Tuesday, September 2, 2008

tukar ke bentuk gramatis mengikut nahu preskriptif dan terjemah

Persoalan yang timbul disini:

1) Salah kah jagaan aku sebagai ibu ikan
2) Perlukah aku beli je haiwan lain?
3) atau perlukah aku batal kan je niat aku nak jadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini???

sumber: http://atiraeliya.blogspot.com/- thq atirah n jgn marah ye...

ARAHAN:

1) Tukar petikan yang diambil dari blog Atirah kepada bentuk yang gramatis. Gunakan pendekatan nahu preskriptif untuk menukar petikan tersebut.
2) Perlihatkan dan nyatakan perbezaan petikan tersebut dengan hasil tukaran anda.
3) Terjemahkan petikan di atas ke dalam bahasa Inggeris mengikut dialek pilihan anda. Namakan dialek ini.
4) Terjemah hasil tukaran anda ke dalam bahasa Inggeris standard.
5) Berikan jawapan anda dalam bahagian 'comment' pos ini. Sertakan nama dan no rujukan anda.

Markah:
Betul 100%: A
Separa Betul (ie kurang atau sama dengan 99%): C
Salah Terus: D-------
Tak Jawab: 0 'sifar'

Tarikh Akhir Hantar: Khamis 3 Sept 2008 5 pagi waktu Kanada. (Maka semak GMTnya!!)

61 comments:

vani said...
This comment has been removed by the author.
vani said...

Kalaivani (16)

(a)Ayat-ayat gramatis saya,
1) Adakah terdapat sebarang kesalahan terhadap penjagaan saya sebagai pembela ikan?

2) Adakah saya perlu membeli haiwan lain untuk dibela?

3) Adakah saya perlu abaikan niat untuk menjadi pembela kepada semua haiwan di dunia ini?

(b)Perbezaan:
1) Ayat-ayat tidak mempunyai subjek dan predikat. Apabila ditukarkan kepada ayat gramatis ayat-ayat tersebut mempunyai subjek dan predikat.
CONTOHNYA: Dalam ayat pertama, adakah merupakan subjek dan terdapat sebarang kesalahan terhadap penjagaan saya sebagai pembela ikan merupakan predikat.

2)Ayat-ayat asal merupakan ayat tergantung. Contohnya: Salahkah jagaan aku sebagai ibu ikan. Ayat ini merupakan ayat tergantung kerana tidak menyampaikan mesej dengan tepat. Apabila ditukar menjadi ayat gramatis, ayat-ayat tersebut mempunyai maksud yang spesifik dan boleh difahami oleh pembaca dengan lebih senang.

3)Sesetengah perkataan yang digunakan tidak sesuai dengan konteks ayat. CONTOHNYA: Penggunaan "ibu ikan" dan "aku" dalam ketiga-tiga ayat. Apabila membaca ayat yang kurang gramatis penggunaan ibu ikan tidak sesuai kerana kita sebagai manusia mempunyai perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan. Contohnya seperti penjaga atau pembela untuk orang yang mempunyai haiwan peliharaan. Dalam konteks ayat di atas apabila ibu ikan digunakan kita seolah-olah seperti haiwan dan menjadi ibu ikan. Begitu juga dengan penggunaan aku. Saya berpendapat apabila aku digunakan ketika kita berucap atau dalam ayat, ayat itu menjadi ayat yang kasar dan tidak sesuai di baca oleh orang yang lebih tua. Oleh itu ibu ikan ditukar menjadi pembela ikan dan aku ditukar menjadi saya.

(c)Terjemahan
1) Has there been any offence for my care as the defender fish?

2) Do I must buy other animal to nurse?

3)Do I must neglect intention in order to be defence to all animal in this world?

HL.LINIE said...

1. A) Adakah saya melakukan kesalahan semasa memelihara ikan?
B) Adakah saya perlu membeli haiwan lain untuk dijadikan binatang peliharaan?
C) Adakah saya perlu membatalkan niat untuk memelihara semua jenis binatang peliharaan di dunia.?

2. A) Perbezaan antara ayat asal dan ayat yang telah saya tukarkan ialah penggunaan kata ganti diri. Dalam ayat asal, kata ganti nama ‘aku’ digunakan. Saya menggantikan kata ganti diri ‘aku’ menjadi ‘saya’ kerana kata ganti nama ‘aku’ kerana kata ganti nama ‘saya’ lebih lembut didengar dan sesuai digunakan untuk semua keadaan manakala kata ganti nama ‘aku ’ digunakan dengan orang yang rapat dengan diri kita dan tidak sesuai digunakan dengan orang yang lebih tua dan mempunyai status sosial yang lebih tinggi.
B) Perbezaan kedua ialah saya memulakan ayat asal dengan kata tanya kerana ayat asal merupakan ayat tanya yang digunakan untuk bertanya kepada orang yang rapat dengan diri yang bertanya dan ayat Tanya seperti ‘adakah’ digunakan untuk keadaan yang lebih formal.
C) Perbezaan yang ketiga ialah penggunaan bahasa seharian iaitu penggunaan singkatan seperti ‘je’ untuk ‘saja’ dan ‘nak’ untuk ‘hendak’. Dalam bahasa yang formal, singkatan menjadi satu kesalahan.
3. –
4. A) Am I doing a mistake while nursing my fish?
B) Do I have to buy another pet?
C ) Do I have to cancel my
intention to nurse the entire
kinds of pet in the world?


HELLINIE BINTI SINA
(13)

park jay ya said...

Jawapan yang berbangkit kat sini:
1) a – Adakah salah cara saya dalam penjagaan ikan?
B – Adakah saya perlu untuk membeli haiwan lain?
C – Adakah saya perlu membatalkan niat saya untuk menjaga semua
haiwan di dunia ini atau meneruskan sahaja niat saya itu?

2) a – Bagi ayat ini, penggunaan kata tanya ( adakah ) digunakan dan frasa
“ ibu ikan ” diganti dengan frasa “ penjagaan ikan ” bagi memenuhi
kehendak nahu preskriptif. Frasa “ ibu ikan ” bermaksud memelihara atau
menjaga ikan tersebut. Oleh itu, frasa tersebut lebih sesuai ditukarkan
kepada salah satu padanan tersebut. Selain itu, kata ganti diri pertama
( saya ) ditukarkan kepada “aku” kerana saya lebih lembut untuk
penggunaan umum dan penggunaan “aku” biasanya bagi mereka yang
mempunyai pertalian yang rapat.
B – Ayat ini juga mengalami perubahan yang hampir serupa seperti ayat di
atas. Selain itu, bukti ayat asal ini adalah nahu diskriptif ialah penggunaan
kata singkatan “ je ”. Oleh itu, perkataan ini digugurkan bagi memenuhi
kehendak nahu preskriptif.
C - Bagi ayat ini pula, frasa “ atau ” dialihkan tempatnya ke belakang dan
dihuraikan maksud frasa tersebut bagi membuat ayat itu lebih gramatis.
Kependekan juga digugurkan kerana kependekan adalah syarat nahu
diskriptif. Frasa “ibu” pula digugurkan dan terus dihuraikan maksudnya.

4) a – Am i doing wrong while nursing my fish?
B – Am I have to buy another pets?
C – Am I has to cancel my intention to keep all animal in this world or I just
continued it?

Mohd Jaya bin Mohd Johan
No Rujukan ( 30 )

Melati binti Abdul Majid said...

Soalan 1:


1)Adakah saya bersalah ketika saya memelihara ikan?
2)Adakah saya patut membeli haiwan yang lain sahaja?
3)Adakah saya perlu membatalkan saja niat untuk memelihara semua jenis ninatang peliharaan di dunia

Soalan 2

Pertama, struktur ayat tanya Atirah lebih kepada percakapan atau bahasa pasar. Ayat yang telah saya inovasikan merupakan ayat tanya menggunakan bahasa Melayu yang lebih gramatis dan lebih formal dan menggunakan bahasa baku.

Kedua, saya mengubah kata ganti nama diri daripada aku menjadi saya.

Ketiga, perkataan yang digunakan oleh Atirah menggunakan singkatan bahasa harian, contohnya ‘je’ yang berbeza dengan penggunaan bahasa Melayu yang lebih formal jika ingin digunakan dalam urusan rasmi perlu lebih berhati-hati dan perlu dielakkan.

Soalan 3
Dialek Manglish
1)Am I guilty ahhh wei when Im nursing my fish ?
2)Should I buy the other pets haa ?
3)Should I ahhh just cancelled u know my plan lah to take care all pets in this world haa?


Soalan 4

1)Am I guilty when Im nursing my fish?
2)Should I buy the other pets?
3)Should I just cancelled my plan to take care all pets in this world?


MELATI BINTI ABDUL MAJID
NO.26

MatMetZat said...

AYAT GRAMATIS:

1) Adakah saya melakukan kesalahan dalam memelihara ikan saya?
2) Perlukah saya membeli haiwan lain?
3) Adakah saya perlu membatalkan sahaja niat saya ingin menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini???

PERBEZAAN
Tidak begitu banyak perbezaan antara ayat asal dan ayat saya:
1)Ayat asal menggunakan kata 'ibu ikan' untuk merujuk kepada perbuatan memelihara ikan.kata tanya adakah ditambah dipermulaan ayat.
2)Perkataan je digugurkan dan beli ditambah imbuhan mem-
3)Perkataan 'je' digugurkan, perkataan nak jadi ditukar kepada ingin menjadi


TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS PILIHAN DAN DIALEK:
1)Did i do something wrong as a mother of the fish
2)Need i buy other animal?
3)does i need to just cancel my intention to become the mother of all fish in this world
Dialek - Manglish + literal

BAHSA INGGERIS STANDARD


1) Did i do something wrong when i'm taking care of my fish?

2) Do i need to buy another animal?

3) Do i need to cancel my intention to be the mother of all animals in this world???



(28) MOHD AMIR AIZAT BIN SAINON

azren said...

Nahu Preskriptif

Persoalan yang timbul disini:

1) Salah kah jagaan aku sebagai ibu ikan
2) Perlukah aku beli je haiwan lain?
3) atau perlukah aku batal kan je niat aku nak jadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini???

Mengikut nahu preskriptif, ayat tersebut akan berubah menjadi

1a) salahkah cara penjagaan aku sebagai pembela ikan
2a) perlukah aku membeli haiwan lain yang sesuai untuk dipelihara?
3a) atau perlukah aku membatalkan sahaja niat ku untuk menjadi pemelihara kepada semua haiwan di dunia ini???

Perbezaan yang didapati ialah ayat menjadi lebih tersusun dan mudah untuk difahami pembaca. Penggunaan beberapa istilah yang tidak sesuai telah digunakan iaitu “ibu ikan”. Terdapat juga penggunaan singkatan iaitu ‘je’ untuk perkataan ‘sahaja’, hendak disingkatkan menjadi ‘nak’. Perbezaan lain ialah tidak terdapat penerangan dalam ayat sumber seperti “perlukah aku beli je haiwan lain?”, selepas diubah ayat tersebut menjadi “perlukah aku membeli sahaja haiwan lain yang sesuai untuk dipelihara?”. Hal ini disebabkan, jika tiada unsure penerang, pembaca akan tertanya-tanya mengenai tujuan membeli haiwan lain tersebut. Sama ada untuk memelihara atau untuk dijadikan makanan. Selepas proses mengubah juga, ayat lebih berbentuk baku daripada ayat sebenar.

Terjemahan ke dalam dialek lain dalam bahasa Inggeris

Is it my fault of bein' fish mother

need i buy new fellow

or should' i cancel to be mama fo' all the things around the world?
terjemahan ayat inggeris standard

Is it my fault of being master 4 that fish

need i buy new pet?

or should i just cancel to be new master for all the pet in the world

Mohd Nor Azren b. Kamarudin (31)
92068

Anonymous said...

