Wednesday, September 24, 2008

Pesanan dari Kumpulan Kitar Semula USM,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Menjelang Aidilfitri yang bakal menjelma ini, menjadi amalan sesama kita
untuk menghantar kad ucapan kepada rakan-rakan taulan serta saudara.
Tidak kurang juga amalan sebegini dalam kalangan jabatan, unit dan pusat
pengajian.

Oleh yang demikian, kami dari kumpulan kitar semula ingin menyarankan
untuk anda yang belum menghantarkan kad ucapan supaya memulakan amalan
menghantar kad ucapan maya 'e-card' sebagai alternatif yang lebih mesra
alam
daripada kad ucapan 'hard copy' seiring dengan saranan universiti
kita ke arah kelestarian.

- Mesej dari Kumpulan Kitar semula USM (USM Household Recycling Team)

Reevany Bustami, Ph.D.
Timbalan Dekan / Deputy Dean
Akad dan Pembangunan Pelajar / Acad & Students Dev
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
/ School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
No. Tel : 604-6533361
No. Fax : 604-657091

2 comments:

nOin anaK jamiL said...

alamak¬

kad raya dh di anta kt 7 org pn =)

x dpt la nk sokong usm cmni =(

Office of Deputy Dean Social Science, USM said...

Syabas!!! Mesej kelestarian demi kemanusiaan memang harus disebarkan. "We lead because we care." Reevany Bustami