Tuesday, February 23, 2010

isu gender atau sebenarnya bukan isu pun

Berikan pendapat anda di ruang 'comment' untuk paparan ini selewat-lewatnya pada 26 Februari 2010, pukul 6.30 pagi;). Pastikan anda pautkan pendapat anda ke laman berbentuk ilmiah yang membicarakan hal seperti ini di internet.


Bimbang penguasaan wanita

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, Cuepacs mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun terdapat lebih ramai guru wanita dalam perkhidmatan tersebut, peringkat pembuat keputusan dikuasai kaum lelaki.

Beliau berkata, prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Yim Pheng menyarankan agar kementerian berkenaan mengambil lebih ramai guru lelaki untuk bidang-bidang tertentu seperti sukan, pendidikan jasmani dan kokurikulum.

Nisbah yang ideal antara guru lelaki dan wanita kata Lok adalah 50:50. - Bernama

26 comments:

sakura said...

Assalamualaikum...

Pada pandangan saya, isu gender sebenarnya satu isu yang sudah lapuk dan tidak perlu dipertikaikan lagibukan saja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Jika kita lihat zaman pramerdeka, wanita hanya berada di ceruk2 dapur, sebaliknya kaum lelaki jauh melangkah ke depan dalam segala segi. Namun, sejak kebangkitan semangat nasionalisme, wanita mula memainkan peranan penting sebagai penggerak semangat nasionalisme sama ada menerusi penulisan dsb. Keadaan semasa pula memungkinkan wanita mengusai hampir keseluruhan bahagian ekonomi dan pentadbiran. Pada saya, ini membuktikan bahawa pepatah Melayu 'diam2 ubi berisi' sangat tepat, kebenaran untuk wanita menyertai dalam pelbagai bidang telah menyerlahkan bahawa wanita juga setanding dengan lelaki dalam beberapa hal. Di bawah merupakan link tg membicarakan isu gender yg berjaya menarik minat sy..

Sekian,
wassalam...
(no. panggilan 17)

http://zahirzainudin.blogspot.com

sakura said...

Assalamualaikum...

Pada pandangan saya, isu gender sebenarnya satu isu yang sudah lapuk dan tidak perlu dipertikaikan lagi bukan saja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Jika kita lihat sekitar zaman sebelum merdeka, wanita hanya berada di ceruk2 dapur, sebaliknya kaum lelaki jauh melangkah ke depan dalam segala segi. Namun, sejak kebangkitan semangat nasionalisme, wanita mula memainkan peranan penting sebagai penggerak semangat nasionalisme sama ada menerusi penulisan dsb. Keadaan semasa pula memungkinkan wanita menguasai hampir keseluruhan bahagian ekonomi dan pentadbiran. Pada saya, ini membuktikan bahawa pepatah Melayu 'diam2 ubi berisi' sangat tepat, kebenaran untuk wanita menyertai dalam pelbagai bidang telah menyerlahkan bahawa wanita juga setanding dengan lelaki dalam beberapa hal. Di bawah merupakan link membicarakan isu gender yg berjaya menarik minat sy..

Sekian,
wassalam...
(no. panggilan 17)

http://zahirzainudin.blogspot.com

zielahafiza said...

Salam....

Pada pandangan saya, isu gender sudah lama diperkatakan sejak dulu lagi tetapi kini isu gender semakin hangat diperkatakan. Golongan wanita membentuk hampir 50% daripada penduduk Malaysia iaitu kurang sedikit daripada lelaki. Wanita terdiri daripada hampir separuh penduduk Malaysia. Sumbangan mereka sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja yang mempunyai gaji, di dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan datang malah melupakan sumber ekonomi yang penting.
Walaupun terdpt ramai wanita menakluki tempat lelaki, tempat lelaki tetap berada di atas walupun hanya sedikit shja. Hal ini, akan membakar semangat lelaki utk trus naik dan bukan hanya tgk, pandang, lihat dengan apa yg terjadi. Setelah isu ini di keluarkan, golongan lelaki akan mula memberontak tetapi tiada usha yg dilakukan dan hanya di tapuk yg lama, jadi tidak salahlah jika wanita akan trus meningkat. Wanita kini semakin agresif mengorak langkah dalam dunia globalisasi.

TERIMA KASIH
NO PENGENALAN : 30

MOHD FITHRI BIN JEMARI said...

pada pandangan saya, wanita pada masa kini amat dituntut untuk berkerjaya.
Melihat kepada isu yang dibangkitkan, mungkin terdapat sedikit rasa bimbang dalam diri kaum lelaki jika perkara ini diajukan kepada mereka. sememangnya tidak dapat dinafikan pencapaian golongan wanita ada kalanya jauh lebih baik daripada kaum lelaki, ditambah pula dalam zaman yang penuh dengan persaingan serta menuntut setiap individu untuk melakukan yang terbaik khususnya untuk mendapat pekerjaan yang baik. Secara psikologinya, golongan wanita sememamgnya agak beremosi di dalam membuat keputusan dan kadang kala keputusan yang dibuat tidak menepati seperti yang sepatutnya disebabkan faktor kurang kawalan emosi, justeru itu, pemimpin kebanyakkannya diambil dalam kalangan kaum lelaki yang dikatakan lebih rasional dan dapat membuta keputusan secara professional. Namun begitu, isu atau faktor ini tidak boleh dijadikan alasan yang kuat untuk mengetepikan kebolehan kaum wanita. Jika faktor gender ini masih dijadikan asas, secara tidak langsung akan terjadi penindasan terhadap golongan wanita iaitu kita dengan sengaja membutakan mata untuk tidak menerima golongan ini walaupun mereka mempunyai kelayakan yang baik. Saya tidak mengatakan penerimaan yang total bagi golongan wanita ke dalam sektor awa, namun jika ingin diseimbangkan sekalipun jangan sampai kerajaan menindas golongan wanita hanya kerana ingin menyeimbangkan nisbah bilangan gender di dalam sesebuah sektor pekerjaan.

http://uuitm.tripod.com/wanita3.html
sekian...
fithri @ fit3 = no 7.

