Tuesday, February 23, 2010

tunang vs balu dalam konteks budaya Y dan Z

Tunang Beng Hock lahirkan bayi lelaki

PUTRAJAYA 22 Feb. - Soh Cher Wei, tunang setiausaha politik kepada Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam tahun lalu melahirkan bayi lelaki seberat 2.9 kilogram di Hospital Pantai, Batu Pahat, hari ini.
Cher Wei, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.
Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong pernah berjanji membantu dalam urusan pendaftaran bayi berkenaan.
Sementara itu setiap kelahiran dalam negara wajib didaftarkan tanpa mengira status anak tersebut termasuk anak luar nikah, warga asing atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd. Noor berkata, kedudukan nama bapa atau ibu kepada anak berkenaan bergantung sama ada pemohon memiliki dokumen yang membuktikan kesahihan tersebut.
Katanya, antara dokumen berkenaan ialah sijil nikah, kad pengenalan atau sebarang dokumen berkaitan.
''Ada sesetengah kes boleh diletakkan nama bapa atau ibu kepada status anak luar nikah.
''Itupun kalau ada dokumen tertentu yang boleh membuktikan si pemohon layak meletakkan nama bapa atau ibu kepada bayi berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Jainishah berkata, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) turut menyatakan bahawa setiap kelahiran boleh didaftar walaupun masih tidak ada maklumat yang lengkap.
''Jika sekiranya masih tidak ada nama bayi juga boleh didaftarkan dahulu kerana peruntukan akta tersebut mewajibkan pendaftaran dibuat bagi membuktikan kelahiran.
''Kita akan membuat pendaftaran tanpa mengira status atau prejudis," katanya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.