orang yang dihormati.

Contoh 1: 'dia' yang makan nasi itu, bukan Ali.
Contoh 2: Encik Ahamd merupakan presiden kelab alam persekitaran. 'Beliau' seorang yang baik dan bertanggungjawab.

Selain itu, kata ganti diri ketiga dalam bahasa Malaysia tidak kira jantina manakala dalam bahasa Inggeris adalah mengikut jantina. Perempuan akan menggunakan 'she' dan lelaki akan menggunakan 'he'.

'Nya' membawa maksud kepunyaan pihak ketiga dalam bahasa Malaysia. 'Nya' digunakan oleh perempuan dan lelaki dalam bahasa Malaysia manakala dalam bahasa Inggeris, 'nya' untuk perempuan ialah 'her' dan 'nya' untuk lelaki ialah 'his'.
Contoh: "Saya rasa kita mesti mengutamakan kepentingan ekonomi," kata Fukuda dalam kenyataannya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

vani said...
This comment has been removed by the author.
vani said...

KALAIVANI A/P MURUGIAH
NO RUJUKAN:16

Pada pendapat saya, she dan he sama dengan dia dan beliau. Tetapi she dan he menunjukan gender iatu she digunakan untuk perempuan dan he digunakan untuk lelaki. Manakala dia dan beliau tidak menunjukan gender. Dia dan beliau boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Di samping itu, HE dan SHE ialah kata ganti nama diri dan digunakan sebagai subjek. Dia ialah kata ganti diri ketiga (untuk menegaskan atau merendahkan) dan beliau juga merupakan kata ganti diri ketiga yang digunakan untuk orang tua atau orang yang dihormati. Begitu juga nya sama dengan her dan his. Nya ialah kata ganti nama diri ke tiga seperti beliau dan dia. Her dan his juga kata ganti nama diri.

Contoh:
Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas. Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

(http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2d06f726-c0a85062-14d774f0-3d374ab7)

Sambil mempertahankan kandungan laporan bersumpah itu, Dr. Mohamed Osman berkata, beliau mahu menyatakan keadaan sebenar berhubung dengan akuan bersumpah tersebut.
(http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_2c30f7cd-c0a85062-14d774f0-db2cfb82)

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong berkata, Anwar cuba menarik perhatian masyarakat di kedua-dua negeri itu dengan sengaja menjadikan tarikh kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan sebagai agenda perjuangannya.
Beliau bagaimanapun yakin rakyat Sabah dan Sarawak matang untuk menilai perilaku Anwar yang disifatkannya sebagai semakin terdesak dalam usahanya menarik Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai pembangkang.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm)

Nurul Syuhada mengatakan sejak tiga bulan kebelakangan ini, barulah dia mengenali lebih dekat Dr Faiz, itupun selepas kejadian kemalangan yang menimpa doktor gigi itu.
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Hip/20080904090930/Article/index_html)

Najib said the statement was wholly Ahmad’s. He stressed that UMNO and the government did not subscribe to such a stand.
(http://thestar.com.my/news/story.asp?file)

A Malaysian man who was on holiday at his sister’s house in Toronto asked for an envelope from his niece but she could not comprehend what he wanted.

(http://thestar.com.my/lifestyle/story/asp?)

But the Canadian-born girl was still puzzled so she went to ask her Malaysian-born mother what her uncle wanted.(http://thestar.com.my/lifestyle/story/asp?)

nurul said...

Nurul Shuhada Kamralan (92078)
No. Rujukan 42

Assalammualaikum Dr,

Berdasarkan Kamus Dewan,edisi keempat;
Beliau - kata ganti diri ketiga (untuk orang yang lebih tua atau yang dihormati)
Biasanya kata ganti nama beliau jelas menunjukkan pangkat dan taraf seseorang dalam kalangan masyarakat Malaysia dan dalam kalangan masyarakat melayu khususnya.

Contoh:
KUALA LUMPUR - Setelah lebih sebulan mengambil sikap berdiam diri, Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya muncul buat pertama kali semalam.
Doktor dari Hospital Pusrawi itu berkata, beliau muncul semalam atas tiga sebab utama iaitu membersihkan nama, mengesahkan akuan bersumpah di dalam laman web Malaysia Today dan menjelaskan punca beliau menghilang diri.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm)

Dalam contoh ini, ‘beliau’ merujuk Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid kerana mempunyai status dan jawatan sebagai seorang doktor.

Dia – kata ganti diri ketiga (untuk menegaskan dan merendahkan)

Contoh:
"Dia paling suka makan buah kurma, dan pasti makan dua butir setiap kali waktu berbuka.
"Saya sedih dan sayu apabila terpandang buah kurma dan setiap kali berbuka seolah-olah terasa Nurul duduk semeja dengan kami," ujarnya yang ditemui di rumahnya di Kampung Chegar Bedil dekat sini semalam.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm)

Dia dan beliau adalah sama dengan she dan he. Apa yang membezakannya ialah kata ganti bahasa Inggeris seperti she dan he menunjukkan spesifikasi jantina walhal dalam bahasa Melayu tidak terdapat hal demikian. Maka, terdapat sedikit masalah jika mahu menterjemah aspek jantina dari segi kata ganti diri kecuali terdapat nama asal yang membezakan lelaki atau perempuan. Selain itu, penggunaan he atau she juga tidak terhad pada orang biasa. Dalam ayat bahasa Inggeris dan juga dari segi pengucapan, golongan yang bertaraf atau mempunyai jawatan tinggi turut menggunakan kata ganti he dan she.

Contoh:
John McCain is a maverick who has now done what mavericks almost never do: win. And now he must lead a party while maintaining his independence from it.
It’s a dilemma, but McCain attempted to resolve it by facing it head on. “I don’t work for a party,” he said. “I don’t work for a special interest. I don’t work for myself. I work for you.”
(http://news.yahoo.com/s/politico/20080905/pl_politico/13182)


Manakala, penggunaan –nya merujuk kepada keupayaan seseorang serta digunakan oleh semua tanpa mengira jantina. ‘-nya’ adalah sama dengan his dan her yang menunjukkan keupayaan tetapi masih mengekalkan perbezaan jantina.

Contoh:
Melihat raut wajahnya, jelas terpancar kesungguhan dan keghairahan mengerjakan ibadah puasa walaupun baru pertama kali menghadapi suasana dan cabaran berpuasa."INILAH detik-detik indah yang dinantikan selama ini. Akhirnya terkabul juga penantian saya untuk menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan."
Baru memasuki bulan kelapan memeluk Islam, inilah kali pertama Mark Iman Malim Abdullah atau nama asalnya, Mark Glenn menunaikan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadan.
Bagi yang pernah menonton program realiti TV, One In A Million (OIAM) musim kedua, pasti sudah dapat meneka siapa gerangan pemuda berusia 24 tahun ini.Peserta top five OIAM 2 ini, mengakui walaupun masih 'kekurangan' ilmu, pendedahan serta pengalaman, dia sebenarnya sangat bersemangat untuk melaksanakan ibadah puasa bersama umat Muslim lain.
Jejaka yang lebih mesra dengan panggilan Mark ini memberitahu, cabaran paling hebat yang harus ditempuhinya ketika berpuasa ialah menahan diri daripada dahaga, berbanding lapar.
"Kalau tak makan, tak mengapa sebab ketika hari biasa pun jadual makan saya tidak menentu kerana sibuk dengan urusan kerja. Tetapi kalau tak minum, terasa tekak begitu kering," katanya ketika ditemui Kosmo! di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mark yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan menganut agama Kristian sebelum ini menyifatkan ibadah puasa merupakan amalan mulia yang penuh berkat.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm)

Contoh:
It was a speech heavy on his service and sacrifice in Vietnam and reasonably light on attacking his opponent. While Barack Obama’s speech at the Democratic National Convention last week in Denver had a number of semi-snide references to McCain’s age, McCain kept his blows above the belt with the possible exception of this, which might have been a reference to Obama’s alleged messianic complex: “I’m not running for president because I think I’m blessed with such personal greatness that history has anointed me to save our country in its hour of need,” McCain said. “My country saved me.”
(http://news.yahoo.com/s/politico/20080905/pl_politico/13182)

Sekian...wassalam..

sun said...
This comment has been removed by the author.
sun said...

Salam sejahtera Dr.,

Walaupun dia, beliau, she dan he juga merupakan kata ganti nama diri ketiga, tetapi keempat-empat perkataan ini hanya sama dari segi makna dan tidak sama dari segi penggunaannya. Dalam bahasa Malaysia, iaitu DIA dan BELIAU, tidak menunjukkan jantina, manakala dalam bahasa Inggeris, SHE dan HE memberi maklumat tentang jantina. Penggunaan DIA dan BELIAU dalam konteks bergantung kepada pangkat atau status seseorang, iaitu apabila merujuk kepada seseorang yang lebih tua atau berpangkat tinggi atau dihormati, kita menggunakan BELIAU, apabila merujuk kepada individu yang biasa, kita akan menggunakan DIA.

Contoh,

1. DIA

Menurut pemain berusia 33 tahun itu lagi, apa juga keputusan yang diambil adalah keputusan bersama, di mana dia tidak akan meneruskan perjuangan tanpa Tan Fook, begitu juga dengan Tan Fook.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

2. BELIAU

Abdullah berkata, pada masa ini beliau masih belum dapat menghubungi Ahmad bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu tersebut.
Beliau bagaimanapun menegaskan apa yang dikatakan oleh Ahmad tempoh hari tidak mewakili suara UMNO atau Barisan Nasional (BN).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

3. HE

He said that as prime minister, he had to "offer only the best deal for the rakyat" even as world prices continued to fluctuate.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/20080905083156/Article/index_html

4. SHE

Hillary Diane Rodham Clinton (born October 26, 1947) is the junior United States Senator from New York, and was a candidate for the Democratic nomination in the 2008 presidential election. She is married to Bill Clinton—the 42nd President of the United States—and was the First Lady of the United States from 1993 to 2001.

http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_Rodham_Clinton

Dalam contoh (1), pihak yang dimaksudkan ialah seorang pemain badminton, maka dia digunakan. Tetapi dalam contoh (2), pihak yang dimaksudkan ialah seorang perdana menteri, maka beliau digunakan.
Bagi contoh (3), he digunakan kerana pihak yang dimaksudkan ialah seorang lelaki. Dalam bahasa Inggeris, kata ganti nama diri digunakan tanpa mengira pangkat seseorang tetapi mengambil kira jantina. Bagi contoh (4) pula, Hillary Diane Rodham Clinton ialah seorang wanita, maka she digunakan.

Bagi –nya, her dan his pula, ketiga-tiganya juga membawa maksud kepunyaan. Namun demikian, -nya digunakan oleh semua tanpa mengambil kira jantina manakala her dan his pula digunakan mengikut jantina. Her digunakan untuk kaum wanita dan his digunakan untuk kaum lelaki.

5. HER

As First Lady of the United States, her major initiative, the Clinton health care plan, failed to gain approval from the U.S. Congress in 1994. In 1997 and 1999, Clinton played a role in advocating for the establishment of the State Children's Health Insurance Program, the Adoption and Safe Families Act, and the Foster Care Independence Act.

http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_Rodham_Clinton

6. HIS

Meanwhile, Mohd Zombri Hamzah, 40, and his wife Rositah Jaafar, 35, welcomed another Merdeka baby saying that they were going to name their baby girl after one of the country's significant figures.

http://www.nst.com.my/Current_News/JohorBuzz/Thursday/Stories/2339234/Article/index_html

7. -NYA

“Saya mahu menumbuk kepalanya sekuat hati,” kata Moore apabila ditanya mengenai lagu yang ditulis oleh Rodney Jerkins itu yang kemudian ditulis untuk Lopez.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20080905075953/Article/index_html

Dalam contoh (5), Hillary Clinton ialah seorang wanita, maka HER digunakan. Dalam contoh (6) pula, pihak yang dimaksudkan ialah seorang lelaki, maka HIS digunakan. Tetapi dalam contoh (7), iaitu dalam bahasa Malaysia, -NYA boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Sekian.


Sim Yen Sun
No. Ruj: 48

heliana said...

