Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Jgn lupa ttg unsur morfologi dlm lirik lagu;)

Saya ingin mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri' bersama dengan ahli keluarga tersayang, khususnya kepada semua pelajar HMT 223 dan HMT 503. Semoga segala usaha yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan diberkati Allah swt, dan dapat diteruskan di bulan-bulan yang mendatang.

Maafkan segala kesilapan yang saya telah lakukan sepanjang saya mengajar anda semua. Maafkan juga kesilapan orang-orang di sekeliling anda, walaupun kita anggap kesilapan tersebut sangat-sangat serius, sebelum kita menutup mata buat kali terakhir.

Sambutlah Syawal ini seolah-olah ia Syawal terakhir kita bersama ahli keluarga tersayang. Oleh itu, rakamlah segala apa yang boleh dirakam, dan muat naik di blog anda.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kata gandaan ada dalam agar-agar,
Maaf duit raya tak boleh nak unjuk-unjukkan.

Nota: Anda digalakkan menghantar apa yang patut dihantar di bahagian komen pos ini. Selamatkan dan lestarikan alam kita untuk anak cucu anda;)




M. Nasir

Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

sumber: http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/MNasir_SatuHariDi.html
http://www.youtube.com/watch?v=DpH8xHi_6hg




Sudirman

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

sumber: http://www.liriklagu.com/liriklagu_s/Sudirman_DariJauh.html
http://www.youtube.com/watch?v=-NNrSD-OINY&feature=related

40 comments:

Norliza Abdul Kadir 26 said...

Gunung Daik bercabang tiga,
Pulau Pandan jenis kata nama;
Ikhlas dari K.Liza sekeluarga,
Salam lebaran buat semua.

norsofiah HMT503 said...

Satu dua tiga empat,
pagi raya makan ketupat;
nak duit raya tapi tak dapat,
salam lebaran mana yang sempat.

MawarBerduri88 said...

Burung cendrawasih terbang ke awan,
hinggap sebentar di pohon kelapa,
maaf dan kasih saya sampaikan,
selamat berbahagia pada dr Radiah, kak Liza dan cik T ang tyling di hari Raya.

abdul halim hmt 2230910 no rujukan 1 said...

ABDUL HALIM BIN ABU SEMAN
HMT 223 0910
NO RUJUKAN 1

PEMBENTUKAN KATA, MORFOLOGI BIDANGNYA,
AKHIRAN, SISIPAN HALIM UNGKAPKAN,
CANTIK BERGAYA ASMA WAPI ORANGNYA,
SELAMAT HARI RAYA HALIM UCAPKAN.

IMBUHAN APITAN, SATU AWALAN SATU AKHIRI,
DR. RADIAH, KAK LIZA, CIK TYLING NAMA DIBERI,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
SALAH DAN SILAP MAAF DIBERI.

MORFEM DAN KATA MESTI DIBEZAKAN,
INGAT-INGAT SEMUA RAJAH POHON,
SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN,
KEPADA SEMUA MAFF DIPOHION.

Anonymous said...

ABDUL HALIM BIN ABU SEMAN
HMT 223 0910
NO RUJUKAN 1

PEMBENTUKAN KATA, MORFOLOGI BIDANGNYA,
AKHIRAN, SISIPAN HALIM UNGKAPKAN,
CANTIK BERGAYA ASMA WAPI ORANGNYA,
SELAMAT HARI RAYA HALIM UCAPKAN.

IMBUHAN APITAN, SATU AWALAN SATU AKHIRI,
DR. RADIAH, KAK LIZA, CIK TYLING NAMA DIBERI,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
SALAH DAN SILAP MAAF DIBERI.

MORFEM DAN KATA MESTI DIBEZAKAN,
INGAT-INGAT SEMUA RAJAH POHON,
SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN,
KEPADA SEMUA MAaF DIPOHION.

maliati88 said...

Rama-rama terbang tinggi,
Terbang tinggi ke udara,
Hari raya bakal menjelma,
Gembiranya rasa tak terkata.

Bulan Ramadhan bakal berlalu,
Berlalunya seperti angina,
Rasa tidak sabar untuk menyambutnya,
Kerana itu hari yang mulia.