MOHD FITHRI BIN JEMARI said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam...
saya berpendapat, isu gender atau jantina tidak seharusnya dipersoalkan sebaliknya, kualiti dan mutu perkhidmatan dalam memenuhi pencapaian dan hasil seharusnya menjadi keutamaan. Kenyataan Setiausaha agung CUEPACS agak keterlaluan, kita tidak boleh menganggap wanita adalah golongan yang lemah. Dalam isu ini, kita harus berpandangan terbuka dan menganggapnya sebagai satu aset. Sekiranya ada kekurangan kita harus mencari penyelesaian mengatasinya. Sama ada golongan lelaki mahupun wanita kedua-dunya mempunyai kekurangan dan kelebihan. Jika dilihat dari segi kemasukkan pelajar ke Universiti. Purata pelajar wanita adalah dalam 65% yang didasarkan melalui sistem merit. Oleh itu, jumlah wanita tentu sekali ramai yang akan memohon sebagai penjawat awam iaitu dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) yang memerlukan kelayakan sekurang-kurangnya ijazah pertama. Sekiranya wanita memegang jawatan penting bermakna, wanita tersebut berkelayakan dan berkeupayaan melakukan tugas. Tidak boleh dinafikan lagi sumbangan wanita untuk pembangunan pendidikan, ekonomi dan kekeluargaan. penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang didorong oleh beberapa faktor seperti sikap kaum wanita yang lebih rajin,bersungguh-sungguh dalam melakukan apa jua perkara . Hal ini turut diakui oleh Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng yang menganggap prestasi guru wanita adalah sangat baik dan mereka memberikan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak. Oleh itu, sekiranya sikap positif ada pada kaum wanita mengapa perlu dipersoalkan peningkatan kaum wanita dalam perkhidmatan awam?. Bidang perguruan umpamanya, juga menghadapi masalah ketidakseimbangan gender di mana guru wanita lebih ramai daripada guru lelaki namun, senario ini seharusnya diterima sebagai satu isu global masa kini. Peningkatan guru wanita dalam bidang perguruan disebabkan kelayakan akademik untuk mengisi jawatan dalam bidang tersebut. Apakah kita mahu disebabkan ingin mengatasi masalah ketidakseimbangan gender maka, kita rela membiarkan individu yang kurang berkelayakan mengisinya? Justeru, isu gender ini bukanlah suatu isu yang harus dibimbangkan sebaliknya kualiti dan pencapaian seharusnya diutamakan.

http://www.malaysiakini.com/news/125044

sekian...
noratika
no. Rujukan: 13

farah said...

Isu mengenai penguasaan wanita dalam pelbagai sektor terutamanya sektor pekerjaan awam bukanlah suatu isu yang baru. Isu ini sebenarnya bukanlah suatu isu yang besar. Penguasaan wanita dalam pelbagai sektor terutamanya sektor awam seperti yang dibimbangkan oleh CUEPACS perlu dilihat dalam pelbagai sudut. Pendidikan tinggi yang diterima oleh kebanyakan wanita masa kini merupakan salah satu faktor sektor-sektor awam dipenuhi oleh golongan wanita. Wanita-wanita yang menerima pendidikan ini pastinya ingin memanfaatkan ilmu yang mereka ada serta mempraktikkannya di sektor pekerjaan. Selain itu, tuntutan ekonomi semasa juga menyebabkan mereka keluar bekerja.Bagi wanita yang bujang atau belum berkahwin, hal ini tidak menjadi masalah tetapi sebaliknya bagi wanita yang berkeluarga. Mereka ini pastinya mempunyai suami dan anak-anak. Tanggungjawab mereka pasti lebih berat. Hal seperti ini yang sepatutnya dibimbangi oleh CUEPACS, tetapi, jangan pula dijadikan suatu isu. CUEPACS yang merupakan salah satu badan yang bertanggungjawab terhadap sektor pekerjaan awam seharusnya merangka atau memberi cadangan yang membina. Sebagai contohnya, menyarankan waktu kerja yang fleksibel kepada golongan wanita.
CUEPACS seperti kenyataan Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin yang mengatakan bahawa penguasaan wanita ini bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita perlu dilihat secara terbuka dan adil. Jika wanita mempunyai kelayakan yang sepatutnya serta melepasi ujian-ujian kelayakan yang ditetapkan sebelum memasuki sektor awam, mengapa hak wanita perlu dinafikan? Islam juga tidak melarang wanita untuk keluar bekerja selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak, misalnya, mendapat keizinan daripada suami bagi yang sudah berkahwin.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam , nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70. Hal seperti ini tidak perlu dibimbangkan kerana seperti yang kita sedia maklum, pendidik dan wanita sememangnya sinonim. Golongan lelaki juga sebenarnya kurang berminat pekerjaan seperti ini. Mereka sebaliknya lebih menggemari pekerjaan yang bersifat teknikal. Mengapa tidak ada kajian yang dilakukan mengenai peratusan golongan wanita di sektor yang melibatkan teknikal, misalnya, seperti sektor kejuruteraan? Adakah barisan menteri-menteri kabinet kita sekarang yang bertanggungjawab terhadap dasar negara serta pembuat keputusan yang penting dipenuhi oleh kaum wanita? Tepuk diri tanyalah minda.
Sekian…

Farah. (No. 3)
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

http://www.yadim.com.my/Wanita/WanitaFull.asp?offset=35&Id=116

noorazrinadesa said...

Assalamualaikum...
Pada pandangan saya isu gender bukanlah satu isu yang harus diperbesar-besarkan memandangan sekarang ini dunia dianggap seperti dunia tanpa sempadan. Hal ini demikian kerana pada pandangan saya, lelaki atau perempuan jika anda mempunyai kelayakan yang selayaknya untuk anda mendapat tempat dalam kerjaya maka anda berhak. Isu golongan wanita yang mendapat tempat dalam pekerjaan bukanlah satu isu yang yang berat. Hal ini demikian kerana wanita sekarang bukan lagi seperti wanita masa dahulu yang kebanyakan hanya berada dirumah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri. Wanita sekarang mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan golongan lelaki jika wanita itu layak. Lihat sahaja Gabenor Bank Negara Malaysia kita, beliau seorang wanita yang berkaliber, berkelayakan dan mampu menguruskan segalanya walaupun beliau seorang wanita. Namun atas kelayakan, kemampuan dan kebolehan beliau, beliau mampu menjalankan tugasnya dengan amanah. Oleh itu kebolehan wanita dalam menjalankan tanggungjawabnya dalam apa jua urusan pentadbiran tidak harus dipertikaikan kerana sememangnya mereka layak. Jika dilihat senario sekarang, penuntut wanita lebih ramai daripada penuntut lelaki sama ada di IPTS mahupun IPTA. Jadi sudah tentulah apabila bergraduan, graduan-graduan yang dihasilkan menunjukkan wanita lebih ramai daripada lelaki. Oleh itu dalam pemohonan untuk mendapatkan pekerjaan tidak perlulah menjadi isu jika wanita mendapat jawatan sebagai pegawai dan sebagainya berbanding lelaki. Jadi dalam hal ini kelayakan wanita itu tidak boleh dipertikaikan. Malah dalam memilih kakitangan awam juga dikatakan pemilihannya adalah berdasarkan kelayakan dan merit, oleh itu sama ada lelaki atau wanita jika anda mempunyai syarat kelayakan dan merit yang mencukupi maka anda layak untuk memiliki jawatan tersebut. Jadi isu wanita yang mendapat tempat tidak perlu diperbesarkan. Namun begitu ianya bukanlah menidakkan kebolehan golongan lelaki dalam menjawat jawatan tertentu tetapi perlu ditegaskan jika anda mempunyai syarat kelayakan yang ditetapkan maka anda layak seperti golongan wanita yang mendapat jawatan dalam pelbagai kerjaya. Oleh itu isu gender ini tidak perlulah diperbesarkan kerana bagi saya siapa yang mempunyai kelayakan maka anda layak untuk memilikinya.