Nama: Heliana Jasni
No Rujukan: 12

Assalamualaikum Dr. Radiah,

'He' dan 'She' ialah 'pronoun' iaitu kata ganti nama diri yang merujuk kepada lelaki(he) dan perempuan(she)-mufrad. Dalam bahasa Malaysia, terdapat kata ganti nama diri ketiga iaitu dia dan beliau (mufrad). Dalam persoalan ini, jika ingin disamakan terjemahan 'he' dan 'she' sebagai dia dan beliau-konteks ayat harus dilihat. Terdapat satu lagi kata ganti nama diri ketiga iaitu ia, tetapi jarang dipakai dan sering menjadi persoalan. Dalam konteks ayat untuk terjemahan 'beliau' merujuk kepada seseorang yang telah memberi sumbangan kepada sesuatu atau orang yang berjaya/ternama/dihormati/tinggi tarafnya. 'Dia' pla merujuk kepada sesorang yang umum dan memepunyai status yang sederhana atau seseorang yang rapat/dekat kepada penutur. Seperti dalam contoh dibawah:
Contoh 1
She- She is my teacher.
Terjemahan- dia guru saya .
http://www.wisdom.com.my/wisem2/em2.asp

Contoh 2
Beliau yang berjalan tanpa bantuan tetapi secara perlahan-lahan turut melahirkan rasa kesalnya terhadap berita yang disiarkan dalam akhbar mingguan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm

Untuk 'his' dan 'her' pula, padanan terjemahan yang sering dilakukan oleh kebanyakan laman web terjemahan ialah '-nya'. 'His' dan 'her' merujuk kepada kepunyaan, dan maksud yang sama juga boleh dilihat dalam fungsi '-nya'. Tetapi, dari segi terjemahan ke dalam bahasa Malaysia, ayat terjemahan kepada 'his' dan 'her' perlu mempunyai rujukan kepada jantina pelaku- maka '-nya' tidak boleh dianggap sebagai sama/terjemahan literal bagi 'his' dan 'her'.

Contoh 3:
“Malah, kesihatan saya pulih dengan cepat sekali. Alhamdulillah,” katanya sambil menunjukkan bekas pembedahan jantungnya yang semakin pulih.

terjemahan:
“In fact, my health recovered quickly. Praise To God,” he said while showing his heart surgery mark which is recovering increasingly.

linda86 said...
This comment has been removed by the author.
linda86 said...

Assalamualaikum Dr.Radiah,
1) Adakah ‘dia’ dan ‘beliau’ sama dengan ‘he’ dan ‘she’?
Perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ tergolong dalam kata ganti nama diri manusia. Kata ganti nama terbahagi kepada kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Perkataan ‘dia’ tergolong dalam kata ganti nama diri ketiga. KGND3 ini digunakan untuk merujuk kepada orang biasa sahaja dan bilangan yang dirujuk adalah tunggal.
Manakala, ‘beliau’ merupakan KGND3 juga tetapi digunakan untuk orang yang dihormati sahaja, contohnya ibu bapa, guru-guru, dan pemimpin.
Padanan bagi dia atau beliau dalam bahasa Inggeris adalah ‘he’ dan ‘she’. Dalam bahasa Inggeris, ‘he’ merujuk kepada lelaki (tunggal) dan ‘she’ pula merujuk kepada wanita (tunggal). Dalam BI, kata ganti nama atau ‘pronoun’ digunakan untuk menggantikan kata nama dalam ayat.Pronoun seperti ‘she, he,I,they, them, you’ dan sebagainya.
Contohnya :
1) Kamariah berkata, ketika kejadian, dia mendodoikan cucunya untuk tidur sebelum terdengar bunyi dentuman menyebabkannya bergegas keluar dan mendapati kemalangan berlaku kira-kira 15 meter dari rumahnya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/200809050 94030/Article/index_html

2) Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3723.0

2) Adakah ‘nya’ sama dengan her’ dan his.Bincangkan.
Perkataan ‘-nya’ merupakan kata ganti diri orang ke tiga. Biasanya KGND ini akan digunakan semasa merujuk orang yang diceritakan halnya dan telah dirujuk menggunakan nama pada awalnya. Selain itu, ‘her’ dan ‘his’ turut bersinonim dengan ‘-nya’ yang bersifat kepunyaan.’Her’ dan ‘his’ merujuk kepada orang ketiga yang berjantina perempuan (her) dan lelaki (his). Dalam konteks tertentu, contohnya Agama Islam, jika ingin merujuk kepada Allah SWT, biasanya kita akan menggunakan KGN ‘-Nya’ tetapi dimulakan dengan n berhuruf besar untuk membezakannya rujukan ‘Nya’ itu.
Contoh :

1) Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam.

Terdapat perbezaan rujukan dalam konteks ini iaitu pada perkataan ‘tanggungjawabnya’ yang merujuk kepada manusia tetapi ‘rasul-Nya’ merujuk kepada Allah SWT.

http://www.bukitbesi.net/v7/modules.php?name=News&file=article

Nor Haslinda Ibrahim
No :36
HBt 213

limsiewchin said...
This comment has been removed by the author.
limsiewchin said...

Selamat sejahtera Dr,

Pada pendapat saya,perkataan 'dia', 'beliau' dan 'nya' mempunyai fungsi yang sama. Iaitu perkataan tersebut merupakan kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada pihak ketiga.Perkataan ini hanya berbeza dari konteks sosialinguistik. Iaitu perkataan 'dia' biasanya merujuk kepada pihak ketiga yang merupakan orang umum. Manakala, perkataan 'beliau' juga merupakan perkataan yang merujuk kepada pihak ketiga yang menpunyai nilai sosial yang tinggi iaitu orang yang bersanjung tinggi atau bertaraf tinggi. Bagi perkataan 'nya' pula, perkataan juga merupakan perkataan yang merujuk kepada pihak ketiga tanpa mengambil kira unsur jantina.

Bagi perkataan 'he' dan 'she' dalam bahasa Inggeris pula, perkataan tersebut juga merupakan kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada pihak ketiga. Tetapi, perkataan 'he' dan 'she' tidak dikaitkan dengan status seseorang seperti perkataan 'beliau', di sebaliknya perkataan itu merujuk kepada jantina seseorang. Iaitu, perkataan 'he' merujuk kepada lelaki manakala perkataan 'she' merujuk kepada perempuan. Hal ini agak berbeza dengan kata ganti nama diri ketiga bahasa Melayu yang tidak merujuk kepada jantina seseorang.

Di samping itu, perkataan 'nya' mempunyai fungsi yang sama dengan perkataan 'his' dan 'her' iatu kata ganti nama diri ketiga yang berfungsi sebagai penekan yang menegaskan sesuatu yang hadir sebelumnya atau perkataan yang menunjukkan kepunyaan seseorang.Unsur yang membezakan 'his, 'her' dan 'nya' ialah jantina. iaitu perkataan 'his' merujuk kepada lelaki, perkataan 'her' merujuk kepada perempuan. Di sebaliknya, perkataan 'nya' tidak merujuk kepada jantina seseorang.

Contoh: nya 1
"Ini tahun ke-10 berturut-turut saya meraikan sambutan hari kebangsaan di ibu negara. Tahun ini, sambutannya lebih berwarna warni dan baik walaupun bajet dikurangkan.

Perkataan ‘nya’ dalam konteks ini merujuk kepada perkara yang hadir sebelumnya iaitu sambutan hari kebangsaan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080901002606/Article/

Contoh; nya 2
Anaknya, Nuraina, berkata ayahnya tenat sejak Sabtu lalu apabila jangkitan paru-parunya merebak ke organ lain

Dalam konteks ini , perkataan ‘nya’ merujuk kepada bapa kepunyaan Nuraina.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080901002932/Article/

Contoh: Beliau
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kedudukan kewangan Kerajaan Pas Kelantan berada pada tahap lemah seperti disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2007.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengawal perbelanjaannya walaupun berdepan pelbagai kesukaran dan tidak pernah mengamalkan gaya berbelanja secara tidak berhemat sehingga menjejaskan pentadbiran negeri.

Dalam konteks ini, perkataan beliau merujuk kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080901104425/Article/

Contoh 3: Dia

Schuster berkata dia lebih gemar menunggu sehingga situasi berhubung pemain berkenaan selesai.

Dalam konteks ini, perkataan dia merujuk kepada seorang yang bernama Schuster.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20080901054616/Article/

Contoh: ‘He’

’Jais public relations assistant director Mohd Hidayat Abd Rani said 63 patrons and workers of the hotel pub in Glenmarie, Shah Alam, were rounded up during the raid.
He said seven Muslims, including two women, were brought back to the Jais office where they had their statements recorded
Dalam konteks ini, perkataan ‘he’ merujuk kepada ’Jais public relations assistant director Mohd Hidayat Abd Rani yang berjantina lelaki.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/19/nation/22115461&sec=nation

Contoh: ‘she’
Fida, 16, said she saw the concert promotion banners several days before the event
Dalam konteks ini, perkataan she merujuk kepada Fida yang berjantina perempuan
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/17/nation/20080817155152&sec=nation

Contoh: ‘his’
Ahmad was alleged to have called the Chinese 'pendatang' (immigrants) at a ceramah prior to the Permatang Pauh by-election.
His statement caused a furore and condemnation from various political parties both within the Barisan Nasional and outside.
Dalam konteks ini, perkataan ‘his’ merujuk kepada dia iaitu Ahmad yang berjantina lelaki dan kenyataan yang telah dibuat olehnya.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/5/nation/20080905165907&sec=nation

contoh; ‘her’
Lee Mee Lian, 32, said according to official letters sent to her, she owed about RM1,000 to three local councils, the police and a telecommunication company.
Dalam konteks ini, perkataan her merujuk dia iaitu seorang wanita yang berumur 32 tahun. Iaitu surat rasmi yang hantar kepadanya.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2008/9/5/southneast/1944370&sec=southneast

Lim Siew Chin No. 20

PuNiTa said...

SALAM SEJAHTERA DR.

Mengikut Tatabahasa Dewan(Edisi Baharu), kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua, dan kata ganti nama diri orang ketiga.
1) Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami dan kita
2) Kata ganti nama diri orang kedua: saudara, kamu, awak, engkau, dan anda
3) Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, beliau, mereka, dan –nya.
Terdapat banyak kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Kata ganti nama diri ‘dia’ dan ‘beliau’ boleh dipadankan dengan ‘he’ atau ‘she’ mengikut konteks. Namun, padanan tersebut tidak dapat menggambarkan dengan tepat konsep yang didukung oleh kata ganti nama diri ‘dia’ dan ‘beliau’. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu, tidak menunjukkan aspek gender. Manakala, pronoun dalam bahasa Inggeris menunjukkan aspek gender. Misalnya, ‘he’ merujuk jantina lelaki dan ‘she’ merujuk jantina perempuan.
Selain itu, dalam bahasa Melayu, ‘dia’ dan ‘beliau’ tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya. Hal ini kerana kedudukan sosial dan darjat seseorang diambil kira dalam hal ini. ‘Beliau’ digunakan kepada orang ternama, orang yang mempunyai status tinggi dalam komuniti. Jika, ‘dia’ dan ‘beliau’ diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, padanan yang sesuai ialah ‘he’ atau ‘she’ mengikut jantina kerana tidak ada pronoun yang dapat digunakan untuk membezakan status seseorang seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh berikut.

PENGGUNAAN BELIAU
BANGKOK 5 Sept. - Perdana Menteri, Samak Sundaravej hari ini menyatakan, beliau sedang mempertimbangkan untuk menarik balik perintah darurat di Bangkok walaupun tunjuk perasaan antikerajaan terus berjalan.
Samak telah mengisytiharkan darurat di Bangkok pada Selasa lalu selepas penunjuk perasaan menawan pejabat beliau dan bertempur dengan penyokong kerajaan, menyebabkan seorang terbunuh sementara 43 yang lain cedera.
(sumber:http://www.utusan.com.my)
SELEPAS muncul sebagai pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 pada 9 Ogos lalu menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang, rezeki Rosyam Nor nampaknya semakin melimpah.
Menurut Rosyam, dia berasa gembira kerana dipilih oleh pengeluar produk itu, Alfo Group Sdn. Bhd. yang julung kalinya memilih kalangan artis popular sepertinya sebagai jurucakap produk tersebut.
(sumber:http://www.utusan.com.my)
Dalam contoh di atas, jelas menunjukkan ‘beliau’ dalam ayat di atas untuk merujuk Perdana Menteri, Samak Sundravej yang mempunyai kedudukan soasial yang tinggi. Jika ayat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, padanan yang sesuai ialah ‘he’ kerana Perdana Menteri, Samak Sundaravej merupakan lelaki. Dalam ayat kedua pula, kata ganti nama diri orang ‘dia’ digunakan dan dalam konteks ini perkataan ‘dia’ boleh dipadankan dengan perkataan ‘he’ dalam bahasa Inggeris.

PENGGUNAAN ‘HE’ DAN ‘SHE’
Barack Hussein Obama II is the nominee of the Democratic Party for the office of President of the United States in the 2008 general election. He is the first African American to be a major political party's nominee for this office. His acceptance speech was given August 28, 2008 at the Democratic Convention. Obama is currently the junior United States Senator from Illinois.
(sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Barack_Obama)
Hillary Diane Rodham Clinton (born October 26, 1947) is the junior United States Senator from New York, and was a candidate for the Democratic nomination in the 2008 presidential election. She is married to Bill Clinton—the 42nd President of the United States—and was the First Lady of the United States from 1993 to 2001.
(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_Rodham_Clinton)
Dalam contoh ayat pertama, ‘he’ merujuk kepada Barrack Obama. Oleh itu, padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah ‘beliau’. Dalam ayat kedua, ‘she’ merujuk Hillary Clinton dan perlu diterjemahkan sebagai ‘beliau’ dalam bahasa Melayu. Namun, aspek gender tidak dapat diketahui dengan padanan dalam bahasa Melayu.