SHARIFAH KHALIRAH (47)
1)AYAT GRAMATIS
1) Adakah salah penjagaanku sebagai pemelihara ikan?
2) Adakah perlu aku membeli sahaja haiwan lain?
3) Adakah perlu aku membatalkan niatku untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini???

2) PERBEZAAN
1) Bahasa Kolokasi
dapat dilihat athirah telah menggunakan bahasa kolokasi, maka ayat tidak disusun secara rapi iaitu subjek dan predikat. selain itu, kata tanya yang betul tidak digunakan. Walaupun, partikel -kah digunakan, lebih tepat lagi jika memasukkan juga kata tanya seperti Adakah.
2) memandangkan bahasa kolokasi digunakan maka dapat dilihat singkatan kata juga digunakan. contohnya, nak bagi hendak, dan je bagi sahaja.

2) TERJEMAH KE DALAM BI
1) Wrong ah what I did when taking care of the fish?
2) i should just go buy new animal huh?
3) or should i throw my wish to be the mother of all animal in the world?
nama dialek: Malaysian english

3) TERJEMAHAN BI STANDARD
1) was what i did wrong as the owner of the fish?
2) should i just go and buy a new pet?
3) or should i forget my wish of becoming the 'mother' of all the animals in the world?

hanna said...

(9) FARHANNAH SHAHFINAZ BT. FEROZ

AYAT GRAMATIS
1) Adakah salah cara penjagaanku sebagai ibu kepada ikan ini?
2) Perlukah aku membeli haiwan yang lain sahaja?
3)Perlukah aku membatalkan sahaja niatku untuk menjadi ibu kepada semua haiwan yang terdapat di dunia ini?

PERBEZAAN
Perbezaan yang saya dapati melalui ayat yang telah diberikan dan ayat gramatis yang telah saya bentuk merupakan pemilihan perkataan yang digunakan. walaupun sebenarnya kedua-dua bentuk ayat ini membawa mesej yang sama, tetapi ayat yang ditulis oleh atirah lebih berbentuk komunikatif, iaitu lebih mendekati bentuk percakapan kita sehari-harian. contohnya perkataan 'je' dan 'sahaja'. dalam percakapan ita sehari-harian, kita akan lebih menggunakan 'je' berbanding sahaja. bukan sahaja percakapan sehari-harian, malah dalam bahasa sms juga kita lebih cenderung menggunakan 'je'.

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS DIALEK MANGLISH (MALAYSIAN ENGLISH)
1)Is my way as a mother taking care of this fish wrong ah?
2)I have to but other animal la like this ah?
3)So now i cannot be a mother la to any animal in this world?

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS STANDARD
1)Is my way of taking care of this fish wrong?
2)Should i just buy other animal and take care of it as my pet?
3)Should i not take care of any other animal and cancel my intention of having a pet?

矛木Rou said...

1.pertukaran ayat
a. adakah pemeliharaan saya kepada ikan saya itu salah?
b. adakah saya perlu membeli haiwan lain untuk dibela?
c.adakah saya perlu membatalkan niat saya untuk membela semua haiwan di dunia ini?

2.perbezaan
- pertamanya, bahasa yang digunakan oleh atira ialah bahasa percakapan yang tidak mementingkan kegramatisan. ayat-ayat telah ditukar kepada ayat yang gramatis fari segi struktur ayat dan juga pemilihan perkataan.
-atira telah menggunakan 'ibu ikan' dalam petikan ini yang saya rasa amat mesra dan kreatif. tetapi dari segi preskriptif,'ibu ikan' adalah tidak sesuai kerana kita manusia bukan ikan yang melahirkan ikan.jadi,yang lebih sesuai ialah 'pemelihara ikan'.
-'je' iaitu singkatan 'sahaja' telah banyak digunakan yang pada saya ayat tersebut berbau 'keInggerisan'.'sahaja' adalah padanan 'just' dan jenis ayat tersebut kerap muncul dalam konteks bahasa inggeris.

3.terjemahan dialek 'manglish'
a.i wrong is it the way i taking care the fish?
b.or juz buy other animal?
c.should i give up my mind of taking care all the animal?

3.terjemahan standard bahasa inggeris
a. did i do anything wrong in taking care of the fish?
b.should i just to have other pet?
c.should i just put aside my mind of having all the animal of this world as my pet?

linda86 said...

Soalan 1:

1) Adakah aku bersalah kerana tidak menjaga anak ikan dengan baik?
2) Pelukah aku membeli sahaja haiwan lain?
3) Perlukan aku membatalkan sahaja niatku untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?

Soalan 2:
Perbezaan yang terdapat pada ayat asal dan ayat tukaran ialah penggunaan kata yang tidak mematuhi prinsip kebahasaan bahasa melayu standard. Oleh kerana ini adalah bog yang berupa diari peribadi, maka penulis cenderung menggunakan bahasa yang agak santai atau bahasa pasar. Bahasa seperti ini kurang kemas tetapi menepati tujuan ianya ditulis iaitu untuk meluahkan perasaan. Cara ayat-ayat tersebut ditulis lebih bersifat komunikatif dan tiada struktur yang kemas. Contohnya ‘je’ digunakan untuk menggantikan perkataan ‘sahaja’. Kemungkinan pembaca blog ini dalam kalangan teman-teman rapat penulis yang gemas berinteraksi menggunakan gaya bahasa bersahaja. Selain itu, ayat asal tidak mempunyai kata tanya yang tepat contohnya ‘salah kah’ seharusnya digantikan dengan ‘Adakah’ kerana ‘adakah’ lebih sesuai dalam konteks ayat ini. Manakala, dalam ayat ke 3, seharusnya permulaan ayat tidak didahului dengan kata hubung ‘atau’.

Soalan 3:
Bahasa Manglish (Bahasa Inggeris Malaysia)
1)What mistake I did as a fish mother haa?
2)So, I have to buy other fish loo..
3) Or, do I have to cancel my dream to be ‘a mother’ for all animal in this world,huh?

Soalan 4:
Bahasa Inggeris Standard
1) Did I do a mistake when taking care of the fish ?
2) Should I just buy other animal?
3) Did I have to cancel my intention to be ‘a mother’ for all animals in this world?

矛木Rou said...

maaf Dr saya terlupa sertakan no rujukan saya.
saya [5]Chong Ciew Ju

Ayaq said...

HANIM HAFIZA BINTI MOHD HANIF (11)

a) Ayat gramatis:
1. Salahkah cara penjagaanku semasa membela ikan?
2. Haruskah aku membeli haiwan lain untuk dibela?
3. Haruskah aku membatalkan niatku untuk membela haiwan?

b) Perbezaan:
Tak ada banyak perbezaan di sini. Saya masih mengekalkan kata ganti nama 'aku' kerana pada pendapat saya Atirah sedang bermonolog dengan dirinya (mana ada orang cakap sorang2 lepas tu bahasakan dirinya 'saya'), maka kata ganti nama tersebut adalah sesuai.
Ayat-ayat asal Atirah ayat bahasa pasar + bahasa lisan kerana dia menggunakan istilah "ibu ikan" dan juga perkataan yang dipendekkan seperti 'nak' dan 'je'. Ayat-ayat yang saya beri pula merupakan ayat yang gramatis, tetapi dalam bentuk bahasa tulisan.

c) Dialek Manglish:
1) The way I 'jaga' the fish wrong meh?
2) Should I buy any other pets ah?
3) Or should I just cancel my plan to have any pets ha?

d) Bahasa Inggeris standard:
1) Did I do any wrong while taking care of my fish?;
2) Should I just buy other pets?;
3) Or maybe I should cancel my intention to have any pets at all?

Christina said...

Christina Priyadarshinee (7)

1.(a) Adakah peranan saya sebagai ibu ikan salah?
(b) adakah saya perlu membeli haiwan yang lain?
(c) Adakah saya perlu membatalkan niat saya untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?

2. ayat asal itu mempunyai kependekkan kata (short form) seperti 'je' untuk sahaja dan tidak begitu gramatis kerana tiada kata tanya dalam ayat tanya tersebut seperti 'adakah'. ayat pertama itu kelihatan tergantung kerana tidak mempunyai tanda soal dan juga sukar difahami masud yang cuba disampaikan itu.

3.(a) what did i do wrong in being the fish's mummy?
(b) some other animals maybe?
(c) or don't tell me i have to forget about being a mum to all the animals in the world?

4.(a) have i done anythin wrong in being the fish's guardian?
(b) do i have to buy some other animals instead?
(c) or do i have to forget about my intention of being a mother to all the animals in the world?

Northern Gate said...

1) 1) Adakah saya telah melakukan sebarang kesilapan sehingga ikan saya mati?
2) Perlukah saya membeli haiwan lain?
3) Atau perlukah saya mebatalkan niat untuk memelihara haiwan-haiwan di dunia ini?

2) 1) Dalam ayat ini, perkataan "salah kah" digantikan dengan kata tanya "adakah". Kata ganti nama "aku" diubah kepada "saya" bagi menampakkan ciri formal dalam ayat. Struktur frasa kerja "jagaan aku sebagai ibu ikan" diubah kepada "melakukan
sebarang kesilapan sehingga ikan saya mati". Frasa kerja baru ini panjang sedikit dan tidak mengandungi kata kiasan seperti "ibu ikan" yang membawa maksud orang yang memelihara ikan.
2) Kata "je" yang merupakan singkatan bagi "sahaja" dalam bahasa pasar digugurkan. Imbuhan mem- ditambah pada kata kerja "beli".
3) Ayat diubah sedikit bagi menjadikannya ayat baku. menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini.

3) 1) Am I wrong as momma o tis fish?
2) Shud I get another piet?
3) Or shud I stop my damn intention bein' a momma o animal in the world?

- American Black English

4) 1) What have I done until this poor fish died?
2) Should I get another pet other than fish?
3) Or should I cancel my intention looking after the animals in this world?

Mohd Tan'im Tajuddin
92069
No. 32

Minta maaf, saya guna no giliran lama sebab saya tidak dapat periksanya di depan bilik Dr. Goh.

park jay ya said...

er... sorry Dr,
saya terlepas pandang lagi... walaupun saya berkaca mata tp saya masih lagi wat kesilapan yang sama... saya tertinggal terjemahan bahasa dialek Inggeris yang lain... jawapan saya cmni..

1. wrong ehk time i taking care my fish?

2. Serius? I have to buy other pets?

3. You think I have to taking care all animal in this world or what?

Mohd Jaya bin Mohd Johan
No Rujukan Lama (30)
No Rujukan Baru (31)

park jay ya said...

sekali lagi saya terlepas pandang...
hehehehehe...
nakal betul...
yang jawapan tu dialek Manglish...

LSY - KDC said...

(A) Ayat-ayat gramatis:

1. Adakah salah cara penjagaan saya sebagai seorang pembela ikan?
2. Perlukah aku beli haiwan yang lain untuk dibela sahaja?
3. Perlukah aku menbatalkan sehaja niatku untuk menjadi pembela kepada semua
haiwan di dunia ini?

Bahasa yang digunakan oleh Atirah adalah lebih kepada bahasa yang tidak formal ataupun bahasa pasar. Oleh itu terdapat perkataan ‘je’ yang merupakan bahasa percakapan harian. Jadi saya telah menterjemahkannya dengan menggunakan perkataan ‘sahaja’. Pada pendapat saya perkataan ‘pembela’ adalah lebih sesuai untuk menggantikan perkataan ‘ibu’. Mungkin Atirah telah memberi sifat kemanusiaan kepada ‘ikan’ikan’ tersebut jadi menggelar dirinya sebagai ‘ibu’.
ikan tersebut.

(b). Terjemahan dalam BI
1. Is my way as a mother, wrong ah taking care of the fish?
2. Or I just buy others animal?
3. I need to give up my mind to be the mother to all the pest in this world?

(c)Terjemahan dalam BI standard.
1. Is my fault of being the owner of the fish?
2. I should buy a new pest?
3. Or I should give up my intention to having all the animal as my pet in this world?