Anak ikan berenang dilaut,
Berenang-renag seorang diri,
Haru raya makan ketupat pulut,
Makan bersama kekasih hati.

Pagi-pagi terdengar takbir raya,
Terasa pilu hati ini,
Pergi ke rumah kawan makan kuih raya,
Hingga terasa kenyang perut ini.

nadiahmt223 said...

buah rambutan merah warnanya, dimakan oleh burung merpati, kata ganda, kata nama , selamat hari raya untuk semua..

hari raya makan ketupat, mastura gadis bersopan dan penuh adat, kata sifat jadi manfaat, sambut raya makan kuih tat..

pulau pandan jauh ketengah, cik tayyling, kak liza dan dr radiah, saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin sangat ku pinta..

安东尼 said...

SALAM SATU MALAYSIA,
MARI KITA MENYAMBUT RAYA;
TANPA MENGIRA BANGSA,
BERUSAHA MENJAYAKANNYA.

ELISABET DAN SAYA BUKAN MELAYU,
KAMI TETAP GEMBIRA;
PELAJAR MEMANG BEGITU,
ADA CUTI PASTI CERIA.

SELAMAT HARI RAYA,
SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN;
KEPADA DR. RADIAH, MISS TANG DAN KAK LIZA ,
SEGALA DOSA HARAP DIMAAFKAN.


NAMA:ANTHONY NGUI YEW GUI
NO:25
NO. MATRIK:94951

ellz said...

Budak-budak berlari-lari,
Sangat gembira tanpa kata,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Untuk Dr Radiah,cik Tyling dan kak Liza.

Clementine (2) said...

Pantun untuk Nur Azureen bin Hamid@Ahmed.
Morfem terikat termasuk apitan,
mwmbentuk kata meluah bicara,
Selamat Hari Raya kepada Nur Azureen,
semoga bergembira di Hari Raya.

Pantun untuk Dr Radiah,Kak Liza dan Cik Tyling.
Leksem tertulis dalam kamus bahasa,
membawa erti seribu makna,
Selamat berbahagia kepada Dr Radiah,Cik Tyling dan Kak Liza,
Harap ampun dan maaf sempena Hari Raya.

mastura syamsudin said...

MASTURA SYAMSUDIN ( 9 )
DR RADIAH PENSYARAH MORFOLOGI,
KAK LIZA DAN CIK THYLING PEMBANTU KAMI,
DALAM KELAS DIALAH PENYERI,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

RENDANG KETUPAT SEDIA TERHIDANG,
TAKBIR BERGEMA DI SUBUH HARI,
CLEMENTINE MANIS CANTIK DIPANDANG,
MORFEM DAN LEKSEM MENJADI SANDARAN DIRI.

farah ain amir said...

~Pantun Hari Raya~

Kanak-kanak ceria bermain bunga api,
Berakhirnya sudah bulan ramadhan,
Salam Aidilfitri buat Afizan sahabat sejati,
Semoga persahabatan kekal berpanjangan.

Bidang morfologi pilihan hati,
Diajar oleh doktor radiah,
Kak Liza dan Cik Tyy Ling penyeri kelas kami,
Semoga Aidilfitri disambut dengan meriah.

Cik Asma Wapi pelajar antarabangsa,
Datangnya dari sempadan terdekat,
Aidilfitri disambut penuh acara,
Semoga hidup penuh dengan berkat.

masni said...

dari Kelantan ke Pulau Pinang,
singgah berhenti di pulau Sialu,
hati risau bertambah runsing,
kepada dr.Radiah, cik Tyling hendak mengadu.

yee thing said...

kata nama ada dua,
nama khas nama am,
dr.Radiah, Cik Tyling, Kak Liza,
selamat Aidilfitri ucapan salam.

nurulakmalhmt223_17 said...

NURUL AKMAL BT. ABDUL RAHMAN
HMT 223
NO. 17

Dr. Radiah mengajar kursus Morfologi,
Cik Tyyling dan dan Kak Liza turut mempelajari,
sepuluh jari disusun rapi,
maafkan diriku sempena Lebaran ini.


kita sering menggunakan kata ganti nama,
pasti disebut apabila berkata,
Selamat Hari Raya ku ucap kepada orang di sana,
maafkan diri ini andai terkasar bahasa.


kata nama mempunyai banyak makna,
pelbagai pendapat telah diberi oleh ahli bahasa,
Selamat Hari Raya ku ucap kepada semua,
semoga berbahagia di samping keluarga.