PENGGUNAAN -NYA
Bagi penggunaan –nya, digunakan untuk merujuk pelaku yang telah disebutkan pada ayat terdahulu. Merujuk penggunaan ‘–nya’, ‘his’ dan ‘her’, ketiga-tiga ini membawa maksud kepunyaan. Padanan sebagai ‘he’, ‘she’, ‘his’ atau ‘her’ sesuai untuk perkataan ‘-nya’. Namun, penggunaan perkataan tersebut perlu mengambil kira aspek gender dan juga keadaan dan bentuk ayat. Dalam bahasa Melayu, ‘-nya’ boleh dugunakan untuk merujuk kepunyaan lelaki atau perempuan. Manakala, dalam bahasa Inggeris, ‘his’ digunakan untuk lelaki dan ‘her’ untuk perempuan.



PUNITA KASI
No rujukan lama: 42
No rujukan baru: 43

azren said...

Perbezaan dia, beliau, he dan she juga
perbezaan –nya, her, his.

Perbezaan dia, beliau, he dan she
''Apa yang menghalang dia membuka laman web atau saluran lain, kalau sekat Malaysia Today, dia boleh tulis dalam pelbagai bentuk. Jadi, terserah kepada pihak keselamatan yang lebih arif apa yang perlu diambil tindakan. (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_10.htm)

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, beliau kecewa dengan langkah kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina sahaja sedangkan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil yang rata-ratanya daif juga memerlukan bantuan dan perhatian daripada kerajaan negeri.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm)

"It is totally unwarranted and does not reflect the position of Umno or the leadership of Umno as a whole. We regret it very much," he said yesterday after launching the Chery Eastar MPV at a hotel here.
(http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Frontpage/2339528/Article/index_html)

Joan asserted that she had visions from God that told her to recover her homeland from English domination late in the Hundred Years' War. The uncrowned King Charles VII sent her to the siege at Orléans as part of a relief mission. (http://en.wikipedia.org/wiki/Joan_of_arc)

Terdapat perbezaan besar kepada pengguna bahasa melayu dalam penggunaan dia dan beliau. Dia tergolong dalam kata ganti nama diri orang kedua. Manakala beliau pula tergolong dalam kata ganti nama diri ketiga. Beliau selalunya digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang terhormat. Seperti dalam contoh ayat di atas, beliau digunakan untuk merujuk kepada Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Razali Ismail. Manakala penggunaan kata dia pula merujuk kepada seseorang yang tidak rapat dan tergolong pada golongan kiri. Seperti dalam contoh di atas, Raja Petra ialah seorang penulis blog bebas yang selalu menentang dasar kerajaan. Maka dalam laporan berita di atas, kata ganti nama dia digunakan untuk menunjukkan taraf kedudukan seseorang dalam masyarakat.

Penggunaan he dan she pula hanya untuk membezakan sama ada penutur tersebut adalah seorang lelaki atau perempuan. He dan she digunakan sebagai subjek dalam sesuatu klausa. He dan she juga digunakan sebagai pertalian rujukan dalam sesebuah teks atau perbualan.

Sebagai contoh pada ayat diatas iaitu Joan asserted that she had visions from god iaitu merujuk kepada Joan of Arc yang sedang dibincangkan dalam teks tersebut. Begitu untuk perkataan he dalam petikan dia atas iaitu merujuk kepada seseorang pemimpin UMNO yang sedang dilaporkan dalam teks tersebut.

Perbezaan –nya, her, his.

KOTA BHARU 5 Sept. - MCA tetap setia dengan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan mengkaji semula kedudukannya dalam perikatan parti tersebut. Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, parti itu mengamalkan sikap setiakawan dan yakin dengan perjuangan semua parti komponen BN (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm)

Hillary Rodham first attracted national attention in 1969 for her remarks as the first student to deliver the commencement address at Wellesley College
(http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_clinton)

Zachariah had lost his speech at the behest and prophecy of the angel Gabriel,[10] and it was restored on the occasion of Zachariah naming John. (http://en.wikipedia.org/wiki/John_the_Baptist)

Nya adalah kata ganti nama diri ketiga yang juga merujuk kepada sesuatu atau seseorang yang sedang dibincangkan. Sebagai contoh ayat di atas, Kedudukannya merujuk kepada kedudukan Datuk Dr Ng Yen Yen. Jika kata ganti nama diri ketiga ini tidak digunakan, maka ayat akan menjadi lebih panjang dan terdapat unsure pengulangan. Maka nya digunakan untuk menambah kepelbagaian kata dalam sesebuah teks agar tidak membosankan pembaca. Nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda yang akan menjadikan sesuatu perkataan bukan kata nama menjadi kata nama. Sebagai contoh sakitnya bukan kepalang. (Tatabahasa Dewan, 2004).

Perkataan her dan his pula tergolong dalam possessive determiner iaitu digunakan apabila terdapat kepala ayat tersebut. Sebagai contoh her marks merujuk kepada markah yang didapati oleh kepala dalam ayat tersebut iaitu Hillary Rodham. Begitu juga dalam ayat kedua iaitu his speech merujuk kepada kata kata Zachariah.
Tetapi dalam bahasa melayu, nya juga boleh ditukar kepada beliau. Sebagai contoh jika ayat untuk contoh nya ditukar kepada kedudukan beliau, pembaca masih boleh memahaminya. Berbanding perkataan bahasa inggeris yang hanya mempunyai padanan his atau her sahaja.

Malahan, nya juga boleh digunakan sebagai kata penekan seperti yang telah diterangkan di atas. Maka, sememangnya terdapat perbezaan dalam penggunaan his, her dan nya.

Penggunaan anda
Anda tergolong dalam kata ganti nama diri kedua. Penggunaan kata anda hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang tidak kita kenali dan kadangkala digunakan untuk mewakili sejumlah orang yang ramai. Hal ini disebabkan anda adalah kata ganti nama yang tidak membezakan taraf, kedudukan dan umur (Kamus Dewan, . Oleh itu kerana itu penggunaannya dalam kalangan penguna bahasa melayu dipandang berat jika tersalah guna. Anda tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada seseorang yang mempunyai pangkat, kedudukan, atau kehormatan yang tinggi atas sebab jasanya. Walaupun untuk merujuk kepada sekumpulan pensyarah, ayat “terima kasih kepada anda semua kerana mendidik saya sepanjang berada di universiti” masih dikira sangat tidak sesuai dan sangat tidak sopan dan lebih sesuai jika digunakan “terima kasih kepada para pensyarah semua kerana mendidik saya sepanjang berada di universiti”. Ayat kedua dilihat lebih manis dan sesuai penggunaannya kerana merujuk kepada seseorang yang istimewa iaitu pensyarah dan pangkat mereka disebut. Sepertimana yang telah dinyatakan, ‘anda’ tidak membezakan kedudukan, tarat dan umur. Jadi adalah lebih manis jika disebutkan siapakah orang yang patut kita berterima kasih sebagai tanda penghargaan.

Rujukan
Nik Safiah, Farid M. Onn & Hashim Haji Musa. 1987. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Douglas Biber, Susan Conrad & Geoffrey Leech.2002. Student Grammar of Spoken and
Written English, Essex, Longman Education.

Rusli Abdul Ghani, Mohd Nor bin Abd Ghani, 1997, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

www.utusanonline.com.my

www.wikipedia.com

www.nst.com.my

oleh Mohd Nor Azren b. Kamarudin (32) 92068

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr.

Mengikut Tatabahasa Dewan(Edisi Baru),dia dan beliau merupakan kata ganti diri ketiga. Perbezaan antara dia dan beliau adalah dari segi pangkat dan taraf. Dia digunakan dalam kata ganti nama diri ketiga untuk menegaskan /merendahkan.(Kamus Dewan Edisi Ke-4) manakala beliau mengikut Nahu Melayu Mutahir,tergolong dalam kata ganti nama biasa yang tergolong dalam subgolongan hormat dan digunakan untuk orang tua.Dia dan beliau boleh diterjemahkan sebagai he dan she dan sebaliknya walaupun dalam bahasa Inggeris, he dan she boleh digunakan untuk sesiapa sahaja mengikut jantina tanpa mengira taraf.Merujuk kepada Kamus Bahasa Inggeris Melayu-Inggeris terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1992) (ISBN 983-62-2282-0), he dan she bermaksud

1.replacing name of male/female person ref. to- as subject of active verb 'dia'

[he]
Tun Majid said that with Sirul's background as a policeman, surely he had gotten used to the way police investigate a case and had said during the trial-within-a-trial that "police use various ways to obtain information".
[http://web7.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=357176]
Menyambung hujahnya, Tun Abdul Majid berkata bahawa dengan latar belakang sebagai anggota polis, Sirul Azhar tentunya sudah biasa dengan cara penyiasatan polis dan dia tahu teknik yang digunakan, malah dia sendiri pernah menyatakan (ketika memberi keterangan dalam bicara dalam perbicaraan) "pihak polis menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat."
[http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=357139]

[she]
Jijah said she was the only person from her longhouse who learnt the art of Pua Weaving.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/newsfeatures.php?id=355947]
Menurutnya, dia adalah satu-satunya penghuni Rumah Panjang berkenaan yang mempelajari seni tenunan pua.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=355941]

2. respectful, for distinguished male person -->beliau

[he]
Leman noted that he hangs the banner for Merdeka every year in the spirit of patriotism and not to show off.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=356883]
Leman berkata beliau menggantung sepanduk sambutan merdeka setiap tahun bukan bertujuan untuk bermegah-megah.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=356883]

[she]
She said male nurses were becoming more commonplace as their services were needed by the healthcare industry.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=356398]
Beliau berkata kerjaya jururawat bukan satu pekerjaan yang khusus untuk wanita sahaja kerana banyak golongan lelaki di dunia pada masa sekarang menjadi jururawat kerana negara memerlukan khidmat mereka.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=356375]



–Nya pula tergolong dalam kata ganti diri ketiga(mufrad-bentuk lemah). –Nya merupakan bentuk khusus untuk orang ketiga dan berfungsi pada objek,pemilik dan bahagian adverba tertentu. –Nya juga tidak pernah berfungsi sebagai pelaku/judul ayat.

Cth: Saya memanggilnya berkali-kali.(-nya merupakan objek)

Itu rumah bapanya.(-nya merupakan pemilik)

Seperti he dan she, his dan her boleh diterjemah menjadi -nya.
Masih merujuk kepada sumber yang sama,his dan her:

1.as agent of pass. verb
[his]
His first wife, Hamidah Hassan died on June 2, 1990. [http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=357199]
Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=357198]

[her]
Nuraina said her step-mother Puan Sri Habibah Hamid and her youngest sister Nur Azrina, 38, were at Pak Samad's bedside when he breathed his last.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=357270]
Nuraina berkata ibunya, Puan Sri Habibah Hamid dan adik bongsu nya, Nur Azrina, 38, berada di samping saat-saat akhir pemergian bapanya.
[http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357269]

SALWA BINTI ABDUL JALIL
NO RUJUKAN:45

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
hanna said...

(9) FARHANNAH SHAHFINAZ BT. FEROZ

Assalamualaikum Dr. Radiah,

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganti nama diri orang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu juga, DIA dan NYA tergolong dalam KATA GANTI DIRI ORANG NAMA KETIGA. Kata ganti nama -NYA boleh juga berfungsi sebagai penekan dan pembeda.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, BELIAU juga merujuk pada KATA GANTI NAMA DIRI ORANG KETIGA, namun hanya digunakan untuk orang tua atau orang yang dihormati.
HE dan SHE merupakan PRONOUN, manakala HIS dan HER merupakan POSSESIVE PRONOUN.
Menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, HE dan SHE diterjemahkan sebagai DIA, dan HIS dan HER diterjemahkan sebagai NYA. Namun begitu, HE dan HIS hanya digunakan apabila merujuk pada golongan lelaki, manakala SHE dan HER hanya digunakan apabila merujuk pada golongan wanita.
BELIAU juga diterjemahkan sebagai HE atau SHE menurut Kamus Dwibhasa Oxford Fajar. Akan tetapi, seperti yang dinyatakan di dalam Tatabahasa Dewan, BELIAU hanya merujuk pada orang tua, orang yang dihormati atau orang yang terkenal.

Contoh ayat BELIAU:
Perdana Menteri berkata, impian Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan itu sebenarnya hanya bergantung kepada ahli Parlimen BN berpaling tadah tetapi BELIAU akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku.
Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080905233750/Article

Contoh ayat HE dan HIS:
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad has questioned why Malay leaders were apologising over a remark deemed as racist by an Umno leader.