Sekian,
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/1/30/TERKINI/Mutakhir/Wanita_kian_menyerlah_dalam_ATM&sec=mstar_berita

Noor Azrina Desa
No. Rujukan: 8

areen said...

Pada pandangan saya, isu gender sebenarnya satu isu yang sudah lapuk dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Datuk Seri Najib Razak menjelaskan penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam tidak seharusnya dilihat dari segi gender atau jantina kerana pengambilan pegawai kerajaan dibuat berdasarkan kelayakan.Soal gender tidak penting, sebaliknya yang lebih penting ialah hasil dan pencapaian perkhidmatan awam dalam melaksanakan serta memenuhi jangkaan kerajaan serta rakyat. Kalau dilihat dari segi kemasukan ke universiti, purata pelajar wanita adalah dalam lingkungan 65 peratus. Tentu sekali wanita lebih ramai memohon sebagai penjawat awam atau pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).Ini kerana untuk memohon menjadi PTD, kita memerlukan sekurang-kurangnya ijazah pertama. Dengan ini tak hairanlah mereka akan menjadi bilangan terbesar dari segi kemasukan, walaupun keseluruhannya mungkin tidak. Tapi dalam jangka waktu tidak lama lagi, jika trend ini berterusan, wanita akan menjadi kumpulan terbesar dalam perkhidmatan awam.Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, menyuarakan kebimbangannya kerana trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu didakwa mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan serta pertumbuhan negara. Ahmad berkata, tiga perempat daripada jawatan baru dalam PTD diisi oleh wanita, sambil mendakwa ia bertentangan dengan polisi kerajaan yang memperuntukkan 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada wanita.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan dasar 30 peratus itu cuma panduan yang diamalkan kerajaan ketika ini. Sambil mengakui semakin ramai wanita memegang jawatan penting sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, beliau berkata kerajaan berpandangan terbuka dan tidak anggap ia sebagai satu liabiliti. Ia mungkin satu aset dan jika ada kekurangan, negara harus cari jalan untuk menguruskannya.Di Kementerian Pelajaran yang diketuainya turut mengalami senario sama apabila lebih ramai wanita menyertai profesion terbabit berbanding lelaki kerana golongan hawa lebih berminat dan komited dan diharapkan tiada pihak membuat tuduhan dan sangkaan tidak tepat mengenai perkara itu kerana wanita atau lelaki mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Di bawah merupakan link yang membicarakan isu gender.

Sekian...

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=5840:24-feb-bukan-isu-gender&catid=383:2010-02&

(NO PANGGILAN 23)

NORHAFIZAH YUSOF said...

Salam..
Mengupas berkenaan isu gender dalam perkhidmatan awam bukan lagi merupakan perkara yang baru kerana isu ini boleh dikatakan isu yang agak lapuk kerana sering dibicarakan.
Pada pendapat saya, penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam bukan sesuatu yang perlu dijadikan isu besar kerana kita semua sedia maklum sendiri bahawa di IPTA dan IPTS sendiri, bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Oleh hal yang sedemikian, penguasaan wanita dalam perkhimatan awam merupakan impak daripada penguasaan wanita di IPTA dan IPTS. Hal ini kerana, pastinya lebih ramai graduan wanita yang mempunyai kelayakan menjawat jawatan di sektor perkhidmatan awam berbanding dengan lelaki.
Bagaimanapun, terdapat kelebihan kepada lelaki kerana, wanita kebanyakannya hanya pakar di bahagian pentadbiran sahaja, tidak pada bahagian teknikal. Oleh hal yang sedemikian, lelaki masih berpeluang untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam berdasarkan kepada kelebihan mereka ini. Perkara yang penting ialah, lelaki perlu sentiasa merebut setiap peluang yang ada.
Kesimpulannya, walaupun wanita menguasai sektor perkhidmatan awam, tetapi, perkara ini tidak menjejaskan ekonomi negara, kerana wanita juga dapat memajukan negara. Oleh itu, menjadi peranan pihak kerajaan untuk menangani isu ini sekiranya kerajaan bimbang dengan penguasaan wanita ini seperti dengan melakukan perubahan bagi mengimbangi jumlahkemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Sekian
No panggilan: 14
http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&ct=res&cd=6&ved=0CB4QFjAF&url=http%3A%2F%2Fwww.mara.gov.my%2Fc%2Fdocument_library%2Fget_file%3Fuuid%3D381eb9d9-812a-4000-bd84-b048c50193af%26groupId%3D49177&rct=j&q=isu+wanita+dalam+pekerjaan&ei=_36GS6SoBs60rAeJ8YC5Cg&usg=AFQjCNGKfdPxIVBZgLvjJIZ9FQ_LEaq79Q

Cik Ieda said...

Assalamualaikum semua...
Kali ni kita membincangkan isu gender.Isu gender?? Isu yang berkaitan dengan perbezaan jantina di antara kaum lelaki dan perempuan. Dimana - mana pun sekarang ni kita melihat populasi kaum wanita yang semakin meningkat. Di tadika, di sekolah, di pasar, di universiti, waima di tempat kerja sekalipun. Perkara ini (isu gender) bukanlah perkara baru.. Dari zaman kita sekolah lagi isu ni dah jadi buah mulut orang lain. Isu ni hangat diperkatakan dalam sektor pembelajaran dan sektor pekerjaan. Pernah tak kita perasan mengapa isu ni menjadi isu yang berbangkit? Mengapa terdapat ramai kaum wanita yang belajar atau bekerja masa kini? Kaum wanita masa kini bukanlah golongan yang hanya terperuk di dapur seperti zaman dahulu. Keperluan dan kemudahan pembelajaran menjadikan kaum wanita mengambil peluang untuk menimba ilmu setrusnya memperbaiki diri dan keluarga. Bukanlah menjadi suatu isu apabila kaum wanita mendominasi sektor pelajaran dan pekerjaan. Hakikat kaum lelaki yang semakin berkurangan menjadikan kaum wanita tampak seperti mendominasi sektor – sektor tersebut. Kita perlu ingat, hanya segelintir sahaja kaum lelaki yang benar – benar layak untuk memegang jawatan yang tinggi tinggi dalam sektor pelajaran dan pekerjaan. Untuk pekerjaan yang memerlukan pembuat keputusan, memang diakui kurang benar penglibatan kaum Adam ini. Tidak boleh juga menyalahkan kaum wanita yang mendominasi sektor ini, sedangkan golongan lelaki sendiri lebih gemar memilih pekerjaan yang lain. Contohnya, bekerja sendiri, berniaga, dan lain – lain. Tetapi, segala yang terjadi ada harganya. Bukan bermakna golongan wanita bekerjaya mempunyai kebaikan 100%, ada juga kesan negatif yang perlu ditempuhi oleh golongan ini. Apa yang saya boleh kongsi disini, belajar atau bekerja mesti bernawaitukan ALLAH TAALA.. kehidupan pasti terjamin, jiwa mengecap ketenangan. Renung – renungkan sahabatku sekalian..... Terima kasih...
Shahaida Shaharal_No. 22
http://saifulislam.com/?p=303