Loo Shi Yao
No: 23
HBT213

limsiewchin said...

Soalan 1
1.Adakah cara pemeliharaan ikan
saya salah?
2.Perlukah saya beli haiwan
pelihara yang lain?
3.Perlukah saya membatalkan niat
untuk menjadi pemelihara haiwan
di dunia?

Soalan 2 Perbezaan

Pada pendapat saya, bahasa yang digunakan oleh Atira ialah bahasa yang tidak formal dan juga bahasa pasar. Struktur dan bentuk ayat yang dihasilkan Atira lebih kepada bahasa percakapan .

Struktur ayat yang dihasilkan adalah tidak gramatis dan juga terdapat penggunaan kata yang tidak sesuai. Sebagai contoh, perkataan “ibu ikan ” . Walaupun perkataan “ibu ikan” dapat menyampaikan mesej asal kepada pembaca tetapi perkataan tersebut akan mewujudkan ketaksaan dalam kalangan pembaca. Dengan itu, saya telah mengugurkan perkataan “ibu ikan” dan menukarkan ayat tersebut dengan ayat“Adakah cara pemeliharaan ikan saya salah”. Dengan itu, pembaca akan mempunyai pengetahuan bahawa saya ialah pemelihara ikan. Dalam ayat 3, saya telah menukarkan ayat “ibu kepada haiwan” kepada perkataan pemelihara haiwan yang merujuk kepada perkara yang sama dalam konteks di atas.

Bagi ayat 2, saya telah menukarkan perkataan haiwan kepada haiwan pelihara. Hal ini kerana haiwan boleh digolongkan kepada haiwan pelihara dan haiwan liar. Maka haiwan pelihara digunakan dalam ayat 2 untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca.

Di samping itu, perkataan salahkah tidak boleh digunakan dalam permulaan ayat. Hal ini kerana perkataan salahkah lebih sesuai digunakan dalam percakap atau dialog. Perkataan tersebut harus digantikan dengan perkataan adakah yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tanya.

Selain itu, saya telah menukarkan kata ganti nama diri aku kepada perkataan saya. Hal ini kerana, perkataan aku digolong sebagai perkataan kasar atau intim dalam konteks sosialinguistik. Dengan itu, perkataan tersebut lebih sesuai digunakan dalam keadaan tidak formal iaitu percakapan atau dialog. Maka perkataan saya yang bersifat neutral adalah lebih sesuai digunakan dalam penulisan. Tambahan pula, ayat yang dihasilkan oleh Atira cenderung menggunakan perkataan “je” yang bermaksud sahaja. Dengan itu, saya telah menggugurkan perkataan tersebut supaya ayat itu menjadi lebih gramatis.

Soalan 3: Dialek Manglish
1.my way take care to the fish
wrong ar?
2.I need to buy other pets ma?
3.I need to give up my plan as a
mother of pets in the world liao
lah?


Soalan 4
1.Did I do anything wrong in taking
care of the fish?
2.Should I have other pets?
3.Should I change my mind as a
breeder in the world?

Lim Siew Chin No.20

tee li ling said...

1. i) Adakah cara yang digunakan oleh saya untuk menjaga ikan salah?

ii) Adakah saya perlu membeli haiwan lain untuk dipelihara?

iii) Atau adakah saya perlu membatalkan niat untuk membela haiwan
peliharaan?

2. Soalan yang dikemukakan oleh Atirah lebih menjurus kepada bahasa
percakapan. Ia bersifat bersahaja seperti sedang bercakap dengan rakan-
rakan rapat yang tidak menekankan formaliti dalam perbualan. Manakala ayat
yang distrukturkan semula saya lebih menjurus kepada bahasa Malaysia
gramatis dan formal. Selain itu, Atirah menggunakan perkataan ‘je’ untuk
menggantikan perkataan ‘saja’. ‘je’ ini merupakan singkatan. Tidak menjadi
masalah jika kita menggunakannya dalam percakapan tetapi jika dalam ayat
lebih baik kita menggunakan bahasa yang standard.

Saya menggantikan perkataan ‘aku’ dengan ‘saya’ dalam ayat asal. ‘Saya’
merupakan kata ganti nama pertama. Ia digunakan secara umum, dirasakan
lebih sesuai untuk diletak dalam ayat di atas. ‘Aku’ digunkan dalam konteks
seperti kepada orang yang lebih rapat dengan kita. Kita tidak boleh
menggunakan ‘aku’ apabila bercakap dengan orang yang lebih.

3. Terjemahan bahasa Inggeris dialek Manglish
i) Wrong arr my care as a mother fish?

ii) I just need to buy another pets lah?

iii) Maybe I just cancel my idea to become mother to all the pets in the world?

4. Terjemahan ayat saya ke dalam bahasa Inggeris standard.
i) Is that the way I used to take care of the fish wrong?

ii) Do I need to keep other pets?

iii) Or maybe I just cancel my intention to keep pets?


TEE LI LING (53)

凤音 said...
This comment has been removed by the author.
kit ying said...

Tan Kit Ying (52)

bahagian1
1.Adakah saya melakukan kesalahan semasa menjaga ikan saya?
2.Adakah saya perlu membeli haiwan yang lain?
3.Adakah saya lebih baik membatalkan niat untuk memelihara semua jenis haiwan di dunia ini?

bahagian 2
Teks yang dituliskan oleh Atirah merupakan teks yang tidak formal.Saya telah menukarkan teks tersebut kepada teks yang lebih formal. Dalam teks Atirah terdapat singkatan digunakan seperti 'je'. Kata ganti nama diri 'aku' dalam teks Atirah telah ditukar kepada 'saya' dalam ayat saya. Selain itu, pada pendapat saya Atirah menggunakan similar untuk mengatakan dirinya sebagai seorang 'ibu ikan'. Ayat ketiga yang dimulakan dengan perkataan 'atau' adalah tidak gramatis.

bahagian 3
1.As a fish mother did i do anything wrong?
2. Or I just buy other pets?
3.Or I m not suitable to have any animal in this world?

bahagian 4
1.Did i make any mistake when i take care of my fish?
2.Or i better buy other pets?
3.Or i better give up to have any animal in this world

凤音 said...
This comment has been removed by the author.
sun said...

Soalan 1 : ayat gramatis

1. Adakah cara penjagaan ikan saya salah?
2. Haruskah saya membeli haiwan lain?
3. Haruskah saya membatalkan niat saya yang ingin membela haiwan?


Soalan 2 : perbezaan

Perbezaan antara petikan tersebut dengan hasil tukaran saya ialah ayat saya lebih formal, petikan tersebut lebih bersifat percakapan atau bahasa pasar. Saya telah menukarkan AKU dalam petikan tersebut kepada SAYA kerana SAYA lebih formal manakala AKU lebih sesuai digunakan dalam percakapan. Singkatan seperti ‘je’ dan ‘nak’ merupakan singkatan yang biasa digunakan dalam percakapan harian. Dalam hasil tukaran saya, saya tidak menggunakannya kerana tidak betul dari segi tatabahasa. Selain itu, ayat ketiga dimulakan dengan satu kata hubung, iaitu ATAU. Dari segi tatabahasa, sesuatu ayat tidak boleh dimulakan dengan kata hubung. Akhir sekali, dalam petikan asal, kata kerja tidak digunakan bersama imbuhan atau telah disingkatkan. Contohnya, BELI dan BATALKAN. Saya telah menukarkannya kepada membeli dan membatalkan.


Soalan 3 : dialek bahasa Inggeris – Singlish

1. I did something wrong in nursing the fish meh?
2. Should I just buy another pet ler?
3. So, I have to cancel my plan as the mother of fish lor? Do I?


Soalan 4 : bahasa Inggeris standard

1. Is the way I take care of the fish wrong?
2. Should I buy another pet?
3. Should I give up on my intention of having any pets?


Sim Yen Sun
No. Ruj. : 48

jess siny said...

1)1.Adakah saya melakukan kesalahan dengan menjaga ikan sebagai ibunya?
2. Adakah saya perlu membeli haiwan lain?
3. Adakah saya perlu membatalkan niat saya yang ingin menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?


2)Salah satu perbezaan antara teks asal dengan hasil tukaran saya ialah teks asal banyak menggunakan 'aku' manakala hasil tukaran saya menggunakan 'saya'. 'aku' biasanya digunakan dalam percakapan. Dalam teks asal juga terdapat perkataan seperti 'je' yang biasa wujud dalam percakapan harian. Selain itu, ayat tanya yang gramatis patut bermula dengan kata tanya seperti 'apakah', 'manakah' dan sebagainya. Dalam hasil tukaran, ayat tanya yang bermula dengan 'salah kah' telah diubahkan menjadi 'adakah...'. Menurut Tatabahasa Dewan, 'atau' tidak boleh terletak di permulaan sesuatu ayat. Oleh itu, dalam hasil tukaran, 'atau' dialihkan.

3) cockney slang
1. Am I done Pete for takin' care the Lilian as it's father's lover?
2. Should I just score anovver pet?
3. Or I should just cancel aw me plan to be father's lover of aw the animal in the world?

4)
1. Am I wrong for taking care the fish like it's mother?
2. Should I just breed another animal?
3. Should I just cancel my plan to take care all the animal in the world?

name: Chan sin yee
ref no: 2

PuNiTa said...

AYAT GRAMATIS
1)Adakah cara saya salah dalam memelihara ikan?
2)Perlukah saya membeli sahaja haiwan lain untuk dipelihara?
3)Perlukah saya membatalkan niat saya untuk memelihara semua haiwan di dunia ini?

PERBANDINGAN
Ayat asal ini ditulis dalam bahasa pasar dan sturuktur ayat tidak kemas dan tidak mematuhi tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, untuk menjadikan ayat tersebut ayat gramatis bebrapa perubuhan terpaksa dilakukan. Dalam ayat asal, terdapat beberapa perkataan yang tidak sesuai seperti “ibu ikan” dan frasa tersebut digantikan dengan “memelihara ikan”. Penggunaan kata ganti nama “aku”, tidak sesuai dalam semua keadaan dan hanya digunakan apabila kita bertutur dengan golongan yang rapat dengan kita. Oleh itu, perkataan ‘aku’ digantikan dengan ‘saya’ kerana penggunaannya lebih sesuai untuk semua keadaan.
Kata tanya (adakah) juga ditambahkan pada permulaan ayat.
Selain itu, Atirah menggunakan perkataan singkatan seperti ‘je’ untuk ‘sahaja’ ‘nak’ untuk hendak. Perkataan singkatan tersebut perlu dielakkan apabila kita perlu bertutur dana menulis dengan menggunakan bahasa Melayu baku. Perkataan juga ditambahkan pada ayat kedua. Hal ini kerana ayat “Perlukah saya perlu membeli sahaja haiwan lain” tidak sempurna dan ayat ini mungkin tidak difahami oleh pembaca.
Naman, tidak banyak perubahan yang dibuat pada ayat ketiga. Perkataan ‘atau’ digugurkan kerana ayat bahasa Melayu tidak boleh dimulakan dengan perkataan ‘atau’.

TERJEMAHAN DALAM BAHASA INGGERIS
Dialek: Malaysian English
1) The way I taking care of my fish wrong ah?
2) I have to buy other pets la!
3) Or should I cancel ah my wish to become mama of all animals in the world?

Bahasa Inggeris Standard
1)Did I do any mistake in taking care of my fish?
2)Is it I have to buy other animals?
3)Or should I forget my intention to be mother of all the animals in the world?

PuNiTa said...

Maaf DR. terlupa no rujukan
PUNITA KASI
NO. RUJUKAN: 43

poison ivy said...

Jawapan soalan 1
1) Salahkah cara aku menjaga ikan tersebut?
2) Perlukah aku membeli haiwan lain sebagai ganti?
3) Perlukah aku membatalkan semua niatku untuk memelihara haiwan peliharaan?

