DATA SEBENAR: asalamualaikum..dr yang dikasihi, kena hantar sebelum bila ya???kerjasama anda amat dihargai!!
Saya dengan berat hati terpaksa menegur hal ini. Mohon berbanyak-banyak maaf terlebih dahulu jika ada yang terasa nanti apabila membaca ini.
Apabila kita berhubung dengan orang yang lebih tua, janganlah kita meng-ANDA-ANDA-kan orang ini. Sewajarnya bentuk yang paling sesuai ialah PUAN untuk WANITA dan TUAN untuk LELAKI. Jangan persoal status perkahwinan mereka atau status socioekonomi mereka. Begitu juga dengan penggunaan KAMU dan AWAK untuk orang yang lebih dewasa dari kita.
Mungkin ANDA boleh meng-ANDA-ANDA-kan orang yang lebih tua apabila ANDA telah menjadi perdana menteri atau menteri dalam kabinet. Itupun kena fikir dua tiga kali. Ini kerana ANDA, AWAK, KAMU dan YOU tidak sama sepenuhnya. Saya yakin dan percaya YAB PM kita tidak akan meng-ANDA-ANDA-kan, meng-AWAK-AWAK-kan, dan meng-KAMU-KAMU-kan guru beliau apabila berkomunikasi dengan guru beliau.
Selain dari itu, adakah DIA dan BELIAU sama dengan SHE dan HE, dan NYA sama dengan HER dan HIS? Bincangkan. Sertakan dengan contoh dari data sebenar dari internet.
Semua pelajar DIWAJIBKAN memberi jawapan kepada soalan ini dalam bahagian "comment' untuk pos ini selewat-lewatnya pada hari Khamis 4 September 2008 pukul 12.00 tgh waktu Malaysia. Letakkan nama sebenar anda di akhir jawapan anda.
Markah:
Betul: A
Salah: D
Tak Jawab: 0 (sifar)
Sunday, August 31, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)