Saturday, August 29, 2009

kebanyakan -> kebanyakkan: Mengapa?

29 Ogos, 2009 17:15 PM

Seramai 185 Ditempatkan Di Tiga Pusat Pemindahan Banjir Di Yan

YAN, 29 Ogos (Bernama)-- Seramai 185 orang mangsa banjir dari tiga buah kampung di Yan dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir selepas rumah mereka dinaiki air sehingga dua meter akibat hujan berterusan sejak dua hari lepas.

Menurut Bilik Gerakan Banjir Yan, mangsa paling ramai yang dipindahkan ialah dari Kampung Titi Teras iaitu sebanyak 72 orang membabitkan 15 keluarga, Kampung Teroi Bukit sebanyak 70 orang dari 20 keluarga dan Kampung Sungai Malai sebanyak 43 mangsa dari 10 keluarga.

Ketua Penolong Pembangunan Daerah Yan, Faisal Rizal Mohammad berkata kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan paras air yang melebihi paras bahaya iaitu 5.2 meter di Titi Teras dan 5.1 meter di Kampung Sungai Malai

"Pejabat Daerah terpaksa mengarahkan penduduk yang terlibat supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat kerana air sungai terus melimpah akibat hujan berterusan dan menenggelamkan kawasan sekitar," katanya ketika di hubungi Bernama.

Tinjauan Bernama di pusat pemindahan Banjir di Masjid Kampung Titi Teras mendapati kebanyakkan mangsa sedang berehat kerana sedang berpuasa.

Seorang mangsa banjir yang lumpuh, Abdul RahmanRahmad, 55, berkata beliau berpindah sejak malam semalam kerana rumahnya ditenggelami air sehingga dua meter.

"Pak Cik terpaksa pindah sebab air semakin naik.Anak-anak juga ada yang masih kecil dan bahaya jika terus tinggal di rumah,"katanya.

Noelela bt Saad, 37, berkata beliau bersama enam orang anaknya berpindah pada pukul 6.30 petang semalam.

-- BERNAMA

sumber: http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=436719

1 comment:

jane said...
This comment has been removed by a blog administrator.