Tuesday, September 2, 2008

masih ada peluang untuk anda baiki

Selepas membaca jawapan dan komen yang tertera di blog anda dan blog ini, saya mendapati masih ada ruang untuk anda membaikinya.

Untuk RP ayat:
1) pastikan anda tahu di mana sempadan subjek dan predikat dahulu.
2) lihat fungsi gramatis lain.
3) apakah dan bagaimanakah frasa untuk setiap fungsi gramatis dibentuk.
4 ) kenal pasti kepala untuk setiap frasa.
5) kemudian tengok - ada kata konjungsi spt 'dan, atau, tetapi' atau ada kata komplemen spt 'yang, bahawa'
6) jika ada kata komplemen, maka sudah pastinya ayat ini akan sekurang-kurangnya 2 KOMP".
7) jika ada kata konjungsi, semak di mana konjungsi ini diletakkan - Xpalang kosong, X' atau X".
8) teliti sama ada ayat itu ayat aktif atau pasif.
9) teliti sama ada SD & SL sama.

Untuk RP perkataan
1) kenal pasti kepala dan tanggungannya.
2) kalau hanya ada kepala, maka bagaimanakah rupa dahannya - semak dengan nahu preskriptif dan nahu deskriptif untuk jawapan.. (Nik Safiah et al, Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Darwis Harahap & banyak lagi)

4 comments:

vani said...

Selamat sejahtera, DR

Untuk rajah pohon ayat, kami kena lukis untuk semua ayat ke ataupun untuk ayat yang pertama sahaja.Terima kasih.

Radiah Yusoff said...

ini untuk soalan mana? kabur? yang pasti dalam soalan untuk semua ayat - tak pasti pula di mana saya letak dalam arahan ayat pertama, kedua, ketiga etc...

jess siny said...
This comment has been removed by the author.
jess siny said...

Dr, untuk RP morfologi, kami perlu pilih salah satu nahu preskriptif atau deskriptif ke? atau buat dua-dua?