HE said non-Malay leaders never apologised when similar racist remarks were made by members of their community.

The former prime minister said in HIS blog (www.chedet.com) the Malays were so scared of being labelled racist that they even wrote in Malay papers that the Malays were not racists.
Sumber :
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22255029&sec=nation

Contoh ayat BELIAU dan NYA:
Pada sidang media pertamanya selepas pembedahan itu, BELIAU menyifatkan laporan akhbar sebuah parti politik mendakwaNYA nazak selepas menjalani pembedahan pada 19 Ogos lalu adalah satu fitnah dan bohong.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080905233834/Article/index_html

Contoh ayat SHE dan HER :
Erra was reminded of HER 70-year-old grandmother when SHE saw the photo of a man watering his little garden right next to his house.
Sumber:
http://clovetwo.com/articles/story.asp?file=/2008/8/28/celebstop/22186860&sec=celebstop

Contoh ayat DIA :
Seperti Maya, Steven berkata DIA turut mencintai alam sekitar dan tertarik prinsip perjuangan Maya.
Sumber :
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1898&c=3&s=7

Contoh ayat NYA :
Aimee dan pasanganNYA, Mohd Azril Fikry Abidin, 28, selamat dinikahkan secara sederhana tetapi meriah di ibu negara.
Sumber :
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=1896&c=3&s=7

Bagi menjawab soalan Dr. Radiah, saya bersetuju dengan berdasarkan bukti-bukti menerusi sumber-sumber yang telah saya rujuk, bahawa DIA dan BELIAU sama dengan SHE dan HE, manakala NYA sama dengan HER dan HIS.

Sumber rujukan :
1) TATABAHASA DEWAN EDISI BAHARU
2) KAMUS DWIBAHASA OXFORD FAJAR
3) KAMUS DEWAN EDISI KETIGA
4) LAMAN WEB MENERUSI INTERNET YANG TELAH DISERTAKAN ALAMAT LAMAN WEB SELEPAS SETIAP CONTOH AYAT.

xiaohui said...

Salam sejahtera, Dr. Radiah,

Pada pendapat saya, perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ yang merupakan kata ganti diri ketiga berdasarkan nahu tatabahasa bahasa Malaysia membawa fungsi yang lebih kurang sama. Hal ini kerana perkataan ‘dia’ biasanya digunakan untuk orang ketiga yang dikatakan mempunyai taraf yang sama atau lebih rendah dengan kita. Manakala, perkataan ‘beliau’ digunakan untuk orang yang mempunyai taraf yang lebih tinggi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula menerangkan ‘beliau’ digunakan untuk orang tua atau orang yang dihormati. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan ini perlu melihat konteks sesuatu teks. Pada masa yang sama, penggunaan perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ tidak menunjukan perbezaan jantina. Namun demikian, perkataan ‘he’ dan ‘she’ dalam tatabahasa bahasa Inggeris merujuk kepada jantina yang berlainan. ‘He’ merujuk kepada lelaki dan ‘she’ merujuk kepada perempuan. Jadi, penggunaan perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ terdapat sedikit perbezaan dengan penggunaan perkataan ‘he’ dan ‘she’.

Contoh: Penggunaan perkataan ‘dia’

Peluang pemain remaja wanita negara, Nor Shafeeqah Yahya pula semakin tipis untuk mara ke suku akhir apabila menduduki tangga ketujuh dalam saingan kumpulan.

Semalam, dia mengatasi pemain Filipina, Rosita Bradborn 8-6, 6-10, 3-1 tetapi tewas kepada pemain Cook Islands, Vaana Bayliss, 6-7, 7-6, 1-3.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20080906073719/Article/index_html


Contoh: Penggunaan perkataan ‘beliau’

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam bersemuka dengan media bagi membuktikan beliau tidak nazak atau lumpuh selepas membuat pembedahan pintasan koronari jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080905233834/Article


Contoh: Penggunaan perkataan ‘he’
“It is only the first day and Firefly flights at RM5 to Langkawi is almost taken up whereas it is almost impossible to get seats for the holiday packages that come with zero fares,” he said.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22256095&sec=nation

Contoh: Penggunaan perkataan ‘she’
KOTA BARU: Wanita MCA chief Datuk Dr Ng Yen Yen will be contesting the MCA vice-president's post in next month's party elections.
Making the announcement before the Kelantan MCA leadership, she said it was time that a woman contested a top post in the 59-year history of the MCA.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22255376&sec=nation

Bagi perkataan ‘-Nya’ pula, perkataan ini juga merupakan kata ganti nama diri ketiga yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Pada masa yang sama, perkataan digunakan untuk perempuan dan lelaki. Bagi perkataan ‘his’ dan ‘her’ mempunyai fungsi yang sama dengan perkataan ‘-Nya’, tetapi perkataan ‘his’ merujuk kepada lelaki dan ‘her’ merujuk kepada perempuan. Maka, terdapat perbezaan dalam menggunakan perkataan tersebut.

Contoh:Penggunaan ‘nya’
“Ketika ini, BAM masih perlukan masa untuk mengkaji daripada semua aspek, termasuk cadangan rombakan struktur kejurulatihan itu. Penelitian rapi perlu dibuat untuk memastikan sasaran seterusnya nanti mampu dicapai,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20080906073821/Article/index_html

Contoh: Penggunaan perkataan ‘his’

Krishnasamy, the state MIC deputy chief, was killed with a single bullet under his left eyebrow in the state MIC building lift
whil

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22255087&sec=natione on his way to a meeting on Jan 11.

Contoh: Penggunaan perkataan ‘her’

Yong San Liew and her two-year-old son Dhaya Brahmananthan psoing with some birds at the Kuala Lumpur Bird Park booth at the Matta Fair 2008 Friday.

http://thestar.com.my/news/

Hoong Xiao Hui (14)

Vale said...
This comment has been removed by the author.
Vale said...

Chin Yuan (18)

Bagi pengetahuan saudara, menurut Kamus Dewan : Edisi Keempat, maksud bagi perkataan-perkataan yang dibincangkan adalah :
1.Dia - kata ganti diri ketiga yang digunakan dalam situasi menegaskan atau merendahkan
2.Beliau - kata ganti diri ketiga yang digunakan untuk merujuk kepada orang tua atau orang yang dihormati
3.Nya - kata ganti nama diri orang ketiga seperti, beliau, dia

Pada pandangan saya, kata ganti nama DIA dan BELIAU membawa maksud yang sama dengan SHE dan HE. Namun, padanan terdekat bagi DIA dalam bahasa Inggeris merupakan SHE atau HE, melihat konteks ayat sama ada jantina orang yang dirujuk adalah lelaki (HE) atau perempuan (SHE). Kata ganti nama dalam bahasa Inggeris terdapat perbezaan dalam segi jantina, seperti HE dan SHE, HIS dan HER. Manakala dalam bahasa Malaysia tiada perbezaan dari segi jantina, tetapi terdapat perbezaan status masyarakat seperti BELIAU, DIA dan NYA.

Di samping itu, kata ganti nama NYA mempunyai maksud yang sama dengan HIS dan HER. Sama seperti HE dan SHE, perbezaan adalah dari segi jantina bagi bahasa Inggeris. Padanan paling sesuai bagi NYA dalam suatu ayat perlu melihat konteks ayat tersebut.

Contoh Ayat HE :
He said that IATA is taking the unusual step of facilitating a global dialogue on an Agenda for Freedom next month in Istanbul.
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=357010

Contoh Ayat HIS dan SHE :
Last year, Kadhafi proclaimed his love for "Leezza," telling Al-Jazeera television: "I support my darling black African woman. I admire and am very proud of the way she leans back and gives orders to the Arab leaders."
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=357501

Contoh Ayat HER :
Her Libyan counterpart, Abdelrahman Mohammed Shalgam, speaking at the joint news conference held early Saturday morning, said the time of confrontation with the United States is over.
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=357501

Contoh Ayat Beliau :
Beliau juga berkata yang IATA telah mengambil langkah luar biasa memudahkan dialog mengenai Agenda Kebebasan di Istanbul bulan depan.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=357008

Contoh Ayat -NYA :
"Soal nak rampas kuasa atau guling kerajaan ini tidak akan berlaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan portal Sistem Sokongan Pelesenan Perniagaan Elektronik (Bless) di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080905233750/Article

Contoh Ayat DIA :
Sambil bergurau, dia yang kini terlibat dalam bidang konsultasi berkata telah serik dan enggan lagi terlibat dalam kerja-kerja yang memerlukannya menandatangani cek kerana kes itu banyak memberi pengajaran kepadanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma

GuanYing said...

Selamat sejahtera Dr. Radiah.

Pada pendapat saya, "Dia" dan "Beliau" sama dengan "she" dan "He" kerana perkataan-perkataan ini merupakan kata ganti nama diri ketiga yang menduduki posisi subjek dalam kedua-dua bahasa. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan bagi "beliau" dengan "he" dan "she". Hal ini kerana "beliau" mengandungi unsur kehormatan terhadap orang yang dirujukkan manakala "he" dan "she" tiada unsur begitu.

Data internet:
1. HE was referring to the apology by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak made on behalf of Umno over a racist statement by Bukit Bendera Umno division chief Datuk Ahmad Ismail.

2. Pada sidang media pertamanya selepas pembedahan itu, BELIAU menyifatkan laporan akhbar sebuah parti politik mendakwanya nazak selepas menjalani pembedahan pada 19 Ogos lalu adalah satu fitnah dan bohong.




Perkataan "nya" sama dengan "her" dan "his" kerana kata nama ganti diri ini menduduki posisi objek dalam ayat bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Tambahan pula, perkataan-perkataan tersebut mempunyai fungsi tambahan
sebagai "possessive pronoun" baik dalam bahasa malaysia ataupun dalam bahasa Inggeris.

1. “Dr Koh is diverting from HIS own weakness by claiming that this issue resulted in Barisan Nasional’s defeat in the Permatang Pauh by-election.

2. "Soal nak rampas kuasa atau guling kerajaan ini tidak akan berlaku," kataNYA pada sidang media selepas melancarkan portal Sistem Sokongan Pelesenan Perniagaan Elektronik (Bless) di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam.

(Sumber: www.bharian.com.my
www.thestar.com.my)

How Yen Yeng No.15

Danielle said...

TEOH KIA LING(55)
DIA & BELIAU = SHE & HE?
NYA = HER & HIS?

BELIAU=SHE&HE?
contoh1: Beliau berkata, USM mahu melonjakkan usaha mentransformasikan pengajian tinggi bagi mewujudkan dunia yang sejahtera berteraskan pembangunan lestari.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080903234728/Article/index_html

Perkataan BELIAU di atas memang boleh diterjemahkan menjadi sama ada HE atau SHE bergantung kepada jantina orang tersebut. Dalam bahasa Malaysia, BELIAU ialah kata ganti nama diri ketiga, yang biasanya digunakan untuk golongan yang berstatus lebih tinggi. Misalnya, pemimpin sesebuah negara. Tetapi dalam bahasa Inggeris, tiada kata ganti nama yang tertentu yang membezakan status, oleh itu, HE or SHE sahaja yang akan digunakan secara umum.

contoh 2: When she feigned death, he tried to set her on fire.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2334446/Article/index_html

Ayat ini dipetik dari berita kes rogol. Perkataan HE dalam contoh ini merujuk kepada lelaki yang dituduh merogol. Jadi, HE dalam ayat ini tidak boleh diterjemah menjadi BELIAU, kerana dia hanya merupakan seorang individu biasa. Apatah lagi dia seorang perogol. Dengan itu, terbuktilah walaupun BELIAU=SHE&HE, tetapi HE&SHE tidak semestinya sama dengan BELIAU.

DIA=SHE&HE?
contoh 3: “Masa dia (peragut) nak lari, saya sepak kaki, tendang belakang dan tarik tangan dia, jadi dia susah nak lari”.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Walaupun DIA memang ialah HE atau SHE dalam bahasa Malaysia, namun kadang-kala, DIA juga dijadikan sebagai kata ganti nama yang menunjukkan kepunyaan, ‘possessive pronoun’, biasanya dalam bentuk percakapan. Contoh 3 menunjukkan kegunaan DIA untuk menunjukkan kepunyaan. Jadi, dalam kes sebegini, maksud DIA langsung tidak sama dengan HE&SHE. Sebaliknya, padanan yang betul ialah HIS/HER, bergantung kepada jantina tuan punya tersebut. Oleh itu, DIA juga tidak semestinya sama dengan HE&SHE.

contoh 4: "The result for the Permatang Pauh by-election is already out and the decision favours Datuk Seri Anwar Ibrahim, so he will be sworn in tomorrow (today)," he told the house.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/National/2334096/Article/index_html

Dalam contoh ini, HE merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh itu, padanannya ialah BELIAU, dan bukan DIA, sebab gelaran Datuk Seri telah menunjukkan statusnya yang lebih tinggi daripada orang ramai. Oleh itu, HE&SHE juga tidak semestinya sama dengan DIA.