Nur Sajidah said...

Pada pendapat saya, isu berkaitan wanita mendominasi dalam semua sektor yang melibatkan lelaki adalah perkara yang membuang masa dan tak perlu dipanjang-panjangkan. Kita hanaya perlu melihat PUNCA dan CARA MENGATASINYA sahaja. Apabila kita dapat mengenalpasti perkara-perkara tersebut, kita dapat selesaikannya dengan mudah. Kita perlu melihat dari akarnya, MENGAPA hal ini terjadi?. Hal ini kerana pada dunia akhir zaman ini wanita akan bangun, seiring dengan lelaki dan akan menunutut semua hak yang berkaitan dengan wanita. Perkara tersebut sememangnya telah diketahui. Bagi saya, lelaki dan wanita sama pentingnya. Selagi dapat memainkan peranan masing-masing, dunia tidak akan ada masalah. Masalah akan terjadi apabila terdapat golongan yang tidak dapat memainkan peranan dengan baik dan bertanggunggjawab. Lelaki perlukan wanita untuk hidup,begitu juga wanita perlukan lelaki untuk hidup. Berkaitan dengan ulasan Menteri Sumber Manusia Datuk, Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70. Dalam soal mendidik kita perlu lihat, peranan guru wanita lebih diperlukan dalam soal mendidik. Hal ini disebabkan wanita sememangnya dikurniakan dengan sifat lemah lembut dan penyayang yang serta mempunyai emosi yang lembut berbanding lelaki. Jadi, kita dapat melihat wanita sememangnya diperlukan dalam sektor pendidikan dan ini tidak dinafikan lagi kerana lebih ramai wanita menjadi guru berbanding lelaki. Bagi lelaki pula hanya yang betul-betul berkelayakan sahaja yang dapat menjadi seorang guru. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai emosi seperti wanita. Jadi, ini hakikat dan perlu diterima!. Bagi lelaki pula, banyak lagi jawatan-jawatab yang sememangnya amat diperlukan. Contohnya dalam sektor kewangan, pembinaan, perkapalan dan sebagainya. Kekuatan wanita tidak melebihi kekuatan lelaki untuk melaksanakan semua ini. Jadi, mereka perlu bijak menilai apakah yang mereka sememangnya layak?

(No. panggilan. 20)
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=465142

iemakhalid said...

Assalamualaikum…
“Isu gender” sememangnya satu isu yang kerap kali diutarakan namun ia bukan satu isu yang perlu dibangkitkan tanpa melihat titik tolak keadaan sebenar masa kini. Penguasaan kaum hawa ke atas pelbagai sektor terutamanya sektor awam dikatakan memberi kebimbangan kepada pelbagai pihak. Isu berbangkit ini sebenarnya perlu dilihat dari pelbagai alternatif sudut yang lain.
Peredaran zaman dan tuntutan hidup masa kini memberikan kesedaran terhadap kaum wanita untuk memperoleh kehidupan yang baik dan sempurna. Isu ini timbul atas alasan krediabiliti kaum lelaki tergugat. Apakah kerana ketergugatan ini kaum wanita perlu kembali ke ‘ceruk dapur’?. Kita perlu berfikir secara rasional mengapa hal ini timbul dan mengapa kaum wanita seringkali dilihat berupaya melakukan pelbagai perkara dalam pelbagai bidang. Semuanya terletak pada sikap dan kesedaran. Ketelitian sikap dan kesedaran untuk membaiki hidup yang lebih baik sebenarnya banyak terletak pada diri wanita. Maka proses ini membawa mereka untuk bertindak. Justeru tindakan mereka inilah yang membawa mereka untuk berada setinggi dan setaraf dengan kaum lelaki.
Perkara yang kita juga perlu kaji adalah pembangunan sesebuah Negara tidak akan sempurna tanpa campur tangan kaum wanita. Jika kaum wanita dikatakan emosi dalam membuat keputusan maka perlu adanya kaum lelaki yang berfikiran logik dan rasional. Tetapi apabila adanya kaum lelaki yang panas baran dalam pentadbiran dan kepimpinan maka perlunya kaum wanita yang tenang dalam pengurusan. Maka positif dan negatifnya sesuatu perkara perlu diiringi dengan langkah kaki kedua-dua gender.
Semua ini terletak pada sikap dan kesedaran sama ada pada kaum lelaki atau wanita itu sendiri. Walau bagaimanapun isu gender masih menjadi tembok penghalang. Justeru Kerajaan bersetuju menetapkan 30 peratus wanita pada peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Bagaimanapun sehingga ini, kuota 30 peratus wanita dalam pembuat dasar masih jauh untuk dicapai. Jadi mengapa isu yang bukannya isu ini perlu digembar-gemburkan.
Link yang saya sertakan ini menarik untuk dibaca. Link ini memaparkan hak dan keterbatasan seseorang wanita pada pelbagai bidang dan isu-isu gender yang sering dibangkitkan.
Nama: Halimahtun Sa’adiah Binti Khalid
No Rujukan: 4

http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1230-feminisme-dan-peranan-politik-wanita-dalam-islamebenar
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=54233-gender-tak-pengaruhi-produktiviti--jamiah-shukri-

NUR LIYANA BT MOHAMAD ISA said...