Jawapan soalan 2
1) Perkataan salahkan dirapatkan, konsep ibu ikan digugurkan, penambahan tanda soal dihujung ayat kerana ayat tersebut merupakan ayat tanya.
2) Menggugurkan perkataan ‘je’, meletakkan imbuhan pada perkatan ‘beli’ dan penambahan ‘sebagai ganti’ untuk menerangkan haiwan yang akan dibeli menggantikan ikan yang telah mati itu.
3) Menambah imbuhan ‘mem-’ pada perkataan ‘batal’, perkataan ‘ibu ikan’ digugurkan, semua haiwan ditukarkan kepada semua haiwan peliharaan. Frasa ‘di dunia juga digugurkan kerana perkataan ‘semua’ telah menunjukkan semua haiwan di dunia.

Jawapan soalan 3
1) The way I take care of the fish wrong?
2) Have to buy another pet?
3) Just forget about raising all kind of pet?
Kesemua dialek bahasa Inggeris yang saya gunakan ialah dialek Malay english…


NUR YIHADA BALQIS BT MAHAMAD RASHIP
NO.RUJ:40

fazilah said...

35....
1(a) Salah kah jagaan aku sebagai ibu ikan
(b) Adakah salah cara penjagaan aku seperti ibu ikan terhadap ikan tersebut?.
2(a) Perlukah aku beli je haiwan lain?
(b) Adakah aku perlu membeli haiwan yang lain?
3(a) atau perlukah aku batal kan je niat aku nak jadi ibu kepada semua haiwan di dunia
ini???
(b) Adakah aku perlu membatalkan sahaja niat aku untuk menjadi ibu kepada semua
haiwan di dunia?
Seperti ayat yang telah saya cadangkan tersebut perbezaan yang ketara ialah pada ayat asal tidak terdapat tanda tanya (?). Walau bagaimanapun melalui ayat asal tersebut terdapat morfem terikat –kah yang selalunya menunjukkan persoalan. Agak sukar untuk mengeluarkan nilai-nilai emosi dalam ayat tersebut seperti perasaan kecewa yang disampaikan oleh Saudari Atirah. Pada pendapat saya juga ayat yang terhasil dalam blog tersebut juga mungkin merupakan monolog daripada penulis tersebut yang telah diluahkan melalui penulisannya. Perbezaan yang jelas daripada ayat asal dengan ayat cadangan saya ialah:
• Ayat cadangan saya lebih panjang daripada ayat asal kerana terdapat penambahan kata untuk menjelaskan lagi ayat tersebut. Sepintas lalu terasa senang untuk menukarkan ayat tersebut kepada struktur ayat yang lebih tepat tetapi apabila telah diteliti agak sukar untuk menghsilkan ayat cadangan yang mampu menyampaikan mesej dan juga perasaan penulis.
• Berlakunya penstrukturan semula seperti perkataan atau tidak boleh berada pada permulaan ayat melainkan kata tersebut merupakan sambungan daripada frasa yang sebelumnya.
Nahu preskriptif menunjukkan bentuk sebenar sesuatu ayat atau pun lebih mengikut kepada sifat atau sistem yang telah ditetapkan dalam Bahasa Melayu.
Contoh:
Subjek+Kata Kerja+Objek
Siti Aminah(S)+ membaca(K)+ buku(O)
Selain itu terdapat urutan kata SKO,SOK,SOK,KOS,KSO,OKS dalam bahasa-bahasa yang lain juga tetapi sehingga kini masih belum terdapat bahasa yang mempunyai urutan kata OSK. Walau bagaimanapun dalam bahasa isyarat lebih mengutamakan objek dahulu ketika mereka memberikan isyarat tangan contoh:
Saya hendak pergi tandas – tandas saya pergi

Terjemah kepada Bahasa Inggeris dialect Wales. Link ke laman web ini untuk mendengar dialek tesebut.
http://web.ku.edu/idea/europe/wales/wales4.mp3
http://web.ku.edu/idea/europe/wales/wales1.mp3
http://web.ku.edu/idea/europe/wales/wales2.mp3
http://web.ku.edu/idea/europe/wales/wales3.mp3
1. It is my custodial false as a fish mum’s?
2. Must I buy others animal?
3. Or I just have to cancel my intention to be a mum for all animals in this world.
(jawapan sama untuk soalan no 3 dan no 4)

FROM: NOR FAZILAH BINTI ARIFIN
REF. NO: 35

cHochoLate fActoRy said...

Ayat gramatis

a) Adakah aku menggunakan cara yang salah dalam menjaga haiwan peliharaanku?
b) Adakah aku harus membeli haiwan lain sebagai pengganti haiwan peliharaan
tersebut ?
c) Adakah aku perlu membatalkan sahaja niatku untuk memelihara haiwan-haiwan lain ?

Perbezaan yang wujud:

Secara umum, hasil tukaran saya ini lebih formal berbanding ayat asal yang lebih komunikatif. Ayat-ayat hasil tukaran saya ini juga lebih panjang berbanding ayat asal kerana bahasa Melayu yang digunakan adalah bahasa Melayu standard tanpa menggunakan bahasa pasar seperti ‘je’ dan ‘nak’.
a) Bagi ayat ini, perkataan ‘salah kah’ telah ditukar menjadi ‘adakah’ yang dilihat lebih
formal. Penggunaan frasa ‘ibu ikan’ digugurkan kerana frasa ini memperlihatkan
seperti penulis asal menjadi ‘biological mother’ kepada haiwan peliharaan tersebut.
Oleh sebab itu, saya lebih senang menggunakan frasa ‘menjaga haiwan peliharaanku’
kerana memperlihatkan penulis sebagai orang yang memelihara haiwan tersebut
sebagai haiwan peliharaan.
b) Bahasa pasar seperti ‘je’ dalam ayat ini telah digugurkan kerana tidak mengikut
tatabahasa bahasa Melayu yang betul dan apabila digugurkan, ayat tukaran menjadi
lebih formal. Penambahan maklumat juga berlaku dengan meletakkan frasa ‘sebagai
pengganti haiwan peliharaan tersebut ?’. Hal ini berlaku untuk menjelaskan lagi
maklumat sebenar. Perkataan ‘beli’ juga telah ditukar menjadi ‘membeli’ bagi
menunjukkan tahap formaliti ayat tersebut. ‘Perlukah’ juga telah ditukar kepada
‘Adakah’ .
c) Sekali lagi, perkataan ‘je’ dan ‘nak’ telah digugurkan bagi mengikut tahap formaliti
ayat. Selain itu, saya juga telah menggantikan frasa ‘nak jadi ibu kepada semua haiwan
di dunia ini???’ dengan frasa ‘untuk memelihara haiwan-haiwan lain?’ kerana frasa ayat
asal memperlihatkan penulis asal sekali lagi seperti mahu menjadi ‘biological mother’
kepada sang haiwan jika dilihat dalam konteks perskriptif. Oleh sebab itu, ayat tukaran
tersebut menunjukkan makna sebanar tanpa mempunyai makna-makna lain yang
tersirat. Kata tanya juga ditukar kepada ‘adakah’.

Terjemahan (Bahasa Inggeris standard)

a) Am I wrong in my way of taking care the pet?
b) Should I buy other animal as the replacement of my pet?
c) Should I cancel my plan to have other animal as my pet?

Terjemahan (Bahasa Inggeris dialek Manglish)

a) My way in taking care this pet is wrong huh?
b) So, I have to buy the new pet la?
c) Should cancel plan to have another pet la?

~Nurizyan Ayuni Harun~
~No rujukan = 41~

gankaijun said...

Gan Kai Jun (10)
Hasil Tukaran:
1. Adakah salah aku menjadi ibu kepada ikan dan menjaga mereka.
2. Perlukah aku membeli haiwan lain?
3. Ataupun aku perlu batalkan sahaja niat aku untuk jadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?

Perbezaan:
1. Struktur ayat hasil tukaran lebih gramatis kerana dalam ayat asal, terdapat penggunaan perkataan seperti ‘jagaan’ yang kuran sesuai dalam konteks ini.
2. Penggunaan singkatan seperti ‘je’ juga kurang sesuai dalam ayat jika melihat dari segi penggunaan bahasa melayu formal. Penggunaan perkataan dengan ejaan penuh seperti ‘sahaja’ lebih digalaakan.
3. Penggunaan tanda baca berulangan tidak digalakkan dalam pembinaan ayat, contohnya“???” sepatutnya “?” sahaja.

Hasil Terjemahan(bahasa Inggeris dialek-Manglish):
1. Got wrong meh to be a fish mom and care them?
2. I need to buy other animals ma?
3. Or I have to forget about being mom to other animals in this world leh?

Hasil Terjemahan (bahasa Inggeris Standard):
1. Is it my fault to be mom of the fish and take care of it?
2. Do I need to buy some other animals instead of sobbing over it?
3. Or I need to give up the thought of being mother to all the animals in this world?

atira eliya said...

NOOR ATIRAH ELIYA MOHD NOR
NO RUJ: 33
92070

ARAHAN:

1) Tukar petikan yang diambil dari blog Atirah kepada bentuk yang gramatis. Gunakan pendekatan nahu preskriptif untuk menukar petikan tersebut.

JAWAPAN (1)
1) Adakah aku membuat kesilapan semasa memelihara ikan ?
2) Perlukah aku membeli haiwan lain?
3) Haruskah aku membatalkan niatku untuk memelihara haiwan lain?


2) Perlihatkan dan nyatakan perbezaan petikan tersebut dengan hasil tukaran anda.

JAWAPAN (2)
(1) petikan asal menggunakan bahasa pasar dan penggunaan ayat yang tidak gramatis.

(2) Petikan asal tidak mengikut tatabahasa Melayu yang tepat.struktur ayat menggunakan bahasa harian :contohnya penggunaan perkataan “je”

(3) Selain itu, penggunaan “salahkah” adalah kurang sesuai, untuk penggunaan yang lebih formal, kita boleh menggunakan kata Tanya “adakah”.





3) Terjemahkan petikan di atas ke dalam bahasa Inggeris mengikut dialek pilihan anda. Namakan dialek ini.

JAWAPAN (3)

Dialek singlish

(1) Is it my care wrong a?
(2) I need to buy other new pet a?
(3) I should cancel my intent to own other pet?



4) Terjemah hasil tukaran anda ke dalam bahasa Inggeris standard.

JAWAPAN (4)
(1) Do I have made mistakes when I look after the fish?
(2) Should I buy new pet?
(3) Should I cancel my intent to own and look after other pet?

chaifun said...

Chen Chai Fun ( no.3)
Hasil Tukaran:

1)Adakah aku salah sebagai ibu kepada ikan untuk menjaga mereka.
2) Perlukah aku membeli haiwan yang lain untuk dipelihara?
3) Adakah saya perlu batalkan semua niat aku untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia?

Perbezaan:
1. Struktur ayat hasil tukaran saya lebih gramatis berbanding dengan ayat asal kerana ayat yang asal itu lebih berbentuk percakapan. Selain itu, penggunaan perkataan“jagaan“ kurang sesuai digunakan sebegini kerana maksud yang hendak disampaikan ini agak kabur. Saya telah menukarkan ayat itu dengan memanjangkan ayat itu agar maksud yang hendak disampaikan tidak kabur.
2. Penggunaan perkataan yang biasa digunakan dalam percakapan harian harus dielakkan sekiranya dalam bentuk tulisan. Penggunaan“je’ kurang sesuai digunakan. Selain itu, saya juga membetulkan perkataan“beli“ kepada“membeli’. Tambahan imbuhan“meN-„ dalam ayat ini amat perlu untuk menunjukkan perbuatan manusia. Saya juga menambahkan frasa “untuk dipelihara” agar ayat ini menjadi lebih jelas.
3. Penggunaan tanda baca soal yang banyak dalam suatu ayat adalah tidak dibenarkan. Tambahan pula, kata hubung “atau” tidak patut diletak di depan satu ayat mengikut hukum tatabahasa dalam pendekatan nahu preskriptif.