NYA=HIS&HER?
contoh 5: "Selepas menyalakan mercun saya tidak sempat membalingnya ke tanah menyebabkan mercun meletup ketika dipegang," katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080903233350/Article/index_html

Dalam contoh ini, NYA tidak sama dengan HIS&HER. Sebaliknya, NYA di sini sama dengan HE&SHE. Walaupun NYA selalunya merujuk kepada kepunyaan (possession) seseorang, tetapi dalam ayat ini, fungsinya berlainan. Dan biasanya ‘katanya’ akan diterjemahkan menjadi ‘he/she said’. Oleh itu, NYA tidak semestinya sama dengan HIS&HER.

Selain itu, seperti yang telah dikatakan di atas, dalam bahasa Malaysia, perkataan DIA juga boleh digunakan sebagai possessive pronouns. Oleh itu, HIS&HER juga tidak semestinya sama dengan NYA.

LYNDA said...

NORHASLINDA BT ABD RAZAK (92072)
NO.RUJUKAN:37


Assalamualaikum Dr Radiah...

Pada pendapat saya, memang benar padanan HE dan SHE ialah DIA dan BELIAU tetapi perlu digunakan dalam konteks yang sesuai. Maksud saya ialah jika HE dan SHE tersebut digunakan untuk merujuk kepada orang biasa, lazimnya kita menggunakan DIA tetapi apabila merujuk kepada orang-orang penting seperti orang kenamaan contohnya Perdana Menteri, kita akan menggunakan BELIAU untuk SHE atau HE. Konteks penggunaan SHE dan HE juga bergantung kepada jantina orang yang dirujuk iaitu SHE untuk perempuan manakala HE untuk lelaki. Dalam bahasa Melayu pula, DIA merujuk kepada lelaki dan perempuan kerana tiada konteks jantina spesifik bagi perkataan DIA (boleh jadi perempuan / lelaki, begitu juga dengan BELIAU). Di samping itu, padanan dalam bahasa Melayu bagi HIS dan HER pula ialah –NYA. Dalam bahasa Inggeris, HIS menunjukkan kepunyaan bagi jantina LELAKI/MASKULIN manakala HER pula menunjukkan kepunyaan bagi jantina PEREMPUAN/FEMININ. Dalam bahasa Melayu pula, -NYA tidak menunjukkan spesifik bagi kepunyaan lelaki atau perempuan malah tetapi digunakan untuk kedua-dua jantina.


CONTOH DARI DATA INTERNET:

HE & SHE


Former Segambut MP and Federal Territories Gerakan chief Datuk Dr Tan Kee Kwong has joined PKR citing that he has lost faith in Barisan Nasional.

(http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/20080906160431&sec=nation)

GOING green has certainly been inculcated in Maya Karin’s lifestyle, and she is not ready to let it go, not even on her big day.
(http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2008/9/6/movies/1926839&sec=movies)


DIA & BELIAU


Sejak 10 tahun lalu, dia merupakan antara bilionair paling dikenali di negara itu dan memiliki rangkaian hotel mewah serta pusat peranginan selain menjadi teraju utama dalam membina kediaman alat barat untuk golongan kelas menengah di Kaherah.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm)


Demikian penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai menjawab tohmahan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar terbitan sebuah parti politik yang mendakwa dirinya lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 19 Ogos lalu. Beliau ketika ditemui berada dalam keadaan ceria dan mesra di rumahnya di Jalan Gasing 6/15 di sini semalam
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm)



HIS & HER

In his chosen profession, he was larger than life.

(http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22255095&sec=nation)


GOING green has certainly been inculcated in Maya Karin’s lifestyle, and she is not ready to let it go, not even on her big day.
(http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2008/9/6/movies/1926839&sec=movies)



-NYA

Ciuman dalam lakonan tiada bezanya dengan alam realiti bagi ikon kacak Taiwan, Wilber Pan apabila namanya tiba-tiba sahaja heboh digosip bercinta dengan gandingan atau teman ciumannya, aktres comel Rainie Yang.
(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm)

Anonymous said...

KHALIRAH (47)
Assalamualaikum Dr Radiah..
Pada pendapat saya, soalan yang telah diutarakan oleh Dr Radiah ialah merupakan contoh-contoh bagi kata ganti nama. Kata ganti nama digunakan sebagai menggantikan nama. Kita menggunakan kata ganti nama bagi menyambung ayat dan mengelakkan daripada mengulang nama subjek beberapa kali. Maka, penggunaan kata ganti nama digunakan agar pembentukan ayat nampak lebih sempurna dan tidak janggal didengar.
Walau bagaimanapun, penggunaan kata ganti nama yang sesuai mestilah bergantung kepada konteks ayat dan situasi yang terlibat.

Seperti persoalan utama yang telah diutarakan oleh Dr Radiah berkenaan kesesuaian penggunaan kata ‘anda’ dalam ayat: Kerjasama ‘anda’ amat dihargai. Dalam ayat ini, secara umumnya pembentukan ayat ini betul walau bagaimanapun, ayat ini menjadi kurang sesuai kerana situasi yang terlibat. Hal ini kerana, ayat ini ditujukan kepada Dr Radiah yang sememangnya bukan setaraf dengan pelajar kerana dua sebab utama iaitu:
1) Gelaran DR adalah satu bukti yang cukup jelas bahawa DR Radiah diberi gelaran yang lebih tinggi dari masyarakat umum.
2) Dr Radiah ialah guru kita (HBT213) yang patut dihormati dan bukan dipanggil sama seperti rakan kita atau orang lain secara umum.

Maka, walaupun telah dikatakan bahawa penggunaan kata ganti nama digunakan untuk mengelakkan dari pengulangan nama subjek beberapa kali, pada pendapat saya, dalam hal ini, pengulangan nama patut dilakukan. Hal ini kerana, berdasarkan dua sebab utama di atas, tiada padanan yang sesuai jika digantikan dengan kata ganti nama lain seperti anda, kamu dan sebagainya dan dalam hal ini juga, saya berpendapat bahawa mungkin penulis bagi “Kerjasama ‘anda’ amat dihargai” telah terpengaruh dengan ungkapan bahasa Inggeris iaitu “Your cooperation is highly appreciated” yang selalunya diterjemah kepada “Kerjasama anda amat dihargai” yang merujuk kepada umum. Maka ayat yang sebetulnya ialah “Kerjasama Dr amat saya hargai”.

Perkara ini juga menmpengaruhi pendapat saya yang seterusnya. Pada pendapat saya, pembentukan bahasa kita Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia sangat terpengaruh dengan budaya kita iaitu budaya ketimuran yang mementingkan taraf dalam masyarakat dan sifat hormat-menghormati yang tinggi. Oleh itu, kita dapat lihat terdapat pelbagai kata ganti nama yang telah wujud bagi menyesuaikan dengan penggantian nama mengikut kesesuaian konteks ayat. Sebagai contoh:
1) Kata ganti nama diri pertama yang merujuk kepada orang yang sedang bercakap. Terbahagi kepada dua bentuk: Tunggal dan Jamak
Kata Ganti Diri
Pertama Penggunaannya
aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua

Contoh ayat:
Saya- `Saya akan mempertimbangkan untuk menarik balik perintah tersebut kerana ia tidak berkesan. Saya akan berbincang dengan pegawai terlibat dalam sehari dua ini untuk membuat keputusan," kata Samak lagi.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm


2) Kata ganti nama diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Juga terbahagi kepada bentuk jamak dan bentuk tunggal
Kata Ganti Diri
Kedua Penggunaannya
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga
tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja
kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

Contoh ayat:
Anda - Berbincanglah dengan doktor atau pakar kanak-kanak (paediatrician) anda jika simptom-simptom yang berkaitan refluks berlaku secara kerap dan mendatangkan rasa tidak selesa buat anak anda.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
3) Kata ganti nama diri ketiga pula digunakan bagi merujuk kepada orang yang sedang kita katakan. Terbahagi kepada bentuk tunggal dan jamak:
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan
beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan pemimpin
dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan
mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
Contoh ayat:
Beliau: a Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menegaskan, beliau bukan bersifat perkauman dan tidak mempunyai masalah dengan kaum Cina dan India.
nda at http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm
Dia: Bagi Melissa, meskipun melangsungkan perkahwinan secara rahsia, dia kini begitu bahagia melayari alam rumah tangga dan sangat bangga dengan status baru sebagai isteri.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, dapat dilihat perbezaan bagi kata ganti nama diri pertama, kedua ataupun ketiga. Seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris juga mempunyai kata ganti nama yang dipanggil sebagai pronoun. Walau bagaimanapun, berlainan dengan bahasa Melayu yang lebih berunsurkan budaya ketimuran dalam pembetukannya, pada pendapat saya, bagi bahasa Inggeris, pembentukan pronoun terbentuk berdasarkan jantina. Pengguna bahasa Inggeris lebih mementingkan jantina orang yang terlibat berbanding taraf sosial dalam masyarakat. Oleh itu, pronoun dalam bahasa Inggeris “He” bagi lelaki dan “She” bagi perempuan. Maka, jika diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris atau sebaliknya, konsep yang sama masih dikekalkan iaitu sebagai contoh, He/She (bahasa Inggeris) akan diterjemahkan kepada kata ganti nama diri ketiga yang sesuai mengikut konteks ayat bahasa Melayu.
Contohnya:
Bahasa (Melayu)Malaysia:
Menjawab pertanyaan sama ada tindakan tersebut ada kaitan dengan usaha mengelakkan Ahli-Ahli Parlimen itu daripada dipengaruhi elemen ‘tarikh 16 September', Perdana Menteri berkata:
“Kalau mereka hendak pergi, biarlah mereka pergi... apa nak dihubungkaitkan dengan 16 September.
“Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN. Bersekongkol dengan parti pembangkang tidak ada dalam niat mereka.”
Abdullah menegaskan: “Kita bukannya kerajaan yang telah kalah. Parti kita masih memerintah kerajaan dan kita mampu jayakan pemerintahan.”
Perdana Menteri memberitahu, beliau juga tidak tahu-menahu tentang perancangan rombongan tersebut dan bukan pihak yang menganjurkannya.
Ditanya jika berlaku perubahan kerajaan pada 16 September nanti, adakah ia boleh ditafsirkan sebagai rampasan kuasa, Abdullah memberi jaminan bahawa khabar angin itu tidak akan berlaku.
Bahasa Inggeris
"We will make sure that whatever they (Pakatan Rakyat) plan to do on Sept 16 will not take place. I don't think it can happen.

"They are depending on our people to leave but they will not desert us. They will not leave us simply to allow (Pakatan Rakyat) to form the government."

Responding to concerns and SMSes over the past few days on the opposition's confident prediction, the prime minister said BN MPs would not defect.

Asked about a study trip next week for BN MPs, organised by the Backbenchers' Club, Abdullah, who is also BN chairman and Umno president, said they might be heading to China.
"If they want to go, let them. What has this trip got to do with Sept 16? They are not the type who will easily cross over or work hand in glove with the opposition. They never had the intention of leaving their parties or BN.

"Besides, we are not a government that lost (the general election). We are still in charge and running the country," he said after chairing a Special Task Force To Facilitate Business (Pemudah) meeting at the Prime Minister's Department.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/2342379/Article/index_html

Dapat diperhatikan di sini, teks ini telah diterjemah secara komunikatif dalam kedua-dua bahasa. Walaupun begitu, kata ganti nama dan pronoun dalam kedua-dua bahasa telah disesuaikan mengikut konteks ayat. Dalam bahasa Inggeris, ‘beliau’ telah diterjemah sebagai ‘he’ kerana unsur gender dan unsur budaya seperti pangkat dan status dalam bahasa Inggeris tidak diambil kira.

Contoh 2
Massa, yang masih segar dengan kejayaan menjuarai GP Eropah di Valencia, dua minggu lalu mendominasi sesi latihan pertama di sebelah pagi dengan masa 1 minit, 47.284s.
Dia bagaimanapun menamatkan sesi sebelah petang di tempat kedua dengan 1:48.504s, di belakang juara dunia dua kali, Fernando Alonso dari Renault yang mencatat 1:48.454s.
Namun begitu, catatan awal Massa merupakan yang terpantas di kalangan 20 pemandu semalam, manakala rakan sepasukannya, Kimi Raikkonen dengan 1:47.623s berada di tempat kedua.
Pendahulu kejuaraan pemandu dunia, Lewis Hamilton dari McLaren mencatat masa ketiga terpantas (1:47.878), diikuti rakan sepasukan dan pemandu Finland, Heikki Kovalainen dengan 1:47.932.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_02.htm
Massa, the man to beat in recent weeks, had to settle for second behind the Renault, but ahead of his championship rivals Finn Heikki Kovalainen and Briton Lewis Hamilton, who were third and fourth for McLaren Mercedes.
Massa's Ferrari teammate and defending drivers world champion Finn Kimi Raikkonen, winner of the last three Belgian Grands Prix, ended up fifth.