Assalamualaikum..
Pada pendapat saya isu gender ini perlu di beri perhatian serius. Hal ini kerana wanita mempunyai sifat yang kurang sesuai untuk memegang jawatan sebagai pembuat keputusan. Wanita lebih bersifat sebagai seorang pengasuh dan pendidik dan wanita suka beremosi dalam membuat sesuatu keputusan. Oleh sebab itulah wanita tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai pembuat keputusan. Lelaki pula lebih bersifat terbuka dan tidak beremosi dalam membuat keputusan. Oleh sebab itulah dalam islam lelaki sebagai ketua keluarga yang membuat keputusan untuk keluarganya dan lafaz cerai hanya diberikan kepada lelaki. Jika lafaz cerai ini diberi kepada kaum wanita sudah pasti lafaz cerai sentiasa dilafazkan bila kaum wanita berada dalam keadaan marah. Jika terlalu ramai golongan wanita dalam menjawat jawatan sebagai pembuat keputusan sudah pasti masalah akan timbul. Walaubagaimana pun wanita diperlukan untuk membantu kaum lelaki didalam membuat keputusan. Kedua-duanya saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Semasa saya mengikuti kelas demografi ruangan, menurut profeser Osman Yakub nisbah kelahiran lelaki masih melebihi nisbah kelahiran perempuan tetapi kenapa kaum perempuan lebih ramai dalam menjawat jawatan awam. Ke mana perginya kaum lelaki ini. Itulah persoalan yang setiasa bermain difikiran saya. Daripada pengamatan saya kaum lelaki lebih ramai berada di pusat-pusat serenti dan menjadi orang yang tak berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bagi pandangan saya dalam dunia pendidikan, guru wanita yang ramai tidak menjadi masalah kerana wanita memang mempunyai sifat pendidik sebab itulah dia boleh menjaga rumah tngganya dengan baik dan mendidik anak-anaknya. Cuma yang penting dalam pengurusan tertinggi di sekolah-sekolah perlu di pegang oleh kaum lelaki untuk membuat keputusan. Kesimpulanya kedua-dua gender ini saling melengkapi antara satu sama lain, sebab itulah Allah mencipta adanya Adam dan Hawa.
sekian,
(no. panggilan 19)

nUr HiDaYaH kAhaR said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada pendapat saya, golongan wanita yang diterima dalam menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam tidak dapat disangkal. Mereka diterima kerana kelayakan yang ada pada mereka. Mengapa isu ini perlu ditimbulkan walhal kualiti yang ada pada wanita tidak dapat dipertikaikan lagi. Hal ini dapat dibuktikan dimana penuntut universiti tempatan hampir 65% penuntutnya adalah terdiri daripada wanita. Kemasukan mereka ke universiti berdasarkan sistem merit yang jelas membuktikan kelayakan golongan ini. Ijazah yang mereka perolehi inilah yang digunakan untuk menjawat jawatan dalam pelbagai sektor. Isu yang seharusnya dibincangkan oleh pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) adalah bagaimana ingin meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan. Jika pihak Cuepacs ingin melihat golongan lelaki mendominasi mereka perlu mencari faktor yang menyebabkan golongan ini semakin berkurang bukan hanya dalam keterlibatan dalam menjawat jawatan dalam pelbagai sektor tetapi juga menjadi graduan di universiti-universiti. Cadangan untuk menyeimbangkan perlulah dikaji dengan teliti supaya keputusan yang diambil kelak tidak menindas mana-mana pihak. Penelitian perlu dibuat berasarkan kualiti yang ada pada kedua-dua golongan ini. jika keputusan yang bakal dibuat tiak berdasarkan kualiti maka akan menyebabkan golongan yang layak akan dipinggirkan.
Sekian…
NUR HIDAYAH KAHAR
18

te'a said...

Hai……

Isu gender telah menjadi isu hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dulu, di sekitar era 50an, isu ini dipandang enteng. Wanita merupakan golongan yang tidak sesuai lajaran sepertimana kaum lelaki. Namun, zaman telah berubah. Segala yaang dimiliki dan dikecapi oleh lelaki turut dirasai oleh kaum wanita. Kesaksamaan dalam pemerolehan kemudahan baik dari segi pendidikan, kewangan, pekerjaan, kesihatan, politik, perundangan dan sebagainya telah terlihat dengan jelasnya. Golongan wanita bukan lagi kelompok masyarakat yang dipandang rendah dan lemah. Kini, mereka mempunyai kuasa bersuara sama dengan kaum lelaki. Bahkan, wanita menjadi ketua bukan lagi suatu keanehan. Dilihat dari sektor awam di Malaysia, sememangnya golongan wanita mendominasi hampir di setiap penjawatan yang disediakan. Di peringkat atasan juga kadang kala sering kita dengari bahawa wanita merupakan pembuat keputusan yang bijak. Seperti yang berlaku dalam bidang pendidikan. Di sekolah, penglibatan guru lelaki sangat menyedihkan. Mungkin kerana kurang berminat ataupun tidak berpeluang menjadi seorang pendidik anak bangsa. Kemanakah perginya kaum lelaki?.Adakah mereka dianaktirikan? Siapakah yang harus dipersalahkan oleh ketidakseimbangan ini? Kesimpulannya, isu gender ini bukanlah isu yang paling penting untuk dikupas sehingga boleh menggugat kestabilan negara. Sehingga kini, semuanya dapat dikawal dan diselesaikan di meja rundingan. Namun begitu, ini merupakan amaran kepada kaum lelaki. Wanita sedang ’menganas’..............

No Rujukan : 26
SITI FATIHAH ARDANI

http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=kpwkm/menu_dasar_pelan2&menu=kpwkm/dasar_pelan2&lang=malay
http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/vAllDoc/A95670AC6FD73ED5482571AA000BE911

dyana said...

Salam dan Selamat semua…
Hidup wanita!!!!! Itulah ungkapan yang mungkin boleh diperkatakan. Wanita semakin rancak mendominasi bidang pendidikan sama ada di Universiti Swasta ataupun Pusat Pengajian Tinggi Awam mahupun bidang pekerjaan. Wanita semakin hebat dan maju . Itulah ciri- ciri wanita sekarang yang dapat dilihat. Ini bukanlah salah wanita , kerana mereka semakin bergerak ke hadapan . Kita sepatutnya berbangga kerana wanita tidak lagi dipandang lemah. Sepatutnya isu wanita mendominasi bidang perkhidmatan awam ini tidak perlulah diperbesarkan ataupun dipersoalkan.Namun persoalan yang patut ditimbulkan adalah mengapa kaum lelaki semakin kurang dalam bidang perkhidmatan awam ini. Sedangkan dalam Islam sendiri tidak melarang wanita untuk terlibat dalam apa jua bidang pekerjaan yang boleh menyumbang kepada kepakaran dan keperluan sesuatu masyarakat. Sepatutnya kita patut berbangga dengan wanita kini yang bersama- samakaum lelaki berganding tangan dan bahu untuk membagunkan masyarakat dan Negara.Ini kerana Wanita juga merupakan tunggak Negara dan bangsa. Tanpa wanita di dalam sektor perkhidmatan awam ini, maka ibarat tangan tanpa jari. Tidak sempurnalah sesuatu kerja itu apabila dilakukan bagi membangunkan Negara. Sebenarnya dalam persoalan ini, apalah dikiranya jika lelaki dan wanita bersama- sama dalam menyumbang idea dan tenaga dalam membangunkan Negara ini, malah kaum wanita juga boleh mengisi kekurangan di sebalik lelaki itu sendiri. Namun,jika wanita lebih mendominasikan dalam bidang perkhidmatan awam tiadalah juga salahnya, kerana inilah yang berlaku di dunia akhir zaman. Sekian Wassalam.