Hasil Terjemahan (bahasa Inggeris dialek- Manglish)

1. Got wrong ar to be a fish’s mom and take care of them?
2. I need to buy other animals ar?
3. Or I need to give up the thought being mother to all animals in this world?

Hasil Terjemahan (bahasa Inggeris Standard):
1. Is it my fault to be mom of the fish and taking care of them?
2. Do I need to buy some other animals as my pet?
3. Do I need to give up thought of being mom of all animals in this world?

Vale said...

Leow Chin Yuan (18)

(a)Ayat Gramatis
1.Adakah salah aku menjadi ibu kepada ikan dan menjaga mereka.
2.Perlukah aku membeli haiwan peliharaan lain?
3.Adakah aku perlu batalkan niat untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?

(b)Perbezaan
1.Pemendekan perkataan seperti ‘adakah’ menjadi ‘kah’ adalah salah dalam kontek ayat bahasa Malaysia rasmi. Keseluruhan struktur ayat juga tidak gramatis, seperti ‘jagaan aku’ yang sepatutnya diletakkan di akhir ayat menjadi ‘menjaga mereka’. Penggunaan perkataan ‘sebagai ibu ikan’ juga tidak sesuai, hal ini kerana frasa tersebut seolah-olahnya menunjukkan dia ialah ibu yang melahirkan ikan. Oleh itu, saya menukarkan ‘menjadi ibu kepada ikan’ agar pembaca dapat memahami maksud ayat.

2.Penggunaan percakapan harian seperti ‘beli je’ harus dielakkan dalam bahasa Malaysia formal. Adalah lebih sesuai ditukar menjadi ‘membeli’, 'je' digugurkan dan 'beli' diberi imbuhan meN- untuk menunjukkan suatu perbuatan. Saya juga menukarkan 'haiwan' menjadi 'haiwan peliharaan' supaya maksud menjadi lebih gramatis.

3.Sama seperti ayat sebelumnya, perkataan ‘je’ digugurkan. Penggunaan kata hubung 'atau' pada permulaan ayat adalah tidak sesuai, oleh itu saya menukarkan menjadi kata tanya 'adakah'.

(c)Terjemahan (Manglish)
1.Got wrong meh be a fish's mom and take care them?
2.I need buy other animal ma?
3.I have to give up thought of becoming all animals mom in this world ah?

(d)Terjemahan (Bahasa Inggeris Standard)
1.Is it my fault to become the fish’s mother and look after them?
2.Do I need to buy other animals?
3.Do I need to give up the intention of becoming mother to all the animals in this world?

Cool Mama said...

Merujuk kepada ayat-ayat asal, iaitu ayat yang dipetik daripada blog Athirah, didapati ayat-ayatnya tidak gramatis kerana penulis menggunakan bahasa berbentuk komunikatif. Hal ini kerana blog tersebut merupakan blog peribadi untuk tujuan bacaan ringan rakan-rakan atau pembaca. Kepuasan pembaca serta maklumat yang ingin disampaikan mengatasi kepentingan menjaga aspek tatabahasa. Justeru, persoalan yang melibatkan kejanggalan atau ketepatan tatabahasa tidak timbul. Bagaimanapun, sekiranya ayat-ayat tersebut distruktur semula menjadi ayat-ayat yang gramatis mengikut nahu preskriptif, akan berbunyi begini:


1.Adakah cara aku memelihara ikan tersebut salah?
2.Perlukah aku membeli haiwan lain yang lebih sesuai untuk dipelihara?
3...atau perlukah aku membatalkan sahaja niatku untuk memelihara sebarang haiwan peliharaan?


Ayat 1:
Didapati wujud kesalahan dari aspek imbuhan. Partikel –kah sepatutnya dirapatkan dengan kata akarnya. Seterusnya, frasa ’jagaan aku’ menampakkan sedikit kejanggalan tatabahasa. Maklumat sebenar yang ingin disampaikan ialah ’cara menjaga’ atau ’ cara memelihara’. Selain itu, terdapat penggunaan suatu terma khusus bagi untuk ’pemelihara ikan’ iaitu ’ibu ikan’ yang dilihat tidak menepati hukum tatabahasa dalam membentuk suatau ayat yang gramatis. Walaupun frasa i ni boleh digantikan dengan ’pemelihara ikan’ tetapi dalam konteks ayat yang telah diolah semula menjadi ayat gramatis, konsep ’pemelihara ikan’ secara tidak langsung telah diterangkan dalam ayat.

Ayat 2:
Seperti ayat 1 juga, ayat ini tidak menepati aspek tatabahasa kerana penulis lebih tidak memasukkan imbuhan –mem untuk kata akar –beli. Selain itu, terdapat penggunaan bahasa kolokasi iaitu ’je’ yang merupakan singkatan daripada ’sahaja’. Bagi menghsilkan suatu ayat yang gramatis, sedikit penambahan maklumat telah dilakukan bagi menjadikan mesej lebih jelas dan mudah difahami.

Ayat 3:
Seperti yang telah disebut pada awalnya, oleh kerana ayat-ayat asal dipetik daripada sebuah blog peribadi, maka penulis cenderung menggunakan bahasa basahan. Contohnya, penggunaan perkataan ’nak’ yang merupakan ringkasan daripada ’hendak’.Jika dilihat dari aspek makna pula, ’ibu’ dalam ayat tersebut sebenarnya merujuk kepada ’pemelihara ikan’, tetapi dari sudut yang lain, pembaca boleh salah tafsirkannya sebagai ’ibu kepada ikan tersebut’. Dalam ayat yang telah diolah semula, kata nama ini telah digantikan kepada kata kerja. Selain itu, penstrukturan semula telah dilakukan bagi menjadikan ayat tersebut lebih gramatis. Selain itu, tanda soal yang banyak dalam ayat asal telah digugurkan dan hanya diletakkan satu tanda seru sahaja.



Terjemah ke dalam bahasa Inggeris:
Bahasa Inggeris Amerika(Kolokasi)
1.I did anythin’ wrong while takin’ care of da fish, aint I?
2.I shud jez go and buy a new one,I think.
3.…or shud I jz keep my intentions bein' a momma of d animals as a dream?

Bahasa Inggeris Standard
1. Did I do any wrong while taking care of the fish?
2. Should I just buy other pets?
3. …or I better give up to have any pets at all?


Sri Ramona Ahmad
No ruj:50

xiaohui said...

Hoong Xiao Hui (14)

Soalan 1

1.) Adakah salah cara pemeliharan ikan saya?
2.) Adakah saya perlu membeli haiwan lain?
3.) Adakah saya perlu membatalkan niat saya untuk memelihara semua haiwan di dunia ini?

Soalan 2

Persoalan yang ditimbulkan oleh Atirah adalah lebih menjurus kepada bahasa yang tidak formal yang berbentuk cara komunikatif. Atirah meggunakan bahasa percakapan seharian yang biasanya kita dapat dengar apabila kita bertutur dengan rakan yang rapat. Hal ini dapat dilihat melalui penggunaan perkataan singkatan seperti ‘je’ dan ‘nak’ yang merujuk kepada perkataan ‘sahaja’ dan ‘hendak’. Secara umumnya, kita tidak akan menggunakan perkataan singakatan dalam pertuturan atau perbincangan yang formal. Begitu juga penggunaan perkataan ‘aku’ yang hanya akan digunakan semasa bercakap dengan rakan yang baik. Oleh itu, dalam persoalan Atirah saya menggantikan perkataan ‘aku’ kepada ‘saya’. Pada pendapat saya perkataan tersebut adalah lebih sesuai dalam konteks ini.Hal ini kerana persoalan yang ditimbulkan oleh Atirah berbentuk penulisan dan bukannya berbentuk dialog yang memerlukan maklum balas daripada orang.

Soalan 3: Hasil terjemahan (Manglish)

1.) Izzit the way I take care the fish is wrong meh?
2.) I got to buy other pets?
3.) Or I need to cancel my intention to rear any pets le?

Soalan 4: Terjemahan BI standard

1.) Is my way handling the fish is incorrect?
2.) Do I need to buy other animals?
3.) Do I need to give up my intention to rear pets?

Danielle said...

TEOH KIA LING(55)
1)Adakah saya salah untuk memelihara ikan?
2)Adakah lebih baik jika saya memelihara haiwan yang lain?
3)Atau haruskah saya batalkan sahaja niat saya untuk memelihara haiwan?

Perbezaan:
-kegunaan singkatan percakapan seperti ‘–je’ dan ‘nak’ digugur dan dijadikan bentuk yang gramatis.
-kata ganti nama diri ‘aku’ dijadikan ‘saya’.
-‘ibu ikan’ telah ditukar menjadi frasa kerja ‘memelihara ikan’.

Manglish:
1)I keep fish also got wrong meh?
2)I keep other animal better izzit?
3)Or izzit more good if I totally don keep animal?

Bahasa Inggeris standard:
1)Am I wrong to pet fishes?
2)Is it better if I keep other pets?
3)Or should I just cancel off my intention to keep a pet?

bharathi@shaga said...

Vijeye Bharathi A/P Jeganathan (no.rujukan 57)

Bahagian 1

1) Adakah salah cara pemeliharaan aku semasa menjaga ikan-ikanku?
2) Adakah aku patut membeli sahaja haiwan peliharaan yang lain?
3) Adakah aku perlu membatalkan sahaja niat aku untuk menjadi ‘ibu’ kepada semua haiwan di dunia ini?

Bahagian 2

Nahu Preskriptif: menerangkan nahu dan bentuk yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu bahasa dan yang mesti digunakan oleh pengguna bahasa dengan betul dan tepat (Radiah Yussoff & Nor’ Aini Ismail, 2005:10)

Atirah telah menulis ayat-ayat ini seolah-olah dia sedang bercakap dengan dirinya. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa dia sedang bermonolog dengan dirinya sendiri. Jadi, dia telah menggunakan bahasa seharian. Tambahan pula, Atirah juga berada dalam ruang komunikasi yang tidak formal ketika menulis ayat-ayat tersebut. Jadi, dia telah menggunakan kependekkan ‘je’ dan ‘nak’. Selain itu, dia juga telah menggunakan frasa ‘ibu ikan’. Pada pandangan pertama, pembaca mungkin akan keliru akan maksud denotatif yang ingin disampaikan oleh Atirah (saya berkata demikian kerana saya juga tidak pasti akan maksud sebenar Atirah. Saya menanyanya akan maksud asalnya itu). Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan penggunaan perkataan tersebut kerana seperti yang telah dinyatakan, ruang komunikasi Atirah adalah tidak formal dan dia sedang bermonolog dengan dirinya. Jadi, pastinya dia faham akan istilah atau perkataan yang digunakannya. Saya telah mengekalkan perkataan ‘ibu’ dalam ayat terakhir saya kerana pada pendapat saya, penggunaan perkataan tersebut dalam konteks ayat ini tidak salah dari segi nahu preskriptif dan memang menepati maksud penulis asal. Saya juga telah mengekalkan perkataan ‘aku’ iaitu kata ganti nama diri pertama, kerana sesuai dalam konteks ini (biasanya kita menggunakan ‘aku’ apabila merujuk kepada diri kita terutamanya apabila kita sedang bercakap dengan diri sendiri) dan untuk mengekalkan ‘kedekatan’ penulis dengan pembaca. Selain itu, saya juga telah menggunakan kata tanya ‘Adakah’ supaya ayatnya lebih berbunyi gramatis dan betul. Saya juga telah menukar kependekkan ‘je’ yang digunakan oleh Atirah kepada perkataan asalnya iaitu ‘sahaja’.

Bahagian 3

Dialek: Manglish (terjemahan komunikatif)

1) What da hell went wrong man? Why my fish all die la? I didn’t take care them properly ah?
2) Aiyoo! I have to buy other pet ah?
3) I wana be mummy to all da animals but now i have to cancel my plan meh?