Hamilton was quickest in the early rush, lapping in 1:48.805 to beat Massa by 0.033 seconds. Drizzle was starting at that time and, soon afterwards, the conditions became much worse with heavy rain. This caused the drivers to take refuge in their garages for half an hour.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Sport/2342627/Article/index_html


Seperti teks di atas, -nya telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris sebagai his. Hal ini kerana, -nya digunakan bagi merujuk kepada subjek yang sedang dikatakan. Boleh dikatakan disini bahawa, -nya juga berfungsi sama seperti dia.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa terdapat pengecualian bagi his/her jika ingin diterjemahkan. Progressive pronoun his/her tidak sama fungsinya dengan –nya dalam bahasa Melayu apabila wujud seperti ini:
“His/Her Royal Highness” yang kurang sesuai jika diterjemah secara terpisah dan sepatutnya diterjemah dengan mengambil kira seluruh gabungan kata. “His/Her” dalam konteks ini merujuk kepada gelaran di raja dan tidak sesuai jika diterjemah sebagai –nya malah patut dicari padanannya dalam bahasa Melayu iaitu Baginda.

Secara kesimpulannya, berdasarkan keterangan yang telah diberikan di atas, terbukti bahawa walaupun terdapat perbezaan di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, namun kita masih dapat mencari dan menggunakan padanan yang betul apabila membentuk ayat.

SHARIFAH KHALIRAH BT SYED ABDUL RAHMAN
(92084)
(47)

seowsiewleng said...

Dr. Radiah,

Berdasarkan penjelasan yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, 'anda' ditakrifkan sebagai kata ganti diri kedua yang boleh digunakan tanpa membezakan taraf, tingkat dan umur. Pada pendapat saya, 'anda' boleh merujuk kepada mereka yang 1)tidak begitu rapat dengan penutur 2)selaku pelanggan kepada penutur

Contoh ayat:
1)Bilakah tarikh dan masa anda membuat capaian ke laman LKM? (sumber:www.koko.gov.my/lkmbm/getfile.asp?id=532)

2)AirAsia boleh menolak untuk mengangkut anda atau bagasi anda sekiranya, atas tanggapan munasabah, kami mendapati samaada bayaran tambang anda adalah penipuan atau tempahan tempat duduk anda dilakukan secara menipu atau dengan melanggar undang-undang atau dibeli dari seseorang yang tidak diiktiraf oleh kami. (sumber:http://booking.airasia.com/skylights/cgi-bin/skylights.cgi)

Sementara itu, 'dia', 'beliau', 'nya', 'she', 'he', 'her', dan 'his' yang semuanya merupakan kata ganti diri ketiga pula membawa maksud yang sama tetapi dalam konteks yang berbeza.

'Dia' berunsur penegasan atau merendahkan pihak ketiga yang dimaksudkan. Contoh: 'Dia didakwa mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.' (sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080906005322/Article/index_html) Kata ganti diri ketiga dalam ayat ini merujuk kepada seorang yang didakwa, maka kedudukannya dianggap lebih rendah dan 'dia' digunakan.

'Beliau' digunakan untuk merujuk kepada orang tua atau orang dihormati. Contoh:'Ketika mengumumkannya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan MCA Kelantan, di sini, beliau berkata, keputusan bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam hiraki parti itu dibuat selepas mengambil kira suara dan maklum balas dari peringkat akar umbi.' (sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080906091101/Article/index_html)
Dalam ayat di atas ini, beliau' merujuk kepada Datuk Dr. Ng Yen Yen yang selaku Ketua Wanita MCA. Kedudukan dan sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat menyebabkannya menerima panggilan 'beliau'.

'She' dan 'he' pula adalah kata ganti diri ketiga dalam bahasa Inggeris yang masing-masing merujuk kepada jantina wanita dan lelaki.
Contoh-contoh ayat berikut jelas menunjukkan perbezaan penggunaan 'she' dan 'he' berdasarkan perbezaan jantina bagi parti ketiga yang dikatakan.
'She was taken to Royal North Shore Hospital and is currentlyundergoing emergency surgery to relieve pressure on the brain.' (sumber: http://news.tootoo.com/Apparel_Fashion/Apparel_Fashion_Agents/20080731/152917.html) Ayat ini menyatakan bahawa orang yang dihantar ke hospital ialah seorang wanita mahupun perempuan kerana penggunaan kata ganti nama 'she'.

'Rosa suggested he wore/wear a suit and tie when he went for the interview'. (sumber: http://www.englishforums.com/English/RosaSuggestedWoreWearSuitWent-Interview/cbqkn/post.htm) Ayat ini juga memberi gambaran yang jelas bahawa orang yang telah menghadiri temu duga ialah seorang lelaki kerana penggunaan 'he' untuk merujuk kepadanya.

'Her' dan 'his' juga masing-masing merujuk kepada wanita/perempuan serta lelaki. Namun, kedua-dua 'her' dan 'his' turut membawa maksud 'dia punya' yang berbeza dengan 'she' dan 'he' yang hanya bermaksud 'dia'. Contoh-contoh berikut dapat memberi penjelasan yang nyata.
'Gwen Stefani shares her clothes with the world.' (sumber: http://www.catwalkqueen.tv/2006/09/gwen_stefani_sh.html) 'Her' dalam ayat ini telah menjelaskan bahawa Gwen Stefani ialah seorang wanita yang ingin berkongsikan koleksi pakaiannya dengan seluruh dunia.

'In his fourth book, Everything Bad Is Good for You, iconoclastic science writer Steven Johnson (who used himself as a test subject for the latest neurological technology in his last book, Mind Wide Open) takes on one of the most widely held preconceptions of the postmodern world--the belief that video games, television shows, and other forms of popular entertainment are detrimental to Americans' cognitive and moral development.' (sumber: http://www.amazon.com/Everything-Bad-Good-You-Actually/dp/1573223077) 'His' yang wujud dalam ayat ini telah menjelaskan bahawa Steven Johnson, penulis bagi buku yang dinyatakan ialah seorang lelaki.

'nya' juga bermaksud 'dia punya' seperti yang ditunjukkan oleh 'she' dan 'he'. Namun, 'nya' tidak dapat menunjukkan jantina bagi orang yang dinyatakan. Contoh: 'Dan mencuba menanyakan pendapatnya tentang masalah-masalah “cinta?”.' Ayat ini menunjukkan pendapat bagi seseorang akan ditanya tetapi siapakah orang tersebut? Adkah orang itu seorang lelaki atau perempuan? Persoalan-persoalan yang timbul ini tidak dapat dijawab jikalau hanya dengan merujuk kepada ayat.

Seow Siew Leng (46)

MingChoo said...

DR RADIAH, berikut ialah jawapan saya (nombor rujukan 55).

Berdasarkan Kamus Dewan edisi cetakan ketiga, tahun 1995, kata ganti nama diri orang digolongkan kepada tiga kategori, iaitu:
(a) kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami dan kita
(b) kata ganti nama diri orang kedua: anda, engkau, awak dan kamu
(c) kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia, mereka dan nya

Kelima-lima kata ganti nama diri ketiga “he”, “she”, “dia”, “beliau” dan “nya” masing-masing merujuk pada seorang individu sahaja, iaitu mendukung maksud tunggal atau mufrad.

Kata ganti nama diri orang “she” dan “he” tergolong dalam kategori kata ganti nama diri orang ketiga manakala kata ganti nama diri orang “you” tergolong dalam kategori kata ganti nama diri orang kedua.
Kata ganti nama diri kedua “she” dan “he” memberi maklumat tentang jantina individu yang dirujuk tetapi status sosial individu tersebut tidak diberi. Manakala kata ganti nama diri kedua “dia” dan “beliau” tidak memberi maklumat tentang individu yang dimaksudkan tetapi memberi maklumat tentang status sosial individu tersebut.

Kata ganti nama diri ketiga “dia” digunakan untuk merujuk pada orang umum seperti rakyat biasa dan rakan. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata ganti nama diri kertiga “dia” juga digunakan untuk menunjukkan status seseorang yang rendah, misalnya untuk merjuk pada penjenayah. Kata ganti nama diri orang ketiga “beliau” digunakan untuk merujuk pada golongan yang dihormati ataupun berpangkat misalnya orang tua, guru, individu yang telah berjasa dan pemimpin.

Kata ganti nama diri ketiga “his” dan “her” ialah kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan pemunyaan. Kedua-dua kata ganti nama diri ketiga yang menunjukkan pemunyaan ini, memberi maklumat tentang jantina individu yang dirujuk walaupun status sosial individu tersebut tidak diberi.

Walaupun padanan bagi kata ganti nama diri ketiga “nya” dalam bahasa Inggeris ialah “her” dan “his” dalam kedudukan subjek ayat, tetapi, kata ganti nama diri ketiga ini juga merupakan padanan bagi kata ganti nama diri ketiga “him” dan “her” selepas kata sendi nama “oleh” dalam kedudukan predikat ayat.
Contoh: Beliau beritahu novel tersebut bukan dibeli olehnya tetapi dihadiahkan oleh salah seorang rakan kami juga.
Sumber: http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_emel/N_emel31.htm

Oleh itu, kata ganti nama diri ketiga memainkan banyak peranan, misalnya, untuk menunjukkan pemunyaan, pelaku dalam ayat pasif dan juga untuk menegaskan atau menguatkan sesuatu maksud (iaitu sebagai penekan).

Kata ganti nama diri ketiga “nya” tidak menunjukkan kedua-dua jantina dan status individu yang dirujuk. Namun begitu, penggunaan kata ganti nama diri ketiga “nya” noleh digantikan dengan kata ganti nama diri ketiga mufrad yang lain seperti “beliau” untuk menunjukkan status individu yang dimaksudkan.
Kata ganti nama diri ketiga “nya” berbentuk klitik, iaitu morfem ini bukanlah morfem terikat walaupun penggunaan kata ganti nama diri ketiga “nya” mesti dihubungkan dengan perkataan sebelumnya.

Kata ganti nama ketiga “nya” yang dimulakan dengan huruf besar, iaitu “Nya” digunakan untuk merujuk pada Allah S.W.T.
Contoh: Kita pernah saling berucap bahawa kita bertemu semata-mata kerana kecintaan pada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Sumber:
http://zidaburika.wordpress.com/2008/07/16/tidak-rindukah-kita-akan-naungan-nya-kelak/#comment-1557

Contoh penggunaan kata ganti nama diri ketiga “he”, “she”, “dia”, “beliau” dan “nya”:

On whether he would discuss the cross over of BN MPs to the opposition with the king, Abdullah said: "Whenever I see him, I brief him on current events.
Sumber: http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Frontpage/2342379/Article/index_html

Perdana Menteri berkata, impian Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan itu sebenarnya hanya bergantung kepada ahli Parlimen BN berpaling tadah tetapi beliau akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku.
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20080905233750/Article

Contoh di atas membuktikan bahawa kata ganti nama diri ketiga “beliau” digunakan untuk merujuk pada golongan yang terhormat atau berstatus seperti Perdana Menteri kita. Kata ganti nama diri orang ketiga “nya” dalam contoh di atas berfungsi sebagai penekan.


Isteri Burhanuddin yang tidak mahu namanya disiarkan kecewa dengan sikap tidak bertimbang rasa polis sehingga menyebabkan suaminya mati dalam lokap kira-kira tujuh jam selepas dia ditangkap kerana dikatakan mencabul seorang gadis.
"Walaupun mati jam 7 malam, kami tidak dibenarkan melihat jenazahnya. Selepas menunggu sehingga jam 12 tengah malam, polis meminta kami ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi esok untuk menuntut mayatnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata semasa ditahan dalam lokap, suspek tiba-tiba rebah dan meninggal dunia kira-kira jam 7 petang.
"Siasatan awal, suspek meninggal dunia akibat serangan jantung namun kami masih menunggu laporan lengkap bedah siasat," katanya.
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20080902001625/Article/
Contoh di atas menunjukkan bahawa kata ganti nama diri ketiga “dia” digunakan untuk suspek dalam sesuatu kes jenayah. Contoh di atas juga membuktikan bahawa kata nama diri orang ketiga “nya” tidak membezakan status sosial kerana dalam contoh di atas, kata nama diri orang ketiga “nya” digunakan untuk merujuk pada seorang suspek iaitu Burhanuddin yang dikatakan mencabul seorang gadis, dan seorang yang berpangkat iaitu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan.


Penggunaan kata ganti nama diri kedua “anda”, “awak” dan “kamu” adalah berbeza dan haruslah disesuaikan berdasarkan konteks, situasi dan hubungan sosial antara penutur dengan pendengar, walaupun kata ganti nama diri kedua “awak” dan “kamu” biasanya digunakan untuk golongan yang rapat dengan penutur atau status sosial mereka hampir sama dengan penutur. Sesungguhnya, penutur harus menjaga hati pendengar. Sesetengah pihak akan berasa tersinggung kerana penggunaan kata ganti nama kedua yang tidak betul akan menyebabkan penutur kelihatan tidak beradab, kasar ataupun tidak menghormati pendengar.