YeeThing said...

kata nama ada dua,
nama khas nama am,
dr.Radiah, Cik Tyling, Kak Liza,
selamat Aidilfitri ucapan salam.

kata kerajaan kata terbitan,
kata mereka kata ganti,
salam Aidilfitri diucapkan,
semoga sentiasa diberkati.

awalan meN- akhiran -kan,
kata kerja transitif aktif
terbentuk,
Aidilfitri meriah dirayakan,
rumah terbuka sehari suntuk.

nurulakmalhmt223_17 said...

NURUL AKMAL BT. ABDUL RAHMAN
HMT 223
NO. 17

Dr. Radiah mengajar kursus Morfologi,
Cik Tyyling dan dan Kak Liza turut mempelajari,
sepuluh jari disusun rapi,
maafkan diriku sempena Lebaran ini.


kita sering menggunakan kata ganti nama,
pasti disebut apabila berkata,
Selamat Hari Raya ku ucap kepada orang di sana,
maafkan diri ini andai terkasar bahasa.
(kepada: Norfadilawati bt. Alias)


kata nama mempunyai banyak makna,
pelbagai pendapat telah diberi oleh ahli bahasa,
Selamat Hari Raya ku ucap kepada semua,
semoga berbahagia di samping keluarga.

masni said...

dari Kelantan ke Pulau Pinang,
singgah berhenti di pulau Sialu,
hati risau bertambah runsing,
kepada dr.Radiah, cik Tyling hendak mengadu.

Tanah lenggundi tumbuh kelapa,
terbit bunga pucuk mati,
Abdul Halim Abu Seman saya tak lupa,
terpahat di dalam hati.

anak keling berjual kudi,
mari nak jual di kedai lama,
pelajar HMT 223 hidup biarlah berbudi,
itulah tanda bersahabat lama.

noorshahanizhmt223 said...

NOORSHAHANIZ BT HUSAIN
HMT 223
NO. 14

bulan syawal akan menjelang tiba,
suasana raya pasti akan meriah,
riang hati tidak terkata,
salam Lebaran buat Cik Tyyling, Kak Liza dan Dr. Radiah.

hari raya hari yang mulia,
semua orang sedang bergembira,
beramah mesra bersama sanak saudara,
tetapi jangan lupa kata kerja.

berakhirnya ramadhan kini syawal menjelang,
pelbagai juadah telah tersedia,
marilah kita sama-sama bergembira,
lupakan saja sengeta lama.

Anonymous said...

Azureen [12]

Buaya bukan sebarang buaya,
Buaya dibela dalam paya,
Woon Jin Jie kandung kata nama,
Salam Ceria Di Hari Raya.

1,2,3,4,
Makan lemang dan ketupat,
Kata nama khas ada pada Dr Radiah,
Cik Tyyling dan Kak Liza,
Selamat hari raya.

Baju Kurung dan Kebaya,
Cantik dipakai oleh Clementine di pagi raya,
"Berapa dapat duit raya?"
Tergolong dalam kita tanya,
Selamat menyambut hari raya.

Kakak ChanteQ said...

norfadilawati 15


leksim dan morfofonemik morfologi selalu dikatakan
imbuhan dan pembentukan kata itu caranya
Selamat hari raya turut diucapkan
Kepada anthony yg kacak bergaya.

Kata kerja pasif tajuk tugasan dikongsi sekali
Namun tidak melebihi bilangan bersama
Dr Radiah, Kak Liza, Cik Tyling yg comel sekali
Jemputlah kerumah raya bersama,

Klausa dan ayat tak boleh silap
Memang tak padan dan memang tak sama
Selamat hari raya ikhlas terucap
Maaf dan duit raya dipohon bersama

Kakak ChanteQ said...

norfadilawati no 15

leksim dan morfofonemik morfologi selalu dikatakan
imbuhan dan pembentukan kata itu caranya
Selamat hari raya turut diucapkan
Kepada anthony yg kacak bergaya.