Bahagian 4

Standard English

1) Was the way I took care of all my fishes wrong?
2) Should I just get myself other pet?
3) Should I just leave my intention of being a mother to all the animals living on earth?

nOin anaK jamiL said...

1)Adakah salah jagaan yang telah aku berikan selama ini sebagai ibu kepada seekor ikan?

2)Adakah aku harus membeli haiwan yang lain sahaja?

3)Adakah aku harus membatalkan sahaja niat untuk menjadi ibu kepada semua haiwan yang terdapat dalam dunia ini?

a)Dalam ayat pertama, terdapat perbezaan di antara ayat ‘jagaan aku sebagai ibu ikan’ dengan ‘sebagai ibu kepada seekor ikan.’ Perubahan ayat ke dalam bentuk gramatis telah merubah maksudnya menjadikan penulis merupakan ibu kepada seekor ikan manakala dalam ayat asal, pada pendapat saya, penulis mengandaikan bahawa ‘beliau’ seekor ibu ikan.

b)Selain itu, terdapat juga kesalahan dalam pembinaan ayat soal. Sepatutnya, perkataan seperti adakah, siapakah, mengapakah harus berada pada hadapan ayat untuk menunjukkan ayat tersebut adalah ayat soal. Selain itu juga, pembentukan ayatnya lebih kepada ayat soal yang digunakan dalam bahasa percakapan seharian berbanding mengikut tatabahasa bahasa Melayu.

c)Dalam ayat asal, tiada perbezaan yang ditunjukkan sama ada perkataan itu adalah subjek atau pun predikat. Bagi penutur asala bahasa Melayu, mungkin mereka mudah untuk memahami maksud yang ingin disampaikan tetapi bagaimana pula dengan penutur bukan bahasa Melayu. Adakah mereka memahami maksud tersebut?

d)Penggunaan perkataan ‘aku’ seperti kebanyakan komen yang telah diutarakan. Sepatutnya ‘aku’ ditukarkan menjadi ‘saya’ supaya nampak lebih sopan jika kita mahu bertanyakan soalan ini kepada orang lain.

[Bahasa Inggeris+Malay+Literal]

1)What is my mistake while I’m taking care of the fish?
2)Buy a new pet ok?
3)Should I cancel my intention to become a mother to any other animal in this world?

[Bahasa Inggeris Standard]

1)Did I made any mistakes while I am taking take of the fish?
2)Should I just buy any other pets?
3)Or should I cancel my intentions to become a master of all the animals in this world?


NUR AIN ABU JAMIL
RUJUKAN: 38

GuanYing said...

How Yen Yeng No.15

1)a)Adakah aku berbuat salah sekiranya aku membela ikan?

b)Perlukah aku membeli haiwan yang lain?

c)Perlukah aku membatalkan niatku membela kesemua haiwan di dunia ini?

2)a) unsur kependekan ditiadakan dalam hasil tukaran saya. Sebagai contoh, "je".

b)terdapat sedikit perbezaan dalam struktur ayat bagi ayat 1.

3)a) Me wrong to keep fish?

b)I have to buy all other animals or not?

c)Or I have to cancel my mind that I want to become the owner of all pets in this world?

[Pada pendapat saya, dialek sebegini ialah Chiglish]

4)a) Am I wrong to keep fish as pet?

b)Do I have to buy other animals?

c) Or I shouldn't have thought of being the owner of all pets in this world?

heliana said...

Nama: Heliana Binti Jasni
No. Rujukan: 12

1-Sebagai pemilik ikan, adakah cara penjagaanku salah?
2-Adakah aku patut membeli haiwan lain?
3-Atau patutkah aku membatalkan sahaja niatku untuk memiliki semua haiwan di dunia ini?

Perbezaan
Perbezaan yang boleh dilihat dalam ayat yang telah saya bentuk berbanding dengan ayat asal ialah; dalam ayat pertama, struktur ayat adalah berbeza. Saya meletakkan unsur keterangan pelaku di hadapan ayat-‘Sebagai pemilik ikan’. Untuk ayat kedua pula, afiks yang bersesuaian dibubuh kepada kata kerja tak transitif ‘beli’ untuk menunjukkan perlakuan yang sedang berlaku. Selain itu, ‘adakah’ dijadikan sebagai kata tanya kerana semua soalan asal bertujuan untuk mendapatkan pendapat. Hal ini juga saya lakukan untuk ayat yang pertama. Ayat ketiga, saya menggunakan kata kerja ‘memiliki’ kerana perbuatan ‘menjadi ibu kepada haiwan’ ialah untuk memiliki dan menjaga haiwan berkenaan.

Dialek pilihan: Bahasa Inggeris African American
1) Iz my care ain’t good enuf as da fishiz’s mommizz?
2) Shud I juz get maself other kinda pet?
3) O shud I juz cancel all my wantin’ of becomin’ da mommizz to all the fishiz and mammalz in da world?

Bahasa Inggeris standard:
1) Is my care isn’t good enough as the fish’s mommy?
2) Should I just get myself other kind of pet?
3) Or should I just cancel my intention of becoming the mommy to all kinds of animals in the world?

Danielle said...
This comment has been removed by the author.
Teja said...
This comment has been removed by the author.
Teja said...

Teh Jawahir Bt Mohd Akib (54)

Jawapan soalan 1
Ayat gramatis:

1)Adakah aku telah memelihara ikan ini dengan cara yang salah?

2)Adakah aku perlu membeli sahaja haiwan peliharaan yang lain?

3)Adakah aku perlu membatalkan sahaja niatku untuk memelihara semua haiwan di
dunia ini?

Jawapan soalan 2
Perbezaan:

Terdapat beberapa perbezaan antara petikan yang diberikan dengan penukaran yang telah saya lakukan iaitu,

1) Ayat yang telah saya tulis itu merupakan ayat yang lengkap dengan mendukung maksud yang sama dengan ayat yang diberikan. Ayat saya juga lebih formal berbanding petikan tersebut. Bahasa yang digunakan dalam ayat asal sebenarnya adalah bahasa percakapan seharian dan tidak mementingkan langsung nahu bahasa Malaysia.
2) Terdapat singkatan perkataan seperti “je” dan “nak” yang merupakan singkatan bagi “sahaja” dan “hendak” serta, memang selalu digunakan dalam bahasa seharian.
3) Kata tanya “salah kah” dan “perlukah” juga telah saya ubah kepada “adakah” ke semuanya kerana ini lebih menepati nahu bahasa
4) Malaysia. Penggunaan kata ganti diri pertama “aku” telah saya kekalkan sahaja dan tidak langsung mengubahnya kepada “saya” kerana kedua-duanya mendukung makna yang sama cuma berbeza tahap formal. Ayat ini dibaca oleh rakan-rakan penulis dan beliau sebenarnya seperti sedang bermonolog dengan diri sendiri. Sama seperti ketika kita membaca novel, apabila watak itu sedang bermonolog, dia tidak akan merujuk diri sendiri sebagai “saya” tetapi “aku”.
5) Susunan perkataan ayat saya mungkin berbeza daripada ayat asal tetapi masih lagi mendukung makna yang sama.
6) Sesuatu ayat yang baru tidak boleh dimulakan dengan kata hubung seperti “atau” melainkan jika kata hubung ini digunakan untuk menggabungkan dua kata atau frasa. Maka, saya gugurkan sahaja kata hubung tersebut dan mulakan ayat yang baru dengan kata tanya “Adakah”. Perkataan “ibu ikan” pula sebenarnya bermaksud “pemilik” atau “pemelihara” maka, saya tidak kekalkan penggunaan “ibu ikan” ini dalam ayat yang telah saya bina semula.

Jawapan soalan 3
Terjemahan mengikut dialek Manglish:

1) I didn’t take good care of the fish meh?
2) I have to buy another pet ha?
3) or I cannot be the mother to all animals in the world lor?

Jawapan soalan 4

Terjemahan mengikut bahasa Inggeris standard
1) Have I done anything wrong when I take good care of the fish?
2) Do I have to buy another pet?
3) Do I have to cancel my intention to be the owner to all animals in the world?

nurul said...

Nurul Shuhada Bt. Kamralan
No. Rujukan: 42

Tukar ke bentuk gramatis mengikut nahu preskriptif dan terjemah.

1.Adakah cara aku salah ketika membela ikan?
2.Adakah aku perlu membeli haiwan lain?
3.Adakah aku perlu membatalkan saja niatku untuk membela semua haiwan di dunia ini?

Perbezaan dengan petikan asal.
Perbezaan yang dapat dilihat ialah, unsur kata tanya ‘adakah’ diletakkan dihadapan ayat kerana jika merujuk pada ayat asal, penulis mewujudkan persoalan seperti sedang bermonolog dan seolah-olah meminta pandangan umum. Kata ganti diri aku dikekalkan kerana ia lebih sesuai untuk ayat monolog. Ayat dan bahasa pasar yang digunakan telah digantikan dengan ayat yang lebih difahami. Misalnya, ‘ibu ikan’ ditukar kepada ‘membela ikan’ dan penggunaan kata seperti ‘je’ digugurkan dan digantikan dengan perkataan ‘saja’. Affix juga ditambah pada perkataan ‘batalkan’ menjadi ‘membatalkan’.

Dialek pilihan: manglish

1.My way taking care of fish wrong meh?
2.I shud buy new pet hoh?
3.Or, did i shud cancel my niat to be mother to all other animal in dis world?

Bahasa Inggeris Standard
1.Did I make mistake while taking care of my fish?
2.Should I buy new pet?
3.Should I cancel my intention to take care the entire animal in this world?

sekian..

LYNDA said...

NORHASLINDA BT ABD RAZAK
NO.RUJUKAN:37

SOALAN 1

SUMBER

1) Salah kah jagaan aku sebagai ibu ikan
2) Perlukah aku beli je haiwan lain?
3) atau perlukah aku batal kan je niat aku nak jadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini???

HASIL TUKARAN

1) Apakah kesalahan yang telah aku lakukan sebagai penjaga ikan?
2) Perlukah aku membeli haiwan lain?
3) Perlukah aku membatalkan niat aku untuk menjadi penjaga semua haiwan di dunia ini?

SOALAN 2

Ayat sumber kelihatan lebih bersahaja dan tidak menerapkan unsur ketatabahasaan yang betul seperti penggunaan perkataan ‘atau’ di awalan ayat. Perkataan ‘atau’ tidak sesuai di gunakan awalan ayat kerana ia merupakan perkatan yang menyambungkan 2 klausa untuk menunjukkan klausa tersebut mempunyai perbezaan daripada segi isinya dan kandungannya (contohnya: Mahu yang biru ATAU merah). Saya telah menggugurkan perkatan ‘atau’ dan hanya menggunakan perkataan ‘perlukah’ di awalan ayat ketiga. Ayat sumber yang pertama juga kelihatan ‘tergantung’ dan tidak lengkap jadi saya telah mengubah struktur ayat tersebut kepada “Apakah kesalahan yang telah aku lakukan sebagai penjaga ikan?” Penulis ayat sumber juga telah menggunakan bahasa pasar dalam ayat kedua seperti yang diperlihatkan oleh perkataan “je” yang ditulis. Seperti yang kita sedia maklum, perkataan “je” merupakan singkatan kepada perkataan “sahaja” yang lazimnya digunakan ketika percakapan dan tidak sesuai digunakan dalam bentuk penulisan

SOALAN 3

1) Is it I’m wrong aaa as a fish mom?
2) Need I buy another animal aaa?
3) Or need I cancel my intention to be a fish mom around the world?

Dialek:Manglish (Malay+English)

SOALAN 4

1) Did I do anything wrong in taking care of my fish?
2) Should I buy other pets?
3) Should I change my mind on taking care of pets?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalammualaikum Dr,

soalan 1.