Sekiranya seseorang telah dianugerahi gelaran kehormat seperti Dato’, Tan Sri, Tun, Doktor, atau Profesor, penutur harus menggunakan gelaran tersebut untuk merujuk pada golongan berkenaan semasa berkomunikasi untuk menunjukkan kesopanan dan perasaan hormat.

Penggunaan kata ganti nama ketiga “you” pula meluas tanpa membezakan status sosial seseorang. Contohnya, semasa Perdana Menteri ditemu ramah, beliau dirujuk sebagai “you”:
TIME: How do you respond to critics who say you are indecisive?
Abdullah: What I have done—that's being decisive. The substance is in the decisions that you actually [make]; they must be just and fair. But it's not for me to project myself as strong, as decisive. It's for [the people] to decide. Sumber:http://www.time.com/time/asia/2004/badawi/badawi_qa.html

Namun begitu, penggunaan gelaran seperti “Sir” dan “Madam” selepas kata ganti nama ketiga “you” dapat menunjukkan kesopanan dan perasaan hormat penutur.

TEH MING CHOO
No. Rujukan: 55

akmar afifah said...

Assalamualaikum
Dari segi fungsi, he dan she serta dia dan beliau mendokong fungsi yang sama iaitu sebagai kata ganti nama. Namun, dalam budaya bahasa Malaysia, dia dan beliau digunakan dalam situasi yang berbeza. Beliau digunakan untuk orang yang dihormati dan berpangkat manakala dia boleh digunakan untuk semua orang. Dia dan beliau juga dugunakan kepada kedua-dua gender dan tidak khusus kepada satu gender sahaja.
Contohnya:
1.Beliau yang dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia dan berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.
(Beliau dalam petikan merujuk kepada pengasas jenama kasut Bata)
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0904&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm
2. Sebaliknya, dia memohon pengertian daripada semua pihak agar bersabar dan menantikan sahaja pengumuman mengenai perkahwinannya.
(Dia dalam petikan merujuk kepada Mawi)
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm

Dalam budaya bahasa Inggeris pula, he dan she tidak menunjukkan perbezaan pangkat. He dan she boleh digunakan kepada semua orang, sama ada Perdana Menteri atau orang biasa. Namun, he dan she digunakan kepada gender tertentu sahaja. He digunakan kepada lelaki manakala she digunakan untuk perempuan.
Contoh:
1.He said he expected the EU to act with “unity of purpose” over the crisis that has strained Russia’s relations with the West.
(he dalam petikan merujuk kepada perdana menteri Britain,Gordon Brown)
Sumber: http://ukinusa.fco.gov.uk/en/newsroom/?view=News&id=5710536
2.In the Senate, she initially supported the George W. Bush administration on some foreign policy issues, which included voting for the Iraq War Resolution
(she dalam petikan merujuk kepada senator Hillary)
Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Hillary_Clinton

Nya dan his atau her ialah Possessive pronoun yang menunjukkan kepunyaan atau hak milik seseorang. Dalam bahasa Malaysia, nya boleh digunakan kepada kedua-dua gender. Manakal, dalam bahasa Inggeris, her digunakan untuk perempuan dan his untuk lelaki.
Contoh:
1.Mrs Foster said her son had talked to no-one about his financial troubles and may not have been able to face telling his family that they were to lose their home.
Dalam petikan, her merujuk kepada mrs foster manakala his merujuk kepada anak lelakinya.
Sumber: http://www.thesun.co.uk/sol/homepage/news/article1657890.ece
2. Mendiang bapanya Tomas Bata, merupakan pengasas dan orang yang bertanggung jawab mewujudkan industri kasut ini di wilayah Zlin, Czechoslovakia pada 1894.
Dalam petikan, nya merujuk kepada Thomas J. Bata.
Nur Akmar Bt Kamalludin
No.Ruj:39

Teja said...

Teh Jawahir bt Mohd Akib (54)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI TAALA WABAROKATUH


Pada pendapat saya, “dia” dan “beliau” boleh disamakan dengan “he” dan “she” ketika menterjemah tetapi “dia” dan “beliau” tidak boleh disamakan antara satu sama lain. Terdapat perbezaan dalam penggunan setiap kata ganti nama ini kerana ke semua kata ganti nama ini merupakan kata ganti diri ketiga yang digunakan untuk merujuk kepada pihak ketiga dengan menilai jenis dan status. Namun begitu, terdapat perbezaan dalam penggunaan perkataan tersebut apabila digunakan dengan mengikut jantina bagi bahasa Inggeris dan status dalam bahasa Malaysia. Kata ganti diri “he” dalam bahasa Inggeris digunakan untuk merujuk kepada “dia” bagi kaum lelaki manakala “she” untuk kaum wanita tanpa mengira siapa orang tersebut. Termasuklah jika “he” atau “she” itu merujuk kepada ibu bapa, guru, ahli politik, sejarahwan atau ahli banduan. Berbeza pula dengan “dia” dan “beliau”, “dia” digunakan untuk merujuk kepada pihak ketiga yang mempunyai hubungan yang rapat atau lebih rendah daripada penutur. Kata ganti diri “beliau” pula digunakan untuk ayat yang lebih formal dan bagi merujuk kepada orang yang dihormati. Jika kita merujuk kepada seseorang pesalah yang telah melakukan kesalahan atau orang yang dimusuhi atau dipandang rendah maka kata ganti diri “dia” akan digunakan. Namun begitu, kata ganti diri ini juga turut digunakan untuk merujuk kepada mereka yang sama tarafnya dengan penutur seperti sahabat atau orang yang rapat. Dalam bahasa Malaysia tidak terdapat perbezaan dari segi jantina seperti dalam bahasa Inggeris tetapi terdapat perbezaan dari segi kehormatan dan kesantunan kerana orang melayu amat mementingkan budi bahasa. Berikut adalah contoh-contoh penggunaan “he”, “she”, “dia” dan “beliau”.

1. SHE
She said the allegation by Anwar's aide was nothing more that a "recycling of charges in 1998" to quash Anwar's political career.
[http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-surat-pembaca/index.php?option=com_content&task=view&id=015506&Itemid=1]

2. HE
Najib claimed that he too can make slanderous revelations on Anwar Ibrahim that are personal in nature, but that it is not his style he respected the fact that Anwar has a wife and children.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7375&Itemid=50]

3. DIA
"Kita tidak boleh bercakap perkara itu kerana Tuhan akan menghukumnya (Lina Joy)?Apa masalahnya? Dia bukan lagi Islam jadi Tuhan akan menghukumnya?

4. BELIAU
Dr Mahathir juga menjelaskan bahawa apa yang beliau perkatakan itu bukanlah bermaksud mahu mempertahankan Ketua Umno Bukit Bendera Dato' Ahmad Ismail malah beliau turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi hanya meluahkan rasa kecewanya terhadap keupayaan pemimpin Melayu hari ini menguruskan soal kaum di negara ini.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16829&Itemid=1]


Merujuk kepada ‘her’, ‘him’ dan ‘–nya’ pula dapat dilihat bahawa ketiga-tiga kata ini sebenarnya mempunyai fungsi “kepunyaan”. Walau bagaimanapun, dalam tatabahasa bahasa Melayu, pengunaan kata ‘-nya’ tidak langsung menunjuk sebarang perbezaan dari segi jantina seperti penggunaan ‘her’ dan ‘him’. Contoh:

1. HIS
He had, however, decided to make his explanation highly political, peppering it with a counter political attack and innuendos of his own, accusing his accusers of making personal slander against him. His counter attack appears to be specifically directed towards Anwar Ibrahim.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=7375&Itemid=50]

2. HER
"We can't talk about it because God will punish her (Lina Joy)? What's the problem? She's not a Muslim anymore, so God will punish her surely?
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=4287&Itemid=50]

3 -NYA
Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan.
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16803&Itemid=1]

Mary said...

Adakah DIA dan BELIAU sama dengan SHE dan HE?
Selamat sejahtera Dr,
Mengikut kepada Dewan tatabahasa bahasa Melayu, perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ digolongkan dalam kata ganti nama ketiga. Kata ganti nama ketiga mengandungi perkataan yang merujuk kepada diri tertentu, iaitu orang ketiga. Akan tetapi, perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ menunjukkan status yang berbeza dan kita perlu lihat kepada latar belakang orang yang dirujukkan dalam sesuatu konteks. Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, definisi yang diberikan bagi perkataan ‘dia’ ialah kata ganti diri ketiga digunakan dalam situasi yang menegaskan atau merendahkan; definisi yang diberikan bagi perkataan ‘beliau’ ialah kata ganti diri ketiga digunakan untuk orang tua atau orang yang dihormati.
Pada pendapat saya, perkataan ‘dia’ dan ‘beliau’ adalah sama dengan ‘She’ dan ‘He’. Hal ini kerana kedua-dua perkataan tersebut dalam nahu bahasa Inggeris digolongkan dalam golongan ‘pronoun’ dan mempunyai maksud yang sama iaitu sebagai kata ganti diri orang yang ketiga. Namun, terdapat perbezaan dari segi penggunaan bagi ‘dia’, ‘beliau’, ‘he’ dan ‘she’ berdasarkan kanduangan konteks itu.
Kata ganti diri ketiga ‘dia’ digunakan untuk merujuk orang yang biasa atau merujuk kepada situasi yang menegaskan dan merendahkan.
Contoh ayat : Lula yang mengejutkan Ronaldo menjelang Piala Dunia 2006 dengan bertanya adakah dia gemuk, memberitahu pemberita bahawa penyerang Brazil kehilangan bola yang disangka bakal diselamatkan oleh benteng selepas mereka manakala pemain Argentina seperti Messi, mengejar semula.
(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0906&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_03.htm&arc=hive )

Kata ganti diri ketiga ‘beliau’ digunakan untuk merujuk orang yang lebih tua atau orang yang mempunyai kedudukan masyarakat dan dihormati oleh orang ramai.
Contoh ayat : Asif Ali Zardadi, duda bekas Perdana Menteri Benazir Bhutto, memenangi Pilihan Raya Presiden Pakistan hari ini. Menurut keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Asif Ali, 53, mendapat 458 undi daripada 702 undi. Pengerusi bersama Parti Rakyat Pakistan (PPP) memang dijangka akan memenangi pilihan raya tersebut. Kemenangan beliau disambut dengan sorakan “panjang umur Bhutto” oleh para penyokong PPP.
(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0906&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_18.htm&arc=hive)
Penggunaan kata ganti nama ‘he’ dan ‘she’ adalah berbeza daripada jantina. Terlebih dahulu ‘he’ merujuk kepada jantina lelaki manakala ‘she’ merujuk kepada jantina perempuan.
Contoh ayat: "It is important for us to control ourselves. I am saying this to the non-governmental organisations, associations, media, bloggers and SMS (short messaging service) users, that they must not create news which can arouse anger. This will not bring good to anybody," he told reporters Saturday after chairing the Penang Umno LiaisonCommittee meeting,here. (source:http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/20080906213834&sec=nation)
Contoh ayat: Chong was commenting on the case of housewife Xie Fang, 36, who suffered second-degree burns on Oct 31 last year when she turned on the stove to prepare breakfast for her children. There were some technical problems with her gas hob.
(source:http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/6/nation/22255229&sec=nation)
NYA sama dengan HER dan HIS?
Pada pendapat saya, ‘nya’ adalah sama dengan ‘her’ dan ‘his’. Mengikut hukum tatabahasa dewan, ‘nya’ ialah digolongkan dalam kata ganti diri ketiga. Di samping itu, ‘nya’ juga berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata ganti diri ketiga ‘nya’ merupakan mofem yang terikat, jadi ia perlu terikat kepada perkataan yang lain seperti olehnya, bukunya, cantiknya dan sebagainya.

Contoh ayat: Juga jarang ditanya pada malamnya, apakah diisi dengan sembahyang sunat tarawih, sembahyang sunat tahajud, sunat tasbih dan macam-macam sembahyang sunat. Pada siang hari pula, apakah ditukar tabiat mengumpat individu-individu tertentu, kepada membanyakkan berzikir dan beristighfar dan juga menyambung bacaan al-Quran supaya cepat khatam.
(sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0906&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hive)
sekian terima kasih.

Mary Wong Mei Lin
No rujukan : 25

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Lim Siew Fa
No. Rujukan: 21

Salam sejahtera, Dr.
Berikut merupakan komen saya tentang penggunaan kata ganti nama.