Nama:nor diyana zainol
No.Rujukan :11
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25185:kekang-wanita-terlibat-sektor-awam-bukan-penyelesaian&catid=1:utama&Itemid=503

nUr HiDaYaH kAhaR said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada pendapat saya, golongan wanita yang diterima dalam menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam tidak dapat disangkal. Mereka diterima kerana kelayakan yang ada pada mereka. Mengapa isu ini perlu ditimbulkan walhal kualiti yang ada pada wanita tidak dapat dipertikaikan lagi. Hal ini dapat dibuktikan dimana penuntut universiti tempatan hampir 65% penuntutnya adalah terdiri daripada wanita. Kemasukan mereka ke universiti berdasarkan sistem merit yang jelas membuktikan kelayakan golongan ini. Ijazah yang mereka perolehi inilah yang digunakan untuk menjawat jawatan dalam pelbagai sektor. Isu yang seharusnya dibincangkan oleh pihak Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) adalah bagaimana ingin meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan. Jika pihak Cuepacs ingin melihat golongan lelaki mendominasi mereka perlu mencari faktor yang menyebabkan golongan ini semakin berkurang bukan hanya dalam keterlibatan dalam menjawat jawatan dalam pelbagai sektor tetapi juga menjadi graduan di universiti-universiti. Cadangan untuk menyeimbangkan perlulah dikaji dengan teliti supaya keputusan yang diambil kelak tidak menindas mana-mana pihak. Penelitian perlu dibuat berasarkan kualiti yang ada pada kedua-dua golongan ini. jika keputusan yang bakal dibuat tiak berdasarkan kualiti maka akan menyebabkan golongan yang layak akan dipinggirkan.

http://puteriumno.my/portal/mengenai-kebimbangan-cuepacs-dalam-peningkatan-penguasaan-penjawat-wanita-dalam-perkhidmatan-awam/
http://muslimeen-united.blogspot.com/2010/02/kelantan-tiada-halangan-wanita.html

Sekian…
NUR HIDAYAH KAHAR
18

atingazni said...

Nor Azni Amir Hamzah...
Assalamualaikum......

Pada pandangan saya isu gender ini telah lama diperkatakan dan telah lama tu menjadi perbualan tidak kira lapisan masyarakat, golongan tua dan muda, bangsa dan sebagainya. namun yang menjadi persoalan sekarang ini adalah diantara kedua-dua gender ini siapa yang lebih baik dalam mengendalikan, membuat keputusan, dan sebagainya.
Jika di lihat di dalam mana-mana institusi pengajian mahupun dalam sektor awam atau swasta majioriti yang menyandang jawatan ialah kaum wanita. keadaan ini di sebabkan oleh kaum wanita lebih komitmen, berpotensi dan gigih dalam melakukan sesuatu perkara dan juga hal. selain itu juga wanita sangat serius dalam melaksanakan sesuatu yang diberikan dan akan cuba untuk memberikan yang terbaik.
Jika dilihat sebanyak 30 Peratus Wanita di Peringkat
Pembuat Keputusan Sektor Awam telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana
Menteri pada 24 Ogos 2004, pelbagai usaha telah dijalankan untukmemastikan penglibatan wanita yang aktif dalam proses membuat
keputusan. Pelaksanaan dasar ini telah menunjukkan kemajuan yang
memberangsangkan di mana beberapa jawatan tinggi dan penting
yang sebelum ini tidak pernah disandang oleh wanita telah berjaya
disandang oleh wanita seperti Naib Canselor Universiti Awam, hakim,
pegawai daerah dan pegawai tinggi polis serta tentera. Berikutan
keputusan ini, jawatan utama sektor awam (JUSA) yang disandang
oleh wanita meningkat daripada 18.8 peratus pada tahun 2004
kepada 25.8 peratus pada tahun 2007; duta besar daripada 10.0
peratus pada tahun 2006 kepada 15.6 peratus pada tahun 2007; dan
pesuruhjaya tinggi daripada 4.3 peratus pada tahun 2006 kepada 40.0
peratus pada tahun 2007.
Di samping sektor awam, penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat juga mula menampakkan kemajuan di mana bilangan wanita yang memegang jawatan penting seperti Presiden, Naib Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besar Kanan meningkat daripada 13.5 peratus pada tahun 2004 kepada 24.0 peratus pada tahun 2007. Dalam tempoh yang sama,
penglibatan wanita sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
turut meningkat iaitu daripada 10.4peratus kepada 12.4 peratus.
justeru itu, keupayaan golongan wanita dalam mana-mana sektor sama ada awam mahupun swasta tidak perlu di persoalkan lagi dan tak perlu menjadi tanda tanya. lelaki mahupun wanita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarat masing-masing bersaing secara adil dan komitet dalam melaksanakan tugas.

sekian.
Terima Kasih
(No Pnaggilan 10)