1)Adakah cara aku memelihara ikan itu salah?
2)Adakah aku perlu membeli ikan yang lain?
3)Adakah aku perlu membatalkan niatku untuk menjadi penjaga kepada
semua haiwan di dunia ini?

soalan 2.
1)Salahkah digantikan dengan ayat tanya adakah. Ayat jagaan aku sebagai ibu ikan mungkin bermaksud cara pemilik haiwan tersebut memelihara haiwan tersebut.
2)Perlukah aku.. ditukar dengan menambah ayat tanya menjadi
Adakah aku perlu...
3)Istilah ibu ditukarkan menjadi penjaga kerana ibu memainkan peranan sebagai penjaga
dan istilah penjaga lebih gramatis.

soalan 3.
Saya menggunakan dialek Inggeris -Scottish.

1)Is thes th' reit way tae swatch efter mah fesh?
2)Shoods ah buy anither pit?
3)Shoods ah cancel mah intention tae become th' owner tae aw kinds ay beastie in th' warld?

soalan 4.
1)Is this the right way to look after my fish?
2)Should i buy another pet?
3)Should i cancel my intention to become the owner to all kinds of animals in the world?

SALWA BINTI ABDUL JALIL[45]

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Lim Siew Fa
no. Rujukan: 21

Ayat gramatis:
1. Adakah cara penjagaan yang aku berikan sebagai pemilik kepada ikan-ikan ini salah?

2. Adakah aku perlu membeli sahaja haiwan yang lain untuk dibela?

3. Adakah aku perlu membatalkan sahaja niat aku untuk menjadi penjaga kepada semua haiwan yang terdapat di dunia ini?



Ayat-ayat yang diberikan oleh Atirah ini merupakan ayat tanya. Ketiga-tiga ayat tanya yang diberikan oleh Atirah ini tidak ditulis mengikut hukum tatabahasa bahasa Melayu yang betul. Hal ini dapat dilihat melalui perkataan seperti ‘je’, ‘salah kah’, ‘nak’ dan ‘batal kan’. Jika mengikut tatabahasa bahasa Melayu, perkataan ‘je’ ini sepatutnya ditulis sebagai ‘sahaja’ atau ‘saja’. Atirah mungkin menggunakan perkataan ‘je’ untuk menjimatkan ruang dan masa kerana perkataan ‘sahaja’ adalah lebih panjang ejaannya. Keadaan yang sama juga dapat dilihat dalam perkataan ‘nak’ yang digunakan oleh Atirah dalam ayatnya. Perkataan ‘nak’ ini merupakan singkatan bagi perkataan ‘hendak’. Penggunaan ‘nak’ dan ‘je’ ini dapat dilihat dalam penulisan atau komunikasi yang tidak formal seperti penulisan dalam blog dan semasa bertutur dengan rakan. Mengikut Asmah Haji Omar dalam ‘Nahu melyu mutakhir’, perkataan ‘sahaja’ terbahagi kepada beberapa subgolongan iaitu keterangan pembatasan, keterangan kejadian serentak, keterangan berlanjutan, keterangan sebahagian dari keseluruhan dan keterangan tokokan. Perkataan ‘je’ dalam ayat tanya kedua yang dikemukakan oleh Atirah ‘perlukah aku beli je haiwan lain?’ merupakan keterangan kejadian serentak.


Penggunakan partikel –kah:
Menurut ‘Tatabahasa Dewan Edisi Terbaru’, kata tanya akan hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Partikel –kah perlu diletakkan bersama dengan kata tanya jika kata tanya itu dikedepankan. Dalam ketiga-tiga ayat tanya yang diberikan oleh Atirah ini, ‘salah kah’ dan ‘perlukah’ merupakan konstituen-konstituen yang dikedepankan dalam ayat. Perkataan-perkataan ini dikedepankan kerana menjadi unsur fokus dalam ayat tersebut. Perkataan ‘salah’ sepatutnya diletakkan bersama dengan partikel –kah menjadi ‘salahkah’ dan bukannya dijauhkan menjadi ‘salah kah’. Ayat tanya yang pertama yang dikemukakan oleh Atirah sepatutnya diletakkan dengan tanda soal. Menurut ‘tatabahasa Dewan’, ayat tanya dalam penulisan mesti diletakkan dengan tanda soal untuk menunjukkan ayat tersebut merupakan ayat tanya.



Ayat terjemahan (dalam dialek Singlish):
1. My care wrong meh?
2. Den need buy other pet ar?
3. Or just forget da plan har? Dun need to be any animal’s mum la?



Ayat terjemahan (dalam bahasa Inggeris standard):
1. Was the care I gave as the owner of the fishes wrong?
2. Should I just buy another pet?
3. Or should I just forget my plan to be a mother of all animal in the world?

seowsiewleng said...

Dr. Radiah,

I)Bentuk ayat yang gramatis:

1) Adakah cara aku membela ikan salah?
2) Perlukah aku membeli haiwan lain sebagai haiwan pembelaan?
3) Perlukah aku membatalkan fikiran aku untuk membela haiwan-haiwan yang wujud di dunia ini?

II)Perbezaan:
1) Ayat saya lebih gramatis kerana saya menjelaskan maksud frasa 'ibu ikan' dengan perkataan 'membela' supaya pembaca sasaran faham bahawa saya yang menjadi pembela ikan tetapi bukan sekor ikan.

2) Ayat daripada saudari Atira ini merupakan ayat tergantung kerana tidak wujudnya predikat ayat. Pembaca sasaran kurang faham tentang maksudnya dalam 'beli je haiwan lain' tanpa penjelasan selanjutnya. Oleh yang demikian, saya mengubahka ayat asalnya dengan menambahkan penjelasan perbuatan 'membeli haiwan lain'.

3)Ayat asal yang bermula dengan perkataan 'atau' meneyebabkan ayat itu janggal. Saya telah keluarkan perkataan 'atau' dan terus mulakan ayat saya dengan 'perlukah'.

III)Terjemahan kepada dialek:
Nama dialek: Malaysian English

1) Is it I got wrong to feed a fish?
2) I need to buy another animal or not?
3) Or I need to cancel my idea to feed all the animals in this world?

IV) Terjemahan kepada bahasa Inggeris standard:

1)Does the way I feed the fish wrong?
2) Do I need to buy another animal as my pet?
3) Or do I need to forget about having pets?

Seow Siew Leng (46)

akmar afifah said...

Persoalan yang wujud ialah:

1) Adakah penjagaan yang diberikan kurang sesuai dengan ikan yang aku bela?
2) Adakah aku perlu membeli haiwan peliharaan baru?
3) Adakah aku perlu membatalkan niat untuk membela haiwan peliharaan?

Perbezaan dengan petikan tersebut ialah:

1. perkataan –kah ialah afiks dan terikat.Dalam nahu preskriptif,partikel –kah tidak boleh dijarakkan dengan perkataan salah.
2. Ayat dalam petikan menggunakan bahasa pasar manakala ayat yang telah ditukar lebih formal.
3. terdapat penggunaan singkatan ‘je’ yang melambangkan bahasa pasar dalam petikan asal. Dalam nahu perskriptif, penggunaan singkatan je tidak dibenarkan.
4. secara semantik, menjadi ibu kepada semua binatang kurang sesuai digunakan kerana manusia cuma menjadi ibu kepada manusia. (‘’,)


Dalam dialek singlish,
1. Maybe I take wrong care to my pet la?
2. Should I buy another pet aa?
3. Maybe I can not have pet la.


Dalam bahasa yang standard:

1. Maybe I am not taking good care of my pets.
2. Do I need to buy another pet?
3. Should I cancel the intention to take care of the pet?


Nur Akmar Bt Kamalludin
No rujukan:39

Anonymous said...

Mohd Adam bin Ahmad(28)

1) Salahkah jagaan aku sebagai ibu kepada ikan?
2)Patutkah aku membeli haiwan lain sahaja?
3)Perlukah aku membatalkan sahaja niat untuk menjadi ibu kepada semua jenis haiwan di dunia ini?

dalam ketiga-tiga ayat diatas, pembetulan telah saya buat untuk membetulkan makna dan juga fungsi gramatis ayat. sebagai contoh, pada ayat pertama, perkataan 'kepada' telah diletakkan kedalam ayat tersebut untuk membetulkan struktur gramatisnya. bagi ayat seterusnya pula, pembetulan telah dibuat dengan mengstrukturkan kembali ayat tersebut.
Terjemahan dalam bahasa Inggeris dialek Manglish.
1) Am I doing the fish ma?
2) How if I just buy other animal ma?
3) Why if I just stop trying to be mother to other animal ma?

Terjemahan dalam bahasa Inggeris standart.
1) Am I had doing wrong to act as a mother to the fish?
2) Should I just buy other animals?
3) Should I just stop my intention to be a mother to entire types of the animals in this world?

凤音 said...

HBT213 choongfoongyam( 6 )

Soalan1:
1)Adakah salah cara aku menjaga ikan ?
2)Perlukah aku membeli haiwan lain?
3)Ataupun aku perlu membatalkan niat aku untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?

Soalan2:
Ayat atira lebih kepada bahasa percakapan harian dan tidak mengikut tatabahasa melayu.Contoh penggunaan 'je'. Perkara ini lazim dalam percakapan harian. Ibu ikan dalam ayat atira ‘ salahkah jagaan aku sebagai ibu ikan’ digugur dengan diganti dengan menjaga ikan sebab frasa ‘ menjaga ikan’ telah membawa makna yang hendak diutara atira dan memenuhi pendekatan nahu preskriptif. Ayat atira juga tidak mengikut struktur S-V-O.

Soalan3:
(manglish)
1)Is it wrong meh i look after the fish?
2)Istilah need buy other animals ma?
3)Or i need to give up my wish to be the mom to all the animals in this world leh?

Soalan 4:
1)It is my fault to take care of the fish?
2)Do i need buy other animals?
3)Or i need to give up my intention of being mother to all the animals in this world?

lawleekian said...

LAW LEE KIAN (17)

1) Adakah tindakan saya memelihara ikan salah?
2) Perlukah saya membeli haiwan yang lain?
3) Ataupun saya perlu mebatalkan niat saya untuk memelihara sebarang jenis haiwan dalam dunia ini?


PERBEZAAN ANTARA PETIKAN ATIRAH DAN PETIKAN SAYA.
Perbezaan yang sangat ketara antara petikan saya dengan Atirah ialah penggunaan perkataan singkatan. Dalam petikan Atirah, singkatan yang dapat dijumpai adalah seperti ‘je’ yang bermaksud ‘sahaja’ dan ‘nak’ yang bermaksud ‘hendak’.

Perbezaan yang kedua ialah imbuhan. Sebagai contoh, ‘beli’ dalam ayat yang kedua seharusnya ditambah imbuhan meN- dan menjadi ‘membeli’. Selain itu, imbuhan akhiran –kan seharusnya dirapatkan dengan kata kerja. Namun, keadaan ini tidak berlaku dalam petikan Atirah. Contohnya: ‘batal kan’.

Perbezaan yang seterusnya ialah penggunaan bahasa bunga. Atirah menggunakan ‘ibu ikan’ untuk menyampaikan maksud memelihara ikan. Dengan cara begini, Atirah telah ‘mancantikkan’ petikannya.

1) I wrong to nurse fish meh?
2) I need to buy others kind of animal ar?
3) Or I need to forget my intension be this world’s pet’s mom oh?


Dialek Manglish (Chinese)
1) Am I wrong for nursing fish?
2) Should I buy other kinds of pet?
3) Or, I should forget about nursing any singer pet in this whole world?

Mary said...

Mary Wong Mei Lin
No rujukan : 25

Soalan 1

1) Adakah cara peliharaan ikan saya salah?
2) Adakah saya perlu membeli jenis haiwan yang lain untuk pelihara?
3) Perlukah saya membatalkan niat saya untuk memelihara haiwan-haiwan yang ada dalam dunia?