Kata kerja pasif tajuk tugasan dikongsi sekali
Namun tidak melebihi bilangan bersama
Dr Radiah, Kak Liza, Cik Tyling yg comel sekali
Jemputlah kerumah raya bersama,

Klausa dan ayat tak boleh silap
Memang tak padan dan memang tak sama
Selamat hari raya ikhlas terucap
Maaf dan duit raya dipohon bersama

ellz said...

Ayam jantan ayam betina,
Rendang leksem sangat digemari,
Diucapkan selamat hari raya,
Untuk shahaniz bijak bestari.

ellz said...

Elisabet
Balas pantun Anthony
Berbeza bangsa bukan ukuran,
Hari raya sama dirai,
Mari kita bermaaf-maafan,
Kata sifat di Aildilfitri.

mastura syamsudin said...

MASTURA SYAMSUDIN ( 9 )
DR RADIAH PENSYARAH MORFOLOGI,
KAK LIZA DAN CIK THYLING PEMBANTU KAMI,
DALAM KELAS DIALAH PENYERI,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

RENDANG KETUPAT SEDIA TERHIDANG,
TAKBIR BERGEMA DI SUBUH HARI,
CLEMENTINE MANIS CANTIK DIPANDANG,
MORFEM DAN LEKSEM MENJADI SANDARAN DIRI.

DODOL DAN LEMANG SEDAP DIMAKAN,
DIMAKAN BERSAMA DENGAN DAGING,
IMBUHAN KATA JANGAN DILUPAKAN,
TERIMA KASIH NADIA SAHABATKU SAYANG.

mastura syamsudin said...

KU AFIZAN 6

TIGA SAUDARI SAHABAT SEJATI,
DR RADIAH, KAK LIZA DAN CIK TYLING BERSATU HATI,
CUMA BEZA PANGKAT DAN GAJI,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

KATA GANTI DIRI BIDANG MORFOLOGI,
NORFADILAWATI CERIA HARI-HARI,
ADAKAH SAUDARI SUDAH EMPUNYA HATI,
UNTUK DISAMBUT DI AIDILFITRI?

FARAH AIN SAHABAT SEJATI,
DALAM KELAS MORFOLOGI,
MENJELMA SUDAH SYAWAL KEMBALI,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

安东尼 said...

disebabkan lupa masukkan unsur morfologi, jadi saya ingin tambah sikit di belakang pantun saya...

SALAM SATU MALAYSIA,
MARI KITA MENYAMBUT RAYA;
TANPA MENGIRA BANGSA,
BERUSAHA MENJAYAKANNYA.

ELISABET DAN SAYA BUKAN MELAYU,
KAMI TETAP GEMBIRA;
PELAJAR MEMANG BEGITU,
ADA CUTI PASTI CERIA.

APITAN, SISIPAN BANYAK LAGI,
SAMA-SAMA BELAJAR MORFOLOGI; BELAJAR SAMPAI PENAT MATI,
ASALKAN KEPUTUSAN SEDAP HATI.

SELAMAT HARI RAYA,
SEKALI LAGI SAYA UCAPKAN;
KEPADA DR. RADIAH, MISS TANG DAN KAK LIZA ,
SEGALA DOSA HARAP DIMAAFKAN.

安东尼 said...

BALAS PANTUN NORFADILAWATI BINTI ALIAS....

TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN,
ATAS PANTUN DICIPTA NORFADILAWATI;
BANYAKAN REZEKI SAYA UCAPKAN,
SAMA-SAMA SEDAP HATI.

pak cu said...

KATA GANTI DIRI BIDANG MORFOLOGI,
NORFAZILAWATI CERIA HARI-HARI,
ADAKAH SAUDARI SUDAH EMPUNYA HATI,
UNTUK DISAMBUT DI AIDILFITRI?

Unknown said...

NAMA: FAZILAH SATIMEN
NO RUJUKAN : 22
HMT 223

AYAT AKTIF SERING DIGUNAKAN
OLEH PELAJAR DAN KAWAN-KAWAN
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SAYA UCAPKAN
KEPADA NOR NADIA NASIR DAN TEMAN.