atingazni said...
This comment has been removed by the author.
tuteh said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berkenaan dengan isu kebimbangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terhadap penguasaan wanita dalam sektor awam, saya fikir, isu ini tidak seharusnya dijadikan isu. Hal ini kerana Timbalan Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa pengambilan penjawat wanita dalam sektor awam dibuat berdasarkan keupayaan dan merit. Jadi tidak adil sekiranya kaum wanita tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan penting dalam sektor awam walhal mereka lebih berkebolehan berbanding segelintir kaum lelaki.
Isu gender tidak seharusnya ditimbulkan dalam sektor pekerjaan. Kaum lelaki atau kaum wanita mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing dalam karier mereka. Walaupun kaum wanita terkenal dengan sikap tidak rasional atau beremosi semasa membuat keputusan, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang kaum wanita terlibat dengan hal-hal penting. Tidak semua wanita beremosi dan tidak rasional dalam membuat keputusan. Ada kalanya, keputusan yang dibuat oleh kaum wanita lebih bernas berbanding keputusan yang dibuat oleh kaum adam. Terdapat bukti kukuh untuk menyokong hujah saya ini. Cuba kita bandingkan bilangan kaum lelaki dan wanita di dalam pusat serenti dan universiti. Bilangan kaum lelaki di pusat serenti kini amat tinggi berbanding wanita manakala bilangan kaum wanita di universiti jauh lebih tinggi berbanding lelaki. Keadaan ini disebabkan kesilapan membuat keputusan dan pilihan yang tepat untuk masa depan. Kebanyakan kaum lelaki lebih gemar memilih untuk masuk ke ladang berbanding pergi menuntut ilmu di sekolah. Jika mereka masuk ke ladang untuk mencari rezeki yang halal, tidak mengapa dan amat digalakkan tetapi mereka ke ladang untuk berjinak-jinak dengan dadah. Keputusan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini menyebabkan mereka diterima ‘belajar’ di pusat serenti dan bukannya di universiti. Perkara sebaliknya berlaku pada kaum hawa. Walaupun hanya mempunyai satu akal, mereka menggunakan akal tersebut untuk berfikir dan membuat keputusan yang baik untuk masa depan mereka. Mereka memilih untuk ke sekolah dan belajar bagi memastikan tempat di universiti dan bukannya di pusat serenti. Keadaan ini sudah jelas menunjukkan keputusan yang dibuat oleh kaum hawa lebih baik dan menjurus kepada kesenangan masa hadapan. Jadi, apa lagi yang tidak kena sekiranya suara kaum wanita diangkat sebagai suara utama dalam proses membuat keputusan?

p/s:kaum hawa sememangnya lemah dalam aspek fizikal tetapi amat kuat dalam aspek mental...renungkanlah.

sekian,
Nor Mazila Mohktar
No. rujukan:12

http://cuepacs.blogspot.com/2010/02/penguasaan-wanita-dalam-perkhidmatan.html

CHE KI si bauk ijau said...

Assalamualaikum W.B.T
Memang menarik topik yang diutaraklan oleh Dr Ody. Sememangnya tidak dinafikan bahawa golongan wanita hari ini tidak seperti golongan wanita pada era lampau yang hanya menghabiskan masa di rumah menjaga anak-anak dan makan minum suami sahaja. Sebenarnya tidak salah untuk kaum wanita ini keluar dari kepompong lama bagi membantu suami, keluarga, masyarakat , agama dan juga Negara.
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz pernah menyebut dalam ceramahnya bahawa tidak salah untuk wanita itu bekerja dan mempunyai kerjaya tetapi niatnya mestilah betul iaitu bekerja untuk menolong meringankan beban suami. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa sekiranya wanita itu bekerja hanya untuk kepuasan dirinya dan hanya untuk berfoya-foya maka hukumnya adalah haram.
Sememangnya saya memandang positif penglibatan kaum wanita ini dalam sektor pekerjaan. Hal ini kerana sesetengah perkara tidak dapat dibuat oleh lelaki tetapi dapat dibuat oleh kaum wanita. Namun begitu, dengan meletakkan kaum wanita sebagai ketua dalam sesuatu organisasi ataupun sebagai pembuat keputusan dianggap sebagai tidak sesuai. Dalam mengejar kerjaya, kaum wanita seharusnya sedar di mana letaknya mereka jika dibandingkan dengan lelaki. Walaupun setinggi manapun jawatan wanita itu, dia tetap perlu akur bahawa mereka adalah golongan yang lemah dan memerlukan perlindungan kaum lelaki. Dalam hal ini juga, hari ini kita lihat wanita yang bekerjaya semakin ego dengan pencapaian kaum mereka jika dibandingkan kaum lelaki. Di institut pengajian tinggi khususnya, dengan jelas kita dapat lihat bahawa kaum wanita lebih ramai daripada kaum lelaki. Kaum lelaki pula lebih ramai menjadi penunggu setia pusat-pusat serenti dan penjara yang tidak tentu masa depannya.
Dengan fakta tersebut, sesuatu pihak tidak seharusnya mengambil tindakan yang drastik dalam menaikkan kaum wanita dalam sektor pekerjaan. Walaupun sebijak manapun perempuan itu, kita perlu teliti kepada asal mereka. Hawa itu sendiri berasal dari tulang rusuk Nabi Adam A.S. Maka di sini, tidak salah bahawa wanita itu ingin bekerja tetapi mereka perlu sedar kedudukan mereka yang sewajarnya. Bagi kaum lelaki pula, jangan harapkan status “lelaki” sahaja. Sepatutnya kaum lelaki yang harus menjadi contoh kepada kaum wanita dalam segenap hal dan berusaha mencari rezeki yang halal untuk isteri dan keluarga.


Dari:06

kemalz said...

Pada pendapat saya, isu penguasaan golongan wanita dalam sektor perkhidmatan awam adalah satu isu yang tidak perlu dipandang secara serius.Isu ini sebenarnya isu yang agak lapuk dan bersifat bermusim.Ini kerana,isu ini sehingga kini terus diperdebatkan oleh sesetengah pihak dari dahulu sehingga sekarang.Apabila isu ini tidak menemui jalan penyelesaian yang bersifat ‘menang-menang’, bagi semua pihak,isu ini seolah-olah dibekukan sementara atau berada dalam ‘mood senyap’ atau isu ini berlalu begitu sahaja. Tidak mustahil kelak pada masa akan datang,isu ini dipalu lagi oleh pihak yang berkepentingan atau yang mahu menjadikan isu ini sebagai propaganda untuk mencapai sesuatu agenda Bagi saya,adalah agak menjengkelkan bagi sebuah Negara yang pesat membangun seperti Malaysia masih lagi dibelengu dengan konflik gender dalam sektor pekerjaan sedangkan isu seperti ini hampir tidak kedengaran di Negara-negara maju.Adalah agak malang bagi Negara kita yang sedang berusaha untuk mencapai kemajuan menjelang tahun 2020 terus dibayangi dengan permasalahan ini.Ini sedikit sebanyak merencatkan agenda pembangunan Negara terutama dalam pembinaan sumber manusia yang berkualiti untuk pembangunan Negara di masa hadapan.

Selain itu juga,kita harus melihat isu ini dari sudut fitrah manusia itu sendiri.Perbezaan gender antara lelaki dan wanita harus dilihat dari sudut positif.Harus diingat bahawa,peranan yang dimainkan oleh lelaki atau wanita adalah bersifat saling melengkapi.Semua manusia tidak sempurna dari segi keupayaan dan kebolehan masing-masing.Bagi saya,bukan soal siapa kuat atau siapa lemah yang menjadi ukuran jika kita melihat dari perspektif isu konflik antara gender.Maka tidak perlu timbul isu siapa yang perlu berada dalam kelas gender yang dominan dalam sektor perkhidmatan awam.Barangakali kerana disebabkan manusia pada masa kini lebih berilmu dan terpelajar,mereka telah celik untuk memperjuangkan hak gender masing-masing.Maka timbul konflik yang tiada berkesudahan.Konflik gender terutama dalam sektor perkhidmatan awam mungkin membawa kesan negatif kepada sistem penyampaian maklumat kepada rakyat.Ini menjejaskan kualiti dan imej sesuatu perkhidmatan.