Dia dan Beliau:
Menurut Asmah Haji Omar dalam bukunya yang bertajuk ‘Nahu Melayu Mutakhir’, kata ganti nama biasa boleh terbahagi kepada 3 subgolongan iaitu hormat, neutral dan kasar atau intim dalam konteks sosiolinguistik. Kata ganti nama diri ketiga ‘beliau’ tergolong dalam golongan yang bersifat hormat manakala ‘dia’ tergolong dalam golongan neutral dan kasar/intim. Hal ini menunjukkan yang kata ganti nama diri ketiga ‘beliau’ digunakan untuk orang yang dihormati dan ‘dia’ pula dapat digunakan untuk orang biasa atau orang yang dikenali . Dalam laman web http://tatabahasabm.tripod.com/tata/gantinama.htm juga menyatakan pendapat yang sama iaitu kata ganti nama diri ketiga ‘beliau’ digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin sementara ‘dia’ untuk digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan. Selain itu, kata ganti nama diri ini dapat berfungsi sebagai subjek, objek dan sebagai bahagian dalam adverba seperti adverba penyertaan dan adverba agentif menurut ‘Nahu Melayu Mutakhir’

She, He:

Dalam buku ‘Understanding and Using English Grammar’ oleh Betty Schrampfer Azar menyatakan yang kata ganti nama (pronoun) ‘she’ dan ‘he’ tergolongan dalam kata ganti nama subjek (subject pronoun). Hal ini bermaksud ‘she’ dan ‘he’ hanya berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan tidak terdapat perbezaan untuk merujuk kepada orang yang berpangkat tinggi atau dihormati. Perkara yang berbeza dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu ialah kata ganti nama ‘she’ dan ‘he’ mempunyai rujukan jantina. Justeru itu, kata ganti nama ‘she’ dan ‘he’ tidak boleh disamakan dengan kata ganti nama dalam bahasa Melayu iaitu ‘dia’ dan ‘beliau’.

Contoh:
1. Beliau merupakan anak bongsu di kalangan sembilan orang adik-beradik.
(http://www.ipdm.uum.edu.my/web/Tun/drm.htm)

2. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.
(http://blog.azhad.com/2005/01/tarikh-lahir.html)

3. Vice President Dick Cheney did the influence bit for Gawd And Country in 1987 when he was vice-chairman of the committee that investigated the Iran-Contra scandal.
(http://buzz.yahoo.com/buzzlog/91784)

4. He knew the brakes were out, and did all that to save my life! (http://www.alloy.com/2/20/433/1/)

5. She said she has introduced a bill that requires federal buildings to save energy and her campaign has even pledged to go carbon-neutral _ using energy efficient light bulbs and recycled paper in an effort to cut down on pollution.
(http://www.washingtonpost.com/wpdyn/content/article/2007/04/22/AR2007042200151.html)

6. Seorang suri rumah di Kampung Trolak Pekan, Hasmah Darus, 61, berkata, beliau sedang berbuka puasa di surau berhampiran apabila kejadian itu berlaku.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm)

Huraian:
Dalam ayat yang pertama, kata ganti nama ‘beliau’ digunakan kerana kata ganti nama ini merujuk kepada orang yang dihormati iaitu Tun Dr. Mahathir. Dalam ayat kedua pula, ‘dia’ dalam ayat tersebut merujuk kepada orang yang biasa. Manakala dalam ayat ketiga, kata ganti nama ‘he’ digunakan walaupun kata ganti nama ini merujuk kepada Dick Cheney yang merupakan timbalan presiden. ‘He’ dalam ayat keempat pula digunakan untuk merujuk seseorang lelaki yang biasa (tidak berpangkat/dihormati). Dalam ayat kelima pula, ‘she’ digunakan untuk merujuk kepada Hilary Clinton seorang senator.
Kekecualian: Manakala dalam ayat keenam, ‘beliau’ digunakan dalam laporan akhbar Utusan walaupun ‘beliau’ dalam ayat itu merujuk kepada seorang suri rumah yang biasa. (Akhbar Utusan sepatutnya menggunakan ‘dia’ dalam ayat tersebut).

Kesimpulan: kata ganti nama diri ketiga ‘dia’ dan ‘beliau’ dalam bahasa Melayu tidak sama dengan kata ganti nama ‘she’ dan ‘he’ dalam bahasa Inggeris.




-Nya:

Menurut ‘Nahu Melayu Mutakhir’, kata ganti nama diri ketiga ‘-nya’ berfungsi sebagai objek, kepunyaan, adverba penyertaan dan adverba agentif.

Her, His:

Menurut ‘Understanding and Using English Grammar’, ‘he’ merupakan kata ganti nama kepunyaan (possessive pronoun) dan kata ganti nama adjektif kepunyaan (possessive adjective). ‘her’ merupakan kata ganti nama objek dan kata ganti nama adjektif kepunyaan. Kata ganti nama ini berbeza dengan ‘ia’ kerana mempunyai perbezaan jantina.

Contoh:
1. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya.
(http://blog.azhad.com/2005/01/tarikh-lahir.html)

2. The balls were neatly arranged in egg cartons in the trunk of his car.
(http://www.edmunds.com/advice/buying/articles/42962/page007.html)

3. Though Cat doesn’t recognize him, Dylan’s been in love with her since high school.
(http://www.lesliekelly.com/her_last_temptation.html)

4. Clinton touted her plans to create a strategic energy fund, invest oil companies' "windfall profits" in renewable energy efforts and lead the nation to get 20 percent of its electricity from renewable resources by 2020.
(http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2007/04/22/AR2007042200151.html)

Huraian:
Dalam ayat pertama, ‘-nya’ dalam ‘pasangannya’ menunjukkan yang ‘pasangan’ itu miliknya. Sememtara itu, ‘his’ dalam ayat kedua menunjukkan kereta itu milik seorang lelaki. Dalam ayat ketiga ‘her’ berfungsi sebagai kata ganti nama objek dan bukannya merujuk kepunyaan. Manakala dalam ayat keempat, ‘her’ pula menunjukkan yang rancangan itu kepunyaan Clinton.


Kesimpulan, ‘-nya’ dalam bahasa Melayu hanya dapat disamakan dengan ‘her’ dan ‘his’ dalam sesetengah ayat untuk berfungsi sebagai kepunyaan/milikan. Hal ini kerana ‘her’ dan ‘his’ juga berfungsi sebagai kata ganti nama objek dan adjektif kata ganti nama.

lawleekian said...

LAW LEE KIAN (17)

"We have seen some very positive signs, but we have also seen the desperate acts by the government, threats and using institutions to discourage them," he said.
-http://news.my.msn.com/regional/article.aspx?cp-documentid=1663705

She jumps into a building and shocks the crowd.
-http://www.britney.com/

Walaupun ‘dia’, ‘beliau’, ‘she’ dan ‘he’ juga bermaksud ‘dia’ (orang ke-tiga), tetapi terdapat sedikit perbazaan yang berkaitan dnegan unsur jantina dan status. Dari degi semantic, memang terdapat perbezaannya. ‘He’ dan ‘she’ boleh diguna untuk merujuk kepada masyarakat umum dan juga masyarakat yang berstatus tinggi. Manakala, ‘dia’ digunakan untuk merujuk kepada masyarakat umum manakala ‘beliau’ merujuk kepada seseorang yang berstatus tinggi, berjasa dan sebagainya sahaja.
Selain itu, ‘dia’ dan ‘beliau’ boleh merujuk kepada semua jantina. Namun, ‘she’ hanya merujuk kepada kaum wanita dan ‘he’ hanya merujuk kepada kaum wanita.

Her next mission is to save weak Britney.
-http://www.britney.com/

A motorcyclist was killed after losing control of his bike at 385 kilometers (239 miles) per hour and crashing on Utah’s famous Bonneville Salt Flats, authorities and reports said Thursday.
http://sports.yahoo.com/top/news?slug=afp-usaccidentmoto090408&prov=afp&type=lgns

Maksud ‘-nya’ dan ‘her’, ‘his’ adalh sama. Ketiga-tiga perkataan ini juga merujuk kepada kepunyaan seseorang. ‘her’ dan ‘’his’ dalam contoh di atas boleh diganti dengan perkataan ‘nya’.

jess siny said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Lim Siew Fa
No. Rujukan: 21
Salam sejahtera, Dr.
Saya minta maaf Dr. kerana terdapat sedikit kesilapan dalam komen yang saya berikan di atas.



Dalam definisi 'her, his', saya menyatakan 'menurut ‘Understanding and Using English Grammar’, ‘he’ merupakan kata ganti nama kepunyaan (possessive pronoun)' tapi saya sebenarnya ingin menyatakan 'menurut ‘Understanding and Using English Grammar’, ‘his’ dan 'her' merupakan kata ganti nama kepunyaan (possessive pronoun)'.


Terima kasih, Dr.

jess siny said...

Penggunaan 'Dia' sama dengan 'He' dan 'She' kerana kata ganti nama ketiga ini boleh digunakan oleh kedua-dua jantina lelaki dan perempuan. Kata ganti nama ketiga dalam bahasa Malaysia tidak sama dengan bahasa Inggeris yang mempunyai kata ganti nama 'he' yang mewakili lelaki dan 'she' yang mewakili perempuan.


Ayat 1
MCA Wanita head Datuk Dr Ng Yen Yen is trying to become the first woman to hold a senior post in the party after she formally declared her intention to contest the party's vice-president’s post.

Daripada ayat 1, didapati bahawa 'she' digunakan untuk menggantikan subjek yang telah disebutkan pada awal ayat iaitu MCA Wanita head Datuk Dr Ng Yen Yen.


Ayat 2
The first thing actor Tony Eusoff does when he gets his morning paper is to see what’s on the front page.

Dalam ayat 2, 'he' digunakan untuk menggantikan subjek dalam ayat iaitu Tony Eusoff.


Ayat 3
Namun, segalanya masih belum pasti memandangkan Christopher sendiri masih belum memberikan sebarang jawapan sama ada dia berminat untuk mengemudi sekuel ketiga tersebut.


Ayat 4
Bagi Melissa, meskipun melangsungkan perkahwinan secara rahsia, dia kini begitu bahagia melayari alam rumah tangga dan sangat bangga dengan status baru sebagai isteri.

Ayat 3 dan 4 jelas menunjukkan kata ganti nama bagi perempuan dan lelaki juga menggunakan 'dia'.


Ayat 5
McCain dipilih sebulat suara lewat malam tadi pada Konvensyen Kebangsaan Republikan dan penyokong parti ini berharap beliau dapat mengatasi legasi George W. Bush seterusnya membolehkan Republikan terus menguasai White House.

Penggunaan 'beliau' berbeza dengan 'dia'. Dalam ayat 5, 'beliau' digunakan untuk menggantikan subjek manakala dalam ayat 3 'dia' digunakan. Hal ini demikian kerana dalam 'beliau' digunakan untuk merujuk kepada orang bernama atau orang yang dihormati dan tertinggalnya menggunakan 'dia'. Dalam bahasa Malaysia mempunyai kata ganti nama ketiga yang tertentu untuk merujuk kepada orang yang bernama dan ornag yang dihormati tetapi bahasa Inggeris tidak mempunyai perbezaan ini seperti yang ditunjukkan dalam ayat 6.


Ayat 6
Obama, an Illinois senator, said the job losses showed the need for change in
the economic approach used over the last eight years under President George W.
Bush. He said McCain would mean more of the same.

Perkara yang sama juga berlaku pada 'you' dan 'anda' yang membawa maksud yang sama. Walaupun maksud mereka sama tetapi penggunaan mereka agak berbeza. Dalam konteks bahasa Malaysia, kita memanggil orang yang lebih tua atau orang yang dihormati dengan gelarannya. Namun perkara yang berbeza dalam konteks bahasa Inggeris, 'you' boleh digunakan atas orang yang lebih muda atau orang lebih tua dan sebagainya.

Penggunaan dan maksud 'nya' sama dengan 'her' dan 'his'. Alasannya sama dengan 'dia' dengan 'he' dan 'she'. Terjemahan bagi 'his' dan 'her' adalah 'nya'. Bagi 'his' dan 'her' pula, seperti 'he' dan 'she', penggunaan hanya membezakan jantina. Ayat-ayat di bawah menunjukkan perbezaan 'nya' dengan 'his' dan 'her'.


Ayat 7
Samak Sundaravej hari ini mengulangi pendiriannya tidak akan tunduk kepada desakan supaya beliau meletak jawatan dan menolak kemungkinan akan membubarkan Parlimen untuk menamatkan kebuntuan politik di negara ini.

Ayat 8
"Kami bangga dengan keputusan Bristol untuk memelihara sendiri anak itu dan kami juga sangat berbangga untuk menjadi datuk dan nenek," kata Palin bersama suaminya Todd.

Ayat 9
Record-setting swimmer Michael Phelps has satisfied some of his hunger for Americana since returning to the United States from his Olympic triumphs in China but has one special rendezvous he is looking forward to.

Rujuk kepada ayat 1
...after she formally declared her intention to contest the party's vice-president’s post.

nama: CHAN SIN YEE
NO REF: 2