Friday, September 5, 2008

FASA 1 - 0 dan F

Untuk FASA 1, dengan perasaan yang amat sedih saya umumkan bahawa terdapat pelajar yang menghantar lewat dan ada pelajar yang terus tidak hantar. Pelajar yang menghantar lewat mendapat F-, dan pelajar yang tidak menghantar langsung mendapat '0' (sifar). Dan anda tahu siapa diri anda.

Dalam kalangan pelajar yang menghantar tepat pada masanya, didapati ramai pelajar tergolong di dalam lingkungan D, D- dan F (majoriti).

Senario ini sangatlah menyedihkan. Dan jika trend ini dikekalkan sehingga peperiksaan, saya khuatir ramai yang akan gagal dalam kompenen sintaksis kursus ini.

3 comments:

heliana said...

Heliana Jasni
No. Rujukan:12

Assalamualaikum Dr,

Bagaimanakah kami boleh mengetahui sama ada kami telah melakukan kesalahan dalam tugasan tersebut? Bolehkah kami menyemak kembali tugasan kami?

Anonymous said...

Madziah Binti Mat Bunut; No. rujukan: 24
Assalamualaikum Dr,
Kenapa macam itu sekali? Bahagian mana yang salah? Ayat atau rajah pohon? Dr, boleh saya jumpa Dr? Petang selasa pukul 2 ptg atau waktu selepasnya sebab petang selasa saya xda kelas. Boleh?

Vale said...

(18)
Dr saya adalah antara salah satu yang lewat menghantar 'hard copy' ke depan pintu C11-101. Bukan kerana saya selesai tugasan/latihan lambat, hal ini kerana saya hantar 'soft copy' saya ke Yahoo/Google Group sejak awal lagi. Hanya 'terlambat' bangun untuk menghantar 'hard copy'. Harap Dr masih akan menyemak RP saya.