Apa yang penting kini adalah,memantapkan sumber manusia yang sedia ada dan membentuk pelapis yang mempunyai kualiti modal insan yang kukuh dari segi jati diri dan keupayaan untuk mengembangkan potensi dalam diri.Tidak perlu saling menuding jari dan mempertikaikan keupayaan dari segi gender.Setiap orang sama ada lelaki atau wanita mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi diri.Dalam hal ini,kerajaan terutamanya perlu bersikap lebih terbuka dan menetapkan garis panduan yang fleksibel serta membuka ruang seluas-luasnya kepada kumpulan gender yang berlainan ini untuk mengembangkan potensi diri masing-masing tanpa bersikap prejudis yang keterlaluan.Kekangan yang wujud dalam setiap kumpulan gender yang berlainan perlu dilihat secara positif dan bukan dipandang sebagai kelemahan semata-mata.Siapa yang layak untuk memikul sesuatu tanggungjawab perlu dilihat pada kemampuan dan kelayakan yang dimiliki dan bersesuaian dengan had kemampuan diri bagi setiap gender.Bak kata pepatah Melayu,ukur baju dibadan sendiri.Serangkap pantun buat pedoman kita bersama:

Setitis tinta serangkai bicara,
Secebis gula sama dirasa,
Lelaki dan wanita permata Negara,
Maju Negara aman sentosa.

Sekian.
Nuru Muhamad Akmal Zulkifli(Keme)
No panggilan:21

http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=kpwkm/menu_dasar_wanita&menu=kpwkm
/dasar_wanita&lang=malay
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4485:dasar-
wanita-negara-2009&catid=16:isu-nasional

Ain Aziz said...

Assalammualaikum...

walaupun isu gender ini sering diperkatakan, namun pada pendapat saya, selagi wanita itu boleh bekerja, menyempurnakan tugasannya dengan baik, bertanggungjawab terhadapa amanah yang diberikan dan mampu berdiri di kakinya sendiri, maka, gender bukanlah masalah utama dalam hal ini.

walaupun pelbagai usaha telah dijalankan dan sedang dijalankan untuk mewujudkan keseimbangan gender dalam pelbagai sektor tidak kiralah pekerjaan, pendidikan, politik, mahupun perundangan oleh pihak yang bertanggungjawab tapi sekiranya golongan yang bergelar lelaki itu sendiri tidak mahu berusaha keras seperti mana golongan wanita telah lakukan akan menyebabkan isu wanita lebih daripada golongan lelaki dalam hal pembangunan negara akan terus berpanjangan.

soalnya sekarang, untuk membangunkan sebuah negara, bukan gender yang menjadi ukuran penting. tetapui kebolehan bekerja dan memikul tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dalam pelbagai sektor yang menjadi persoalan utama. Sekiranya golongan wanita yang mampu merealisasikan matlamat ini, mengapa tidak wanita yang harus terlibat dalam sesuatu pekerjaan? Jika dilihat dari segi sejarah Pattani, zaman kemuncaknya adalah apabila wanita yang menjadi pemimpin dan rajanya. Negara tetap boleh berjaya dan maju.

Namun, harus diingatkan bahawa wanita dan lelaki sebenarnya saling melengkapi. Jika golongan lelaki dan wanita bergabung tenaga dalam usaha membangunkan negara kita, maka matlamat untuk maju dari segi sosial, politik dan ekonomi akan lebih baik dan cemerlang.

Oleh itu untuk sesetengah golongan lelaki yang masih tidak mempunyai kesedaran untuk berjaya seharusnya membuka minda mereka agar lebih mempergiatkan usaha dan memperbaiki hidup mereka agar mampu bersaing dengan bukan sahaja dengan mereka yang sejantina malahan dengan golongan wanita yang semakin ke hadapan.

salam sayang, ain.

forum.detik.com/showthread.php?t=92675 -
www.uninus.ac.id/.../KEBERPIHAKAN%20RUU%20KUHP%20TERHADAP%20PERM... -
jtksm.mohr.gov.my/index.php?option=com...task...

KAMARIAH said...

Salam
Secara peribadinya, saya berpendapat isu gender ini tidak perlu dikecohkan. Walaupun diakui lelaki adalah ketua keluarga dan sepatutnya menjadi pemimpin namun ini tidak bermakna kaum wanita tidak layak untuk memegang jawatan di perkhidmatan awam. Mungkin ada beberapa jawatan yang kurang sesuai untuk wanita tetapi ianya tidak boleh di beri sesuka hati kepada lelaki. Hal ini demikian kerana wanita sikap wanita sekarang yang lebih memajukan diri mereka dalam segala perkara. Contohnya, kebanyakkan wanita pada masa kini sudah mula menjadikan bidang ilmu atau pendidikan sebagai aspek penting dalam kehidupan mereka.
tidak ada gunanya kita mmepertikatkan perkara gender ini. sebaliknya kita harus lebih focus dalam menyelesaikan persolan ini iaitu mencari ke mana hilangnya lelaki. Kenapa mereka lebih suka belajar di Universiti Pusat Serenti ? Hanya menjadi doktor yang menyuntik diri sendiri? Dan yang mengali kubur di jalanraya sebagai Pelesit Rempit ( a.k.a Mat Rempit) ? Itu yang perlu diperbaiki kerana selagi mereka-mereka ini hanyut tiada gunanya bercerita tentang penguasaan wanita di sektor awam.
http://ligakampung.com/blog/isu-jantina-di-perkhidmatan-awam/

Radiah Yusoff said...

1) Ke mana perginya pelajar lain?

2) Nama sebenar dan nombor rujukan perlu ada di bahagian komen anda.

3) Saya minta anda "Pastikan anda pautkan pendapat anda ke laman berbentuk ilmiah yang membicarakan hal seperti ini di internet.", Tetapi apabila saya pergi ke alamat yang diberi, didapati sesetengah laman tiada kena mengena dengan apa yang dibicarakan.

4) Ketika di kelas, saya minta anda mendraf pandangan anda menggunakan MSWord agar anda boleh menyemak dan memperbaiki penulisan anda. Nampaknya, ramai yang tidak melakukan seperti yang saya pinta.

5) Mereka yang memasuukkan pandangannya sebelum komen saya ini mendapat 'sifar' secara automatis.