Soalan 2

1) Perbezaan antara ayat yang saya berikan dengan ayat yang diberikan oleh saudari Atirah adalah ayat saya lebih gramatis daripada ayat Atirah. Ayat saudari Atirah mempunyai fungsi dialek. Ayat yang saya berikan merupakan ayat yang lengkap. Dalam ayat saya, saya menjelaskan maksud yang ingin disampaikan oleh saudari Atirah. Saya menggunakan ayat tanya yang lebih formal berbanding dengan ayat tanya yang diberikan oleh saudari Atirah.

2) Terdapat bahasa singkatan yang digunakan oleh saudari Atirah seperti ‘je’ dalam ayat tanya. Saya membetulkan perkataan tersebut kepada perkataan ‘jenis’ supaya pembaca sasaran lebih memahami mesej konteks yang ingin disampaikan. Dalam ayat tanya saya, saya memanjangkan ayat tanya supaya mesej dalam ayat tanya itu dapat dilihat jelas oleh pembaca sasaran. Ayat tanya yang saya gunakan lebih gramatis dari segi nahu bahasa Malaysia berbanding dengan ayat tanya saudari Atirah.

3) Dalam ayat tanya ini, saya berpendapat bahawa susunan ayat yang diberikan tidak berapa tetap dan nampak janggal jika mengikut nahu tatabahasa BM. Di samping itu, imbuhan tidak diletakkan dengan sempurna pada perkataan itu. Dalam ayat saya, saya memperbetulkan imbuhan-imbuhan bagi ayat tanya itu supaya menepati nahu tatabahasa BM dan ayat tidak dilihat janggal.

Soalan 3

Dialek English : Manglish

1) It is me dun no how to feed fish?
2) Me need to buy another animal or not?
3) Or me have to cancel my plan to feed all the animal in world?

Soalan 4

1) Was the method that i feed the fishes is wrong?
2) Should i buy another type of pet?
3) Shall i cancel my plan to having a pet?

MingChoo said...

1)

Persoalan yang timbul:
1. Adakah cara aku menjaga ikan peliharaan aku salah?
2. Adakah aku harus membeli haiwan peliharaan yang lain?
Atau
3. Adakah aku harus membatalkan niat aku untuk memelihara semua haiwan di dunia ini?

2) Petikan dari blog Atirah telah saya tukarkan kepada bentuk yang gramatis menggunakan pendekatan nahu preskriptif, iaitu nahu dan bentuk yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu bahasa dan yang mesti digunakan oleh pengguna bahasa dengan betul dan tepat (Radiah Yussoff & Nor’ Aini Ismail, 2005:10).
Atirah menggunakan bahasa percakapan dalam ayatnya.

Dalam ayat Atirah “Persoalan yang timbul disini:”, kata sendi nama “di sini” boleh digugurkan tetapi sekiranya kata sendi nama tersebut ingin dikekalkan, ejaan kata sendi nama “di sini” harus dijarakkan. Imbuhan –kan juga merupakan morfem terikat dan tidak harus dijarakkan daripada kata kerja “membatal”.

Walaupun partikel “kah” digunakan untuk menyatakan pertanyaan, dalam bentuk yang gramatis, partikel ini harus digunakan bersama-sama kata ganti nama diri tanya seperti “apa” dan ejaannya tidak dijarakkan, iaitu ditulis sebagai “apakah” kerana “kah” merupakan morfem terikat. Saya juga menggunakan kata ganti nama tanya “adakah” di hadapan setiap ayat untuk mengekalkan bentuk ayat aktif yang gramatis yang berbentuk “Subjek Kerja Objek”.

Atirah juga menggunakan bahasa kiasan yang berbentuk figuratif, iaitu menggunakan frasa “ibu ikan” dan “ibu kepada semua haiwan di dunia” masing-masing untuk memperlihatkan diri sebagai seorang penjaga (pemelihara) ikan dan penjaga (pemelihara) semua hawian di dunia. Namun begitu, Atirah bukanlah ibu ikan atau ibu kepada semua haiwan di dunia kerana Atirah tidak melahirkan ikan dan tidak mungkin melahirkan semua haiwan di dunia. Frasa tersebut bermaksud bahawa Atirah berperanan sebagai seorang pemelihara sahaja. Oleh itu, saya menggantikan ayat nombor 2 dan nombor 3 seperti di atas.
Selain itu, saya menggunakan ayat “Adakah cara aku menjaga ikan peliharaan aku salah?” dan bukannya “Adakah cara aku memelihara ikan salah?” untuk menunjukkan dengan jelas bahawa ikan yang dimaksudkan adalah ikan yang dipeliharanya sendiri supaya kesan penggunaan unsur “ibu ikan” itu dapat dikekalkan.

Dalam ayat yang gramatis, ayat soal harus diakhiri dengan satu tanda soal tetapi tiada tanda soal dalam ayat pertama Atirah dan terdapat tiga tanda soal dalam ayat Atirah yang ketiga. Ayat tanya saya semuanya diakhiri dengan satu tanda soal.

Saya menambahkan perkataan peliharaan selepas perkataan haiwan pada ayat nombor 2 untuk menunjukkan dengan jelas bahawa Atirah membeli haiwan yang lain untuk dipelihara (seperti yang niatnya).

Saya juga menambahkan kata hubung “atau” antara ayat nombor 2 dengan nombor 3 kerana penggunaan kata hubung “atau” dalam ayat Atirah menunjukkan bahawa Atirah sedang membuat pilihan antara kedua-dua persoalan tersebut. Cara yang digunakan oleh Atirah menyebabkan ayat nombor 3 tergantung.

Perkataan “je” yang merupakan singkatan bagi perkataan “sahaja” hanya digunakan dalam bahasa percakapan dan digugurkan dalam ayat yang gramatis.

Saya mengekalkan kata ganti nama diri pertama “aku” kerana Atiran sedang bercakap dengan diri-sendiri, iaitu bermonolog kerana Atirah sedang mempersoalkan cara penjagaannya dan niatnya. Kata ganti nama digunakan berdasarkan konteks, situasi dan hubungan sosial antara penutur dan pendengar. Memandangkan penutur dan pendengar dalam situasi ini ialah Atirah sendiri, hubungan sosial yang berkenaan adalah sangat akrab. Oleh itu, kata sendi nama “aku” adalah lebih sesuai daripada kata ganti nama diri pertama “saya”.

3) Dialek “Black Country”

The questions that arise here:

1.
2. Should ar buy other animals?
3. or should ar forgo my intention to be the mother of all animals in the world???


4)

The questions that arise are:

1. Did I do anything wrong in my way caring for my fishes?
2. Should I buy other pets?
Or
3. Should I forgo my intention of taking care of all the animals on the earth?



5)

TEH MING CHOO (55)

MingChoo said...

maaf lupa
Dialek Black Country
Soalan 3)

Ayat 1. Am it my way of taking care as mother of fishes wrong?


TEH MING CHOO 55

erica cheng yong pey said...

Cheng Yong Pey, no.rujukan: 4

Selamat sejahtera, Dr.Radiah.

Soalan 1: Ayat gramatis

1) Adakah saya tersilap dalam penjagaan ikan?
2) Adakah saya harus membeli haiwan lain sahaja?
3) Perlukah saya membatalkan niat saya yang hendak menjadi pembela kepada semua haiwan di dunia?

Soalan 2:
- Secara keseluruhannya, bahasa yang digunakan oleh atira lebih kepada bahasa percakapan, yang tidak mementingkan kegramatisan ayat. Namun begitu, dia masih mencapai tujuannya menulis blog, iaitu meluahkan perasaan.
- Frasa 'aku sebagai ibu ikan' akan menyebabkan pembaca salah faham, iaitu pembaca mungkin beranggap bahawa atira adalah seekor ikan, bukannya manusia. Sebenarnya 'ibu ikan' bermaksud atirah adalah pembela kepada ikan tersebut.
-Dalam ayat asal, kata ganti nama diri 'aku' digunakan dan saya bertukar kepada 'saya' kerana saya berpendapat bahawa 'aku' biasanya digunakan bagi mereka yang berhubungan rapat sahaja, manakala 'saya' sesuai digunakan untuk semua situasi.
-Penggunaan kata tanya 'adakah' digunakan dalam ayat pertama dan kedua. Dalam ayat asal pertama, '-kah' dieja berpisah tanpa kehadiran kata tanya.
-Perkataan 'salah' digantikan dengan 'tersilap' untuk membawa maksud dia melakukan sesuatu kesalahan yang tidak senjaga.
-Dalam ayat asal kedua, penggunaan perkataan 'perlu' digantikan dengan 'harus' kerana 'perlu' bermaksud sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau yang mesti dilakukan. Sedangkan membeli haiwan lain bukannya perkara yang mesti dilakukan, sebaliknya perkara tersebut sama ada merupakan perkara yang patut dilakukan atau tidak.
-Dalam ayat asal ketiga, kata singkatan 'je' digunakan untuk membawa maksud 'sahaja', 'nak' dugunakan untuk bermaksud 'hendak'. Namun begitu, singkatan tersebut adalah tidak gramatis, maka harus dieja lengkap.

Soalan 3: Terjemahan Manglish

1) I did wrong meh while taking care of my fish huh?
2)Should I just buy another animal lerr?
3)Or should I just forget my plan lah to be a mother to all animals in this world har?

Soalan 4:

1) Am I did a mistake while taking care of my fish?
2) Should I buy the other animals?
3) Should I give up my dream of having pets in the world?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Madziah Binti Mat Bunut (92060) No. Rujukan 24
1) Salah kah jagaan aku sebagai ibu ikan
Apabila saya membaca ayat(?) ini, saya terfikir terdapat banyak kesalahan yang ada lebih-lebih lagi bolehkah kita panggil data 1) ini sebagai ayat jika ayat seharusnya di akhir ayat mempunyai noktah dan jika data ini dalam bentuk ayat Tanya, bolehkah dipanggil data ini sebagai ayat Tanya kerana ayat Tanya juga mempunyai simbol ?(maafkan saya Athirah sekiranya terbaca ulasan ini, saya hanya memberi komen berdasarkan data yang DR bagi). Apabila saya memutuskan untuk menjadikan data ini dalam bentuk ayat Tanya hasilnya seperti : Salahkah cara jagaan aku selama ini sebagai ibu ikan?
Ayat Tanya ini mempunyai unsur e yang membolehkan ayat ini menjadi lebih gramatis mengikut nahu preskriptif.

2) Perlukah aku beli je haiwan lain?
Data kedua ini perlu dibetulkan dari segi ejaan sahaja dan menambah imbuhan meM- serta penggunaan kata hubung pancangan relatif YANG.
Hasil tukaran saya seperti:
Adakah aku perlu membeli haiwan yang lain sahaja?

3) atau perlukah aku batal kan je niat aku nak jadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini???
Data yang ketiga ini, saya dapati penggunaan kata hubung gabungan di hadapan ayat. Hal ini tidak boleh diterima mengikut nahu preskriptif kerana lazimnya kata hubung gabungan digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih dan yang paling penting klausa yang digunakan adalah dari aspek yang sama. Saya andaikan bahawa data ketiga ini adalah sambungan klausa untuk data kedua(maafkan saya kerana saya tidak berpeluang untuk membaca sumber asal daripada blog Atirah)
Sekiranya andaian saya betul maka terhasillah ayat majmuk gabungan untuk kedua-dua data di atas. Hasil tukaran saya seperti:
Adakah aku perlu membeli sahaja haiwan yang lain atau aku membatalkan sahaja niat aku untuk menjadi ibu kepada semua haiwan di dunia ini?
Simbol tanda soal sepatutnya ada satu sahaja tetapi saya andaikan Atirah ingin meluahkan persoalan di fikirannya dengan lebih berkesan sebab itu Atirah meletakkan tanda soal lebih banyak.

Terjemahan dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut:
(Malaysian English)
1) Do I wrong in a way I care as a fish mother?
2 & 3) Do I must buy other animals or cancel my intention to be a mother to all animal in this world?
Terjemahan BI Standard:
1) Am I wrong in a way I taking care of my pet?
2) Should I buy other pets or give up being a ‘mother’ to all kind of pet in this world?