DR RADIAH, KAK LIZA DAN JUGA CIK TY LING POPULAR SEKALI
HARI RAYA AIDILFITRI BERAYA BERSAMA MENTERI
SUKA MAKAN RENDANG DAN KETUPAT SEKALI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

nadiahmt223 said...

assalamualaikum...saya noor nadia nasir ingin membalas pantuh dari fazilah satimen.

dua tiga kucing berlari,
mana nak sama sikucing belang,
ayat aktif ayat pasif,
selamat hari raya ucapan diberi.

Azureen [12] ... update ... said...

NOOR AZUREEN BINTI HAMID @ AHMED
HMT 223/4
NO. RUJUKAN 12

Buaya bukan sebarang buaya,
Buaya dibela dalam paya,
Woon Jin Jie kandung kata nama,
Salam ceria di hari raya.

1,2,3,4,
Makan lemang dan ketupat,
Kata nama khas ada pada Dr Radiah,
Cik Tyyling dan Kak Liza,
Selamat hari raya.

Baju kurung dan kebaya,
Cantik dipakai oleh Clementine di pagi raya,
"Berapa dapat duit raya?" tergolong dalam kata tanya,
Selamat menyambut hari raya.

Asma Wapi said...

kiri jalan,kanan pun jalan
di tengah-tengah pohon kelapa
kirim jangan pesan pun jangan
datanglah beraya ke rumah hamba

tudung periuk pandai menari
menari lagu putera mahkota
kain yang elok bawa ke mari
untuk dibuat baju raya

apa guna kepuk di ladang
kalau tidak berisi padi
apa guna raya memanjang
jika lupa adat dan budi

Rafidah said...

Rafidah binti Abdullah 18
Aidilfitri hari kemenangan,
Ramadhan ditempuh tanpa halangan,
mengenali erti kesenangan,
bagi mereka yang kekurangan,

Morfologi harus didalami,
kita tidak harus leka,
Salam Aidilfitri tanda diingati,
Buat Khairunisa temanku disana,

Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan
Syahwal menjelang Tiba,
Maaf Zahir dan Batin,
Buat Dr Radiah,Cik tayyling dan kak Liza,

Norliza 26 said...

Klausa dan frasa dalam morfologi,
Pelajar HMT223 tekun pelajari;
Semua orang masih beraya lagi,
Terima kasih semua pantun yang diberi.

HMT223 kelas morfologi,
Dr Radiah guru kami;
Kini kita kembali mengaji,
Jangan dilupa apa yang dipelajari.

K.liza,cik tyyling tumpang sekaki,
Dalam kelas banyak kami pelajari;
Kuih raya tinggal saki baki,
Hari rabu nanti rasalah sendiri.

Liya223.blogspot.com said...

hari raya menjelang tiba,
disambut dengan meriah sekali,
wahai shukor saya nak tanya,
apa persiapan lebaran ini?

Liya223.blogspot.com said...

pagi-pagi makan ketupat,
ketupat dimakan bersama Ani,
kepada Dr.Radiah,Kak Liza dan cik Tyyling,
bagaimana lebaran ini.

woo jin jie (24) said...

nama:woo jin jie
no.rujukan:24


Pantun 1

Kemeriahan kegembiraan susana di hari raya
kerinduhan kawan bidang morfologi mula membara
ucapan selamat hari raya kepada semua
maaf zahir dan batin sesama kita semua


Pantun 2

Bidang morfologi diajar kepada kita
Dr Radiah pengajar disukai ramai
Kak Liza, Cik tyling pelita kita
diucapkan selamat hari raya aidifitri

shahanizhmt223 said...

Noorshahaniz bt Husain
hmt223, no.rujukan 14

pantun yang tertinggal

Jalan-jalan tepi perigi,
terjumpa pula siayam jantan, bulan ramadhan berlalu pergi,
selamat menyambut hari lebaran buat yeething teman seperjuangan.

shahanizhmt223 said...

Noorshahaniz bt Husain
hmt223, no.rujukan 14

pantun yang tertinggal

Jalan-jalan tepi perigi,
terjumpa pula siayam jantan,
bulan ramadhan berlalu pergi,
selamat hari raya buat yeething teman seperjuangan.